Milik
Siapa Hatimu
BAB 12
Adura melangkah
masuk kepejabat agak lewat sedikit dari biasa. Selalunya dia datang awal tapi
disebabkan teman serumahnya demam, dia terpaksa menghantar sahabatnya itu ke
klinik dahulu sebelum memandu ketempat kerja. Kelewatannya pagi ini telah
dimaklumkan terlebih dahulu kepada Farah . Pantas langkahnya menuju bangunan lima tingkat itu sebaik
keretanya di pakir.
Adura agak terkejut sebaik memasukki ruang lobby
syarikat. Suasananya agak sibuk sedikit dari biasa. Apa yang sedang berlaku?
Maya kelihatan cukup sibuk melayan pelanggan dan kakitangan syarikat sambil menjawab
panggilan telefon Adura segera menghampiri Maya yang baru saja meletakkan
gagang telefon.
"Maya,
kenapa riuh semacam ni. Ada
apa?"soal Adura separuh berbisik. Maya yang baru saja hendak membuka mulut
untuk bercerita terpaksa membatalkannya apabila deringan telefon meminta
perhatian. Adura mengeluh. Dia bukan bermaksud hendak bergosip,tapi perlu
persediaan diri untuk mengetahui apa jua aktiviti yang dijalankan oleh
syarikat. Matanya liar memmerhatikan keadaan disekeliling. Tiba-tiba dia merasa
dirinya seperti sedang diperhatikan.. Adura segera menoleh.
Matanya terpaku
pada seorang wanita yang sudah agak berusia namun kelihatan anggun dengan baju
kebaya berwarna coklat dan selindang warna senada yang menutupi kepalanya.
Wajah itu mengingatkan Adura kepada seseorang, orang yang telah lama pergi
meninggalkannya. Nafasnya sedikit laju. Dadanya berdebar kencang. Bibirnya
hampir menyebut nama itu namun Maya terlebih dahulu menyedarkan dia dari
lamunan.
" Dura,
cepat naik. Kak Farah dah tanya. Bos cari." pantas Maya menyampaikan
pesanan sedangkan dia tahu Adura sepatutnya masuk kerja tengahari.
Adura mengelabah. Dia baru teringat bahawa
Tengku Haikal akan pulang pada hari ini, tapi tidak menjangka lelaki itu sudah
mula bekerja.? Pukul berapa dia sampai? Tak penat ke? Adura
menggeleng-gelengkan kepalanya. Namun langkah gadis itu pantas meninggalkan
Maya yang berserabut melayan kerenah beberapa orang pelanggan.. Adura
mengerling semula kearah wanita tadi. Senyuman mesra dilemparkan kearah wanita
tersebut yang kini sedang bercakap di handphone. Namun wanita itu tidak
membalas senyumannya malah merenungnya dengan kerutan di dahi. Adura segera
memalingkan wajahnya kearah pintu lif yang baru saja tertutup untuk keatas. Dia
mengeluh. Pasti lambat kalau menunggu.
Adura tidak
menunggu lif sampai kebawah. Dia mula menapak kearah pintu yang berdekatan.
Naik tangga lagi cepat. Setibanya dia dipejabat yang menempatkan dia dan Farah,
nafasnya sudah tercungap-cungap kepenatan. Farah yang melihat keadaan Adura
mengelengkan kepalanya.
"Naik
tanggalah ni?"soalnya seperti biasa. Adura mengangguk. Matanya mengerling
kearah bilik Tengku Haikal.
"Kalau Dura
naik lif tadi pasti terserempak dengan bos. Dia baru saja turun dengan
tergesa-gesa." jelas Farah bila dia perasan Adura terjenguk-jenguk
memandang pintu bilik Tengku Haikal yang tertutup rapat. Kedengaran keluhan
perlahan keluar dari bibir gadis itu.
"Bos marah ke
kak sebab Dura datang lambat?"soalnya bimbang. Maklumlah baru confirm
kerja dah buat hal. Farah tersenyum, tahu sangat apa yang bermain difikiran
gadis manis didepannya.
"Taklah, bos tak marah,lagipun Dura ada call akak yang Dura
masuk lambat, so bos tak boleh kata apalah walaupun dia ada bertanyakan Dura
tadi. Jangan risaulah, kejap lagi bos masuk balik" Farah cuba
menenangkan anak didiknya yang tampak gelisah. Adura mengangguk dan mula
menyemak semula kerja-kerja yang perlu di kemas kini sebelum di hantar kepada
bahagian audit.
Tengku Haikal
terkocoh-kocoh mendapatkan nendanya yang sedang menunggu di lobby. Mimpi
apa agaknya nenda hendak berjumpa dengannya di pejabat. Selalunya jika dia
hendak bertemu dengan Tengku Haikal, mereka akan berkumpul dirumah bonda atau
makan malam dimana-mana restoren yang menjadi kegemarannya. Niat hatinya untuk
bersua muka dengan Adura terpaksa
ditangguhkan dulu. Ah tak sabar rasanya untuk melihat wajah comel milik gadis
itu. Pasti gadis itu terkejut bila mendapati bosnya adalah lelaki yang sama
yang dipanggil sengal sebelum ini. Apa agaknya alasan yang akan diberi oleh
gadis itu untuk melarikan diri. Tengku Haikal tersenyum sendirian tanpa
menyedari langkah kakinya telah hampir ke tempat yang hendak dituju.
"Hah !Kamu
nak kemana tu Carl?"jerkah Tengku Katijah bila dilihat cucunya berjalan
sambil tersengih sendirian seperti orang angau. Tengku Haikal tersentak. Dia
menoleh dan mencari wajah nendanya yang sedang duduk disofa sambil berpeluk
tubuh. Dirapati wanita itu lalu di dipeluknya mesra.
“Nenda nak
datang kenapa tak cakap? Boleh Kal tunggu kat lobby tadi.” Katanya sambil
mencium kedua belah pipi Tengku Khatijah.
“Hai nak datang
ke syarikat sendiri pun nak kena beritahu ke?” perli nendanya selamba. Tengku
Haikal ketawa.
“Mestilah, siapa
tahu nenda nak buat spot check. Tak pasal-pasal terkantoi waktu tengah
mengurat anak dara orang pulak” jawabnya sambil bergurau. Ah teringat pula pada
sicantik Adura. Eh mana budak ni pergi ek, dah naik atas ker? Bisik hati kecil
Tengku Haikal sambil matanya melilau mencari jika ada bayang gadis itu dilobby.
Tengku Khatijah yang perasan dengan tingkah laku cucu kesayangannya itu berdehem.
“Cari siapa Kal?”
soalnya serius. Tengku Haikal pura-pura memandang sekeliling ruang lobby sambil
mengerutkan keningnya.
“Tak ada siapa,
Cuma berfikir nak renovate sikitlah lobby ni, agar nampak sedikit
perbezaan dari sekarang.”terangnya sambil memandang wajah nendanya yang sedang
merenung tajam kearahnya. Kalau siapa yang tidak biasa dengan Tengku Khatijah,
pasti akan merasa gentar dengan jelingan tajam wanita yang telah berumur diawal
70 puluhan itu.
“ Errr..nenda
call Kal turun tegesa-gesa tadi kenapa? Lintang pukang Kal tinggalkan ofis..”
soalnya ingin tahu. Tak sempat dia nak jumpa Adura . Wajah Tengku Khadijah di
renung lembut. Masih kelihatan keanggunan pada raut wajahnya yang di belai rapi
. Garis-garis halus yang menandakan dia seorang wanita yang luas pengalaman
kelihatan di tutup dengan bedak nipis.
“Nenda
terpandang seseorang yang bonda ingin kenali, tapi belum sempat Kal turun gadis
itu hilang entah kemana. Nenda nak cari dia. Nak tahu siapa dia.” Perlahan
suaranya seolah dia seperti berada didunianya sendiri. Matanya merenung kearah
tempat yang menjadi kali akhir dia melihat wajah itu. Tengku Haikal terkejut.
Tidak pernah nendanya berperangai seperti itu sebelumnya.
“Nenda tahu
siapa dia?” soal cucunya ingin menolong.Perhatiannya kini tertumpu terus kearah
Tengku Khatijah. Tengku Haikal memang cukup peka dengan sikap wanita ini.
“Kalau nenda
tahu tak payahlah nenda tanya Kal” ngomelnya. Tidak disangka tujuannya yang
sekadar datang untuk melawat syarikat yang telah ditinggalkannya hampir dua
puluh tahun itu tiba-tiba membawa dia kembali kezaman silamnya.
“Dimana kali
terakhir nenda melihatnya?” soal Tengku Haikal lagi cuba menyelami perasaan nendanya
yang nampak sedikit terganggu.
“Di pintu lif,
tapi sebelum itu dia berada bersama Maya..” jelas nenda sambil bangun dari sofa
dan menuju kearah gadis penyambut tetamu itu. Tengku Haikal yang terkebil-kebil
melihat kelakuan nendanya segera bangun dan mengekori dari belakang.
“Mak Engku,
Tengku, boleh saya bantu?” sopan Maya menegur. Wajah wanita didepannya direnung
dengan perasaan berdebar. Hari ini dia sedikit kelam kabut kerana banyak tetamu
dan supplier yang hadir disebabkan pembukaan sales bagi projek shopping mall di
Pontian telah bermula. Ini diikuti pula dengan kembalinya big bos dan kedatangan
Tengku Khatijah lagi lah menghuru harakan keadaan bila ramai staf yang
mengambil kesempatan untuk melihat wajah Tengku Khatijah dengan lebih dekat.
“Maya, tadi
gadis yang bersembang dengan awak siapa namanya?” soal Tengku Khadijah penuh
harapan. Maya termenung cuba
untuk mengingatinya. Berkerut wajah itu memikirkannya. Banyak juga wajah yang
tergambar di kotak mindanya.
“Yang mana satu
Puan, ramai juga perempuan yang saya layan hari ni. Maklumlah…”\
“Yang pakai baju
kurung warna purple dan berambut panjang” terang Tengku Khatijah pantas. Maya cuba untuk
mengingatinya tapi hampa. Ada
tiga orang yang berbaju kurung ungu hari ni tapi berlainan style dan fesyen dan
berambut panjang. Susah
nak ingat ni.
“Mungkin
supplier atau customer kut, Mak Engku. Maaflah saya tak dapat nak ingat.” Maya
meminta maaf. Perasaan kecewa menghantui dirinya. Bimbang dimarah juga ada.
Wajah wanita didepannya nampak hampa. Tengku Haikal menepuk-nepuk lengan
nendanya memujuk.
“Tak apalah
nenda, kalau ada rezeki pasti jumpa lagi. Terima kasih Maya kerana membantu.”
Ucap Tengku Haikal sopan. Ditariknya tangan nendanya kembali ke sofa. Wajah
wanita itu direnung lembut. Ada
sedikit kehampaan pada sinar matanya. Tengku Haikal menarik nafas.
“Nenda janganlah
sedih. Nanti hilang mood Kal nak kerja hari ni. Kejap lagi Kal ada meeting
dengan client, tak dapatlah pulak nak beri tumpuan kalau teringatkan
nenda yang tengah bersedih macam ni.” rengeknya manja. Bahu wanita itu di peluk
manja. Tengku Khatijah menarik nafas perlahan. Ditepuk perlahan-lahan lengan
cucu kesayangannya itu. Mungkin bukan rezekinya lagi.Namun dia tetap tidak akan
berputus asa. Kalau perlu dia datang hari- hari ke syarikat ini untuk bertemu
dengan gadis itu, dia akan melakukannya. Asalkan persoalan nya berjawab.
“Yalah…nenda dah
ok. Tolong panggilkan Bakar, nenda nak balik dah. Dan jangan lupa hari sabtu
ni, kita makan malam sama-sama diTeratak Bonda. Dah lama nenda tak berkumpul
dengan papa dan mama kamu serta cucu-cucu nenda yang lain. Mungkin boleh ajak
Aisya dan Aleena sekali. Ramai sikit.” arah Tengku Khatijah tegas. Tengku
Haikal termenung. Mengikut kata Farah, Adura nak belanja makan pada hari Sabtu
ni juga, macamana ni.
“Kal ada temu
janji dengan kawanlah nenda, dah plan dari masa Kal di Jerman lagi. Apa kata
mereka pulak kalau tiba-tiba Kal tak pergi” sayu suaranya seolah memujuk.
“Tukar hari
lain..boleh kan ?”
soal nendanya tajam. Lelaki itu menelan air liur. Tak boleh nak menolaklah
gayanya.Kalau kata nenda hitam, hitamlah jawabnya. Jangan nak dibantah. Merajuk
dan anginnya ajer boleh beri orang sakit kepala berminggu lamanya.
“Ialah nenda,
nanti Kal akan bincang dengan mereka”jawabnya mematikan perbincangan sebaik
ternampak kelibat Pak Bakar merangkap pemandu Tengku Khatijah keluar membuka
pintu kereta untuk Puannya.
“Nenda balik
dulu. Jangan lupa pesanan nenda dan jangan lewat.” Ujar Tengku Khatijah sebaik
Tengku Haikal melepaskan tangannya selepas mencium hormat.
“Yalah nenda,
baik-baik Pak Bakar bawa kereta.Jangan laju sangat.”
“Ya Tengku,
Assalamualaikum” balas Pak Bakar sebelum masuk ke bahagian pemandu dan memandu
perlahan kereta itu keluar dari kawasan syarikat Maju Bersatu Holdings. Tengku
Haikal menarik nafas dalam sambil menjawab salam. Ingatannya kembali kepada
gadis yang ditunggu dari pagi tadi. Wajahnya kembali ceria. Ada senyuman nakal menghiasi bibirnya ketika
melangkah laju menuju ke pintu lif. Hai hai hai..my little white mouse.,your
“sengal” is home..hatinya berbisik gembira.
No comments:
Post a Comment