Andai Cinta itu Ada
Bab 4
Najwan Naqib masih lagi termenung
mengadap keluar bangunan memerhati arus kenderaan yang tak pernah putus dari
bilik pejabatnya di tingkat 15. Kedatangan papanya masih tidak disedari. Dato
Seri Syed Kadir menggeleng-gelengkan kepalanya. Tak pernah anaknya bersikap
demikian sebelum ini kecuali kejadian tiga tahun yang lalu dimana dia jatuh
hati kepada seorang wanita yang telah menjadi tunangan orang. Kerana itu,
Najwan Naqib membawa rasa cintanya merantau ke Dubai dan menyibukkan diri dengan cawangan
pejabat mereka disana. Dato Seri Syed Kadir merasa hairan. Apa yang difikirkan
sangat oleh Najwan Naqib sampaikan salam yang diberi masih tidak bersambut.
Kedengaran keluhan kasar dari Najwan Naqib sebelum lelaki itu kembali kemeja
kerjanya.
“Papa?! Err..bila papa masuk bilik
Aqib?” soalnya terkejut. Wajahnya sudah merona kemerahan bila menerima tenungan
tajam dari Dato Seri Syed Kadir. Dia terus menuju kearah papanya sebelum melabuhkan
punggungnya disofa yang terdapat di bilik itu.
“Masalah apa yang berat sangat tu
sampai papa beri salam pun tak berjawab?” soal Syed Kadir menyindir. Matanya
seperti helang, tajam memerhati perubahan airmuka anak kesayangannya itu.
“Masalah biasa jer papa…pasal
kerja.” Najwan Naqib cuba
mengelak. Pandangan matanya dilarikan dari membalas renungan Dato’Seri Syed
Kadir.
“Ialah tu…kalau masalah kerja papa
rasa dah banyak yang kamu lalui tapi tak pernahlah sampai macam hari ni. Ini
mesti masalah perempuankan?” tebak Syed Kadir lagi.
“Eh mana adalah papa. Ni masalah
resort yang kita ambil di Desa Ru tu. Pekerja lama seperti tak suka dengan
pentadbiran baru, so banyak yang kurang beri kerjasama dengan orang-orang
kita.” dalih Najwan Naqib lagi. Wajahnya
cuba
dilarikan dari pandangan lelaki yang amat di hormatinya itu. Syed Kadir
tersenyum
“Aqib,Aqib. Ini papalah Aqib,
jangan nak kelentong boleh? Kalau Aqib tak mahu beritahu papa sekarang tak apa,
tapi papa nak beritahu Aqib satu perkara, jika Aqib perlukan bantuan papa dalam
soal “hati”ni, jangan segan, papa ada telinga yang besar ini untuk
mendengarnya.” Janji Dato Seri Syed Kadir sambil mengenyitkan mata.
“Thank you Pa ,
Aqib tak akan lupa. Buat masa ni tak ada apa yang perlu dibincangkan, sebab tak
ada apa-apa.” Masih cuba
mengelak walaupun hatinya sudah berat menanggung rindu pada gadis itu. Namun
rasa segan dan hormat pada papanya, dia hanya mampu menyembunyikan rahsia
hatinya saja.
“Err..Papa nak jumpa Aqib ni ada
apa? Selalunya Kak Fina yang cari Aqib.” Dato Seri Syed Kadir mendengus
perlahan. Teringatkan anak perempuannya yang satu. Cuma tua tiga tahun saja
dari Naqib, tapi sikap mengongkong tu saling tak tumpah macam nendanya, ibu
kepada Dato Seri Syed Kadir.
“Emm..ialah tu. Ni papa dapat lari
dari cengkaman kakak kamulah baru papa dapat kemari. Takut benar kakak kamu
kalau papa main mata dengan mana-mana sekretari yang seksi-seksi di aras 15 ni.
Macamlah papa kamu ni tak ada iman. Cinta hati papa tu nak letak kat mana .?”
panjang lebar Dato Seri Syed Kadir bercerita disambut dengan ketawa besar oleh
anak terunanya. Papa dan mamanya memang sweet couple. Perkahwinan atas dasar
cinta walaupun penuh tentangan dari nenda mereka kerana tidak sekufu, tidak
menghalang untuk kedua ibubapanya mencari kebahagian sendiri. Mamanya seorang
wanita Eurasia berlainan agama sedangkan
papanya pula merupakan anak lelaki tunggal nenda berketurunan syed yang kaya
dan berharta. Perkenalan mereka ketika sama-sama belajar di luar negeri menarik
minat mamanya mengenali Islam lalu menjadikan agama itu sebagai pegangan
hidupnya sebelum dia menerima lamaran dari
Syed Kadir. Najqwan Naqib bersyukur kerana mamanya mengenali islam
terlebih dahulu sebelum berkahwin dengan papanya.
“Ha ni nenda kamu bising kenapa dah
lama tak nampak kamu pulang kerumah. Dia pesan suruh kamu pulang makan malam. Ada sesuatu yang hendak
dibincangkan dirumah” amanat disampaikan kepada cucu kesayangan Sharifah
Masitah itu. Najwan Naqib menjadi resah. Direnung wajah papanya meminta
penjelasan.
“Papa tahu apa-apa ke?” soalnya
bimbang. Wajah tenang papanya ditatap lama. Lelaki itu hanya tersenyum. Ini
masanya dia nak kenakan anak terunanya.
“Kalau nak tahu baliklah..mungkin
nenda dah jumpa calun cucu menantunya, siapa tahu..”
“Papaaaaa…” lirih suara Najwan
Naqib kedengaran.” Kalau betul, apa yang perlu Qib buat? Tolonglah Pa ?”
risau dia bila mendengar kata-kata yang diluahkan oleh papanya.
“Hai apa salahnya. Kamu pun bukan
muda lagi. Calun isteri pun tak ada.”sengaja Dato Seri Syed Kadir mengusik. Itu
sebabnya dia tergesa-gesa berjumpa dengan Najwan Naqib sebaik dia terdengar
perbualan sepupunya Sharifah Aliya dengan anak daranya Sharifah Shahira
tengahari tadi. Kedua beranak itu tidak menyedari dia berada di cafeteria CLK
kerana terselindung di sebalik suratkhabar yang dibacanya. Nasib baik Alif
datang lewat, kalau tidak pasti information
begini tidak sampai ketelinganya. Ibunya tidak habis-habis ingin mengatur hidup
mereka, dulu dirinya sekarang cucu lelakinya pula.
“Qib tak baliklah malam ni. Cakap
aje, Qib outstation. Malas Qib nak layan kerenah nenda yang tak habis-habis nak
jodohkan Qib dengan perempuan yang entah apa-apa je.’ bebelnya sambil menarik
muka masam. Wajahnya diraup beberapa kali.
“Dah jangan nak tarik muka. Buruk.
Apa kata esok pagi Aqib ke Desa Ru, tak payah masuk ofis. Pergi check masalah
yang dihadapi disana dan cari culpritnya. Duduk dua tiga hari. Any news Papa
akan call.”cadang Dato Seri Syed Kadir pada anaknya.
“Dinner malam ni macamana pula Pa?
Apa pula kata nenda?” Naqib masih teragak-agak. Bimbang juga jika kedua orang
tuannya dipersalahkan.
“Ish, itu pun tak kanlah Papa nak
ajar. Papa cakaplah kamu dah bertolak petang ni…so shoooh…pergi balik dan
beritahu sekretari kamu supaya nampak real sikit. Dah Papa nak balik. Kejap
lagi Fina cari Papa.Okay good luck son.Kirim salam pada Pak Karim bila kamu dah
sampai sana
nanti.”pesan Dato Syed pada anaknya. Najwan Naqib segera menyalami papanya
sebelum memeluk erat lelaki itu.
“Thanks Pa.
You are the best father any child will
wish for.”kedengaran lirih suara itu.
“I know. Papa pun pernah muda juga.
Okay hati-hati jalan. Bila sampai call Papa. Nanti mama kamu tak senang
duduknya.” Nasihat Syed Kadir sebelum langkahnya hilang disebalik pintu. Najwan
Naqib menarik nafas lega. Bertuah dia mempunya ayah yang sangat mengambil berat
kebahagiaan anak-anaknya.
Meja kerjanya dikemas pantas.
Interkom ditekan. Selepas memberi beberapa informasi kepada sekretarinya, Naqib
segera meninggalkan bangunan CLK untuk ke Desa Ru. Kondominium miliknya yang
terletak di Mont Kiara segera dituju. BMW hitamnya yang meluncur laju di bawa
memasuki Sprint Highway .
Hatinya tiba-tiba berkocak. Keinginan untuk melihat wajah itu semakin memuncak.
BMW hitamnya memasuki arah ke Kiara Medical
Centre. Doanya semoga dipertemukan dirinya dengan gadis itu sebelum dia
berangkat ke Desa Ru malam ini.
No comments:
Post a Comment