BAB 6
Tengku Haikal merenung diari biru didepannya lama. Hatinya berkocak ingin mengetahui isi kandungan diari itu. Kejadian yang berlaku hampir tiga hari yang lalu membuat naluri lelakinya ingin mengenali gadis bernama Adura dengan lebih dekat lagi. Mungkin melalui diari ini dia dapat mengenali hati budi gadis itu sebenarnya.Direnung sekali lagi diari biru ditangannya. Namun hatinya bergolak antara dosa dan terpaksa. Kalau kau baca pun bukan dia tahu, dan kalau kau tak baca pun dia mungkin juga tak percaya,barang dah depan mata, mustahil tak teringin membacanya, so lebih baik baca aje, bisikan syaitan mula menggoda hati kecil Tengku Haikal. Tapi Allah tahu. Allah nampak apa yang kita buat. Bukankah sifat amanah amat diberatkan dalam Islam? tukas hati kecilnya pula. Sebagai ketua, aku menitik beratkan sifat amanah dalam setiap pekerja bagi memastikan kejayaan syarikat berada dilandasan yang betul. Tapi kalau aku sebagai ketua sendiri tidak amanah hanya kerana gadis bernama Adura, sepertilah aku ini ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Tengku Haikal mencampak diari biru iru keatas meja. Kedua tapak tangan meraup wajahnya sambil beristifar. Kemudian diari biru dicapai dan dimasukkan kedalam laci mejanya dan dikunci.larikan diri dari sebarang godaan. Dia kembali bersandar di kerusi sambil merenung siling ruang pejabatnya. Wajah gadis berwajah bujur sirih kembali terbayang di matanya. Mata bundar milik gadis itu penuh kelembutan dan kasih sayang ketika berceloteh dengan anak saudaranya. Peristiwa di perhentian bas mempamerkan sikap nakal Adura yang keanak-anakan, dimajlis hari jadi Maisarah pula, sikap penyayangnya pada kanak-kanak menunjukkan dia akan menjadi seorang ibu yang baik dan sifat kelam kabut dan blur pada dirinya menjadikan dia seorang gadis yang lucu. Apa agaknya sifat dia jika sebagai kekasih, bisik hati kecil Tengku Haikal sambil tersenyum sendirian. Kalau dilihat oleh Tengku Danish dan Tengku Darwish akan keadaan abangnya ini, pasti mereka akan berkata abangnya sedang dilamun cinta.
"Hello bro," tegur satu suara yang cukup dikenali mengejutkan Tengku Haikal dari lamunannya. Hampir tersungkur dia bahana terkejut.
"Whoa..kau kenapa ? Tak sihat ker?" soal tetamunya kehairanan. Tengku Haikal mendengus.
"Kau lain kali nak masuk boleh tak beri salam atau ketuk pintu dulu…bukan main terjah macam ni. Kalau aku ada penyakit jantung, mau masuk ICU dibuatnya" bebel Tengku Haikal panjang. Tetamunya ketawa kecil.
"Hello bro..puas aku ketuk pintu dan panggil nama kau. Teruk betul kau mengalamun..macam orang angau pun ada" perli lelaki itu sambil menuju kesofa yang terdapat didalam pejabat itu.
"Mana ada aku mengelamun. Aku tertidur sekejap. Penat." Pantas Tengku Haikal menidakkannya. Tetamunya ketawa kecil.
"Dahsyat kau yer kalau tidur..mata terbuntang,siap lagi senyum. Kau mimpi apa ek Carl?" usik tetamunya. Wajah Tengku Haikal menjadi merah kerana malu. Kerana Adura dia terkantoi dengan teman baiknya.
"Dah, kau jangan nak perli aku Red,apa hal kau kemari. Dah tak cukup kerja aku bagi ke, sampai kau ada masa nak mengintip aku."soal Tengku Haikal pedas. Perasaan malu ditangkap mengelamun oleh rakan baiknya masih sesak didada. Di jelingnya Farid yang sedang enak bersandar disofa sambil menyusun beberapa kertas bersaiz A4 ke atas meja.
"Tak ada maknanya aku nak mengintip kau. Ni didepan aku ada beberapa resume untuk kau buat final selection bagi jawatan PA yang kau minta tu. Farah due lagi tiga bulan. Sempat dia nak ajar budak baru sebelum dia cuti bersalin." Terang Farid sebagai pengurus dibahagian HR syarikat. Tengku Haikal mengeluh. Dia bimbang untuk mengambil orang lain menggantikan Farah. Sukar untuk mendapat pekerja yang begitu berdedikasi seperti Farah. Wanita itu telah bekerja hampir lima tahun dibawah pengurusannya. Namun disebabkan dia memerlukan seorang pembantu untuk mengikuti dan menguruskan tugas hariannya ketika outstation , dia terpaksa mencari seorang lagi pembantu untuk membantu Farah dan dirinya. Farah yang sedang mengandung enam bulan akan menguruskan perkara yang melibatkan urusan dalaman saja. Ini akan mengurangkan beban kerja wanita itu.
"Kau ni macam tak bermaya jer apa hal?" soal Farid sambil menjeling Tengku Haikal yang masih berdiri menyandar di meja kerjanya. Kedua tangan dimasukkan kedalam kocek seluar persis seorang model.
"Aku dah narrow down the candidates dari sepuluh orang kepada lima yang terbaik. Sekarang kau buat pilihan pulak . Kalau aku, tak payah pilih-pilih lagi.Aku select aje yang aku minat" Farid tak teragak-agak menyuarakan pendapatnya sambil tersengih. Matanya tertumpu pada gambar seorang gadis yang cukup comel baginya. Dari resume yang dihantar, kelayakan dia tidaklah standing dengan empat lagi calun yang dicadangkan. Pengalamannya kurang tapi akademiknya jauh menonjol. Ah hati lelaki, memang pantang nampak permpuan comel sikit dah tergugat iman didada.
" Engkau ni Red, tak habis-habis nak memasang jerat, aku takut kau yang terjerat kelak baru padan muka" tegur sahabatnya sambil mengeleng kepala. Farid tersengih.
"Siapa sifu aku kalau bukan kau…" perli Farid pula. Tengku Haikal ketawa sambil berjalan menghampiri sahabatnya dan menepuk bahunya mesra sambil melabuhkan punggungnya kekerusi didepan Farid. Tangannya segera mencapai salah satu resume yang disusun dengan teratur diatas meja. Sepantas kilat dia membaca dan memberi komen bagi setiap resume yang dihulurkan oleh Farid sambil menyandarkan badannya kesofa sehinggalah ke resume yang terakhir. Matanya membuntang terkejut. Senyuman nakal tersungging dibibirnya. Farid yang memerhatikan telatah Tengku Haikal menelan air liur. Ah sudah, aku baru nak kenen budak ni dia dah tersenyum macam tu pulak, dengus Farid didalam hati.
"Well,well,well. Dunia ini memang kecil, nak lari kemana lagi cik adik oiii…" Tengku Haikal bersuara perlahan namun dapat didengari oleh Farid yang duduk dihadapannya. Kepalanya cepat menoleh kearah Tengku Haikal yang sudah tersenyum hingga ketelinga.
" Kau kenal ke budak ni?" soal Farid kehairanan. Ah perempuan cantik mana yang Tengku Haikal tak kenal dan perempuan cantik mana pula yang tak kenal Tengku Haikal. Tapi gadis ini nampak naïf dan macam baru habis belajar. Setahunya Tengku Haikal tak campur dengan student. Tak mahu pelajaran mereka terganggu alasannya. Tapi tidak kurang juga pelajar kolej yang tak reti bahasa cuba menggoda jejaka tampan didepannya itu, terutama kawan-kawan Tengku Maisarah.
"Baru nak berkenalan..and aku nak dia." pantas Tengku Haikal memberi arahan.
"What do you mean ‘aku nak dia' Tengku Dazrin Haikal?" soal Farid serius. Mencerlung matanya menatap wajah Tengku Haikal yang masih tersenyum membaca resume didepannya.
"None of your bussiness!" katanya dengan senyuman masih terukir dibibirnya.
"Tapi kalau compare dengan calun yang lain, pengalaman dia tidaklah sehebat mana" Farid mengingatkan walaupun dia sedar kelulusan yang gadis itu ada jauh lebih baik dari yang lain. Tengku Haikal menjungkitkan keningnya.
" Proceed with the interview just to cover the story behind. Sekiranya ada calun yang lebih baik, kau serapkan dia di jabatan lain dulu. Persediaan awal untuk projek di Pontian nanti.Namun aku maukan gadis tadi bekerja dibawah pengawasan aku seperti yang kita telah bincangkan tadi, taulah aku apa nak buat. Lagi pun Farah masih adakan, dia boleh belajar" Tengku Haikal mengajar sahabatnya selamba.
"Tapi bukan ke kau selalu nak semuanya tepat,cekap dan perfect, jangan pulak nanti kau asyik marah budak ni pula kalau dia tak tau apa-apa" Farid cuba mengubah fikiran Tengku Haikal.
"Kenapa dengan kau Farid? Kau suka dia ke?" soal Tengku Haikal serius. Wajah Farid berubah kemerahan.
"Forget her…she's mine. No question ask ,please." Tengku Haikal mengangkat tangan bila dilihat mulut Farid ternganga dan cuba mengatakan sesuatu.
"Aku baru nak tackle.." keluh Farid seperti orang merajuk tapi tidak dihiraukan oleh Tengku Haikal.
"Oh by the way, jangan cerita apa-apa pada dia tentang aku . Make sure dia dah sign kontrak dulu sebelum jumpa aku and this secret should be between us." Tengku Haikal memberi arahan tegas. Farid terpinga-pinga. Perasaan ingin tahu hubungan gadis tadi dengan Tengku Haikal makin membuak. Tapi sebagai pekerja, dia perlu mematuhi arahan majikannya.
"OK, kalau kau dah nak begitu aku turutkan. Aku ingat aku ni sahabat baik kau.." lirih saja suara Farid seperti orang yang jauh hati. Tengku Haikal tersenyum. Bukan dia tak tahu perangai sahabatnya itu. Berlakon jer lebih.
"Sabarlah…kau buat dulu apa yang aku suruh, nanti aku cerita" pujuk Tengku Haikal .
"Aku tak kisah kalau kau tak mahu beritahu. Aku ni siapa…kuli jer…" Farid seperti orang merajuk.
"Ewah.ewah. Merajuklah tu. Eee…geli aku…kalau kau tak mahu tahu tak apa. Aku simpan jer kisah menarik ni dalam kamus hidup aku.." ugut Tengku Haikal bergurau.
"Eh…kau dah janji. Jangan mengada. Kau kena cerita dengan aku hubungan kau dengan gadis ini.." Farid mengelabah. Tengku Haikal ketawa.
"Ialah…dah cepat uruskannya. Aku nak by next week dia lapur diri"
"Tapi minggu depankan kau akan berada di German selama dua miggu" Farid mengingatkan. Tengku Haikal menggelengkan kepalanya.
"Hish..Red, kau tak dengar ke perbincangan kita tadi, aku tak mahu dia tahu aku ni boss dia sebelum dia tanda tangan kontrak tu dan aku tak mahu melibatkan Farah. Dengan aku tak ada disini, Farah tak akan mengesyaki apa-apa dan dia juga tidak tertanya-tanya siapa bos dia. Dan aku rasa dalam tempuh dua minggu, appointment letter boleh siap kan?"soal Tengku Haikal.
"Ooopss…sorry. Ok, aku faham apa maksud kau . Don't worry, everything will be find.Anything else you want me to do bos?" usik Farid.
"Please ask Farah to see me on your way out" Tengku Haikal mula mengatur rancangan. Tidak dihiraukan usikan yang dilemparkan oleh Farid. Syarikatnya akan mengadakan usahasama dengan syarikat dari Jerman menjadikan dia agak sibuk sepanjang dua minggu akan datang. Persediaan awal perlu dibuat bagi menjamin semua urusan syarikat dapat berjalan dengan lancar.
“Err..Red, aku tak mahu kau ada hanky panky dengan that girl and make sure others too .” Pesan Tengku Haikal sebelum sahabatnya menghilang disebalik daun pintu.
Ah sudahhh. Apa hubungan gadis ini dengan Tengku Haikal ek? bisik hati kecil Farid sambil langkahnya dihayun ke meja Farah.