Friday, 21 March 2014


Andai cinta itu ada.


BAB 1

Langkahnya laju meninggalkan pejabat yang berada ditingkat lima bangunan milik Venture Holdings. Adengan 18sx yang ditonton tadi benar-benar menyiat hatinya. Perkahwinan yang akan berlangsung tak sampai sebulan lagi akan dibatalkan. Dia tak peduli. Ibu dan ayah nak kata apa pun, dia akan terima saja. Along, angah dan achik nak marah pun, marahlah. Dia sedia mendengarnya. Itu lebih baik dari menerima lelaki keparat itu menjadi suaminya.

Tangannya pantas menekan butang lif . Dia mesti pergi dari sini. Kalau di ikut  hati, mahu dia mempraktikkan seni tae kwando yang dipelajarinya keatas Razif. Namun kerana menghormati harga diri yang dia masih ada, kakinya pantas meninggalkan pasangan yang sedang asyik bermadu kasih itu.
“Wana..Wana…Wait.Please let me explain” satu tangan cuba meraih lengannya. Namun gadis yang di panggil Wana itu segera menepis. Dipandang wajah lelaki yang menjadi tunangannya itu kesal. Masa hendak pandai merayu sakan. Cintalah, kasihlah, pegi dahhh…semua bohong!.Geram dan sakit hati  membengkak dalam hati Wana. Namun wajahnya masih nampak tenang. Tak kuasa dia menonjolkan apa yang dirasainya kepada orang yang tak pernah menghargai pengorbanannya.

There is nothing to explain,Raz. What I saw is enough. The wedding is off!” gadis itu bersuara tenang. Tak perlu terpekik terlolong mengamuk seperti lain-lain wanita yang ditinggalkan lelaki. Itu prinsip hidupnya. Jika Razif bukan jodohnya, untuk apa dia terus mendesak. Itu sebabnya ALLAH tunjukkan apa yang selama ini tersembunyi dari pengetahuan dirinya. Jika dalam tempoh bertunang dia sudah berperangai begitu, tak hairan itu juga yang bakal dibawanya walaupun sudah berumah tangga kelak.
“No!. You tak faham!. Dia yang menggoda I. I love you Wana.”terang  Razif seperti orang hilang akal. Wajahnya yang tampan nampak berserabut. Tangannya laju meraup rambutnya beberapa kali. Razif memang lelaki yang dianugerahkan Allah dengan wajah tampan. Tidak hairanlah ramai gadis yang tergilakannya. Tapi bukankan Allah menganugerahkan sesuatu kelebihan itu untuk kita sentiasa bersyukur pada NYA . Bukan menggunakannya untuk tujuan yang boleh kearah kemungkaran. Namun Razif terlupa akan perkara itu. Lelaki yang dahulunya di gambarkan oleh angahnya sebagai seorang yang setia pada cinta tapi rupanya hanya topeng semata-mata. Pasti hubungan lelaki ini dengan angah akan putus.

Razif merupakan kawan baik angah sejak mereka sama-sama menuntut di IPTA lagi. Tapi kalau kes ini sampai kepengetahuan angah, pasti persahabatan itu terputus begitu saja. Angah sangat menyangi adik perempuannya yang satu ini. Sebab itu jodoh adiknya dia ingin pastikan dengan lelaki yang dia tahu latar belakangnya. Wana pula adik yang sentiasa menurut kata, tidak pandai membantah . Pilihan orang tua atau abang-abangnya pasti dengan niat yang baik, untuk kebaikan dirinya sendiri. Wana mengeluh.
Kesian juga bila melihat keadaan bekas tunangannya itu. Namun bila kesan lipstick yang terpalit dileher lelaki itu, menjamah matanya, perasaan kesian itu terbang dengan lajunya. Emmm di goda konon. Kalau kau tak sama menggatal, taklah sampai baju pun tak berbutang. Sinis senyuman gadis itu.
“Dahlah Raz. Wana dah penatlah. Nanti Wana beritahu ibu dan ayah. Majlis itu kita batalkan.” Gadis itu masih mengawal tone suaranya. Cakap macam tak ada perasaan. Cukuplah dia dimalukan dengan kejadian tadi. Tak kan dia hendak membuat drama lain pula di depan pintu lif ni pulak. Kelopak matanya terasa berat. Sebak rasa hatinya  bila mengenangkan maruah keluarga kini bergantung kepada keputusannya.
Noooo…you can’t do that..”pantas tangan Razif menarik lengan baju gadis itu. Gadis itu meronta dan menarik tangannya kasar dan..
Praaaakkk… Wana tergamam bila melihat lengan baju kurung kain kapasnya terkoyak . Kulit  lengannya yang putih gebu terpampang kepandangan umum.
“Astafirullah…”dengan pantas dia menarik lengan bajunya yang terkoyak menutupi apa haram di lihat oleh mereka yang bukan muhrimnya.

Perasaan marah yang cuba ditahan olehnya hilang. Hatinya mula panas. Sudahlah maruahnya dipijak tadi dengan adengan di ruang pejabat, kini dirinya sekali lagi diaibkan dengan sikap kasar Razif dalam menangani masalah peribadinya. Wana mula nak naik hantu. Dia berpaling mengadap Razif. Wajahnya tegang.Tapi..
“Kurang ajar…” suara keras seorang lelaki mengejutkan Wana dan Razif  pula tiba-tiba tercampak ke lantai. Mata Wana terkebil-kebil. Seorang lelaki bersut lengkap tiba-tiba menghadang pandangannya.Terkebil- kebil Wana atau nama penuhnya Sazuana Asyikin melihat kejadian itu.
Hey..who are you..” Razif yang pada mulanya ingin membantah, tiba-tiba membisu. Matanya membuntang bila melihat lelaki dihadapannya. Terkial-kial dia bangun.
“Encik Naqib… I’m sorry if..”
That’s enough. Saya tak mahu dengar apa-apa. Just get lost before I kick you out from here” jerkah lelaki itu.Wajah Razif yang kelat dan merah padam dipandang oleh Wana dengan sayu sebelum ianya hilang disebalik orang ramai yang menonton kejadian itu. Soseh-soseh orang disekeliling mula kedengaran.
Ok guys. I think the show is over. Now..pergi balik buat kerja masing-masing sebelum korang pulak kena .” tegur satu suara lain pula dengan tegas. Berderap bunyi tapak kaki beberapa penonton yang tidak diketahui datang dari mana meninggalkan kawasan itu. Keadaan kembali tenang dan senyap.

 Sazuana segera membelakangkan penyelamatnya. Wajahnya membahang. Dia merasa cukup malu dengan kejadian sebentar tadi. Apalah malang nasibnya hari ini. Tujuan kedatangannya untuk mengajak Razif keluar makan tengahari telah menjadi mimpi ngeri . Setelah dirinya di hina oleh gadis berambut perang tadi kini maruahnya pula seperti dipijak-pijak oleh Razif dengan kejadian tadi. Airmata yang cuba ditahan dari tadi mula mengalir membasahi pipinya Tangannya masih memegang lengan bajunya yang koyak bila dia merasa hangat dari blazer hitam yang tiba-tiba membaluti tubuhnya.

“Huh?” pantas kepalanya berpaling untuk melihat gerangan empunya blazer itu. Dan ketika itu mata bundarnya bertaut dengan sepasang mata hazel milik lelaki yang menjadi penyelamat nya. Wajah putih bersih lelaki didepannya ditatap lama. Hidungnya yang mancung dan kulitnya yang putih kemerahan menunjukkan dia bukan lelaki melayu tulin.Handsome…memang handsome giler. Kalau tidak difikirkan masalah yang dihadapainya dengan Razif, pasti dia cair disitu juga bila wajahnya direnung tajam  .



“Ehemmm..Qib. Is she alright?” teguran seseorang mengembalikan dua insan yang sedang asyik renung merenung kembali kealam nyata. Lelaki yang bernama Qib itu tersenyum. Manis. Wana menelan air liur. Boleh kena kencing manis ni kalau tenung lama-lama. Wajahnya yang telah merona kemerahan pantas dipalingkan kearah lain Dia tunduk memandang blazer hitam yang labuh hingga keparas lutut.

Wear it. You need it most.” Lembut suara itu seperti memujuk tapi tegas. Wana memegang erat blazer yang tersarung.  Wangian Ralp Lauren menusuk hidungnya. Segar dan mempesonakan. Seperti lelaki didepannya. Ish…wake up Wana. Kau baru saja di aibkan oleh seorang lelaki kini nak mengusyar lelaki lain pula? Sazuana beristigfar didalam hati.

“Terima kasih.” Kedengaran perlahan lontaran suaranya. Gugup bercampur segan.
“Wana, are you alright?” soal lelaki disebelah Naqib. Wana pantas menghalakan pandangannya kearah lelaki yang menegurnya.  Wajahnya bertambah merah.
“Encik Arif. Maaf. Saya tak bermaksud membuat kecuh…saya…”airmatanya kembali luruh.  
“Its okay. Saya rasa baik  awak balik dan ambil cuti saja hari ni. Nanti saya khabarkan pada Along. ” Pujuk lelaki yang bernama Arif lembut. Dia dah boleh agak apa yang berlaku. Siapa tak kenal dengan Razif, romeo di tingkat lima ini.
“Err..jangan Encik Arif. Saya tak mahu along tahu.”bantah Wana cepat. Mati Razif kalau along tahu apa yang telah berlaku.
“Habis awak nak balik dengan apa?” soal Arif pantas.
“Saya ambil teksi aje..” perlahan suara Wana.
In this state?” tiba-tiba lelaki yang bernama Naqib itu pula bersuara.seperti tidak percaya. Direnung lama gadis didepannya separuh mengejek.
Why not. Saya tahulah jaga diri” Wana mula hendak meradang. Lelaki didepannya ditatap geram. Lelaki itu menjongketkan keningnya.
Do you?” soalnya sinis. Mengelegak pula hati Sazuana bila di perlekehkan begitu. Dia beristifar lagi didalam hati. Menarik nafas mengawal amarah. Lelaki ini telah membantunya tadi. Tak patut dia nak marah.
“Insya Allah..” jawabnya pendek. Dia segera masuk kedalam pintu lif yang sudah dua kali terbuka dan terkatup dari tadi. Naqib dan Arif turut masuk. Wana menekan butang G untuk turun dan kedua lelaki yang turut sama hanya membisu.
“Wana, saya rasa awak baik balik dengan along. Kalau apa-apa berlaku nanti, pasti along mengamuk lagi teruk” pujuk Encik Arif lagi tiba-tiba. Dia merasa bersalah untuk membiarkan adik sahabatnya dalam keadaan demikian. Wana hanya menunduk. Bibirnya di kemam. Tangisan cuba ditahan. Sebenarnya dia ingin bersendirian. Mendengar pujukkan Encik Arif benar-benar menyentuh hatinya. Kalau along ada, pasti sudah berhamburan airmatanya di lampiaskan kedada bidang abang sulungnya itu. Arif faham sangat akan situasi gadis ini. Adik kesayangan Saiful Bahri yang bongsu. Satu satunya adik perempuan yang dia ada. Dia perlu bantu.
“Err..Qib, do you mind if I send Wana home. I..”
No need. I will take her home. You go and have lunch with my father. He want to see you. I’ll call you later” Naqib membantah. Pantas tangannya menarik lengan Wana sebaik pintu lif terbuka. Arif yang ditinggalkan hanya mengelengkan kepala. Langkah nya diatur kearah yang cafeteria yang berdekatan. Dato Seri Syed Kadir pasti sedang menungunya.
“Jalan cepat sikit boleh tak…” keras suara lelaki itu kedengaran dekat ditelinganya apabila melihat Gadis disisinya masih membatu di dalam lif. Tangannya pantas menarik lengan gadis itu yang berlapik dengan blazer biru gelap  miliknya.Wana cuba merentap tangannya, tapi pegangan lelaki itu kejap.
“Apa lagi? Want to made another scene here?”cakapnya seperti mengejek. Wajah Sazuana merona merah. Bibir di ketap rapat. Lelaki itu menjongkitkan keningnya.
You don’t have to send me home. I can take a cab…”
You are not decent enough…dengan baju yang dah terkoyak rabak dan muka yang sembab, what do you think the cab driver will thinking ?  Kemungkinan mereka mengambil kesempatan atas apa yang berlaku pernah tak awak fikir?”soal lelaki itu garang. Wajah Sazuana kembali pucat. Dia memang tidak terfikir tentang hal itu.
“Errr..blazer awakkan ada. Dah tutup mana yang patut..”Sazuana masih tak mahu nak mengalah. Lelaki itu ketawa.
If I say I want it back?”soal lelaki itu menguji. Buntang mata bundar Wana merenung wajah tampan lelaki didepannya. Tanpa banyak bicara dia terus menanggalkan blazer biru gelap yang dipakainya.
“Ish…degil betul perempuan ni.” Tangan kasar milik lelaki itu menghalang Wana dari melucutkan blazer itu dari tubuhnya. Tanpa sengaja kulitnya bersentuh dengan lengan gebu milik gadis itu yang terdedah. Bagai terkena renjatan elektrik, kedua pasangan itu seperti melompat menjauhkan diri antara satu sama lain.
“Pakai. Awak nak buat show ke dekat sini. Saya tahulah kulit awak putih dan gebu, tapi awak tu bertudung. Tak pelik ke nanti..”  kasar suara Naqib seolah menyembunyikan rasa gugup dihatinya. Wana yang mendengar terkedu. Merah wajahnya cuba menutup malu. Teringat tubuhnya agak terdedah tadi, blazer dibadannya ditarik rapat.
”Ialah…ialah….membebel macam mak nenek. Dah awak cakap awak nak balik blazer ni, tak kanlah saya nak terus pakai pulak..”rajuk Wana manja tanpa disedari. Bibirnya sudah muncung kedepan. Wajahnya pula sudah seperti udang dibakar. Kepala ditundukkan seperti orang bersalah. Lelaki itu tersenyum memandang wajah cemberut milik gadis didepannya. Comel, bisiknya didalam hati.Sama seperti dulu.
“Awak kalau tak menjawab boleh tak? Dah jom saya hantar awak balik. Kejap lagi lebih ramai orang turun untuk keluar makan lagi awak malu”  Panjang langkah lelaki itu meninggalkan Wana yang masih terpacak berdiri didepan pintu lif. Dia serba salah.

“Wana?” panggil lelaki itu bila disedari gadis itu tidak berada dibelakangnya. Sazuana menarik nafas dan dengan lafaz bismillah, langkahnya laju mengejar lelaki yang dikenali dengan nama Naqib saja. Ah, tawakkal ajelah. Kalau apa-apa berlaku, Encik Arif ada. Dia jadi saksi, bisik Wana dalam hati.

No comments:

Post a Comment