Sunday, 9 February 2014


Milik siapa hatimu?
BAB 5
Adura meletakkan bungkusan nasi keatas meja didapur rumah teres setingkat itu sebelum dia masuk kebilik tidurnya .Dengan malas dia mencampak beg galasnya pula keatas katil. sebelum mencapai tuala dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri serta mengambil wuduk. Seusai solat Isyak, dia kembali kedapur untuk membuat minuman kegemarannya,milo. Dibuka bungkusan yang dibekalkan oleh Kak Yati buat hidangan malamnya, nasi beriyani dan ayam masak merah. Aromanya cukup membuka selera. Dia tersenyum meleret bila melihat beberapa jenis kek kegemarannya turut serta dalam juadah makan malamnya itu. Sayang sungguh KakYati dengan anak saudaranya ini.Tangannya pantas mencapai pinggan.
" Eh bila kau balik Dura?" tegur Junaidah teman serumahnya yang tiba-tiba muncul didepan pintu dapur.
"Prangggg.." bunyi pinggan jatuh berderai diatas lantai. Tergaman Junaidah melihat kejadian itu.
"Junnnn….boleh tak kau beri salam ; jangan suka main terjah macam ni." Bentak Adura geram. Dia segera menyankung untuk mengutip serpihan pinggan yang berderai diatas lantai.
"Eh…aku kat dalam rumah…nak beri salam pasal apa pulak?" ngomel temannya sinis.
"Hai…takkan nak beri salam perlu ada dalam rumah, luar rumah? Lagi pun kau kan tahu aku ni lemah semangat…nasib baik pinggan kosong, kalau pinggan aku dah berisi nasi, apa kes?" bebel Adura pula.
"Kes kempunanlah…." Junaidah melawak.
"Hah lawak,lawak…kau punya bahagianlah aku ngap…so kaulah yang kempunan…"
"Wahhh…kau bawa balik apa Dura….sedapnya.."Junaidah menjeling bungkusan nasi diatas meja.
"Tau tak apa…dah tolong ambil penyapu dan sapu sikit lantai ni. Nanti terpijak pula serpihan kaca yang halus. Lepas tu boleh kita makan." Adura mengarah selamba.
"Yess boss…pasal makan …no sweat..lagi-lagi ni dari Serambi Catering kan…tentu sedap giler…" riang suara Junaidah. Adura mencapai dua biji pinggan dan mangkuk. Dialihkan bungkusan nasi dan lauk pauk yang masih hangat itu kedalam bekas yang ada. Kemudian dia menuang pula air suam kedalam dua biji gelas dan di bawa kemeja makan. Junaidah yang sedang mencuci tangan dijelingnya lucu. Tak padan dengan orangnya yang kurus melengking, pasal makan, dialah dulu.
"Hah..pasal apa senyum-senyum? Ngumpat aku lah tu…" Junaidah pantas menarik kerusi dan duduk berdepan dengan Adura. Nasi segera disenduk kepinggan. Beberapa kali Adura melihat Junaidah menelan air liur kerana terliurkan hidangan didepannya. Dia tersenyum melihat gelagat teman baiknya itu.
"Perlahanlah sikit Jun kalau makan tu…bukan ada orang nak ambil nasi kau tu…"tegur Adura selamba. Junaidah yang sedang sibuk menceduk kuah dalca kedalam pinggannya tersengih.
"Aku bukan apa…dah lama tak makan nasi beryani yang Kak Yati masak ni…mengidam…"guraunya. Adura mengeleng kepala.
"Kau mulut jangan cabul. Belum kahwin dah sibuk nak mengidam…atau kau ada "terrr" ke? Soal Adura mengusik pula sambil matanya dilerekkan kewajah sahabatnya.
"Eh..mulut tak ada insurans ye…ini kalau dengar dek bapak aku…hari ni juga aku kena balik…:Ini Junaidahlah… aku dah janji dengan mak dan pak aku yang aku akan jaga nama baik depa orang…Alhamdulillah,sampai la ni,aku masih "dara" ."sinis jawaban yang dibagi oleh Junaidah si budak Perak.
"Ialah aku tahu…kau janganlah pulak ambil hati…saja nak berbual pun salah…cepat na nak melenting" bebel Adura perlahan. Junaidah yang sedang menguyah terhenti. Direnung wajah temannya yang menunduk. Aku terkasaq bahasa ka? Bisik hati kecilnya.
"Eh kau marah ke? Aku mintak maaflah kalau kau kecik hati. Ni aku makan nasi yang kau bawak kau tak marah ker? Halal ker? Aku lapaq ni Dura…jangan hang habaq kau tak halalkan pulak…tercekik aku kat sini jugak" Junaidah mula melalut. Adura terkekeh menahan ketawa. Junaidah kalau digertak sikit memang mudah kalut.
"Tak adalah…aku gurau jer. Kitakan dah lama kawan Jun, kau kenal hati budi aku dan aku kenal sangat hati budi kau. Apa yang aku makan, kalau ada…kau dengar eh…kalau ada lebih kau makanlah sama,kalau aku belum makan jangan pulak kau perabih" sempat lagi Adura mengusik sahabat yang dikenali sejak mereka sama-sama menuntut di UTM dulu.
"Ramai ke orang  kat majlis yang Kak Yati handle tadi?" soal Junaidah menukar topik perbualan mereka. Adura yang sedang sibuk meratah ayam masak merah dipinggannya mengeluh.
"Boleh tahan jugalah…tapi ialah…inikan jamuan hari jadi,bukan kenduri kahwin…so just nicelah. Apa yang penting, semua orang menikmati masakan kami atau tidak…itu jer Kak Yati dan aku nak tahu." Terang Adura selamba. Sudah tentu, sebagai seorang yang menguruskan perniagaan catering seperti ini, perkara yang penting diambil kira oleh mereka adalah samada pelanggan puas hati dengan servis dan makanan yang dihidang atau tidak. Komen dari tetamu yang hadir kebanyakkan sangat positif dan ini sungguh menggembirakan hati Kak Yati kecuali jika Kak Yati mengetahui kisah dia dan Tengku Haikal. Mau selepas ini Adura tidak dibenarkan membantu Kak Yati di bahagian hadapan lagi, mungkin hanya didapur. Adura mengeluh. Seleranya tiba-tiba terhenti. Kalaulah Tengku Haikal komplin pasal dia pada Kak Yati, habislah dia. Tentu Kak Yati marah kerana ini akan menjejaskan reputasi perniagaan dia keluh Adura didalam hati.
"Eh kau kenapa ni Dura…tadi beria-ia makan kenapa tiba-tiba termenung pulak?" soal Junaidah hairan. Kunyahannya terhenti seketika. Direnung wajah Adura tanpa berkelip.
"Hey Dura….helloooo…" Junaidah mengawang-awangkan tangannya didepan Adura. Terpinga-pinga gadis itu sebentar.
"Kau dah kenapa…sampai aku tegur pun tak sedar…ada masalah ker? Tapi tak kanlah dengan tiba-tiba" laju saja soalan yang meluncur dari mulut Junaidah yang penuh dengan nasi. Adura mengelengkan kepalanya. Dia menghabiskan suapannya yang terakhir dan segera bangun menuju kesinki.
" Awat hang ni Dura….macam orang mati laki aku tengok…cuba habaq mai." Tegur Junaidah bila melihat kawannya masih lagi termenung di depan sinki . Segera dia mencapai bekas makan yang kosong dan meletakkan kedalam sink
"Eh hang ketepi , pi duduk kat kerusi tu, biar aku cuci semua pinggan ni. Lepas tu hang habaq kat aku apa masalah hang.." sambung Junaidah sambil menolak Adura ketepi. Dicapai pinggan kotor lalu dibasuh bersih. Adura yang duduk di kerusi menyambung menungnya. Tidak sedar sahabatnya sudah siap membersihkan semua perkakas yang kotor. Junaidah menarik kerusi lalu duduk didepan Adura . Masalah besar ke sahabatnya sedang hadapi sekarang ini sampai aku duduk depan dia pun tak perasan? Soalnya dalam hati.
"Eh Adura…hang ni dah kenapa..termenung tak habis-habis lagi..cubalah hang citer sikit kat aku ni…mungkin aku boleh tolong,insyaallah." Tegur Junaidah sekali lagi. Adura yang seperti baru bangun tidur memandang kawannya dalam wajah yang sedih.
"Ada berlaku sesuatu masa aku tolong Kak Yati tadi…aku takut dia komplin kat Kak Yati atau burukkan bisness kak Yati pada rakaniaga dia yang lain. Habislah kak Yati…" lirih suara Adura mengadu.
"Ialah…tapi apa yang berlaku..cuba cakap tu terang sikit…aku tak fahamlah…" ngomel Junaidah pula.Adura menarik nafas dalam-dalam dan menceritakan kejadian yang menimpanya dari petang hinggalah kisah dia melarikan diri dari rumah banglow tiga tingkat milik keluarga Tengku Haikal. Berdekah-dekah Junaidah ketawa sebaik Adura habis bercerita. Muka Adura berubah kelat. Muka Junaidah yang sudah kemerahan akibat ketawa yang melampau direnung geram.
"Junnnnn..kalau nak setakat ketawa baik aku tak payah cerita kat kau. Buat lagi semak aje kepala otak aku"ngomel Adura bengang. Junaidah yang cuba menahan gelaknya mengesat airmata kerana terlebih ketawa..
"Sorry,sorry..lucunya..Hang dengan mamat tu memang ditakdirkan untuk bertemu agaknya,kata orang putih,fate. Eh..handsome tak mamat sengal tu?" soal Junaidah sambil tersengih. Adura menjeling geram.
"Ah malaslah cakap dengan kau..Dah aku nak masuk bilik. Kau kalau nak tidur check dulu semua pintu dan tingkap dah dikunci. Kau tu suka berjalan dalam tidur…kang tahu-tahu masuk news seorang gadis dijumpai tidur  diperhentian bas" perli Adura gara-gara Junaidah yang mengigau berjalan dalam tidurnya akibat terlalu penat dengan aktiviti hiking di Gunung Pulai pada tahun lalu.
"Ek..boleh tak jangan ingatkan aku kisah tu…kalau orang lain tahu, jatuh saham aku" bebel Junaidah bengang disahut ketawa kecil oleh Adura. Gadis itu segera menuju kebilik tidurnya. Cerita hari ini ingin dilakarkan didalam diari biru miliknya. Sepontan senyuman kecil terbit dari bibirnya yang mungil.




Puas beg galasnya diselongkar. Habis bertaburan isi kandungannya diatas katil Namun buku biru tempat dia mencurahkan rahsia masih tidak di temui. Adura segera bangun dan mencari dimeja kerjanya. Masih juga tidak dijumpai. Pelik. Kemana pulak hilangnya si diari biru aku ni? Bisik hati kecilnya. Segera dia belari keluar mencari teman serumahnya. Di lihat gadis itu sedang leka menonton talivisyen.
"Jun, kau ada ternampak tak buku berwarna biru gelap?" soalnya pantas.
"Buku biru mana?" soal Junaidah balik tanpa mengalihkan pandangan dari kotak talivisyen didepannya.
"Alaaa…diari akulah…yang kau pernah cuba untuk membacanya dulu…" ngunkit Adura cuba mengingatkan kawannya itu.
"Ohhhh…takkk.." pendek jer jawaban Junaidah. Adura mengeluh. Mana pulak cicirnya buku itu. Kalaulah dapat kat orang, malu dia. Segala rahsia hati dan suka duka hidup di alam remaja banyak tertulis didalamnya. Dia cuba untuk mengingati dimana kali terakhir dia memegang diari itu.
"Ya Allah…..habislah aku…." Jerit Adura tiba-tiba. Junaidah yang sedang sibuk mengunyah kacang terkejut lalu tersedak. Berterabur isi kacang dari mulutnya kelantai. Terkapai-kapai seperti orang tercekik. Adura yang perasan wajah kawannya itu telah berubah merah, segera bangun dan medapatkan segelas air.
"Nah cepat minum…apalah. Makan kacang pun boleh tersedak" bebel Adura.
"Ialah tu…yang hang tersembur air tu pulak apa kes….Aku ni terkejut. Yang hang tiba-tiba dok jerit apa hal. Mau aku tak terkejut." Junaidah mengingatkan rakannya kisah dia siang tadi.
"Jun aku rasa diari tu aku tertinggal dekat bas stop Pulai Perdanalah. Temankan aku sat, boleh tak. Aku nak check ada lagi ketidak diari tu." Pujuk Adura bila dilihat rakannya sudah mula bersila diatas sofa.
"Dah malamlah…tunggu esok jerlah…" Junaidah menjawab malas. Cerita di talivishen tengah sedap ni. Cerita seram lagi. Mabuk ke aku nak keluar malam-malam  cam ni bisik hati kecil Junaidah. Walhal dia memang penakut pun tapi kerek,nak juga tengok cerita hantu.
"Tak boleh…kalau dijumpai orang, habislah aku…jomlah temankan aku." Pujuk Adura lagi.
"Kalau kau temankan aku nanti aku belanja kau makan seminggu.." Adura memasang umpan. Junaidah berhenti mengunyah kacang. Wajah teman serumah di pandang tanpa berkelip.
"Betul ni?" soal Junaidah meminta kepastian.
"Ialah…aku janji. Jom cepat lah sebelum malam makin larut ni" ajak Adura pantas bila dilihat Junaidah seperti mahu meneruskan kunyahannya.

"Ialah…ialah..aku bangunlah ni" bebel Junaidah. Tangannya pantas mencapai remote control dan menutup siaran talivisyen. Adura sudah menunggu di tepi pintu. Dengan berbekalkan lampu suluh, kedua gadis itu mula menapak keperhentian bas untuk mencari diari biru milik Adura.

No comments:

Post a Comment