Milik Siapa Hatimu
BAB 8
BAB 8
Sudah tiga
minggu Adura bekerja di Maju Bersatu Holdings. Selok belok perjalanan syarikat
dan tugasan harian Farah telah dipelajari dengan baik. Farid kerap juga
menjengah bertanya khabar dan adakala menemaninya makan tengahari di kafeteria.
Kak Farah kerap mengusik Adura tentang hubungannya dengan Farid, tapi Adura
menafikannya. Namun Farah tidak mempercayainya. Setiap kali Farid datang ketempat
mereka, pasti saja tempat Adura yang ditenggeknya. Macam-macam soalan yang di
ajukan dan selalunya jauh dari scope
kerja. Adura mula merasa tidak selesa lebih-lebih lagi apabila dia kerap disindir
oleh minah-minah vogue yang berada di
bahagian pemasaran. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengelakkan diri
dari kerap keluar makan dengan Farid.
"Hai tak
keluar makan dengan Farid hari ni Dura?" soal Farah bila dilihat Adura
masih didepan mejanya sedangkan waktu sudah menunjukkan jam 12.30pm. Adura yang
sedang leka mengemas kini proposal yang di fowardkan oleh Farah
hanya menggelengkan kepala.Beberapa figure perlu diperbetulkan dan
informasi dari projek lalu perlu ditambah didalam proposal yang dikirim
oleh Tengku Haikal merangkap bos dan bakal CEO Maju Bersatu Holdings
"Taklah
kak. Segan Dura. Nanti orang cakap apa pulak. Lagi pun Encik Farid tu dah ada
yang minat, tak pasal-pasal pulak ada orang bermusuh dengan Dura" terang
Adura panjang. Bukan dia tak tahu Hani, gadis dari bahagian pemasaran memang
ada menaruh hati dengan Farid. Gadis itu tidak teragak-agak lagi memberi amaran
padanya agar tidak terlalu rapat dengan Farid.
Macamlah aku
teringin sangat hendak berlaki. Alamat melepaslah kau Jun, Encik Farid dah ada
yang punya, bisik hati kecil Adura bila mengingatkan kejadian di tandas wanita
dua hari yang lepas.
"Maksud
Dura si Hani tu? Emm..dia je yang perasan. Si Farid tak ada apa hubungan pun
dengan dia. Perempuan gedik. Sama jer perangai dengan teman baiknya, Tengku
Emelda." ngomel Farah menyampah.
"Laaa…siapa
pulak Tengku Emelda ni kak?" soal Adura terpinga-pinga.
"Sepupu
Tengku Haikal, merangkap teman wanitanya. Ah nanti kamu kenallah…akak nak pergi
makan, kamu nak pesan apa-apa ke Dura?" soal Farah sambil langkahnya
perlahan menuju ke pintu.
"Tidaklah
kak. Nanti kalau lapar, Dura makan biskut je kat pantri. Nak habiskan kerja ni
dulu." Balasnya sambil menyambung semula kerja yang terhenti sebentar
tadi. Khusyuk dia membaca setiap baris ayat yang terdapat didalam folder yang
Kak Farah fowardkan kepadanya. Sekali sekala dia memicit tengkuknya yang
keletihan. Jam didinding sudah menunjukkan jam 1.00pm. Adura bercadang hendak
kepantri untuk membancuh secawan kopi dan memakan biskut untuk mengalas perut
bila telefon disisinya berdering.
"Assalamualaikum,
selamat tengahari, …"belum sempat Adura menghabiskan bicaranya suara
lelaki dari dalam talian itu sudah memotong kata-katanya.
"Farah, proposal
tu dah siap belum? Tolong tambahkan information berkaitan monthly output
for past six month yang kita keluarkan dari kilang di Simpang Renggam.
Dah siap e-mail balik pada saya. Urgent. Our client nak lihat proposal
itu sebelum saya balik ke Malaysia ."
Laju aje suara lelaki kedengaran dari corong telefon yang di pegangnya. Adura
terkedu. Kurang asam punya orang. Jawablah salam tu dulu. No manners at all! Gumam Adura.
"Maaf
Encik, Boleh saya tahu siapa yang membuat panggilan ini?” soal Adura lembut
walaupun hatinya panas dengan tingkah pemanggilnya. Senyap sahaja tiada
jawaban. Adura mengeluh perlahan.
“Kurang-kurang
jawablah salam dulu encik…” Adura mula geram. Perut dah lapar dan si pemanggil
pula macam hendak mempermainkan dirinya.
“Waalaikumussalam.Saya
Tengku Haikal. Mana Farah dan awak siapa?” serius suara pemanggil menyebabkan
Adura hampir terlepas ganggang telefon lebih-lebih lagi bila pemanggil
memperkenalkan dirinya sebagai Tengku Haikal, bos yang tak pernah
dilihatnya.
“Kak Farah keluar lunch, saya Adura, junior PA
merangkap pembantu Kak Farah" panjang lebar dia menerangkan kedudukkannya.
Terdengar deru nafas kasar dari dalam talian.
"Encik…?
Encik tak apa-apa ke?" soal Adura takut-takut. Bimbang juga jika lelaki
itu terkejut dan mendapat serangan jantung. Bukan boleh diagak orang sekarang,
baik muda mau pun yang dah berumur, mudah betul kena serangan jantung.
Lagi-lagi orang kaya-kaya, dah kerjanya asyik meeting,makan,party mau taknya cholesterol
mencanak tinggi. Kalau exercise pun cuma jalan-jalan dipadang golf,
lepas tu makan lagi. Ish manalah tak mudah kena serangan jantung. Panjang pula
Adura membebel didalam hati.
"Dah lama
kerja?" tiba-tiba suara lelaki itu menyambung semula perbualan yang telah
terhenti sebentar tadi. Adura terpinga-pinga sebentar. Tiba-tiba saja topic
perbualan mereka beralih arah.
"Err..baru
lagi encik, baru tiga minggu." Tergagap-gagap Adura menjawab.
"Kontrak
kerja dah sain belum?" soalnya lagi. Adura lagilah tercengang. Kalau
lelaki itu ada didepannya pasti dapat melihat mata bundarnya membuntang dan
mulutnya ternganga.
"Belum
lagi…kenapa encik. Saya tak layak ke nak kerja disini?" soalnya bimbang.
Setahu dia syarikat ini hanya akan mengeluarkan surat kontrak kerja selepas pekerja itu
disahkan dalam jawatan selepas tempoh percubaan tamat,sekurang-kurangnya
sebulan, dua bulan atau tiga bulan. Tapi kenapa boss aku tanya pasal kontrak
kerja aku sekarang? Sebab aku perli dia ke tadi?Bisik hati kecil Adura bimbang
Lelaki itu berdehem seketika.
"Bukan begitu,
awak kan
bekerja direct dengan saya dan dah tentu banyak rahsia syarikat yang
awak akan ketahui, so untuk keselamatan, kontrak perlu dibuat lebih
awal." Terang lelaki itu tanpa teragak-agak.
"Ohhh..fahamlah
saya. So far Encik Farid tak pula beritahu saya apa-apa." Jawab
Adura sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Awak tak
pergi lunch ke Adura?" tiba-tiba suara lelaki itu berubah lembut.
Adura terpana. Suara lembut itu seperti pernah didengarnya sebelum itu.
"Tidaklah encik..saya nak siapkan proposal ini dulu" jawabnya
tanpa terlintas proposal yang di taipnya adalah proposal yang
sama dengan proposal yang diminta oleh Tengku Haikal sebentar tadi.
‘Adakah itu proposal
untuk membekalkan minyak kelapa sawit ke Jerman?" soal Tengku Haikal
senafas. Ada
getar dihujung suaranya. Adura seperti dapat mengagak bahawa lelaki itu sedang
marah. Ish macam berangin je bos aku ni, kejap sweet kejap-kejap macam
rimau garangnya.
"Ya
saya.." jawabnya pendek. Lelaki itu menarik nafas kasar.
"Kenapa
bukan Farah yang buat. Saya dah e-mail dua hari lepas dan saya perlukannya
untuk meeting esok. Kenapa tak siap lagi!" tinggi suara lelaki itu
menyebabkan Adura terpaksa menjauhkan telefon itu dari telinganya. Boleh pecah
gegendang telinga aku ni, dengusnya geram.
"Kak Farah
MC 3 hari dan sepatutnya dia masih dalam MC lagi, tapi dia datang juga kerja
bimbang ada perkara urgent yang perlu disiapkan. Itu sebabnya dia tak
tahu tentang proposal ini. Lagipun kalau benda ini urgent, kenapa
Encik tak call Kak Farah mengenainya. Salah encik juga." pantas Adura
membela Farah yang sedang sarat mengandung itu. Bengang juga dia jika bosnya
mempunyai sikap tidak perihatin kepada pekerja bawahannya. Terdengar suara
orang menarik nafas dengan kasar dihujung talian. Ooopss..alamak,terlepaslah
pulak baran aku kat mamat ni.Mati aku kena minus point dengan mamat ni
bila dia balik kelak,ngomel Adura didalam hati.
"Habis
bagaimana dengan proposal saya tu…bila boleh siap?Saya perlukannya hari
ini juga." Tengku Haikal mengeluarkan arahan selepas beberapa saat
perbualan mereka terhenti. Yang kedengaran hanya bunyi nafas turun naik sahaja
didalam talian.
"Saya akan
siapkan hari ni dan beri kepada Kak Farah untuk e-mail kepada Tengku."janji
Adura seperti memujuk tapi dengan penuh semangat.
"Tak
payah…awak e-mail terus pada saya. Senang jika ada kesilapan saya boleh
beurusan dengan awak terus" arah lelaki itu lagi. Adura
mengangguk-anggukkan kepalanya tanpa menyedari lelaki itu bukannya nampak
pergerakkannya itu.
"Baik Tengku,
saya nak sambung kerja ni. Ada
apa-apa lagi yang perlu saya bantu,Tengku?" soal Adura berbasa basi.
Kedengaran tawa kecil dari lelaki itu dihujung talian.
"Pergi
makan dulu baru sambung kerja. Jangan sampai sakit disebabkan kerja"
nasihatnya lembut, Caring. Bergetar jantung Adura mendengarnya.
"Errr..baiklah"
malas Adura nak memanjangkan perbualannya. Tadi kata nak cepat, lepas tu suruh
pergi makan pulak. Pening nak layan bos yang tak nampak ni. Ah kalau aku tak
makan pun bukan dia tahu,gumam hati Adura.
"Kalau saya
tahu awak tak pergi makan, siap awak bila saya balik nanti" sambung lelaki
itu dengan nada mengugut.
"Eh macam
mana Tengku tahu ni?" oopss..tersalah cakaplah pulak. Adura membebel lagi didalam
hati. Berderai ketawa pemanggil itu ditalian. Ah gadis ini memang polos orangnya.
Tidak pandai menyembunyikan perasaan.
"Awak
Adura…jangan degil. Saya boleh nampak awak dari sini"usik Tengku Haikal
bersahaja. Makin seronok dia mengusik gadis ini. Tak sabar rasanya nak bertemu
semula dengannya. Namun kerana tender yang menjadi buruannya ini, terpaksalah
dia kena tinggal di Jerman lama sedikit.
"Eh biar
betul Tengku, tak kanlah Tengku di Jerman boleh nampak saya disini. Kita
bukannya skype pun. Nak berbohong agak-agaklah…" perli Adura selamba.
Lelaki itu ketawa lagi.
"Kenapa,tak
percaya?" soalnya mengusik.
"Kalau
betul Tengku boleh nampak saya, apa warna baju saya?" suara Adura seperti
mengejek.
"Warna
biru. Baju kurung warna biru dan awak bertocang satu!" jawabnya dengan
senang hati. Ada
senyum didalam suara itu. Adura yang memang memakai baju biru dan bertocang
satu tersentap. Hampir tercampak gagang telefon dari pegangannya. Biar betul
orang tua ni. Dia ada pasang kamera disini ke? Melilau Adura mencari cctv,
kamera atau apa-apa benda yang mencurigakan disekelilingnya. Namun tiada satu
pun yang ada. Dia mengeluh.
"Sudahlah
tu, pergi makan dulu dan kemudian sambung kerja balik. Tak payah peningkan
kepala awak mencari kamera tersembunyi disitu. Saya tidaklah sekejam itu nak
control pergerakkan orang bawahan saya dengan menggunakan cctv." Pujuk
lelaki didalam talian itu setelah tawanya reda. Dia pasti gadis itu sedang
kalut mencari kamera yang tersembunyi. Sikap Adura yang sudah boleh diagaknya
tadi cukup comel dan menghiburkan.
"Ish Tengku
ni main-main pulak.Ialah..nanti saya pergi makan dulu. Terima kasih kerana
ambil berat, tapi boleh saya tahu macamana Tengku tau saya pakai baj.."
"Dah jangan
banyak songeh…pergi makan dan cepat habiskan kerja yang awak sedang
buat. Saya mahu report itu hari ni jugak and Adura, please don't ever
skip your meals" Tiba-tiba suara Tengku Dazrin Haikal menjadi
serius dan tegas sekali. Kecut perut Adura mendengarnya.
"Baik Tengku,
assalamualaikum." Belum sempat lelaki itu menjawab salam Adura sudah
meletakkan ganggang telefon. Direnung lama telefon diatas mejanya sebelum dia
bangun dan menuju kepantri. Jangan buat pasal, kut-kut dia nampak aku engkar
atas arahannya, pasti aku dimarah lagi,Adura bercakap sendirian. Ish ada-ada
aje bos tak nampak ni…
No comments:
Post a Comment