Milik Siapakah Hatimu
Bab 14
“Selesa?” soal
Tengku Haikal bila melihat Adura tidak berkutik dari tempat duduknya. Gadis itu
terus membisu dan sedang tenggelam dalam
lamunannya. Ini mesti sedang mencari idea macamanana nak melarikan diri dari
kontrak yang sudah ditandatangani. Senyuman sinis menghiasi bibirnya. Kejadian
dibilik pejabatnya tadi diimbau kembali. Betapa terujanya dia untuk melihat
reaksi Adura bila mengetahui dia adalah Tengku Dazrin Haikal merangkap CEO
Bersatu Maju Holdings namun apabila Adura tiba-tiba pengsan kerana terkejut,
hatinya menjadi parah. Risau teramat sangat. Kalaulah gadis ini mempunyai
jantung yang lemah, pasti kisah ini tidak mati disini. Teruk dia nak menjawab
dengan semua orang, terutama keluarga gadis ini. Ketika dia mencempung gadis
itu ke sofa, dia dapat menatap wajah comel itu dengan lebih dekat lagi. Betapa
hatinya bergetar kuat bila melihat seulas bibir yang merah basah, pipi yang
mulus, pucat. Adakah dia telah jatuh hati dengan gadis ini, bisik hati kecil
Tengku Haikal. Tak mungkin, dia hanya ingin membalas perbuatan gadis itu
padanya saja, sangkal hatinya yang satu lagi. Tapi tak kanlah kesilapan kecil
hingga hendak berdendam, atau ini semua alasan untuk mengenali gadis ini dengan lebih dekat lagi. Perasaan
Tengku Haikal terus berbelah bagi. Dia mengeluh perlahan dan ini menarik
perhatian Adura yang berada disisi. Direnungnya wajah tampan Tengku Haikal. Ah
memang handsome gilerlah mamat sebelah aku ni. No wonder Kak Farah kata
girlfriend dia keliling pinggang. Full pakage, handsome, kaya, ada kedudukan
tak kurang otaknya yang brilliant tu. Mau tak cair perempuan dibuatnya. Oh tapi
bukan aku. Dia akan cuba membekukan hatinya pada lelaki seperti ini. Tak mahu
dia jadi seperti perempuan-perempuan lain. Lagi pun kak Farah dah nasihatkan
dia supaya berhati-hati dengan Tengku Haikal. Perempuan yang didampinginya
hanya untuk suka-suka, sebab bakal isteri Tengku Haikal akan dipilih dan
dinilai oleh nendanya. So jangan sampai ada yang terluka sudah. Parah nanti.
Adura teringin untuk bertanya sesuatu
kepada Tengku Haikal, tapi kerongkongnya seperti tercekik. Perasaan bingung dan
bimbang menguasai dirinya. Adakah tujuan Tengku Haikal mengambil dia bekerja
disyarikat ini hanya untuk membalas dendam keatas kejadian yang lepas atau
sebaliknya. Kalau ia, bagimana? Apa yang perlu dia lakukan?
“Dah puas belek
muka saya?”usik Tengku Haikal tiba-tiba bila dia perasan pandangan mata Adura
yang masih berlabuh diwajahnya. Gadis itu terkejut. Ceh, kantoilah pulak.
Berona merah wajah itu menahan malu. Segera dipalingkan wajahnya keluar
tingkap. Sinar cahaya matahari yang dilindungi oleh pokok-pokok yang masih liar
dikiri dan kanan jalan yang mencelah masuk membentuk lakaran halus seperti
benang emas. Indah pemandangan ini dan cukup menenangkan tapi bukan pada gadis
ini. Hatinya resah dan sentiasa berdebar.
“Adura..”lembut
suara itu menegur mengejutkan dia dari lamunan.
“Awak marah saya
ker?” soal lelaki disebelahnya tanpa menoleh dari tumpuan pemanduannya. Adura
terkesima. Eh bukan ker dia yang sepatutnya marah kerana kejadian itu. Pasal
apa pulak tanya aku, bisik hati Adura kehairanan.
“Marah pasal
apa?” soal Adura pula. Pandangannya kini di tumpukan kearah lelaki
disebelahnya. Kelihatan segaris senyuman terukir dibibir lelaki itu.
Aduh..manisnya. Hati Adura bergolak lagi. Boleh kena kencing manis aku kalau
hari-hari dihidang dengan senyuman seumpama ini, keluh hatinya.
“Marah sebab
terkejutkan awak dengan cara perjumpaan ini” Tengku Haikal tahu tekaanya tepat.
Adura segera menundukkan kepalanya. Bibirnya diketap. Tidak tahu bagaimana
hendak menjawab.
“Maafkan saya,
tak sepatutnya saya buat begitu, tapi peluang depan mata, tak kanlah saya hendak
melepaskannya” sambung lelaki itu lagi seperti berjenaka. Adura semakin
bingung. Apa yang dimaksudkan oleh lelaki ini.
“Apa maksud
Tengku?” lelaki itu ketawa.
“Kita bincang
masa makan nanti”balasnya dalam senyum. Stereng kereta di hala ke Pulai Spring Resort.
Hidangan disini boleh tahan sedap juga dan lebih privasi. Dia ingin mengenali
gadis ini tanpa perlu risau pandangan sekeliling.
“Eh tak apalah
Tengku, dah dekat dah dengan rumah saya. Kalau Tengku lapar, Tengku turunkan
saya disini pun tak apa, saya boleh jalan kedepan” Adura menolak lembut. Segan
dia nak berlama-lama dengan Tengku Haikal.
“Awak pun belum
makan lagi kan, saya pun dah lapar. Kita makan dulu baru saya hantar awak
balik. Nanti kita tapaukan kawan awak sedikit makanan. Siapa tahu hidangan
disini nanti boleh menarik selera dia” Tengku Haikal tidak mengendahkan
kata-kata gadis itu malah menjanjikan hidangan restoren taraf lima bintang
untuk teman serumahnya yang sedang sakit. Adura terkedu dengan layanan baik
Tengku Haikal. Tapi jiwanya tidak tenang. Seperti ada maksud lain dalam setiap
tindakan yang diambil oleh lelaki ini.
Seorang pelayan
membawa mereka ke meja mengadap padang golf yang membentang luas menghijau,
menyejukkan mata yang memandang. Panorama yang begitu indah mengkhayalkan Adura
seketika. Tidak sedar bahawa lelaki yang berada didepannya sedang leka
mengamati wajah tenang dan redup miliknya. Tengku Haikal juga membiarkan
dirinya tenggelam dalam keasyikkan menatap wajah gadis yang telah mula
menghiasi waktu lenanya. Kedatangan pelayan yang membawa minuman menyedarkan
pasangan itu dari lamunan masing-masing. Adura terkebil-kebil bila melihat jus
epal kegemarannya sudah berada diatas meja manakala didepan Tengku Haikal pula
terdapat oren jus sekali gus menjadikan wajah Adura merah padam kerana
teringatkan kejadian yang hampir dua bulan sudah berlalu. Tengku Haikal yang
menyedari perubahan pada wajah Adura tersenyum namun tidaklah pula dia
memanjangkan cerita.
“Shall we..”
pelawanya mengajak Adura untuk memilih makanan kerana hidangan tengahari disitu
berbentuk buffet.
“..atau awak nak
makan lain, kita boleh order?” soal Tengku Haikal bila melihat Adura tidak
berganjak dari kerusinya. Gadis itu mengelengkan kepalanya.
“Saya tak ada
selera…” Adura menolak lembut. Seleranya seperti hilang. Mungkin kerana
keletihan ataupun terkejut kerana kejadian tadi.Wajah yang dilontar kepada
Tengku Haikal mohon simpati. Tengku Haikal merenung lama wajah gadis didepannya
kemudian dia bingkas bangun. Tak sampai
lima minit dia kembali semula dengan dua pinggan nasi yang penuh dengan lauk
pauk. Satu didepannya dan satu didepan Adura. Terbuntang mata Adura melihat
pilihan Tengku Haikal
“Saya tak tahu
apa nak pilih, tapi saya harap awak suka. Makanlah sikit. Jangan biar perut masuk
angin. Nanti awak pula yang sakit.” Pujuk Tengku Haikal lembut. Hati Adura
terusik. Ada airmata ditubir matanya yang bundar. Teringat Tok Bah dikampung.
Satu-satunya keluarga yang dia ada. Kak Yati hanyalah sepupu sebelah datuknya
dan kedua ibu dan bapanya merupakan anak tunggal. Tok Bah sentiasa ambil berat
tentang dirinya sejak kematian Tok Mak dan kedua ibu bapanya lima tahun yang
lalu. Kedua ibu bapanya meninggal kerana accident dan Tok Mak pula kerana
terkejut diatas kematian pasangan suami isteri itu. Tok Bah lah yang mengambil
alih menjaga cucunya dengan rasa tanggunjawab dan penuh kasih sayang. Itu
sebabnya bila Tengku Haikal memujuknya untuk makan, kenangan Tok Bah memujuk
dia makan seminggu selepas kematian Tok Mak mengimbau kembali. Dicuba tahan
airmatanya agar jangan sampai jatuh didepan lelaki ini. Namun gagal. Tengku
Haikal terkejut.
“Adura..kenapa
dengan awak? Saya ada buat salah ke? Kalau awak rasa saya terlalu memaksa, saya
minta maaf. Tak apalah kalau awak tak mahu makan. Nanti kita tapau aje. Tak
baik membazir.” Suaranya memujuk. Tengku Haikal terus mencapai sudu dan
memulakan suapan setelah membaca doa makan. Adura merasa serba salah. Airmata
diseka dengan hujung jari. Dia segera membaca doa makan dan mencapai sudu untuk
memulakan suapan. Tengku Haikal segera memegang tangan Adura untuk
memberhentikan pergerakkannya. Matanya tajam merenung mata bundar Adura yang
terkejut.
“Kalau awak tak
mahu makan, jangan paksa. Nanti saya minta mereka bungkuskan makanan lain untuk
awak” perlahan suara Tengku Haikal masih
memujuk. Adura mengelengkan kepalanya. Ditarik lembut tangannya dari gengaman
Tengku Haikal.
“Tak apa, saya
dah lapar. Tengok cara awak makan membuatkan saya jadi lapar” Adura cuba
bergurau. Sebuah senyuman yang manis diberi kepada Tengku Haikal. Lelaki itu
menelan air liur. Jus oren dicapai dan disedut rakus bagi menghilangkan debar
dihati. Matanya tidak lepas merenungi wajah lembut Adura yang menunduk menyuapi
hidangannya dengan tertib. Tengku Haikal menarik nafas panjang. Segera dia
menyambung makan sambil mencari topik yang sesuai untuk disembangkan bersama
gadis itu. Tanpa disedari aksi pujuk memujuk dan renung merenung itu menjadi
tontonan sepasang suami isteri dengan begitu teruja sekali dari hujung dewan
makan itu.
Bunyi derapan
tapak kaki yang menghampiri meja makan mengejutkan Tengku Haikal, lebih-lebih
lagi suara yang menegurnya..
“Hello
Bro…berdua aje ke?” satu suara menegur Tengku Haikal dengan nada mengusik..
Adura yang sedang ralit menyedut minuman mengangkat wajahnya, ingin melihat
siapa yang datang. Wajah lelaki ini macam pernah dijumpainya dulu.
“Kau buat apa
disini? Mana Su?’ soal Tengku Haikal tanpa menjawab soalan yang diberi.
“Su ke ladies.
Along baru sampai ker?” soal lelaki itu. Adura baru teringat, ini pasti Tengku
Danish adik kepada Tengku Haikal.
“Baru juga.
Angah dah makan belum?” soal Tengku Haikal bila melihat adiknya asyik
memerhatikan Adura yang sedang menunduk malu.
“Tak mahu
kenalkan angah dengan girl friend along ker?” soal Tengku Danish mengusik tanpa
menjawab soalan abangnya. Dia seperti pernah lihat gadis ini. Wajahnya berkerut
cuba mengingati wajah comel didepannya itu. Kalau tak silap gadis ini merupakan
salah seorang pekerja Serambi Catering yang menyediakan hidangan semasa hari
jadi Maisarah. Tengku Haikal mendengus bila Tengku Danish menjungkitkan kening
kepadanya. Dah ada bini pun sibuk dengan girlfriend orang, bisik hati kecilnya.
“Danish, ini Adura,my new PA, Adura ini salah seorang adik kembar saya,
Tengku Danish..dan yang itu..” Adura menoleh, melihat seorang wanita yang
anggun dengan blouse merah dan berskirt hitam berjalan menuju kerarh
mereka”…Suhana, isteri Danish” sebaik langkah wanita itu berhenti didepan meja
mereka. Wanita itu terkedu namun tersenyum bila dia sedari abang iparnya sedang
memperkenalkannya dengan seorang gadis yang berada didepan Tengku Haikal.
Comelnya gadis ni.
“ Hai, apa
khabar, panggil je Kak Su, awak…?” ramah Suhana menegur. Tiada kekok atau
menyombong. Senyumannya nampak ikhlas.
“Saya Adura
kak…” jawab Adura sambil menghulurkan tangannya. Tersentuh dengan keramahan
adik ipar Tengku Haikal.
“Eh…bukan ke
dia..” belum habis wanita itu berkata terdengan jeritan kecil wanita itu bila
punggungnya ditepuk oleh Tengku Danish. Mulutnya berkumat kamit bercakap
sesuatu di telinga isterinya. Wajah Adura merona merah.
“Ish abang
ni…tak ada tempat lain ke nak pukul…depan orang pulak tu. Su cuma nak kepastian
jer…kalau yer apa salahnya. Seronok dapat ketawakan along sekali lagi” selamba
jer Suhana perli suaminya yang sudah terkemut-kemut menahan tawa. Adura faham,
ini mesti kisah dia tersembur oren jus kemuka Tengku Haikal.
“Eh along minum
oren jus, tak serik ke?” usik Suhana lagi. Wajah Adura bertambah merah manakala
Tengku Haikal dan Tengku Danish sudah ketawa terbahak-bahak mengundang jelingan
dari pelanggan disekeliling.
“Err..saya minta
maaf atas kejadian hari tu. Saya betul tak sengaja” perlahan suara Adura
kedengaran setelah ketawa dua beradik itu reda. Tengku Danish dan Suhana yang
sudah menarik kerusi untuk menyambung perbualan dengan Tengku Haikal terdiam.
Ada sendu dihujung suara itu menandakan empunya diri berada didalam keadaan
tertekan. Suhana segera memegang tangan Adura sambil menepuk perlahan. Wajah
comel Adura dipandang penuh kasih sayang. Entah mengapa dia seperti mudah mesra
dengan gadis ini.
“Maafkan kakak
Dura, buat awak rasa tidak selesa. Kami tak bermaksud hendak mengungkit perkara
yang dah berlalu tapi kami seronok bila lihat along dalam keadaan begitu,
lelaki yang selalu control macho tiba-tiba kuyup dengan jus oren, awak buatkan
hidup along kembali ceria selepas..” belum sempat dia menghabiskan ayat, sekali
lagi Suhana menjerit. Wajahnya pantas melihat kearah lelaki didepannya.
“Abang tendang
kaki Su yer…” soalnya geram. Wajahnya yang anggun sudah masam mencuka menahan
kesakitan. Tengku Danish memberi isyarat kekanan dimana duduknya Tengku Haikal
yang sudah berwajah tegang. Suhana terus menekup mulutnya. Comel keanak-anakan.
“Dah..dah..korang
kalau tak mengutuk along tak boleh ker? Adura, awak jangan ambil kisah hal
mereka berdua. Makan cepat nanti saya hantar awak balik” tegas suara Tengku
Haikal mengembalikan Adura ke masalah sebenar yang sedang dihadapinya.
“Eh along,
takkan nak balik dah. Adura kenapa? Demam ke?” soal Suhana masih menyibuk.
Diperhatikan wajah comel yang kelihatan sedikit pucat itu lama.
“Tak ada
apa-apalah kak…” Adura mengelengkan kepalanya. Pinggan makannya ditolak ketepi.
Seleranya sudah tiada. Dikerling pinggan makan Tengku Haikal, licin bersih.
Lapar benarlah lelaki ini seperti yang dikata.
“Angah hari ni
tak kerja ke?” Tengku Haikal menyoal sambil menyedut baki minumannya. Suhana
dan Tengku Danish saling berpandangan lalu tersenyum. Tengku Haikal memandang
pasangan suami isteri itu dengan hairan.
“Along tanya dia
boleh pulak senyum-senyum..”ngomel Tengku Haikal geram.
“Hari ni angah
cuti, celebrate anniversery perkahwinan kami yang ke lima. Meniti tempat-tempat
kami dating dulu..termasuklah tempat ini” terang Tengku Danish tanpa segan.
Suhana tersenyum sambil tunduk malu.
“Oh..tahniah Kak
Su, Tengku. Dura doakan semoga Kak Su dan Tengku dirahmati Allah dan bahagia
hingga keakhir hayat” petah mulut Adura mengucapkan tahniah. Tangan dihulur
kepada Suhana, namun wanita itu terus menarik Adura kedalam pelukkannya.
“Terima kasih
Dura. Kamu orang pertama yang mendoakan kami berdua untuk hari ini” ceria
sekali nada suara Suhana. Adura yang dipeluknya tersenyum. Tanpa disedari
pandangannya bertaut pada Tengku Haikal yang memandangnya dengan senyuman
terukir dibibirnya.
“Dengan abang
tak nak peluk ke Dura?” Tengku Danish mengusik sebaik melihat isterinya
melepaskan Adura dari pelukkannya. Terbuntang mata Adura. Wajahnya berubah
kemerahan.
“Danish…kau cuba
jangan nak mengada-ngada .” tempelak Tengku Haikal geram. Perangai suka
mengusik Danish itu sering menyebabkan Tengku Haikal sesak nafas.
“Hai along,
cemburu ker? Isteri angah pun tak kata apa…” Tengku Danish mengeyitkan mata
pada isteri kesayangannya. Wanita itu tertawa. Dia sedar suaminya sengaja
menyakat abang kesayangan mereka untuk mengetahui reaksi lelaki itu terhadap
gadis yang duduk bersama mereka. Muka Tengku Haikal yang telah berona merah
nampak tegang. Dia segera memanggil pelayan yang bertugas meminta bil. Adura
yang melihat wajah tegang Tengku Haikal menelan air liur. Perasaan gementarnya
kembali. Dia menarik nafas perlahan-lahan.
“Err…Tengku,
saya nak ke tandas sekejap” tuturnya tenang. Dalam kepala sudah merancang
sesuatu. Beg tangan dicapai dan dia segera menuju jalan ketandas. Apabila pasti
kedudukannya agak terlindung dari meja makan mereka, Adura segera berjalan
pantas menuju ke exit door yang berdekatan. Nasibnya baik bila dia melihat
sebuah teksi yang baru saja menurunkan penumpang berbangsa Jepun disitu. Sebaik
penumpang itu turun, Adura segera masuk dan memberi alamat jalan yang hendak
ditujunya.
“Adura?” tegur
pemandu teksi itu. Adura terkejut. Segera dia mengangkat wajahnya dan merenung
pemandu teksi didepan . Matanya bulat kerana terkejut.
“Eh Abang Dzul,
tak sangka jumpa kat sini pula. Abang apa khabar?” soal Adura ramah. Lelaki
yang di panggil abang Dzul itu tersenyum. Kejadian hampir dua bulan yang lalu
masih segar dalam ingatan mereka. Membawa Adura lari dari dikejar Tengku Haikal
membawa kepada hubungan silaturahim yang masih kekal hingga hari ini.
“Abang baik. Kak
Nurul pun baik. Cuma Akma demam sikit. Dura buat apa kat sini?” soal abang Dzul
sebaik memulakan pemanduan. Adura mengeluh. Nak beritahu segan, tak beritahu
abang Dzul dah banyak menolong.
“ Panjang
ceritanyanya bang…” lelaki itu ketawa. Dilihat wajah Adura sudah cemberut.
“ Tak apa…abang
sedia mendengar ..nanti bolehlah cerita dengan Kak Nurul” balasnya sambil
tersenyum.
Tengku Haikal
melihat jam ditangan. Kelibat Adura masih belum kelihatan. Hairan juga dia.
Lama benar gadis itu ke tandas. Gelas Suhana dan Tengku Danish juga sudah
hampir kosong. Perasaannya mula cuak. Dia teringat sesuatu. Pintu exit dan
toilet tidak begitu jauh antara satu sama lain. Adakah gadis itu sudah
melarikan diri lagi?
“Damn! “ jerit
Tengku Haikal perlahan mengetuk meja. Tengku Danish dan isterinya terkejut bila
melihat Tengku Haikal yang tiba-tiba angin.
“ Along, kenapa
ni?” soal adiknya terpinga-pinga. Isterinya turut sama merenung kewajah abang
iparnya yang sudah berubah kelat.
“Dah along nak
balik pejabat.” Tengku Haikal mula bangun dan menolak kerusinya kebelakang.
Tengku Danish hairan. Bukankah tadi kata abangnya hendak menghantar Adura
pulang, tapi kenapa tidak ditunggunya gadis itu.
“Eh along, Dura
macamana?” soalnya pantas.
“Dah balik…” pendek jer jawabnya. Selamba jer dia meninggalkan pasangan suami isteri yang termangu-mangu namun bila dia mendengar suara Tengku Danish yang ketawa sakan, dia turut tersenyum sumbing. Terkena lagi. Tak apa esok ada lagi.nak kemana larinya gadis itu. Taulah dia apa nak dibuat esok.Ini Tengku Haikallah cik adik oii. Belum pernah ada wanita yang pernah mempermainkannya sebelum ini, tapi dia tetap tersenyum bila mngenangkan gadis yang nampak naif ini ligat berfikir cara untuk melarikan diri.
Next time dia akan lebih bersedia. Dia mula merancang. Senyuman manis , menghiasi bibirnya yang merah menemani sepanjang perjalanannya pulang ke pejabat.
slm. penulis novel online kah?
ReplyDeleteSelalunya online pada waktu malam jerrr...
ReplyDelete