Sunday, 23 March 2014


Andai Cinta Itu Ada
Bab 2

Puan Safiah terkejut bila tiba-tiba sebuah BMW berwarna gelap berhenti didepan pintu pagar rumahnya. Dia yang sedang sibuk menyapu daun daun kering terpaku memerhati. Apabila kelibat anak gadisnya yang keluar dari kereta itu. Hatinya berdegup laju. Penyapu yang dipegangnya diletak ketepi.
“Adik?” tegur Puan Safiah bimbang. Gadis itu menoleh. Langkahnya laju menuju kearah ibunya. Dipeluk erat wanitanya sambil menghamburkan airmata.
“Ibu, maafkan Wana” tangisnya.
“Kenapa Wana? Apa yang dah berlaku?”soal Puan Safiah bertalu-talu
“Razif…”tak mampu dia hendak meruskan kata-kata. Hanya tangisan kedengaran menyentuh hati sang ibu. Diusap belakang Wana lembut. Dibiarkan anak gadisnya tenang dahulu sebelum soalan yang semak dikepalanya dilontarkan. Kebimbangannya menyebabkan dia tidak perasan akan kehadiran seorang lelaki didepannya.
 “Puan..” tegur Naqib lembut. Dia tahu wanita itu pasti terkejut dengan kehadiran dirinya bersama Sazuana.
“Err…anak ni siapa?” soal Puan Safiah hairan. Kepalanya terasa berserabut. Dia kena bertenang. Kalau tidak tekanan darahnya pula yang akan naik.
“Saya…”
“Adikkk..” belum sempat Naqib memperkenalkan dirinya suara along terlebih dahulu menyapa telinga Wana dan ibunya. Badan Wana mengeras. Habis…along dah balik. Segera dia mengesat airmata sebelum mengadap abang sulungnya, Saiful Bahri.
“Err…along. Awal balik?” soalnya gugup. Pandangan matanya segera dilarikan bila abangnya merenung tajam
“Apa yang dah berlaku adik?” serius suara Saiful Bahri . Dia yang pulang untuk mengambil dokumen penting agak terperanjat bila melihat adiknya didalam pelukan ibunya. Apa yang telah berlaku? Tak bekerja ke Sazuana hari ini? Seingatnya pagi tadi dia dan Sazuana sama-sama ketempat kerja. Sazuana yang melihat perubahan airmuka abangnya segera merapatkan badannya ke Puan Safiah. Pinggang ibunya di peluk erat. Cuba menyerap sedikit kekuatan.
“Saiful?” tegur lelaki yang membelakangi abangnya.
“Naqib? What are you doing here?”soal along kehairanan. Wajahnya berkerut seribu bila dilihat blazer hitam membaluti tubuh adiknya. Pantas dia menarik blazer itu.
Belum sempat Naqib menahan satu tumbukan  tepat mengenai rahangnya.
“Alonggg….” Pantas tangan Sazuana menolak tubuh abangnya dari mendekati Naqib. Pantas dia melindungi lelaki itu dari baran abangnya dengan berdiri dihadapan lelaki itu.
“Along ni dah kenapa? Baran tak habis-habis.” Jerkah Sazuana sama mula nak naik angin.
“Apa lelaki ini dah buat adik?” soalnya laju. Tangannya sudah mengepal hendak bertumbuk lagi. Tak peduli siapa lelaki ini padanya…bos ke sahabat ke..kalau maruah adik permpuannya jadi taruhan, dia sedia kepenjara kalau perlu.
“Dengar dulu cerita boleh tak? Kerja asyik nak bantai orang tak tentu pasal aje. Pandai kata orang berangin, dia lagi teruk” Panjang ngomel Sazuana. Hilang sudah rasa sedih dihati, diganti pula rasa geram dengan sikap abang sulungnya.
“Oh mak kau..” Sazuana tiba-tiba terkejut bila balzer yang tadi terbang kemana kini membaluti tubuhnya. Naqib kembali menyarungkannya semula ke tubuh gadis itu.
“Errr…terima kasih Encik Naqib.” Perlahan suaranya kerana segan. Terdedah lagi. Perasaan malu mula menebal. Terasa bahang dari kepala hingga kekaki. Asyik buat free show aje depan lelaki ini.. Isssshhh. Ini semua kerana along. Sazuana mula buka langkah seribu . Baju mesti ditukar dulu. Nak bergaduh sekejap lagi. Biarkan aurat dia cukup bertutup.
“Adikkk”jerkah Saiful Bahri lagi, namun tidak diendah oleh Sazuana yang sudah berlari masuk kedalam rumah.
“Along….kenapa hukum orang yang belum tentu kesalahannya. Wana sebut nama Razif tadi..” Puan Safiah membuka cerita yang dia sendiri masih kurang mengerti. Tapi bila dia teringat baju Wana yang koyak tadi, wajahnya berubah.
“Along…Apa kena dengan adik. Dia dengan Razif?” soalannya tergantung. Matanya berpinar dan tiba-tiba Puan Safiah rebah.
“Ibuuuu…” jerit Saiful Bahri terkejut. Nasib baik Naqib sempat menyambut, kalau tidak pasti wanita itu tersembam kelantai. Dicempungnya Puan Safiah menuju kedalam rumah. Saiful Bahri pula membuntuti dari belakang. Hilang sebentar sengketa yang tidak ada mula dan hujung.
Does your mother have any health problem?” soal Naqib pantas. Wajahnya nampak risau. Wajah Saiful Bahri jangan dikira. Pucat lesi seperti mayat. Bimbang teramat sangat.
“Dia ada darah tinggi.” Kata Saiful sambil menghala ke kedapur dan pantas kembali membawa segelas air. Disapu wajah ibunya lembut dengan air sambil memanggil ibunya perlahan-lahan.
I think its better if we bring your mother to hospital Saiful..” nasihat Naqib dalam nada bimbang bila tindakan mereka tidak memberi apa tindak balas kepada Puan Safiah.. Saiful juga turut mengangguk. Darah tinggi jangan dibuat main-main. Silap haribulan boleh kena stroke mau pun maut.
“Ibuuu…Ya Allah apa yang berlaku.” Terkejut Saiful dan Naqib bila mendengar jeritan Sazuana. Gadis itu terus menerkam ibunya yang masih tidak sedarkan diri.
“Adik, kita bawa ibu ke hospital sekarang.”kata Saiful sebak. Badan ibunya dicempung keluar.
“Bawa masuk kereta saya Saiful. You go and collect your mother IC and sample ubat. Lock the door and follow us. Sazuana ikut saya. Kita akan terus ke hospital yang berdekatan.” Cekap Naqib mengarah. Saiful mulanya mahu membantah tapi bila difikirkan kata-kata Naqib, ada betulnya. Dia menurut saja. Kalau bukan kerana dia pasti kejadian ini tidak berlaku. Sifat barannya menyebabkan ibu lebih tertekan. Nasib baik ada Naqib, pantas lelaki itu bertindak.
 Saiful segera berlari memasuki bilik tidur ibunya mencari  dompet dan sample ubat ibunya. Sebaik dapat, dia dengan cepat kembali ke ruang tamu dan menutup suis utama.
Selepas mengunci pintu dan pagar rumah ,dia segera kekeretanya dan memecut laju ke hospital yang berdekatan. Dalam hatinya tidak berhenti-henti berdoa agar ibunya tidak mendapat apa-apa implikasi dari kejadian tadi.

Najwan Naqib terus merenung gadis yang sedang hanyut dalam dunianya sendiri. Raut wajah berbentuk bujur sirih itu kelihatan pucat dan keletihan. Matanya yang bundar nampak sembab . Sekali sekala dia tersedu menahan tangis. Airmatanya dikesat dengan belakang tangan. Tak ubah seperti kanak-kanak berumur lima tahun. Mesti dia rasa tertekan. Tunang yang curang, dimalukan pula didepan orang ramai dan ibunya pula masih belum sedarkan diri. Naqib menghampiri gadis itu.
“Makan ni..” sebungkus roti dan secawan milo di hulurkan. Gadis itu terkebil-kebil memandang lelaki dihadapannya. Sangkanya lelaki itu telah pulang sebaik ibunya dibawah pengawasan doktor.
“Dari tadi awak tak makan apa-apa. Ni buat alas perut. Nanti lepas keputusan ibu diketahui, baru kita pergi makan di cafĂ© bawah.” Naqib merancang baik.
“Ibu?” soal gadis itu hairan. Merona merah wajah Najwan Naqib bila dia tanpa sengaja memanggil Puan Safiah dengan panggilan ibu. Sazuana tersenyum manis. Gelihati pula bila melihat lelaki yang tadi nampak maco tiba-tiba macam serba tak  kena. Namun diambil juga roti dan air yang dihulurkan. Naqib telan air liur bila lihat senyuman dibibir munggil milik gadis didepannya. Di alihkan pandangannya cepat kearah lain. Ketika itu pandangannya jatuh kepada Saiful Bahri yang terlari-lari menuju kearah mereka.
“Ibu macam mana Wana?” soalnya laju. Tangan adiknya pantas diraih. Wajah gadis itu kembali suram.
She still in there. Doktor Joshua masih lagi bersamanya.”suara garau Naqib terlebih dahulu menjawab. Wajahnya nampak serius.
“Encik Naqib..?” Saiful Bahri merasa hairan bila melihat Najwan Naqib masih lagi berada disitu. Sangkanya apabila selesai menghantar ibunya kehospital, lelaki itu kembali ke pejabat. Hatinya merasa kurang enak. Kemunculan seorang lelaki berjubah putih menarik perhatian mereka yang menanti.
How is she Josh?”pantas Naqib menyoal doktor yang menghampiri mereka. Saiful Bahri segera berdiri sambil membantu adiknya yang kelihatan lemah.
“Alhamdulillah. Keadaan dia dah stabil. Lucky you cepat kalau tidak…” kata-katanya tiba-tiba mati bila melihat renungan lelaki didepannya.
“Apa maksud doktor?” tiba-tiba Sazuana bersuara. Pucat wajahnya bila mendengar kat-kata doktor muda didepannya. Lelaki itu menoleh kearahnya sambil tersenyum.
“Tak ada apa-apa..”
“Doktor…saya bukan budak kecil yang perlu digula-gulakan…” suara Sazuana sudah naik satu oktaf. Saiful Bahri segera memeluk adiknya.
“Shhh…sabar Wana. Ibu dah selamat. Itu yang penting” pujuk siabang lembut
“Tapi Wana nak tahu tahap kesihatan ibu…Wana tak mahu kehilangan ibu…Wana takut…”ngongoinya tersedu-sedu.
“Ibu tak apa-apa..kan Doktor dah cakap. Ibu stabil…”pujuk Saiful lagi. Ditepuk-tepuk perlahan belakang adiknya penuh kasih sayang. Rasa kesal menjamah hatinya. Semua ini kerana sikap barannya. Kalau dia tidak mengamuk didepan ibu, pasti kejadian ini tidak akan berlaku. Lebih-lebih lagi bila ia berlaku didepan bakal CEO Khazanah Property, sudahlah ditumbuknya lelaki yang tidak bersalah itu, kini lelaki itu pula yang menolong mereka anak beranak. Dijeling wajah Naqib dengan rasa segan. Kelihatan lelaki itu khusyuk mendengar sesuatu yang dicakapkan oleh doktor yang merawat Puan Safiah.
‘Encik Saiful, boleh saya jumpa sebentar.” Tiba-tiba doktor muda itu menoleh. Saiful Bahri hanya mengangguk. Sazuana segera meleraikan pelukan abangnya.
“Doktor, boleh saya jumpa ibu..” soalnya sambil tersedu-sedu menahan tangis. Airmatanya dikesat kasar. Dr.Joshua tersenyum melihat sikap keanak-anakan gadis comel didepannya.

“ Cik Sazuana boleh jumpa dengan Puan Safiah dahulu sementara saya berbincang dengan Encik Saiful. Puan Safiah berada dibilik 206. Silakan Encik Saiful, kita berbincang dibilik saya dahulu” katanya sambil berlalu pergi.
“Wana jumpa ibu dulu. Kejap lagi abang datang. Sudah jangan nangis. Nanti ibu lagi risau.” Risau pula nak tinggalkan adiknya seseorang. Bimbang dia tidak dapat mengawal diri.
“Emm…abang pergilah. Jangan risau. Cepatlah, doktor dah tunggu” Sazuana menolak abangnya kedepan dan mula mengorak langkah kebilik No 206. Hatinya berdebar kuat. Semakin dihampiri bilik itu , semakin lemah langkahnya.
“Sazuana..” tegur seseorang dibelakangnya. Langkahnya terhenti. Tangannya yang baru hendak menolak pintu bilik itu turut terhenti.
“Encik Naqib..” keluhnya dalam ketar.
“Saya temankan…:” suaranya seperti memahami. Tangan sasa itu menolak perlahan pintu wad yang diduduki oleh Puan Safiah. Sazuana segera menerpa kearah ibunya yang sedang lena akibat tindak balas dari ubat yang diberi.Bantuan pernafasan dan botol-botol air bergantungan disisi katil. Kedengaran esakkan kecil dari gadis didepannya. Terhinjut-hinjut bahu gadis itu cuba menahan sendu bila melihat keadaan ibunya. Banyak betul dugaan yang menimpa gadis ini bisik hati kecilnya. Hatinya sedikit terusik.
“Syy…awak kena kuat Wana. Kalau ibu nampak awak begini tentu dia risau.”pujuk Naqib lembut. Sazuana memalingkan wajahnya mengadap Naqib. Dengan matanya yang besar dan bertakung dek airmata, dia kelihatan seperti anak kucing yang kehilangan ibu. Penuh ketakutan dan kesedihan.
“Ibu tak apa-apakan. Ibu saya akan selamatkan?” soalnya berharap. Bibir mungil itu di gigit bagi menahan tangis. Naqib meraup rambutnya kebelakang. Sayu hatinya bila melihat keadaan gadis ini. Dia menarik nafas kasar . Ingin sekali dia menuruti naluri lelakinya untuk menarik gadis itu kedalam pelukannya. Bersama-sama memikul kesedihan yang ditanggung oleh gadis itu. Namun batas agama memaksa dia melupakan hasrat hatinya.Mampu kah gadis ini menghadapinya jika perkara yang lebih buruk terjadi keatas ibunya.
“Syy..sabar Sazuana. Ibu tak apa-apa. Sebentar nanti kalau ibu sedar dan awak dalam keadaan begini pasti ibu risau.”pujuk lelaki itu perlahan. Tangannya dimasukkan kedalam kocek seluarnya. Menyembunyikan rasa getar dihatinya bila melihat airmata gadis itu membasahi pipinya yang gebu.
“Saya tak sanggup kehilangan ibu. Saya takut.”tangisnya. Terhinjut-hinjut bahunya mengikut rentak tangisannya.
“Jangan risau Wana..ibu akan selamat. Disini ramai doktor pakar. Doktor Joshua juga beritahu tadi keadaan ibu sudah stabil. Kita Cuma perlu berdoa dan bertawakal aje” pujuk Naqib lagi. Belakang gadis itu ditepuk perlahan memujuk. Tanpa mereka sedari sepasang anak mata memerhatikan gelagat pasangan itu dengan bimbang.


No comments:

Post a Comment