Milik Siapa Hatimu
Bab 15
Junaidah masih
tidur semasa Adura meninggalkan rumah. Hari ini Abang Dzul akan menghantarnya
ke tempat kerja memandangkan kereta Junaidah ditinggalkan disana. Lelaki itu
tersenyum bila memandang wajah cemberut Adura. Mesti bimbang akan kejadian
semalam. Si Adura ni pun satu, suka sangat buat hal. Dah tahu diri itu dalam
perhatian, masih juga buat perangai kurang matangnya, ngomel Dzulkarnain dalam
hati.
“Ini Dura, Kak
Nurul kirim buat sarapan.” Abang Dzul menyua tupperware berisi kuih serimuka
kepada Adura. Adura bagi Dzulkarnain sudah seperti adiknya sendiri. Hubungan
Adura dan keluarganya semakin akrab bila gadis ini juga secara tidak langsung pernah
memberi bantuan kepada isteri dan anaknya
yang mendapat kemalangan kecil semasa beriadah di Hutan bandar. Sikap ramah
Nurul Asyikin isteri Dzulkarnain dan Dzamiri anak mereka yang manja, menjadikan
Adura cepat mesra dengan keluarga abang angkatnya ini..
“Sedapnya…rajin
Kak Nurul. Abang, nanti beritahu pada kakak Dura kata terima kasih daun keladi.
bekasnya Dura bagi nanti.” sempat Adura berpantun bila melihat kuih
kegemarannya dibekalkan oleh keluarga angkatnya itu. Dzulkarnain tersenyum
gelihati melihat telatah Adura yang mencuit hati. Gadis comel merangkap adik
angkat dia suami isteri itu memang gemar memakan kuih seri muka .
“Yalah. Hah.
kerja baik-baik. Jangan buat hal lari dari office pulak. Tengku Haikal baik
orangnya. Dia bukan pendendam, dan abang rasalah dia tu sebenarnya suka
dengan Dura..” usik Dzulkarnain bila teksinya berhenti di pintu masuk
bangunan Bersatu Maju. Adura mencebik.
“Apalah Abang
Dzul ni…ada ke cakap macam tu. Dura ni siapa, cantik tidak, kaya pun tidak,
mana layak dengan orang macam tu” sangkal Adura bengang. Kulitnya yang putih
telah berona merah. Marah ke malu? Dzulkarnain ketawa.
“Ok bang ni duit
teksinya..” Adura menghulur tambang teksi kepada Dzulkarnain tapi lelaki itu menolaknya.
“Kan abang dah kata, Dura
sekarang dah jadi adik abang dan menjadi tanggungjawab abang membantu Dura jika
diperlukan. Simpan duit tu. Nanti kalau Tengku Haikal buli, jangan nak lari
lagi. Dia saja mengusik aje tu.” Tegas suara Dzulkarnain mengingati Adura yang
berdiri tercegat di sisi teksinya. Mata yang bundar itu digenangi air.
Tersentuh hatinya bila ada orang lain ingin menganggap dirinya yang yatim piatu
itu sebagai saudara.
“Ek eleh..baru
tinggi suara sikit dah nak nangis. Cengengnya dia..” usik Dzulkarnain sambil
tersenyum. Adura segera menyeka airmata yang hampir tumpah.
“Terima kasih
bang. Terima kasih kerana menganggap Dura sebagai adik abang..Dura..”
“Dah jangan buat
drama sedih kat sini. Pergi masuk cepat dan makan. Petang nanti Dura balik
sendirikan?” soal Dzulkarnain mematikan percakapan Adura yang penuh drama tadi.
Gadis itu mengangguk.
“Ok, kalau gitu
abang pergi dulu. Jaga diri dan kalau ada masalah call abang. Assalamualaikum”
Dzulkarnain terus meninggalkan Adura yang masih berdiri termanggu. Kalau duduk
lama, pasti drama airmata itu akan jadi lebih panjang. Walaupun baru beberapa
bulan mengenali gadis itu, dia sudah cukup masak dengan sikap cengeng Adura.
Tak boleh di layan . Teksi dipandu perlahan menyusuri jalan yang mula sesak untuk
mencari rezeki buat keluarga tercinta.
Adura hanya
memerhati teksi merah milik Abang Dzul yang mula hilang dari pandangannya.Bunyi
hon kereta mengejutkan dia dari lamunan. Kereta BMW milik Tengku Haikal
melungsur laju memasuki pengkarangan bangunan Bersatu Maju Holdings . Melihat
Tengku Haikal yang keluar dari perut kereta mewah itu menjadikan gadis itu
mengelabah. Dia yang baru hendak menapak ke bangunan milik MBH, sengaja
memperlambatkan langkah, lebih-lebih lagi bila dilihat Tengku Haikal berdiri disisi
kereta sambil memerhatinya dengan senyuman terukir dibibir. Kenapalah mamat ni
tak terus masuk. Dia tunggu siapa pulak ni. Takkanlah tunggu aku. Parah…parah
aku,bisik Adura didalam hati. Gerun hati Adura melihat panahan mata Tengku
Haikal yang tajam memandangnya.
“Good mornig
Adura.” Tegur Tengku Haikal mesra sebaik gadis itu menghampirinya. Adura yang
jalan menunduk terkejut. Wajahnya yang kemerahan kerana simbahan matahari pagi
bertambah merah bila melihat renungan redup dari Tengku Haikal.
“Err…assalamualaikum
Tengku, awal sampai?” perli Adura pula dengan selamba. Tengku Haikal tersenyum.
Oohh, dah pandai perli orang yer.
“Waalaikumussalam…saja.
Nak pastikan orang tu datang kerja atau masih cuba nak melarikan diri” balas
Tengku Haikal mengusik. Langkah Adura terhenti. Bibirnya diketap. Matanya bulat
memandang wajah Tengku Haikal. Perli akulah tu,hati Adura berbisik bengang.
“Shall we…”
sambungnya cepat bila dilihat gadis itu seperti mahu memperkatakan sesuatu
sambil menarik lengan Adura menuju ke lif. Maya yang berada di sebalik kaunter
terkedu melihat gelagat Tengku Haikal dan PA barunya . Matanya tajam
memerhatikan gelagat orang-orang penting ditingkat lima itu. Eh mereka berdua
ni ada apa-apa ker? Sweet gitu bila melihat Tengku Haikal yang mendahulukan
Adura memasuki perut lif. Kelihatan
Tengku Haikal membisik sesuatu rapat ke telinga gadis itu dan si gadis pula
nampak malu-malu. Ah pasti kecuh satu bangunan jika ianya benar. Tentu Tengku
Emelda akan mengamuk jika melihat adengan pagi ni. Lebih parah lagi jika dia
tahu gadis cantik yang berduaan dengan lelaki
terhangat dibangunan itu adalah PA nya yang baru. Maya tersenyum sendiri.
Seronok juga kalau dapat kenakan perempuan sombong itu.
Wajah Adura
kelihatan kelat bila memasuki ruang pejabat di tingkat lima itu. Usikan Tengku
Haikal didalam lif tadi benar-benar mengacau jiwanya dipagi hari. Ada pulak
dikatanya sengaja pakai cantik hanya untuk menggoda lelaki itu. Eiii…kirim
salam. Baju kurung warna merah jambu ni dah berapa kali dipakai sejak dia mula
bekerja di MBH. Saja je cari pasal. Tengku Haikal yang berjalan seiringan
dengannya tiba-tiba berhenti.
“Awak dah
breakfast belum?” soalnya tiba-tiba. Mata Tengku Haikal redup memandang wajah
comel gadis disisinya. Sengaja dia datang awal dengan tujuan untuk mengajak
gadis ini breakfast dengannya.
“Belum” pantas
saja dia menjawab. Langkahnya hampir diayun bila Tengku Haikal menyambung kata.
“Lepas ini kita
pergi bawah, breakfast sekali” arah Tengku Haikal. Bimbang jika kejadian
seperti semalam berulang lagi. Adura terkebil-kebil memandang Tengku Haikal
dengan rasa pelik.
“Err..tak apalah
Tengku, ada orang kirim bekal. Nanti saya makan kat pantri je lah” Adura
menolak sopan. Nak mampus makan dengan bos depan orang ramai. Tak pasal aku
kena gosip lagi macam hari tu. Tengok jelah sekarang , pasal selalu breakfast
dengan Encik Farid, dia dengan Cik Hani sudah bermusuh.
“Siapa kirim?
Boy friend awak si pemandu teksi tu ke?” tiba-tiba keras saja suara Tengku
Haikal. Wajahnya kelihatan tegang. Adura yang baru nak menghayun langkah
terhenti. Dipandang wajah Tengku Haikal yang sedang merenungnya tajam. Eh
kenapa pulak mamat ni. Takkan cemburu kut.
“Abang angkat
saya bagi tadi, wife dia kirim…”balasnya malas sambil menghayun langkah
meninggalkan Tengku Haikal yang masih berdiri didepan pintu biliknya. Tengku Haikal menarik nafas lega. Wajahnya
kembali ceria. Dengan langkah yang penuh karisma,Tengku Haikal melangkah menuju
bilik Pengurus Syarikat.
“Adura, buatkan
saya secawan nescafe, jangan manis “ arah Tengku Haikal sambil memulas tombol
pintu biliknya. Adura termanggu-manggu. Tadi kata nak breakfast di cafeteria
syarikat, tapi kenapa minta air pulak ni, gumam hati Adura kehairanan.
“Eh bukan tadi
Tengku kata nak breakfast di cafeteria ke?” soal Adura pelik.
“Tak jadi..tak
ada orang nak teman..” selamba dia menjawab sambil melangkah masuk kedalam
ofisnya. Adura mencebik geram, namun dia
bingkas juga bangun menuju kepantri sebaik meyimpan tas tangannya dan mengambil
bekalan yang diberi oleh abang Dzul tadi .
Dia membancuh minuman yang
diminta dan meletakkan dua potong kuih seri muka kedalam piring dan kemudian
dengan menggunakan dulang kecil yang terdapat di pantry, Adura menatang nescafe
dan piring kuih kebilik Tengku Haikal. Sebaik mendengar arahan masuk, Adura
terus memulas pintu bilik Tengku Haikal dan berdiri mengadap lelaki itu dari
depan pintu. Kejadian semalam masih segar dalam ingatan. Namun dia harus berani
menghadapi situasi ini. Adura berjalan pantas menuju meja kerja Tengku Haikal.
Diletak air dan kuih di sudut meja agar tidak mengganggu jika lelaki itu
bekerja. Tengku Haikal menjeling kearah Adura dan dijungkitkan keningnya bila
melihat kuih seri muka didalam piring.
“Bekal yang
kakak angkat saya kirim tadi, mereka tahu kuih ni kegemaran saya”terang Adura
tanpa dipinta. Tengku Haikal tersenyum. Hendak juga dia berkongsi bekal dengan
aku. Tak payahlah turun ke café untuk breakfast, cukuplah dengan dua keping
kuih dan secawan nescafe buat pengalas perut, bisik hati kecil Tengku Haikal.
Bau harum daun pandan dari kuih seri muka itu membuatkan dia menelan air liur.
Segera dicapai piring kuih tadi dan menyudu sedikit kuih tersebut terus
kemulutnya. Memang sedap. Sekejap aje dua keping kuih itu hanyut kedalam
perutnya yang memang tengah lapar. Adura yang memandang gelagat Tengku Haikal
terkedu. Lapar benar ke lelaki ini?
“Dura…ada lagi
tak?”soalnya berharap. Matanya redup memandang Adura minta kesian. Macam anak
kucing kelaparanlah pulak. Comel. Rasa macam nak gosok-gosok pulak kepala
Tengku Haikal. Ish, mulalah nak mengarut. Adura menelan air liur.
“Adura?” tegur
Tengku Haikal bila dilihat gadis itu memandangnya tanpa berkelip-kelip. Adura
terkejut. Bulat matanya membalas renungan Tengku Haikal.
“Comel sangat ke
saya ni?” Matanya di kelip-kelipkan beberapa kali sambil senyuman manis
menghiasi bibirnya. Adura mencebik walaupun wajahnya telah merona kemerahan.
Kantoi tertangkap merenung anak teruna orang.
“Tak ada
maknanya….” Bebelnya geram sambil melangkah keluar menuju ke pantri. Kedengaran
suara tawa Tengku Haikal mengiringi langkahnya.Tak sampai hati pulak bila
melihat lelaki ini kelaparan. Sekembalinya dia ke bilik Tengku Haikal, di lihat
lelaki itu sudah kembali khusyuk mengadap lap topnya. Adura menambah lagi dua keping kuih seri muka
kedalam piring Tengku haikal dan meletak sebotol air mineral disisi cawan
Nescafe tadi. Tengku Haikal menjungkitkan keningnnya biila melihat botol air
mineral itu.
“Kuih dah manis,
jangan nak minum dengan air manis pulak…nanti kena kencing manis baru padan
muka” perlahan Adura membebel namun didengari oleh Tengku Haikal. Dia ketawa
kecil. Kalaulah Adura tahu dia tak boleh makan pulut. Apa agaknya akan di
lakukan. Tapi kuih seri muka tu memang sedap dan perutnya lapar. Tak sempat nak
breakfast dirumah.. Tak kisahlah, ubat allergi tu dia sentiasa bawa.
“Belum kahwin
lagi dah pandai nak membebel..nanti kalau dah kahwin, naik tuli telinga suami
awak tau!” Usik Tengku Haikal spontan. Merona kemerahan wajah gadis itu bila
diusik.
“Suami saya…tak
kisahlah. Pandailah saya jaga nanti…bukan nyusahkan Tengku pun…”balas gadis itu
selamba. Entah mengapa pagi itu mulut Adura begitu ringan saja membalas setiap
buah butir bicara Tengku Haikal. Perasaan cuak dan gementarnya yang sebelum ini
kuat mencengkam perasaannya seperti telah hilang entah kemana.
“Kalau saya yang
jadi suami awak pun saya pun tahu macamana nak kasi awak senyap….” Tengku Haikal
seperti tidak mahu mengalah. Seronok pulak dapat mengusik Adura, lebih-lebih
lagi bila dilihat wajah gadis itu sudah semakin merah menahan malu atau marah?
“Emm…tak de
maknanya…” mengelabah Adura menjawab.
“Belum cuba
belum tahu…” Tengku Haikal masih belum puas mengusik bersuara selamba. Adura
seperti cacing kepanasan menjeling kearah Tengku Haikal dengan geram. Ada aje
jawaban dia.Dengan pantas tangannya mencapai dulang dan melangkah keluar dari
bilik Tengku Haikal dengan perasaan malu bila dilihat Tengku Haikal mengangkat
keningnya seperti mencabar. Kedengaran tawa
Tengku Haikal meletus mengiringi langkah Adura yang sedikit kelam kabut itu.
Adura separuh
berlari menuju ke pantry. Debaran didadanya tak payah cakap. Seperti orang baru
habis berlari naik tangga. Apalah agenda Tengku Haikal sebenarnya. Adura
menarik nafas panjang sebelum melangkah semula kemeja kerjanya.
‘Eh,Kak Farah,
kata ada check up pagi ni…”tegur Adura. Terkejut dia bila melihat wanita itu
sedang duduk sambil mengipas-ngipas badannya.
“Che Abang tak
dapat nak hantar pagi ni. Tengahari nanti baru dia free. Tiba-tiba aje ada
mesyuarat tergempar. Akak kena ambil half day leave hari ni. So macamana
dengan yang kat dalam?” soal Farah sambil mengangkatkan keningnya. Adura
kembali menarik muka. Tangannya pantas menekan punat ON di CPU untuk
menaktifkan computernya. Malas nak layan usikkan Farah. Tahu sangat dengan
perangai rakan sekerjanya itu. Kaki korek rahsia.
“Hello Cik
Adik…ada apa-apa yang berlaku ke diawal pagi tadi ker sampai muncung kat depan
tu boleh digantung hanger?’usik Farah lagi sambil tersengih.
“Akak
ni…agak-agaklah. Carilah tempat lain nak gantung hanger…” rungut Adura manja.
“Yalah kalau
muncung tu dah panjang sangat..tak yah lah susah-suasah cari tempat lain lagi…pakai aje yang depan mata ”balas Farah
sambil ketawa. Makin panjang muncung si gadis manis itu dan terus mengundang ketawa dari ibu muda itu.
“Amboi
Farah…ketawa tak agak-agak. Nanti terberanak kat sini macamana? Saya belum
lulus lagi untuk jadi bidan…Kalau Adura lagilah awak jangan harap. Mau dia
keras kat sini sebab terkejut.” Tiba-tiba suara lelaki yang jadi topik
perbualan mereka menegur. Adura yang sedang mengadap Farah menjadi kejung . Pantas
dia memusingkan badan mengadap PC didepannya. Matanya dijeling kearah Tengku
Haikal yang sedang bersandar dimuka pintu. Bibirnya mencebik geram.
“Ha
jeling,jeling..nanti juling baru tahu. Tapi I tak kisah…”tegur Tengku Haikal
lagi sambil mengusik penuh bermakna. Redup pandangannya jatuh diwajah Adura
yang sudah merona kemerahan. Farah yang mendengar terus terdiam. Dipandang lama
kearah dua insan yang nampak sepadan didepannya. Erk? Ada apa-apa kes yang aku tak tahu ke tentang
budak berdua ni, bisiknya didalam hati. Nampak semacam jer ayat-ayat yang
dikeluarkan. Wajahnya penuh tandatanya.
“Ha Farah,
jangan buat-buat confius pulak. Tolong call Adam dan Chong jumpa saya
sekarang. Dura, masuk dan bawa sekali file Projek Resort di Sabah. Time to work
girls..dah jam 9 pagi ni…” serius suara Tengku Haikal. Nampak penuh karisma.
Kali pertama Adura mendengar nada suara Tengku Haikal sebegitu. Dia jadi
tergamam dan teruja.
Pantas dia
mencapai file yang dikehendaki dan bergegas untuk menuju masuk kebilik bakal CEO MBH itu .
“Dura…”
panggilan Farah mematikan langkah Adura. Pantas dia menoleh kearah wanita itu
sambil menjungkitkan keningnya.
“ Be careful
girl…” serius suaranya. Adura kebingungan. Wajah Farah direnung minta
pencerahan.
“He already
taken..” sambung Farah sebelum mencapai
ganggang telefon didepannya dan membuat panggilan seperti yang disuruh,
membelakangkan Adura yang masih berdiri terpaku di sisi mejanya. Hati mula
terasa ketat. Jika tadi dia seperti teruja,kenapa perasaan itu hilang dengan
tiba-tiba. Kata-kata Farah seperti menyedarkan dia tentang sesuatu. Kita tidak
sekufu.
No comments:
Post a Comment