Andai Cinta Itu Ada
Bab 3
Saiful melangkah perlahan menuju ke
wad yang menempatkan ibunya. Namun langkah nya terhenti apabila melihat kelibat seorang lelaki berdiri di depan pintu
wad tersebut. Wajah lelaki itu nampak masam dan bengis.
“Kau baru sampai ke angah?” soal
Saiful Bahri sebaik langkahnya berhenti didepan pintu wad yang menempatkan ibu
mereka berdua. Lelaki yang dipanggil angah itu mengangguk. Mukanya tajam
memandang abangnya.
“Adik dengan siapa tu ?” soalnya
keras. “Adik jangan buat hal pulak…majlis dah dekat ni. Jangan nak malukan
keluarga.” Bebelnya geram. Saiful Bahri hanya membisu. Biarkan suasana sejuk
sedikit.
“Kau tak mahu masuk tengok ibu ke
angah?” soalnya lagi. Malas nak melayan kerenah adik lelaki yang muda dua tahun
darinya.
“Along ni…angah tanya siapa lelaki
yang bersama dengan adik kat dalam tu?” suara Saiful Nizam sudah mula meninggi.
Adakah lelaki ini yang di katakan oleh Razif tadi yang memaksa Sazuana
memutuskan pertunangan mereka.
“Nantilah along cerita….tapi lebih
baik jika angah dengar sendiri dari mulut adik.” Katanya sambil menolak pintu
wad kelas satu yang di pilih oleh Najwan Naqib merangkap bos tempat dia dan
Sazuana bekerja. Sazuana yang sedang khusyuk menatap wajah ibunya yang sedang
lena pantas bangun dan meluru kearah abang sulungnya.
“Doktor cakap apa along? Ibu
tak apa-apakan?” seperti peluru soalan
di hamburkan. Saiful Bahri segera menenangkan adiknya dengan lembut.
“Ibu tak apa-apa. Kan Dr.Joshua dah
beritahu tadi…adik jangan risau yer..”pujuknya perlahan.
“Adik…” Saiful Nizam pula bersuara.
Wajahnya tegang. Matanya meleret kepada lelaki disebelah adiknya.
“Oh. Angah, ini bos along, Encik
Najwan Naqib. Dia yang tolong bawakan ibu kehospital tadi.” Terang Saiful Bahri
tanpa mengambil hirau wajah kelat adiknya.
“Emm..okaylah saya perlu beransur
kepejabat sekarang. Kalau ada apa-apa hal nanti call saja Arif.” Naqib minta
diri sebaik bersalam dengan Saiful Nizam. Namun sebaik lankahnya hampir kepintu
dia kembali bersuara.
“Saiful, bawa adik awak makan. Dia
belum makan apa-apa dari tadi. Assalamualaikum” bayangnya hilang disebalik
pintu yang tertutup rapat. Wajah Sazuana merona kemerahan apabila pandangan
tajam dari kedua abangnya ditala kearahnya.
“Apa semua ni dik? Kenapa abang nampak adik begitu
rapat pula dengan lelaki lain. Adik jangan nak buat gila ye, majlis tak sampai
dua minggu lagi.” Jerkah siangah geram. Suaranya yang sedikit tinggi mengundang
airmata diwajah polos adik perempuannya.
“Angah, please slow down your voice.
Jangan nak meninggikan suara disini. Kita bincang dirumah nanti” tegur Saiful
Bahri sebagai abang sulung.
“Tapi..” Saiful Bahri
menggeleng-gelengkan kepalanya. Jam ditangan dipandang sepintas lalu. Waktu
Zohor pun sudah lama masuk waktu, bermakna masa makan tengahari pun sudah nak
hampir kepenghujungnya.
“Kau tunggu disini sebentar. Aku
dengan adik nak ke cafeteria. Kau tunggu sampai ayah sampai. Jom adik” pantas
dia meleraikan pertengkaran yang hampir meletus. Tangan Sazuana di tarik pantas
lalu dibawa keluar. Saiful Nizam tak sempat menghalang abang dan adiknya yang sudah
menghilang di sebalik pintu wad.
Dia mengeluh panjang sebelum
bergerak menghampiri ibunya yang sedang lena di katil hospital. Kerusi ditarik
perlahan sebelum melabuhkan punggungnya. Tangan ibunya digenggam erat. Dia tak
mahu kehilangan wanita yang paling disayangi didunia ini selain adik
perempuannya itu.
Getaran dari telefon bimbit
mengejutkan Saiful Nizam yang hampir terlena disisi ibunya yang masih belum
sedarkan diri. Dengan perlahan di lepaskan tangan ibunya dan meletakkan di atas
katil sebelum menjauhkah diri bagi menjawab panggilan telefon.
“Assalamualaikum…ha kau kenapa
Razif?” soalnya perlahan bila menyedari pemanggil itu sahabat merangkap bakal
adik iparnya,
“Kau dah pujuk Wana?” soal
pemanggil itu pula. Saiful Nizam menarik nafas panjang.
“Jawab salam aku dulu. Apalah kau
ni. ”
“Ialah..ialah…waalaikumussalam. Ha
apa kata Wana?” soalnya lagi.
“Belum…dia bersama along. Sabarlah.
Aku tengah risau ni. Ibu aku masuk hospital?”
“Kenapa? Kenapa dengan ibu?” soal
Razif bimbang.
“Aku tak tahu lagi. Along belum
cerita. Nanti apa-apa hal aku call. Ayah aku dah sampai ni. Assalamualaikum” segera Saiful Nizam
memutuskan panggilan . Tahap bimbangnya kini lebih tertumpu kepada wanita yang
sedang terbaring di katil pesakit. Kisah Razif dan adiknya dia perlu berlaku
adil untuk mendengari dari kedua belah pihak. Dia perlu mendengar cerita dari
Wana pula. Setelah apa yang diterima dari Razif sebelum ini.
Saiful Nizam melihat ayahnya, Encik
Solihin meluru kearah isterinya yang sedang lena di katil pesakit. Dilihat
lelaki itu duduk mengadap wajah wanita didepannya dengan penuh kasih. Tiba-tiba
sebak rasa hati Saiful Nizam melihat tingkah ayahnya. Dia beruntung mempunyai
orang tua yang masih hidup dengan kasih sayang walau pun usia perkahwinan
mereka telah melebihi tiga puluh tahun.
“Ayah…”tegur Saiful Nizam sambil
menyauk tangan lelaki itu lantas dicium tanda hormat. Lelaki itu seperti
terkejut bila melihat anak keduanya ada disitu.
“Kenapa dengan ibu angah?” soal
Encik Solihin perlahan. Tidak mahu mengganggu lena isterinya. Pandangannya
segera kembali berkalih kearah wajah
wanita yang dicintainya sejak tiga puluh tahun dahulu. Walaupun perkahwinan
tanpa cinta, tapi restu ibu bapa banyak memainkan peranan dalam mengekalkan
kerukunan rumahtangga mereka malah telah membuahkan cinta saat akad telah
termeterai.
“Angah tak tahu ayah. Along yang
call beritahu ibu dihospital” jawabnya lemah. Dia sebenarnya keliru. Adakah
pergaduhan Wana dengan Razif punca ibu mereka sakit atau ada cerita lain. Rasa
cuak dihatinya mula menerpa. Namun dia akan cuba mendapatkan jawabannya dari
Sazuana nanti.
“Along dan adik kemana?” soal Encik
Solihin lagi. Tangannya asyik mengelus jari jemari isterinya denagan lembut.
Bimbang melihat keadaan isteri yang telah banyak berkorban untuk dirinya dan
anak-anak mereka.
“Along dan adik ke cafeteria. Kejap
lagi naiklah tu..”belum habis ayat yang dituturkan orang yang disebut sudah
berada didepan pintu.
“Ayah..” airmata Sazuana kembali
membasahi pipinya. Diterpa tubuh ayahnya dan di peluk erat sambil melampiaskan
deraian airmata di baju kemeja bercorak batik yang dipakai oleh Encik Solihin.
“Syyyy,,,adik sudah-sudahlah tu…ibu
tak apa-apakan. Kalau ibu tengok adik asyik menangis aje nanti lagi ibu rasa
susah hati. Sudah jangan nangis. Kita sama-sama berdoa agar ibu cepat sembuh.
Adik dah solat belum? Ni dah pukul berapa?” tegur Encik Solihin tegas dalam
kelembutan alunan suaranya.
“Adik dengan along dari surau tadi.
Itu sebab lambat sikit. Ayah dah makan.Angah?” lemah saja suara Sazuana sambil
mengesat airmatanya sambil menoleh kearah abang keduanya yang sedang
berdiri disisi katil ibu mereka.
“Angah pergi bawa ayah makan dulu dan kemudia
solat. Lepas ni along nak bincang dengan angah dan ayah” tegas suara Saiful Bahri mengarah.
“Ayah tak ada seleralah. Ayah cuma
nak pergi solat dulu.” Encik Solihin menolak perlahan.
“Ayah, temankan angah makan dulu.
Nanti kita pergi solat sama-sama.” Pujuk si angah pula. Dia tahu ayahnya sedang
gelisah bimbangkan isteri tersayang. Tapi kalau tak dipaksa pasti ayahnya tidak
akan makan selagi isterinya masih belum sedar.
“Ialah ayah, pergilah temankan
angah makan. Adik dangan along akan jaga ibu. Apa-apa hal nanti adik akan
beritahu pada ayah.” Janji Sazuana lembut. Diusap-usap lengan ayahnya separuh memujuk. Wajah lelaki itu nampak sugul. Bimbang untuk meninggalkan isterinya.
“Ialah..ayah pergi dulu. Kalau ada
apa-apa hal cepat beritahu ayah dan angah” katanya sambil melangkah berat
keluar dari bilik yang menepatkan isterinya. Sazuana dan abangnya menarik nafas
lega. Kesihatan Encik Solihin juga perlu diambil perhatian. Lelaki itu mengidap
gastric yang teruk juga jika tidak dijaga makan dan minumnya. Ini memang sudah
diketahui oleh ahli keluarganya yang lain. Itu sebab Puan Safiah dan anak-anaknya cukup
berhati-hati dalam menjaga pemakanan Encik Solihin.
“Along, malam ni biar adik jaga
ibu.”kata Sazuana sebaik dia mengambil tempat yang ditinggalkan oleh ayahnya
tadi. Tangan pantas meraih tangan ibunya lalu di ramas perlahan. Saiful Bahri
hanya membisu. Perasaannya berbelah bagi. Kesian melihat keadaan adik dan
ibunya. Perasaan marah kembali meruap-ruap didadanya. Selepas mendengar cerita
dari Sazuana, dia pun tidak menginginkan Razif sebagai adik iparnya. Jika
lelaki itu ada didepan mata sudah pasti lunyai dikerjakannya. Jika sebelum ini
bila dia mendengar cerita sikap playboy bakal iparnya tidak pernah diendahkan.
Dia hanya menganggap itu sebagai gossip biasa saja kerana Razif memang
tergolong antara jejaka tampan di syarikat itu. Dengan kedudukannya yang agak
tinggi di syarikat tersebut dia merupakan calun terbaik untuk dijadikan
pasangan hidup atau pun kekasih. Saiful
Bahri kurang bercampur dengan bakal adik ipar tak jadinya itu disebabkan dia
berlainan cawangan. Mereka hanya bertemu jika ada mesyuarat penting di HQ,
manakala Sazuana pula berkerja satu tempat dengan Razif cuma berlainan aras
saja.
Pertunangan terjadi adalah kehendak
Razif yang kononnya telah jatuh cinta dengan Sazuana bila kali pertama melihat
gadis itu di majlis makan malam yang dianjurkan oleh syarikat mereka pada dua tahun
lepas. Walaupun pada mulanya dia membantah, namun atas desakkan angah yang
sangat akrab dengan Razif dan keluarganya, risikan dan permintaan Razif mereka
terima. Puas Razif dan angah melobi untuk menarik hati ayah dan ibu. Sikap
Sazuana yang sangat menurut kata kedua ibu bapa mereka juga tidak banyak
membantu. Dia memang tidak akan menyalahkan adik perempuannya itu kerana sikap
polos dan sangat mendengar kata, namun ada ketika dia teringin mendengar
adiknya membantah setiap permintaan mereka. Kekadang dia sendiri terfikir,
kemana pergi hati dan perasaan adiknya itu.
Ditatap lama wajah adiknya yang
lembut itu. Dengan alisnya yang cantik terbentuk dan hidungnya yang comel
terletak, Sazuana memang seorang gadis yang dianugerahkan Allah cukup pakejnya
untuk menjadi idaman lelaki. Kecantikkan yang diwarisi dari arwah nenek mereka itu
kadangkala menjadikan mereka resah, bimbang satu-satunya adik perempuan mereka
kecundang dalam mengharungi dunia yang penuh dugaan dan cabaran ini.Dan dia
tiba-tiba teringatkan Najwan Naqib. Hatinya bertambah gundah.
No comments:
Post a Comment