Milik Siapa Hatimu
BAB 9
BAB 9
Tengku Haikal
memandang telefon didepannya dengan perasaan berbunga sambil tersenyum
sendirian bila mengenangkan kekalutan Adura tadi. Pasti gadis itu hairan
bagaimana dia mengetahui warna pakaian yang dipakainya hari ini.
Nasib baik dia call Farid bertanyakan kemasukkan pekerja asing untuk projek yang
akan dimulakan di Nusa Jaya pada bulan depan. Lelaki itu pula sibuk bercerita
keayuan Adura memakai baju kurung biru dan bertocang satu yang sedang lalu
dihadapannya. Tengku Haikal yang mendengar tiba-tiba dipagut rasa cemburu.
Sempat dia memberi amaran kepada sahabatnya tentang persetujuan yang telah
dibuat antara mereka berdua sebelum Adura diambil bekerja disyarikat itu.
Farid
yang masih mencari jawaban diatas hubungan Tengku Haikal dengan gadis ini
terpaksa menurut kehendak ketuanya dengan hati yang sebal. Dia pernah bertanya
dengan Adura tentang Tengku Dazrin Haikal namun Adura memang nampak jujur bila
dia mengatakan tidak mengenali lelaki ini . Keputusannya untuk mencari kerja
disyarikat ini adalah kerana dia perlukan wang untuk membayar balik pinjaman
PTPN. Baginya kalau berhutang, wajiblah membayarnya semula. Duit itu kerajaan
perlukan untuk menanggung pelajar lain pula, bersungguh-sungguh dia menyuarakan
pendapatnya dengan wajah yang begitu teruja sekali. Farid tersenyum menatap
wajah ayu gadis didepannya semasa mereka sama-sama makan tengahari di kafetaria
syarikat.
Dia memang sukakan gadis ini. Perwatakkannya yang lemah lembut,
kelakar dan kalut memang comel sekali pada pandangannya. Wajah dan bentuk badan
yang menarik merupakan bonus untuk gadis itu. Itu sebabnya dia kerap menjadi
usikkan pekerja-pekerja lelaki yang cuba memancing hatinya. Namun gadis
itu bukanlah mudah untuk didekati, seperti burung merpati, bila dihampiri dia
terbang tinggi. Deringan handphone
miliknya menyedarkan dia dari lamunan.
"Mr.
Farid, what did I ask you to do regarding Aduras' working contract?"
soal pemanggil itu tanpa berbasa basi. Farid menelan air liur.
"Kau ni
Carl, berilah salam dulu. Ini main redah aje. Tak kanlah baru duduk tiga
minggu…"
"Kau jangan
banyak songeh…bila kau nak buat kontrak tu. Jangan nanti aku balik dia tak sign
lagi. Aku tak mau plan aku gagal bila aku jumpa dia nanti."
Pantas Tengku Haikal memotong kata-kata sahabatnya Farid. Tersenyum Farid
mendengar ngomelan dari kawannya itu. Tengku Haikal ini ada kala sengal tu merupakan
salah satu karektornya. Apalah agaknya yang telah berlaku antara gadis ini
dengan Tengku Haikal sehingga lelaki itu sanggup mengubah polisi syarikat.
" Carl
kontrak akan dibuat selepas dia confirm …" kata-katanya tak sempat
dihabiskan bila Tengku Haikal pantas memotong percakapan HR Manager itu.
"Look
here Red, she is working directly under me,thats means banyak rahsia
perniagaan kita akan go through her and Farah. Aku perlukan mereka yang
bekerja dibawah aku mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi dalam menyimpan
rahsia syarikat. Sekirannya dia rasa dirinya masih belum confirm, mudah
bagi mereka untuk meninggalkan company ini sesuka hati. Engkau taulah
aku kalau kerja macamana. Tekanan pasti tinggi, so aku tak mahu mereka lari
tiba-tiba tanpa memberi aku peluang mencari ganti yang baru. Kau faham tak
ni?" panjang Tengku Haikal menyekolahkan
kawan baiknya itu.
Dia tahu Farid mesti bimbang bila ada orang mempertikaikan
kenapa offer letter dan kontrak dikeluarkan awal dari tarikh confirm
kerja dan ini bertentangan dengan polisi syarikat. Lantaklah, syarikat dia dan
alasan yang diberi juga rasanya tidak salah kerana ini membabitkan rahsia
syarikat. Sebenarnya dia mempunyai rancangannya tersendiri keatas gadis itu.
Kejadian yang berlaku dirumah orang tuanya bulan lepas menggamit memori yang
sukar untuk dilupakan dan seraut wajah yang polos milik gadis itu pula telah
menjadikan dia kerap tersenyum sendirian .
"Ialah aku
faham…Esok aku suruh dia sign kontrak tu. Eh kau bila nak balik ni. Tengku
Emelda tak merajuk ker atau perempuan tu
ikut kau kesana?" Farid mengusik
selamba. Ialah. sejak Tengku Haikal ke luar negara, jarang sudah Tengku Emelda
datang ke syarikat itu, itu yang menjadi tanda tanya dalam diri Farid samada
gadis itu turut sama kesana menemani
buah hatinya.
"Dia nak
merajuk kenapa, bukan ada kaitan dengan aku. Sudah aku nak pergi cari makan.Kau
jangan lupa pesan aku dan tolong tengok-tengokkan Adura. Assalamualaikum"
Tengku Haikal memutuskan talian. Farid mengeluh panjang. Tak faham dia dengan
cara hidup Tengku Haikal ini.
Teman wanitanya seperti dia menukar baju. Sekejap
yang berambut perang, sekejap yang brunette, sekejap model terkenal atau nanti
pelakon popular pula . Tapi yang tak tahan tu semuanya seksi gila. Lelaki yang
tidak kuat iman pasti tergoda bila melihatnya. Namun dia respek dengan
sahabatnya itu walaupun mempunyai pakej yang cukup lengkap, dia tidak pernah
mengambil kesempatan keatas mana-mana perempuan yang menjadi teman wanitanya.
Bagi Tengku Haikal wanita seperti itu
bukan pilihan hatinya untuk dijadikan teman hidup apatah lagi untuk dijadikan
ibu buat anak-anaknya kelak. Jenuh nak mendidik. Ah gasak kaulah Haikal.
Bingkas Farid memulakan kerjanya yang terbengkalai
disebabkan panggilan yang diterimanya sebentar tadi. Jam sudah menunjukkan
pukul 3.00 petang. Sempat rasanya untuk dia menjenguk Adura di tingkat lima dan seterusnya
menyerahkan appointment letter
berserta kontrak kerja seperti yang diminta oleh Tengku Haikal. Dah lama juga
dia tidak bersembang dengan gadis itu. Hairan juga dia kenapa gadis itu seperti
cuba
melarikan diri darinya. Ingin juga dia bertanya dengan gadis itu sebentar
nanti.
No comments:
Post a Comment