Sunday, 30 March 2014

Milik Siapa Hatimu

BAB 8

Sudah tiga minggu Adura bekerja di Maju Bersatu Holdings. Selok belok perjalanan syarikat dan tugasan harian Farah telah dipelajari dengan baik. Farid kerap juga menjengah bertanya khabar dan adakala menemaninya makan tengahari di kafeteria. Kak Farah kerap mengusik Adura tentang hubungannya dengan Farid, tapi Adura menafikannya. Namun Farah tidak mempercayainya. Setiap kali Farid datang ketempat mereka, pasti saja tempat Adura yang ditenggeknya. Macam-macam soalan yang di ajukan dan selalunya jauh dari scope kerja. Adura mula merasa tidak selesa lebih-lebih lagi apabila dia kerap disindir oleh minah-minah vogue yang berada di bahagian pemasaran. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengelakkan diri dari kerap keluar makan dengan Farid.
"Hai tak keluar makan dengan Farid hari ni Dura?" soal Farah bila dilihat Adura masih didepan mejanya sedangkan waktu sudah menunjukkan jam 12.30pm. Adura yang sedang leka mengemas kini proposal yang di fowardkan oleh Farah hanya menggelengkan kepala.Beberapa figure perlu diperbetulkan dan informasi dari projek lalu perlu ditambah didalam proposal yang dikirim oleh Tengku Haikal merangkap bos dan bakal CEO Maju Bersatu Holdings
"Taklah kak. Segan Dura. Nanti orang cakap apa pulak. Lagi pun Encik Farid tu dah ada yang minat, tak pasal-pasal pulak ada orang bermusuh dengan Dura" terang Adura panjang. Bukan dia tak tahu Hani, gadis dari bahagian pemasaran memang ada menaruh hati dengan Farid. Gadis itu tidak teragak-agak lagi memberi amaran padanya agar tidak terlalu rapat dengan Farid.
Macamlah aku teringin sangat hendak berlaki. Alamat melepaslah kau Jun, Encik Farid dah ada yang punya, bisik hati kecil Adura bila mengingatkan kejadian di tandas wanita dua hari yang lepas.
"Maksud Dura si Hani tu? Emm..dia je yang perasan. Si Farid tak ada apa hubungan pun dengan dia. Perempuan gedik. Sama jer perangai dengan teman baiknya, Tengku Emelda." ngomel Farah menyampah.
"Laaa…siapa pulak Tengku Emelda ni kak?" soal Adura terpinga-pinga.
"Sepupu Tengku Haikal, merangkap teman wanitanya. Ah nanti kamu kenallah…akak nak pergi makan, kamu nak pesan apa-apa ke Dura?" soal Farah sambil langkahnya perlahan menuju ke pintu.
"Tidaklah kak. Nanti kalau lapar, Dura makan biskut je kat pantri. Nak habiskan kerja ni dulu." Balasnya sambil menyambung semula kerja yang terhenti sebentar tadi. Khusyuk dia membaca setiap baris ayat yang terdapat didalam folder yang Kak Farah fowardkan kepadanya. Sekali sekala dia memicit tengkuknya yang keletihan. Jam didinding sudah menunjukkan jam 1.00pm. Adura bercadang hendak kepantri untuk membancuh secawan kopi dan memakan biskut untuk mengalas perut bila telefon disisinya berdering.
"Assalamualaikum, selamat tengahari, …"belum sempat Adura menghabiskan bicaranya suara lelaki dari dalam talian itu sudah memotong kata-katanya.
"Farah, proposal tu dah siap belum? Tolong tambahkan information berkaitan monthly output for past six month yang kita keluarkan dari kilang di Simpang Renggam. Dah siap e-mail balik pada saya. Urgent. Our client nak lihat proposal itu sebelum saya balik ke Malaysia." Laju aje suara lelaki kedengaran dari corong telefon yang di pegangnya. Adura terkedu. Kurang asam punya orang. Jawablah salam tu dulu. No manners at all! Gumam Adura.
"Maaf Encik, Boleh saya tahu siapa yang membuat panggilan ini?” soal Adura lembut walaupun hatinya panas dengan tingkah pemanggilnya. Senyap sahaja tiada jawaban. Adura mengeluh perlahan.
“Kurang-kurang jawablah salam dulu encik…” Adura mula geram. Perut dah lapar dan si pemanggil pula macam hendak mempermainkan dirinya.
“Waalaikumussalam.Saya Tengku Haikal. Mana Farah dan awak siapa?” serius suara pemanggil menyebabkan Adura hampir terlepas ganggang telefon lebih-lebih lagi bila pemanggil memperkenalkan dirinya sebagai Tengku Haikal, bos yang tak pernah dilihatnya.                                                                                                                                                                                                                                                                           
 “Kak Farah keluar lunch, saya Adura, junior PA merangkap pembantu Kak Farah" panjang lebar dia menerangkan kedudukkannya. Terdengar deru nafas kasar dari dalam talian.
"Encik…? Encik tak apa-apa ke?" soal Adura takut-takut. Bimbang juga jika lelaki itu terkejut dan mendapat serangan jantung. Bukan boleh diagak orang sekarang, baik muda mau pun yang dah berumur, mudah betul kena serangan jantung. Lagi-lagi orang kaya-kaya, dah kerjanya asyik meeting,makan,party mau taknya cholesterol mencanak tinggi. Kalau exercise pun cuma jalan-jalan dipadang golf, lepas tu makan lagi. Ish manalah tak mudah kena serangan jantung. Panjang pula Adura membebel didalam hati.
"Dah lama kerja?" tiba-tiba suara lelaki itu menyambung semula perbualan yang telah terhenti sebentar tadi. Adura terpinga-pinga sebentar. Tiba-tiba saja topic perbualan mereka beralih arah.
"Err..baru lagi encik, baru tiga minggu." Tergagap-gagap Adura menjawab.
"Kontrak kerja dah sain belum?" soalnya lagi. Adura lagilah tercengang. Kalau lelaki itu ada didepannya pasti dapat melihat mata bundarnya membuntang dan mulutnya ternganga.
"Belum lagi…kenapa encik. Saya tak layak ke nak kerja disini?" soalnya bimbang. Setahu dia syarikat ini hanya akan mengeluarkan surat kontrak kerja selepas pekerja itu disahkan dalam jawatan selepas tempoh percubaan tamat,sekurang-kurangnya sebulan, dua bulan atau tiga bulan. Tapi kenapa boss aku tanya pasal kontrak kerja aku sekarang? Sebab aku perli dia ke tadi?Bisik hati kecil Adura bimbang Lelaki itu berdehem seketika.
"Bukan begitu, awak kan bekerja direct dengan saya dan dah tentu banyak rahsia syarikat yang awak akan ketahui, so untuk keselamatan, kontrak perlu dibuat lebih awal." Terang lelaki itu tanpa teragak-agak.
"Ohhh..fahamlah saya. So far Encik Farid tak pula beritahu saya apa-apa." Jawab Adura sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Awak tak pergi lunch ke Adura?" tiba-tiba suara lelaki itu berubah lembut. Adura terpana. Suara lembut itu seperti pernah didengarnya sebelum itu. "Tidaklah encik..saya nak siapkan proposal ini dulu" jawabnya tanpa terlintas proposal yang di taipnya adalah proposal yang sama dengan proposal yang diminta oleh Tengku Haikal sebentar tadi.
‘Adakah itu proposal untuk membekalkan minyak kelapa sawit ke Jerman?" soal Tengku Haikal senafas. Ada getar dihujung suaranya. Adura seperti dapat mengagak bahawa lelaki itu sedang marah. Ish macam berangin je bos aku ni, kejap sweet kejap-kejap macam rimau garangnya.
"Ya saya.." jawabnya pendek. Lelaki itu menarik nafas kasar.
"Kenapa bukan Farah yang buat. Saya dah e-mail dua hari lepas dan saya perlukannya untuk meeting esok. Kenapa tak siap lagi!" tinggi suara lelaki itu menyebabkan Adura terpaksa menjauhkan telefon itu dari telinganya. Boleh pecah gegendang telinga aku ni, dengusnya geram.
"Kak Farah MC 3 hari dan sepatutnya dia masih dalam MC lagi, tapi dia datang juga kerja bimbang ada perkara urgent yang perlu disiapkan. Itu sebabnya dia tak tahu tentang proposal ini. Lagipun kalau benda ini urgent, kenapa Encik tak call Kak Farah mengenainya. Salah encik juga." pantas Adura membela Farah yang sedang sarat mengandung itu. Bengang juga dia jika bosnya mempunyai sikap tidak perihatin kepada pekerja bawahannya. Terdengar suara orang menarik nafas dengan kasar dihujung talian. Ooopss..alamak,terlepaslah pulak baran aku kat mamat ni.Mati aku kena minus point dengan mamat ni bila dia balik kelak,ngomel Adura didalam hati.
"Habis bagaimana dengan proposal saya tu…bila boleh siap?Saya perlukannya hari ini juga." Tengku Haikal mengeluarkan arahan selepas beberapa saat perbualan mereka terhenti. Yang kedengaran hanya bunyi nafas turun naik sahaja didalam talian.
"Saya akan siapkan hari ni dan beri kepada Kak Farah untuk e-mail kepada Tengku."janji Adura seperti memujuk tapi dengan penuh semangat.
"Tak payah…awak e-mail terus pada saya. Senang jika ada kesilapan saya boleh beurusan dengan awak terus" arah lelaki itu lagi. Adura mengangguk-anggukkan kepalanya tanpa menyedari lelaki itu bukannya nampak pergerakkannya itu.
"Baik Tengku, saya nak sambung kerja ni. Ada apa-apa lagi yang perlu saya bantu,Tengku?" soal Adura berbasa basi. Kedengaran tawa kecil dari lelaki itu dihujung talian.
"Pergi makan dulu baru sambung kerja. Jangan sampai sakit disebabkan kerja" nasihatnya lembut, Caring. Bergetar jantung Adura mendengarnya.
"Errr..baiklah" malas Adura nak memanjangkan perbualannya. Tadi kata nak cepat, lepas tu suruh pergi makan pulak. Pening nak layan bos yang tak nampak ni. Ah kalau aku tak makan pun bukan dia tahu,gumam hati Adura.
"Kalau saya tahu awak tak pergi makan, siap awak bila saya balik nanti" sambung lelaki itu dengan nada mengugut.
"Eh macam mana Tengku tahu ni?" oopss..tersalah cakaplah pulak. Adura membebel lagi didalam hati. Berderai ketawa pemanggil itu ditalian. Ah gadis ini memang polos orangnya. Tidak pandai menyembunyikan perasaan.
"Awak Adura…jangan degil. Saya boleh nampak awak dari sini"usik Tengku Haikal bersahaja. Makin seronok dia mengusik gadis ini. Tak sabar rasanya nak bertemu semula dengannya. Namun kerana tender yang menjadi buruannya ini, terpaksalah dia kena tinggal di Jerman lama sedikit.
"Eh biar betul Tengku, tak kanlah Tengku di Jerman boleh nampak saya disini. Kita bukannya skype pun. Nak berbohong agak-agaklah…" perli Adura selamba. Lelaki itu ketawa lagi.
"Kenapa,tak percaya?" soalnya mengusik.
"Kalau betul Tengku boleh nampak saya, apa warna baju saya?" suara Adura seperti mengejek.
"Warna biru. Baju kurung warna biru dan awak bertocang satu!" jawabnya dengan senang hati. Ada senyum didalam suara itu. Adura yang memang memakai baju biru dan bertocang satu tersentap. Hampir tercampak gagang telefon dari pegangannya. Biar betul orang tua ni. Dia ada pasang kamera disini ke? Melilau Adura mencari cctv, kamera atau apa-apa benda yang mencurigakan disekelilingnya. Namun tiada satu pun yang ada. Dia mengeluh.
"Sudahlah tu, pergi makan dulu dan kemudian sambung kerja balik. Tak payah peningkan kepala awak mencari kamera tersembunyi disitu. Saya tidaklah sekejam itu nak control pergerakkan orang bawahan saya dengan menggunakan cctv." Pujuk lelaki didalam talian itu setelah tawanya reda. Dia pasti gadis itu sedang kalut mencari kamera yang tersembunyi. Sikap Adura yang sudah boleh diagaknya tadi cukup comel dan menghiburkan.
"Ish Tengku ni main-main pulak.Ialah..nanti saya pergi makan dulu. Terima kasih kerana ambil berat, tapi boleh saya tahu macamana Tengku tau saya pakai baj.."
"Dah jangan banyak songeh…pergi makan dan cepat habiskan kerja yang awak sedang buat. Saya mahu report itu hari ni jugak and Adura, please don't ever skip your meals" Tiba-tiba suara Tengku Dazrin Haikal menjadi serius dan tegas sekali. Kecut perut Adura mendengarnya.

"Baik Tengku, assalamualaikum." Belum sempat lelaki itu menjawab salam Adura sudah meletakkan ganggang telefon. Direnung lama telefon diatas mejanya sebelum dia bangun dan menuju kepantri. Jangan buat pasal, kut-kut dia nampak aku engkar atas arahannya, pasti aku dimarah lagi,Adura bercakap sendirian. Ish ada-ada aje bos tak nampak ni…

Sunday, 23 March 2014


Andai Cinta Itu Ada
Bab 2

Puan Safiah terkejut bila tiba-tiba sebuah BMW berwarna gelap berhenti didepan pintu pagar rumahnya. Dia yang sedang sibuk menyapu daun daun kering terpaku memerhati. Apabila kelibat anak gadisnya yang keluar dari kereta itu. Hatinya berdegup laju. Penyapu yang dipegangnya diletak ketepi.
“Adik?” tegur Puan Safiah bimbang. Gadis itu menoleh. Langkahnya laju menuju kearah ibunya. Dipeluk erat wanitanya sambil menghamburkan airmata.
“Ibu, maafkan Wana” tangisnya.
“Kenapa Wana? Apa yang dah berlaku?”soal Puan Safiah bertalu-talu
“Razif…”tak mampu dia hendak meruskan kata-kata. Hanya tangisan kedengaran menyentuh hati sang ibu. Diusap belakang Wana lembut. Dibiarkan anak gadisnya tenang dahulu sebelum soalan yang semak dikepalanya dilontarkan. Kebimbangannya menyebabkan dia tidak perasan akan kehadiran seorang lelaki didepannya.
 “Puan..” tegur Naqib lembut. Dia tahu wanita itu pasti terkejut dengan kehadiran dirinya bersama Sazuana.
“Err…anak ni siapa?” soal Puan Safiah hairan. Kepalanya terasa berserabut. Dia kena bertenang. Kalau tidak tekanan darahnya pula yang akan naik.
“Saya…”
“Adikkk..” belum sempat Naqib memperkenalkan dirinya suara along terlebih dahulu menyapa telinga Wana dan ibunya. Badan Wana mengeras. Habis…along dah balik. Segera dia mengesat airmata sebelum mengadap abang sulungnya, Saiful Bahri.
“Err…along. Awal balik?” soalnya gugup. Pandangan matanya segera dilarikan bila abangnya merenung tajam
“Apa yang dah berlaku adik?” serius suara Saiful Bahri . Dia yang pulang untuk mengambil dokumen penting agak terperanjat bila melihat adiknya didalam pelukan ibunya. Apa yang telah berlaku? Tak bekerja ke Sazuana hari ini? Seingatnya pagi tadi dia dan Sazuana sama-sama ketempat kerja. Sazuana yang melihat perubahan airmuka abangnya segera merapatkan badannya ke Puan Safiah. Pinggang ibunya di peluk erat. Cuba menyerap sedikit kekuatan.
“Saiful?” tegur lelaki yang membelakangi abangnya.
“Naqib? What are you doing here?”soal along kehairanan. Wajahnya berkerut seribu bila dilihat blazer hitam membaluti tubuh adiknya. Pantas dia menarik blazer itu.
Belum sempat Naqib menahan satu tumbukan  tepat mengenai rahangnya.
“Alonggg….” Pantas tangan Sazuana menolak tubuh abangnya dari mendekati Naqib. Pantas dia melindungi lelaki itu dari baran abangnya dengan berdiri dihadapan lelaki itu.
“Along ni dah kenapa? Baran tak habis-habis.” Jerkah Sazuana sama mula nak naik angin.
“Apa lelaki ini dah buat adik?” soalnya laju. Tangannya sudah mengepal hendak bertumbuk lagi. Tak peduli siapa lelaki ini padanya…bos ke sahabat ke..kalau maruah adik permpuannya jadi taruhan, dia sedia kepenjara kalau perlu.
“Dengar dulu cerita boleh tak? Kerja asyik nak bantai orang tak tentu pasal aje. Pandai kata orang berangin, dia lagi teruk” Panjang ngomel Sazuana. Hilang sudah rasa sedih dihati, diganti pula rasa geram dengan sikap abang sulungnya.
“Oh mak kau..” Sazuana tiba-tiba terkejut bila balzer yang tadi terbang kemana kini membaluti tubuhnya. Naqib kembali menyarungkannya semula ke tubuh gadis itu.
“Errr…terima kasih Encik Naqib.” Perlahan suaranya kerana segan. Terdedah lagi. Perasaan malu mula menebal. Terasa bahang dari kepala hingga kekaki. Asyik buat free show aje depan lelaki ini.. Isssshhh. Ini semua kerana along. Sazuana mula buka langkah seribu . Baju mesti ditukar dulu. Nak bergaduh sekejap lagi. Biarkan aurat dia cukup bertutup.
“Adikkk”jerkah Saiful Bahri lagi, namun tidak diendah oleh Sazuana yang sudah berlari masuk kedalam rumah.
“Along….kenapa hukum orang yang belum tentu kesalahannya. Wana sebut nama Razif tadi..” Puan Safiah membuka cerita yang dia sendiri masih kurang mengerti. Tapi bila dia teringat baju Wana yang koyak tadi, wajahnya berubah.
“Along…Apa kena dengan adik. Dia dengan Razif?” soalannya tergantung. Matanya berpinar dan tiba-tiba Puan Safiah rebah.
“Ibuuuu…” jerit Saiful Bahri terkejut. Nasib baik Naqib sempat menyambut, kalau tidak pasti wanita itu tersembam kelantai. Dicempungnya Puan Safiah menuju kedalam rumah. Saiful Bahri pula membuntuti dari belakang. Hilang sebentar sengketa yang tidak ada mula dan hujung.
Does your mother have any health problem?” soal Naqib pantas. Wajahnya nampak risau. Wajah Saiful Bahri jangan dikira. Pucat lesi seperti mayat. Bimbang teramat sangat.
“Dia ada darah tinggi.” Kata Saiful sambil menghala ke kedapur dan pantas kembali membawa segelas air. Disapu wajah ibunya lembut dengan air sambil memanggil ibunya perlahan-lahan.
I think its better if we bring your mother to hospital Saiful..” nasihat Naqib dalam nada bimbang bila tindakan mereka tidak memberi apa tindak balas kepada Puan Safiah.. Saiful juga turut mengangguk. Darah tinggi jangan dibuat main-main. Silap haribulan boleh kena stroke mau pun maut.
“Ibuuu…Ya Allah apa yang berlaku.” Terkejut Saiful dan Naqib bila mendengar jeritan Sazuana. Gadis itu terus menerkam ibunya yang masih tidak sedarkan diri.
“Adik, kita bawa ibu ke hospital sekarang.”kata Saiful sebak. Badan ibunya dicempung keluar.
“Bawa masuk kereta saya Saiful. You go and collect your mother IC and sample ubat. Lock the door and follow us. Sazuana ikut saya. Kita akan terus ke hospital yang berdekatan.” Cekap Naqib mengarah. Saiful mulanya mahu membantah tapi bila difikirkan kata-kata Naqib, ada betulnya. Dia menurut saja. Kalau bukan kerana dia pasti kejadian ini tidak berlaku. Sifat barannya menyebabkan ibu lebih tertekan. Nasib baik ada Naqib, pantas lelaki itu bertindak.
 Saiful segera berlari memasuki bilik tidur ibunya mencari  dompet dan sample ubat ibunya. Sebaik dapat, dia dengan cepat kembali ke ruang tamu dan menutup suis utama.
Selepas mengunci pintu dan pagar rumah ,dia segera kekeretanya dan memecut laju ke hospital yang berdekatan. Dalam hatinya tidak berhenti-henti berdoa agar ibunya tidak mendapat apa-apa implikasi dari kejadian tadi.

Najwan Naqib terus merenung gadis yang sedang hanyut dalam dunianya sendiri. Raut wajah berbentuk bujur sirih itu kelihatan pucat dan keletihan. Matanya yang bundar nampak sembab . Sekali sekala dia tersedu menahan tangis. Airmatanya dikesat dengan belakang tangan. Tak ubah seperti kanak-kanak berumur lima tahun. Mesti dia rasa tertekan. Tunang yang curang, dimalukan pula didepan orang ramai dan ibunya pula masih belum sedarkan diri. Naqib menghampiri gadis itu.
“Makan ni..” sebungkus roti dan secawan milo di hulurkan. Gadis itu terkebil-kebil memandang lelaki dihadapannya. Sangkanya lelaki itu telah pulang sebaik ibunya dibawah pengawasan doktor.
“Dari tadi awak tak makan apa-apa. Ni buat alas perut. Nanti lepas keputusan ibu diketahui, baru kita pergi makan di cafĂ© bawah.” Naqib merancang baik.
“Ibu?” soal gadis itu hairan. Merona merah wajah Najwan Naqib bila dia tanpa sengaja memanggil Puan Safiah dengan panggilan ibu. Sazuana tersenyum manis. Gelihati pula bila melihat lelaki yang tadi nampak maco tiba-tiba macam serba tak  kena. Namun diambil juga roti dan air yang dihulurkan. Naqib telan air liur bila lihat senyuman dibibir munggil milik gadis didepannya. Di alihkan pandangannya cepat kearah lain. Ketika itu pandangannya jatuh kepada Saiful Bahri yang terlari-lari menuju kearah mereka.
“Ibu macam mana Wana?” soalnya laju. Tangan adiknya pantas diraih. Wajah gadis itu kembali suram.
She still in there. Doktor Joshua masih lagi bersamanya.”suara garau Naqib terlebih dahulu menjawab. Wajahnya nampak serius.
“Encik Naqib..?” Saiful Bahri merasa hairan bila melihat Najwan Naqib masih lagi berada disitu. Sangkanya apabila selesai menghantar ibunya kehospital, lelaki itu kembali ke pejabat. Hatinya merasa kurang enak. Kemunculan seorang lelaki berjubah putih menarik perhatian mereka yang menanti.
How is she Josh?”pantas Naqib menyoal doktor yang menghampiri mereka. Saiful Bahri segera berdiri sambil membantu adiknya yang kelihatan lemah.
“Alhamdulillah. Keadaan dia dah stabil. Lucky you cepat kalau tidak…” kata-katanya tiba-tiba mati bila melihat renungan lelaki didepannya.
“Apa maksud doktor?” tiba-tiba Sazuana bersuara. Pucat wajahnya bila mendengar kat-kata doktor muda didepannya. Lelaki itu menoleh kearahnya sambil tersenyum.
“Tak ada apa-apa..”
“Doktor…saya bukan budak kecil yang perlu digula-gulakan…” suara Sazuana sudah naik satu oktaf. Saiful Bahri segera memeluk adiknya.
“Shhh…sabar Wana. Ibu dah selamat. Itu yang penting” pujuk siabang lembut
“Tapi Wana nak tahu tahap kesihatan ibu…Wana tak mahu kehilangan ibu…Wana takut…”ngongoinya tersedu-sedu.
“Ibu tak apa-apa..kan Doktor dah cakap. Ibu stabil…”pujuk Saiful lagi. Ditepuk-tepuk perlahan belakang adiknya penuh kasih sayang. Rasa kesal menjamah hatinya. Semua ini kerana sikap barannya. Kalau dia tidak mengamuk didepan ibu, pasti kejadian ini tidak akan berlaku. Lebih-lebih lagi bila ia berlaku didepan bakal CEO Khazanah Property, sudahlah ditumbuknya lelaki yang tidak bersalah itu, kini lelaki itu pula yang menolong mereka anak beranak. Dijeling wajah Naqib dengan rasa segan. Kelihatan lelaki itu khusyuk mendengar sesuatu yang dicakapkan oleh doktor yang merawat Puan Safiah.
‘Encik Saiful, boleh saya jumpa sebentar.” Tiba-tiba doktor muda itu menoleh. Saiful Bahri hanya mengangguk. Sazuana segera meleraikan pelukan abangnya.
“Doktor, boleh saya jumpa ibu..” soalnya sambil tersedu-sedu menahan tangis. Airmatanya dikesat kasar. Dr.Joshua tersenyum melihat sikap keanak-anakan gadis comel didepannya.

“ Cik Sazuana boleh jumpa dengan Puan Safiah dahulu sementara saya berbincang dengan Encik Saiful. Puan Safiah berada dibilik 206. Silakan Encik Saiful, kita berbincang dibilik saya dahulu” katanya sambil berlalu pergi.
“Wana jumpa ibu dulu. Kejap lagi abang datang. Sudah jangan nangis. Nanti ibu lagi risau.” Risau pula nak tinggalkan adiknya seseorang. Bimbang dia tidak dapat mengawal diri.
“Emm…abang pergilah. Jangan risau. Cepatlah, doktor dah tunggu” Sazuana menolak abangnya kedepan dan mula mengorak langkah kebilik No 206. Hatinya berdebar kuat. Semakin dihampiri bilik itu , semakin lemah langkahnya.
“Sazuana..” tegur seseorang dibelakangnya. Langkahnya terhenti. Tangannya yang baru hendak menolak pintu bilik itu turut terhenti.
“Encik Naqib..” keluhnya dalam ketar.
“Saya temankan…:” suaranya seperti memahami. Tangan sasa itu menolak perlahan pintu wad yang diduduki oleh Puan Safiah. Sazuana segera menerpa kearah ibunya yang sedang lena akibat tindak balas dari ubat yang diberi.Bantuan pernafasan dan botol-botol air bergantungan disisi katil. Kedengaran esakkan kecil dari gadis didepannya. Terhinjut-hinjut bahu gadis itu cuba menahan sendu bila melihat keadaan ibunya. Banyak betul dugaan yang menimpa gadis ini bisik hati kecilnya. Hatinya sedikit terusik.
“Syy…awak kena kuat Wana. Kalau ibu nampak awak begini tentu dia risau.”pujuk Naqib lembut. Sazuana memalingkan wajahnya mengadap Naqib. Dengan matanya yang besar dan bertakung dek airmata, dia kelihatan seperti anak kucing yang kehilangan ibu. Penuh ketakutan dan kesedihan.
“Ibu tak apa-apakan. Ibu saya akan selamatkan?” soalnya berharap. Bibir mungil itu di gigit bagi menahan tangis. Naqib meraup rambutnya kebelakang. Sayu hatinya bila melihat keadaan gadis ini. Dia menarik nafas kasar . Ingin sekali dia menuruti naluri lelakinya untuk menarik gadis itu kedalam pelukannya. Bersama-sama memikul kesedihan yang ditanggung oleh gadis itu. Namun batas agama memaksa dia melupakan hasrat hatinya.Mampu kah gadis ini menghadapinya jika perkara yang lebih buruk terjadi keatas ibunya.
“Syy..sabar Sazuana. Ibu tak apa-apa. Sebentar nanti kalau ibu sedar dan awak dalam keadaan begini pasti ibu risau.”pujuk lelaki itu perlahan. Tangannya dimasukkan kedalam kocek seluarnya. Menyembunyikan rasa getar dihatinya bila melihat airmata gadis itu membasahi pipinya yang gebu.
“Saya tak sanggup kehilangan ibu. Saya takut.”tangisnya. Terhinjut-hinjut bahunya mengikut rentak tangisannya.
“Jangan risau Wana..ibu akan selamat. Disini ramai doktor pakar. Doktor Joshua juga beritahu tadi keadaan ibu sudah stabil. Kita Cuma perlu berdoa dan bertawakal aje” pujuk Naqib lagi. Belakang gadis itu ditepuk perlahan memujuk. Tanpa mereka sedari sepasang anak mata memerhatikan gelagat pasangan itu dengan bimbang.


Friday, 21 March 2014


Andai cinta itu ada.


BAB 1

Langkahnya laju meninggalkan pejabat yang berada ditingkat lima bangunan milik Venture Holdings. Adengan 18sx yang ditonton tadi benar-benar menyiat hatinya. Perkahwinan yang akan berlangsung tak sampai sebulan lagi akan dibatalkan. Dia tak peduli. Ibu dan ayah nak kata apa pun, dia akan terima saja. Along, angah dan achik nak marah pun, marahlah. Dia sedia mendengarnya. Itu lebih baik dari menerima lelaki keparat itu menjadi suaminya.

Tangannya pantas menekan butang lif . Dia mesti pergi dari sini. Kalau di ikut  hati, mahu dia mempraktikkan seni tae kwando yang dipelajarinya keatas Razif. Namun kerana menghormati harga diri yang dia masih ada, kakinya pantas meninggalkan pasangan yang sedang asyik bermadu kasih itu.
“Wana..Wana…Wait.Please let me explain” satu tangan cuba meraih lengannya. Namun gadis yang di panggil Wana itu segera menepis. Dipandang wajah lelaki yang menjadi tunangannya itu kesal. Masa hendak pandai merayu sakan. Cintalah, kasihlah, pegi dahhh…semua bohong!.Geram dan sakit hati  membengkak dalam hati Wana. Namun wajahnya masih nampak tenang. Tak kuasa dia menonjolkan apa yang dirasainya kepada orang yang tak pernah menghargai pengorbanannya.

There is nothing to explain,Raz. What I saw is enough. The wedding is off!” gadis itu bersuara tenang. Tak perlu terpekik terlolong mengamuk seperti lain-lain wanita yang ditinggalkan lelaki. Itu prinsip hidupnya. Jika Razif bukan jodohnya, untuk apa dia terus mendesak. Itu sebabnya ALLAH tunjukkan apa yang selama ini tersembunyi dari pengetahuan dirinya. Jika dalam tempoh bertunang dia sudah berperangai begitu, tak hairan itu juga yang bakal dibawanya walaupun sudah berumah tangga kelak.
“No!. You tak faham!. Dia yang menggoda I. I love you Wana.”terang  Razif seperti orang hilang akal. Wajahnya yang tampan nampak berserabut. Tangannya laju meraup rambutnya beberapa kali. Razif memang lelaki yang dianugerahkan Allah dengan wajah tampan. Tidak hairanlah ramai gadis yang tergilakannya. Tapi bukankan Allah menganugerahkan sesuatu kelebihan itu untuk kita sentiasa bersyukur pada NYA . Bukan menggunakannya untuk tujuan yang boleh kearah kemungkaran. Namun Razif terlupa akan perkara itu. Lelaki yang dahulunya di gambarkan oleh angahnya sebagai seorang yang setia pada cinta tapi rupanya hanya topeng semata-mata. Pasti hubungan lelaki ini dengan angah akan putus.

Razif merupakan kawan baik angah sejak mereka sama-sama menuntut di IPTA lagi. Tapi kalau kes ini sampai kepengetahuan angah, pasti persahabatan itu terputus begitu saja. Angah sangat menyangi adik perempuannya yang satu ini. Sebab itu jodoh adiknya dia ingin pastikan dengan lelaki yang dia tahu latar belakangnya. Wana pula adik yang sentiasa menurut kata, tidak pandai membantah . Pilihan orang tua atau abang-abangnya pasti dengan niat yang baik, untuk kebaikan dirinya sendiri. Wana mengeluh.
Kesian juga bila melihat keadaan bekas tunangannya itu. Namun bila kesan lipstick yang terpalit dileher lelaki itu, menjamah matanya, perasaan kesian itu terbang dengan lajunya. Emmm di goda konon. Kalau kau tak sama menggatal, taklah sampai baju pun tak berbutang. Sinis senyuman gadis itu.
“Dahlah Raz. Wana dah penatlah. Nanti Wana beritahu ibu dan ayah. Majlis itu kita batalkan.” Gadis itu masih mengawal tone suaranya. Cakap macam tak ada perasaan. Cukuplah dia dimalukan dengan kejadian tadi. Tak kan dia hendak membuat drama lain pula di depan pintu lif ni pulak. Kelopak matanya terasa berat. Sebak rasa hatinya  bila mengenangkan maruah keluarga kini bergantung kepada keputusannya.
Noooo…you can’t do that..”pantas tangan Razif menarik lengan baju gadis itu. Gadis itu meronta dan menarik tangannya kasar dan..
Praaaakkk… Wana tergamam bila melihat lengan baju kurung kain kapasnya terkoyak . Kulit  lengannya yang putih gebu terpampang kepandangan umum.
“Astafirullah…”dengan pantas dia menarik lengan bajunya yang terkoyak menutupi apa haram di lihat oleh mereka yang bukan muhrimnya.

Perasaan marah yang cuba ditahan olehnya hilang. Hatinya mula panas. Sudahlah maruahnya dipijak tadi dengan adengan di ruang pejabat, kini dirinya sekali lagi diaibkan dengan sikap kasar Razif dalam menangani masalah peribadinya. Wana mula nak naik hantu. Dia berpaling mengadap Razif. Wajahnya tegang.Tapi..
“Kurang ajar…” suara keras seorang lelaki mengejutkan Wana dan Razif  pula tiba-tiba tercampak ke lantai. Mata Wana terkebil-kebil. Seorang lelaki bersut lengkap tiba-tiba menghadang pandangannya.Terkebil- kebil Wana atau nama penuhnya Sazuana Asyikin melihat kejadian itu.
Hey..who are you..” Razif yang pada mulanya ingin membantah, tiba-tiba membisu. Matanya membuntang bila melihat lelaki dihadapannya. Terkial-kial dia bangun.
“Encik Naqib… I’m sorry if..”
That’s enough. Saya tak mahu dengar apa-apa. Just get lost before I kick you out from here” jerkah lelaki itu.Wajah Razif yang kelat dan merah padam dipandang oleh Wana dengan sayu sebelum ianya hilang disebalik orang ramai yang menonton kejadian itu. Soseh-soseh orang disekeliling mula kedengaran.
Ok guys. I think the show is over. Now..pergi balik buat kerja masing-masing sebelum korang pulak kena .” tegur satu suara lain pula dengan tegas. Berderap bunyi tapak kaki beberapa penonton yang tidak diketahui datang dari mana meninggalkan kawasan itu. Keadaan kembali tenang dan senyap.

 Sazuana segera membelakangkan penyelamatnya. Wajahnya membahang. Dia merasa cukup malu dengan kejadian sebentar tadi. Apalah malang nasibnya hari ini. Tujuan kedatangannya untuk mengajak Razif keluar makan tengahari telah menjadi mimpi ngeri . Setelah dirinya di hina oleh gadis berambut perang tadi kini maruahnya pula seperti dipijak-pijak oleh Razif dengan kejadian tadi. Airmata yang cuba ditahan dari tadi mula mengalir membasahi pipinya Tangannya masih memegang lengan bajunya yang koyak bila dia merasa hangat dari blazer hitam yang tiba-tiba membaluti tubuhnya.

“Huh?” pantas kepalanya berpaling untuk melihat gerangan empunya blazer itu. Dan ketika itu mata bundarnya bertaut dengan sepasang mata hazel milik lelaki yang menjadi penyelamat nya. Wajah putih bersih lelaki didepannya ditatap lama. Hidungnya yang mancung dan kulitnya yang putih kemerahan menunjukkan dia bukan lelaki melayu tulin.Handsome…memang handsome giler. Kalau tidak difikirkan masalah yang dihadapainya dengan Razif, pasti dia cair disitu juga bila wajahnya direnung tajam  .



“Ehemmm..Qib. Is she alright?” teguran seseorang mengembalikan dua insan yang sedang asyik renung merenung kembali kealam nyata. Lelaki yang bernama Qib itu tersenyum. Manis. Wana menelan air liur. Boleh kena kencing manis ni kalau tenung lama-lama. Wajahnya yang telah merona kemerahan pantas dipalingkan kearah lain Dia tunduk memandang blazer hitam yang labuh hingga keparas lutut.

Wear it. You need it most.” Lembut suara itu seperti memujuk tapi tegas. Wana memegang erat blazer yang tersarung.  Wangian Ralp Lauren menusuk hidungnya. Segar dan mempesonakan. Seperti lelaki didepannya. Ish…wake up Wana. Kau baru saja di aibkan oleh seorang lelaki kini nak mengusyar lelaki lain pula? Sazuana beristigfar didalam hati.

“Terima kasih.” Kedengaran perlahan lontaran suaranya. Gugup bercampur segan.
“Wana, are you alright?” soal lelaki disebelah Naqib. Wana pantas menghalakan pandangannya kearah lelaki yang menegurnya.  Wajahnya bertambah merah.
“Encik Arif. Maaf. Saya tak bermaksud membuat kecuh…saya…”airmatanya kembali luruh.  
“Its okay. Saya rasa baik  awak balik dan ambil cuti saja hari ni. Nanti saya khabarkan pada Along. ” Pujuk lelaki yang bernama Arif lembut. Dia dah boleh agak apa yang berlaku. Siapa tak kenal dengan Razif, romeo di tingkat lima ini.
“Err..jangan Encik Arif. Saya tak mahu along tahu.”bantah Wana cepat. Mati Razif kalau along tahu apa yang telah berlaku.
“Habis awak nak balik dengan apa?” soal Arif pantas.
“Saya ambil teksi aje..” perlahan suara Wana.
In this state?” tiba-tiba lelaki yang bernama Naqib itu pula bersuara.seperti tidak percaya. Direnung lama gadis didepannya separuh mengejek.
Why not. Saya tahulah jaga diri” Wana mula hendak meradang. Lelaki didepannya ditatap geram. Lelaki itu menjongketkan keningnya.
Do you?” soalnya sinis. Mengelegak pula hati Sazuana bila di perlekehkan begitu. Dia beristifar lagi didalam hati. Menarik nafas mengawal amarah. Lelaki ini telah membantunya tadi. Tak patut dia nak marah.
“Insya Allah..” jawabnya pendek. Dia segera masuk kedalam pintu lif yang sudah dua kali terbuka dan terkatup dari tadi. Naqib dan Arif turut masuk. Wana menekan butang G untuk turun dan kedua lelaki yang turut sama hanya membisu.
“Wana, saya rasa awak baik balik dengan along. Kalau apa-apa berlaku nanti, pasti along mengamuk lagi teruk” pujuk Encik Arif lagi tiba-tiba. Dia merasa bersalah untuk membiarkan adik sahabatnya dalam keadaan demikian. Wana hanya menunduk. Bibirnya di kemam. Tangisan cuba ditahan. Sebenarnya dia ingin bersendirian. Mendengar pujukkan Encik Arif benar-benar menyentuh hatinya. Kalau along ada, pasti sudah berhamburan airmatanya di lampiaskan kedada bidang abang sulungnya itu. Arif faham sangat akan situasi gadis ini. Adik kesayangan Saiful Bahri yang bongsu. Satu satunya adik perempuan yang dia ada. Dia perlu bantu.
“Err..Qib, do you mind if I send Wana home. I..”
No need. I will take her home. You go and have lunch with my father. He want to see you. I’ll call you later” Naqib membantah. Pantas tangannya menarik lengan Wana sebaik pintu lif terbuka. Arif yang ditinggalkan hanya mengelengkan kepala. Langkah nya diatur kearah yang cafeteria yang berdekatan. Dato Seri Syed Kadir pasti sedang menungunya.
“Jalan cepat sikit boleh tak…” keras suara lelaki itu kedengaran dekat ditelinganya apabila melihat Gadis disisinya masih membatu di dalam lif. Tangannya pantas menarik lengan gadis itu yang berlapik dengan blazer biru gelap  miliknya.Wana cuba merentap tangannya, tapi pegangan lelaki itu kejap.
“Apa lagi? Want to made another scene here?”cakapnya seperti mengejek. Wajah Sazuana merona merah. Bibir di ketap rapat. Lelaki itu menjongkitkan keningnya.
You don’t have to send me home. I can take a cab…”
You are not decent enough…dengan baju yang dah terkoyak rabak dan muka yang sembab, what do you think the cab driver will thinking ?  Kemungkinan mereka mengambil kesempatan atas apa yang berlaku pernah tak awak fikir?”soal lelaki itu garang. Wajah Sazuana kembali pucat. Dia memang tidak terfikir tentang hal itu.
“Errr..blazer awakkan ada. Dah tutup mana yang patut..”Sazuana masih tak mahu nak mengalah. Lelaki itu ketawa.
If I say I want it back?”soal lelaki itu menguji. Buntang mata bundar Wana merenung wajah tampan lelaki didepannya. Tanpa banyak bicara dia terus menanggalkan blazer biru gelap yang dipakainya.
“Ish…degil betul perempuan ni.” Tangan kasar milik lelaki itu menghalang Wana dari melucutkan blazer itu dari tubuhnya. Tanpa sengaja kulitnya bersentuh dengan lengan gebu milik gadis itu yang terdedah. Bagai terkena renjatan elektrik, kedua pasangan itu seperti melompat menjauhkan diri antara satu sama lain.
“Pakai. Awak nak buat show ke dekat sini. Saya tahulah kulit awak putih dan gebu, tapi awak tu bertudung. Tak pelik ke nanti..”  kasar suara Naqib seolah menyembunyikan rasa gugup dihatinya. Wana yang mendengar terkedu. Merah wajahnya cuba menutup malu. Teringat tubuhnya agak terdedah tadi, blazer dibadannya ditarik rapat.
”Ialah…ialah….membebel macam mak nenek. Dah awak cakap awak nak balik blazer ni, tak kanlah saya nak terus pakai pulak..”rajuk Wana manja tanpa disedari. Bibirnya sudah muncung kedepan. Wajahnya pula sudah seperti udang dibakar. Kepala ditundukkan seperti orang bersalah. Lelaki itu tersenyum memandang wajah cemberut milik gadis didepannya. Comel, bisiknya didalam hati.Sama seperti dulu.
“Awak kalau tak menjawab boleh tak? Dah jom saya hantar awak balik. Kejap lagi lebih ramai orang turun untuk keluar makan lagi awak malu”  Panjang langkah lelaki itu meninggalkan Wana yang masih terpacak berdiri didepan pintu lif. Dia serba salah.

“Wana?” panggil lelaki itu bila disedari gadis itu tidak berada dibelakangnya. Sazuana menarik nafas dan dengan lafaz bismillah, langkahnya laju mengejar lelaki yang dikenali dengan nama Naqib saja. Ah, tawakkal ajelah. Kalau apa-apa berlaku, Encik Arif ada. Dia jadi saksi, bisik Wana dalam hati.

Thursday, 20 March 2014

Milik Siapa hatimu 
BAB 7

 Adura membelek wajahnya di cermin.  Rambutnya beralun lebat di tocang satu. Bibirnya yang semula jadi merah di oles dengan pelembab bibir. Bedak compact yang di sapu nipis tiada nampak cela. Baju kurung warna biru nampak cantik dibadan pemakainya. Sangat bersesuaian dengan kulitnya yang putih bersih. Hari ini dia perlu kelihatan kemas dan elegan bersesuaian dengan jawatan yang dipegangnya sebagai PA kepada salah seorang ahli pengarah Syarikat Maju Bersatu Holdings. Hari ini merupakan hari pertama dia bekerja, sudah tentu perasaan berdebar dan bimbang menguasai diri.
"Wei Dura, hang dah siap ke belum. Ni dah dekat jam 7.30 pagi ,sat lagi jalan jammed, hang bebel." jerit Junaidah dari luar. Terkocoh-kocoh Adura mencapai handbag  hadiah hari lahirnya yang ke 21 dari atuknya yang kini menetap di Muar.  Langkahnya pantas menuju kearah Junaidah yang sedang menanti didalam kereta Viva putih didepan rumah. Adura mengunci pitu rumah dan pagar serta membaca doa menaiki kenderaan sebelum melangkah masuk kedalam kereta.
"Wah..cantiknya hang Dura. Ini nak pergi lapur diri ke nak pergi mengurat?" soal Junaidah mengusik.
"Ah..biasa jer lah.." gadis itu memalingkan mukanya malu. Nak jadi PA mestilah nampak kemas dan elegan. Maklumlah kerja ini memerlukan dia bertemu ramai klien syarikat. Imej syarikat perlu dijaga. Jika selekeh dan serabai, bukan saja klien lari, kepercayaan pun hilang.
Namun hakikatnya memang betul. Adura memang cantik dan comel. Cuma kalau datang perasaan gementarnya, dia akan berubah menjadi kalut. Itu yang menampakkan dia comel. Bagaimana agaknya nanti bila dia mula bekerja. Berbagai ragam manusia akan ditemui dan bagaimana agaknya gadis ini akan menanganinya kelak,keluh Junaidah perlahan.
"Kau ni pagi-pagi dah mengeluh, kenapa?" soal Adura sambil memakai talipinggang keledar.
"Aku bimbangkan hang, suka kalut semacam." Luah hati Junaidah sambil menggerakkan kenderaannya keluar dari kawasan perumahan itu. Pemanduannya teratur.
"Insya Allah, aku yakin masa kerja nanti aku  boleh menangani masalah yang ada dengan baik. Kau ingat tak lagi masa kita buat practical di Nusa Jaya dulu, apa kata Encik Rustam pasal kes Encik Jefri yang hilangkan kontrak rumah murah antara Nusa Bersatu dengan Lim Constructions. Bukankah aku yang tolong settlekan masalah itu. Mana ada aku kalut macam orang tu." Perli Adura selamba. Kerana kesilapan Encik Jefri kontrak mereka hampir di terminate oleh syarikat induk kerana kelewatan penyerahan bangunan tidak mengikuti masa yang ditetapkan sedangkan didalam clause yang tertulis didalam kontrak ada menyatakan kelewatan disebabkan faktor kelulusan  boleh diambil kira dan diguna pakai. Adura yang bekerja dibawah penyeliaan Encik Rustam telah membaca semula kontrak yang dibuat sepanjang malam untuk mencari sebarang loop hole yang boleh dijadikan alasan kerana kelewatan itu melalui soft copy yang disimpan didalam server syarikat dan dia juga mendapat tahu dalang disebalik kerumitan yang timbul adalah dari kecuaian Encik Jefri sendiri.
"Ialah…Encik Rustam tu dulu puji hang  sebab dia memang suka dengan hang pun, bukan semua orang tak tahu.." perli Junaidah pula. Muka Adura menjadi merah. Dia merasa malu bila mengingatkan kejadian itu dan merasa serba salah bila Encik Rustam meluahkan perasaannya di hari terakhir dia bekerja disana. Kesudahannya jamuan perpisahan yang diadakan untuk mereka tidak dihadiri oleh Adura kerana mendapat tahu Encik Rustam ingin melamarnya pada malam itu. Adura melarikan diri ke Perak, kerumah orang tua Junaidah atas nasihat sahabatnya dan Junaidah terpaksa seorang diri kejamuan tersebut kerana ingin mengucapkan terima kasih atas tunjuk ajar dan sokongan mereka selama mereka membuat praktikal disitu. Encik Rustam yang kecewa bila melihat Adura tiada cuba menyembunyikan kekecewaanya dengan menghilangkan diri sebaik majlis bermula. Junaidah agak terkejut bila mengetahui rupanya Encik Rustam terus mencari Adura dirumah sewa mereka kerana tidak percaya Adura sudah tiada. Lelaki itu agak terkilan kerana tidak dapat berjumpa kekasih hatinya untuk kali terakhir. Apa yang mereka tahu,sejak kejadian itu, Encik Rustam sudah berhenti kerja dan menyambungkan pelajarannya keluar negara.
"Eh Dura, Encik Farid yang interview kita hari tu dah berpunya belum. Aku tengoklah dia tu dok usha hang banyak kali masa kita  minum di kafeteria kelmarin" soal Junaidah mengejutkan Adura dari lamunannya. Dia yang tidak berjaya dalam interview pertama bersama Adura tempoh hari sedikit pun tidak merasa cemburu diatas kejayaan sahabatnya yang berjaya mendapat kerja di syarikat hartanah yang terkenal di wilayah selatan itu.. Namun dia masih ingat semasa mereka sama-sama membasahkan tekak di kafeteria syarikat itu, Encik Farid yang merupakan Pengurus di bahagian HR, ada memberitahu Adura tentang saringan kedua yang akan diberitahu kelak sekiranya dia terpilih. Hairan, orang lain tidaklah pulak dia sibuk nak beritahu, cuma Adura saja. Bukan sekali, tapi tiga kali,siap bagi semangat lagi. Hai untung jadi orang cantik ni, Junaidah mengeluh lagi.
"Manalah aku tahu. Nanti aku tolong tanyakan. Kenapa, kau nak apply jawatan tu ker?"usik Adura sambil tersenyum bila melihat Junaidah mencebik "..sebab Encik Farid adalah orang yang akan aku temui dulu untuk melapur diri" sambungnya lagi. Junaidah menjeling penuh teruja.
"Ok jugak tu…kau kirim salam kat Abang Farid tu yerrr…" mengekeh gadis itu ketawa. Adura hanya menggelengkan kepalanya. Layan ajelah perangai si Junaidah ni. Bangunan yang dicari telah jelas kelihatan. Junaidah memberhentikan keretanya ditepi jalan.
"Hang nak aku ambik ke petang ni?" soal Junaidah bila melihat sahabatnya sudah membuka pintu untuk turun. Adura menoleh. Duduk baju kurungnya diperbetulkan
"Tak tahu balik pukul berapa. Apa-apa hal aku telefon kau nanti. Aku gerak dulu, terima kasih kerana jadi driver aku .Assalamualaikum" Adura menutup pintu dan melangkah masuk kebangunan lima tingkat itu dengan hati yang penuh debaran. Ruang lobi yang berlantaikan jubin bewarna hijau lumut nampak  elegan  seperti memasuki lobi hotel bertaraf lima bintang. Ruang menantinya menempatkan sofa dan TV LCD serta beberapa replika bangunan dan kawasan perumahan yang dibangunkan. Adura hanya memandang sepintas lalu. Langkahnya laju menuju laju kearah seorang gadis yang baru saja sampai di bahagian penyambut tetamu. Gadis yang mempunyai rupa paras yang menawan serta senyuman mesra melegakan sedikit kocakan didadanya yang baru saja hendak memulakan kerja. Jam didinding sudah menunjukkan jam 8.45pagi, bermakna, 15 minit lagi waktu bekerja akan bermula.
"Assalamualaikum. Saya Adura dan hari ini .." sebelum dia dapat menghabiskan kata-katanya satu suara telah menegurnya dari belakang
" Adura…dah lama awak sampai?" tegur lelaki itu mesra. Gadis yang berada di kaunter penyambut tetamu itu terpinga-pinga. Adura menoleh kearah seorang lelaki berkemeja biru laut yang memberinya senyuman mesra. Gadis yang merangkap penyambut tetamu di belakangnya berdehem.
"Amboi Encik Farid, galak semacam nampak. Saya baru saja nak berkenalan dengan orang baru ni, Encik Farid dah potong jalan" usik gadis itu sambil tersenyum manis. Lelaki bernama Farid itu ketawa kecil.
"Mari saya kenalkan, Maya, ini Adura our boss new PA  dan Adura, ini Maya our receptionist merangkap company CNN" usik Farid . Maya mencebik.
"Amboi tak sayang mulut  yer Encik Farid” ngomel Maya sambil terherot-herot mulutnyan, namun apabila pandangannya kembali kearah Adura dia terenyum mesra
“Oklah Cik Adura, selamat datang ke Maju Bersatu Holdings,sekiranya memerlukan bantuan, jangan segan, Maya cuba bantu jika mampu." ramah gadis itu menegur.       
"Terima kasih Cik Maya" balas Adura ikhlas. Lega dia melihat keramahan gadis ini.
"Ah..tak payah panggil cik..ciklahhh..tak mesra. Panggil Maya jer cukup. Err..nanti kalau tak ada kawan teman makan, boleh ajak Maya" pelawanya mesra. Adura tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Senyuman manis di berikan kepada Maya. Gembira rasa hatinya bila dirinya dapat diterima baik oleh salah seorang pekerja disitu.
"Dah…jom kita naik keatas. Kalau dilayan sangat si Maya ni, sampai esok kita kat sini. Banyak benda yang awak kena belajar ni Adura." Selamba Farid memutuskan perbualan dua wanita didepannya. Pesanan Tengku Haikal sebelum dia ke Jerman masih segar diingatannya. Oleh itu dia perlu menyediakan Adura secara mental dan fizikal sebelum Tengku Haikal pulang ke Malaysia.
"Adura, sebelum itu saya ingin mengucapkan selamat datang ke Maju Bersatu Holdings. Di harap awak dapat bekerja dengan gembira disini. Saya telah menyediakan training schedule awak selama dua minggu ini. Awak akan dibimbing oleh Puan Farah dan saya tentang selok belok jawatan yang awak pegang."terang Farid panjang lebar. Dikerlingnya gadis yang berjalan disisinya. Manisnya dia dengan baju kurung warna biru, eh sedondong pulak dengan aku bisik hati kecil Farid sambil  tersenyum senang.
"Sebelum itu kita pergi ke department saya dulu. I'm going to brief you on company rules,procedure and your job scope." Sambungnya lagi. Adura mengangguk faham dan menurut saja tanpa kerenah. Setelah hampir sejam berada di HR department, Farid membawa dia melawat pula department  lain yang ada didalam bangunan itu sekali gus memperkenalkannya dengan beberapa orang ketua jabatan. Response yang diterima cukup baik dari setiap bahagian mengurangkan rasa takut pada diri Adura, tak kurang juga usikan yang diterima dari beberapa pekerja lelaki menyebabkan dirinya yang berkulit cerah itu berona kemerahan.. Merah padam wajahnya bila diusik secara terang-terangan dan ini mengundang siulan dari pekerja lelaki yang berada disitu sehingga Farid terpaksa bersikap tegas menghentikan perbuatan mereka.
"Sudah-sudahlah tu Amir, tunang kau tu nak letak kat mana?  Cik Adura perlu memberi tumpuan lebih pada latihan yang akan diberi sebelum boss balik. Harap awak semua dapat memberi kerjasama padanya bila diperlukan."  Tegas suara Farid memberi arahan seraya keluar dari jabatan terakhir yang dilawatinya.
"Jom kita ketingkat lima. Saya akan perkenalkan awak dengan Farah, PA boss. Dia yang akan mengajar awak selok belok kerja-kerja yang bakal awak ambil alih darinya nanti" Farid dan Adura melangkah kedalam lif yang terus membawa mereka ketingkat lima.Perasaan Adura bertambah  gemuruh. Bagaimanakah penerimaan Puan Farah terhadap dia nanti. Dengan lafaz bismillah, Adura menapak masuk ke tingkat lima dengan tenang.
"Morning Farah," ucap Farid kepada seorang wanita anggun berbaju hijau lumut. Perutnya yang membuyut menyekat sedikit pergerakkannya.
"Assalamualaikum…morning" jawab wanita itu sambil sempat memerli Encik Farid. Wajah lelaki itu merona kemerahan.
"Waalaikumusalam..I bawakan anak murid you. Adura ini Farah,PA Tengku Haikal dan Farah ini Adura" Farid  perkenalkan secara ringkas. Wanita itu memandang Adura dengan senyuman. Tenang hati Adura bila melihat wajah lembut pada wajah wanita yang sedang mengandung itu.
"Apa khabar Dura, Kak Farah harap kita tak terlalu formal disini ye. Tak mengapa ke kalau akak panggil Adura dengan nama Dura saja?" soalnya meminta kepastian. Adura tersenyum menampakkan lekuk dikedua pipinya yang mulus. Cantik dan manis orangnya, bisik hati kecil Farah. Diharap perangai pun secantik orangnya bisik hati kecil Farah.
 "Dura tak kisah. Ia lebih mesra" balas gadis itu lembut sambil meyambut tangan yang dihulur oleh Farah dengan sopan. Farid yang memerhati gelagat dua wanita cantik didepannya tersengih. Beruntung kau Haikal..dapat PA yang cantik-cantik belaka  bisik hatinya sedikit cemburu.
‘Oklah girls, I got other things to do. Farah, I leave Adura into your hand, please take a good care of her and Adura , good luck and  see you later." Farid berkata sedikit laju sambil melihat jam tangannya sebelum dia berlalu pergi dengan pantas. Farah ketawa kecil
"Terlewatlah tu nak attend meeting." Terang Farah bila melihat Adura terpinga-pinga.
"Selalu ke dia macam tu Kak?" soal Adura pula.
"Tidak juga…sekarang kita sedikit sibuk dengan pelancaran projek Pontian yang akan bermula pada hujung tahun ni. Banyak perkara yang perlu dibuat bagi memastikan ianya berjalan mengikut masa." Terang Farah panjang lebar. Adura hanya mengangguk.
"Akak dah go through training schedule yang Encik Farid sediakan untuk Dura dan akak rasa ianya cukup lengkap. Kalau Dura tak faham jangan segan untuk bertanya. Bos kita tu sangat teliti dan cerewet orangnya. Kalau hantar report pastikan setiap lapuran dan data mestilah tepat dan paling latest. Semua benda yang kita buat mesti lengkap dan tersusun.Kalau tidak…" Terang Farah serba sedikit mengenai bos yang belum lagi diketahui orangnya.
“Kalau tidak,kenapa kak?” soal Adura polos. Farah menatap wajah gadis manis didepannya sambil tersengih.
“ baik jari terhiris luka dari dengar ayat yang dikeluarkan oleh bos yang penuh berbisa…” Farah ketawa. Lucu pula bila dengar ayat skemanya seperti pantun.. Kecut juga perut Adura bila mendengar kata-kata Farah. Namun dia perlu kuatkan azam. Bukan calang-calang orang boleh dapat jawatan ini kata Encik Farid. Oleh itu dia akan gunakan semua pengalaman yang dia ada untuk memastikan Encik Farid tidak salah memilih dia untuk kerja disini disamping memanjatkan doa pada siDIA agar setiap ilmu yang ditimba dapat dimanafaatkan sebaik mungkin

"Insya ALLAH ,Dura akan belajar betul-betul dan tidak akan menghampakan ajaran akak dan Encik Farid" janjinya sambil tersenyum. Alahai,mampu ke aku ni? Dengar cerita jer dah rasa macam nak terkucil pulak….