Milik Siapa Hatimu
BAB 11
Hari ini genap
sebulan Adura bekerja di Maju Bersatu Holdings. Kata-kata semangat yang di beri
oleh Encik Farid ketika menyerahkan appointment letter dan kontrak kerja
pada minggu lepas di imbas kembali.
" Cepatnya
syarikat mengesahkan jawatan saya. Mengikut masa interview hari tu ia mengambil
masa dua atau tiga bulan" soal Adura kehairanan. Farid yang sedang ralit
melihat gadis itu membaca appointment dan contract kerja
tersenyum. Ish kalaulah dia tahu ini semua atas permintaan Tengku Haikal, pasti
dia sendiri akan merasa cuak. Emm..mungkin Tengku Haikal dah tangkap cintan dengan gadis ni kut?
Bisik hati kecil Farid.
"Rezeki
awak Adura, lagi pun kerja awak banyak bersangkut paut dengan perjalanan bisnes
syarikat. So kena berhati-hatilah" Farid memberi alasan. Adura mengangguk
tanda faham.
Semangatnya
berkobar-kobar untuk berbakti untuk syarikat itu. Jelas terpancar dalam sinar
matanya yang jernih perasaan terharu bila dia diiktiraf sebagai ahli keluarga
syarikat secara rasminya.
"Tahniah
Dura,kerja sungguh-sungguh. Akak dengan Encik Farid akan memberi segala tunjuk
ajar jika perlu bagi memastikan Dura
selesa kerja disini." ucap Farah ikhlas walaupun dia sendiri hairan kenapa
pengesahan jawatan untuk Adura dipercepatkan dari biasa.
"Kak, bila
bos balik Malaysia
ek?"soal Adura tiba-tiba. Wajahnya berona kemerahan bila Farid merenungnya
sambil tersenyum.
"Kenapa, dah
tak sabar nak jumpa bos ke?"usik Farid nakal. Tersipu-sipu Adura menahan
malu. Farah yang telah kembali kemeja kerjanya memerhatikan saja gelagat Farid
dan Adura. Berdetik dihatinya mengatakan bahawa lelaki dihadapannya ini sedang cuba memikat
Adura. Jika di lihat dari renungan matanya yang tidak putus-putus menatap wajah
gadis didepannya itu, pasti lelaki ini telah lama menaruh hati terhadap gadis ini.
"Mungkin
minggu depan,kenapa?"soal Farah pula.
"Dura nak
belanja makan.” Katanya malu-malu.
"Wah...bestnya.
Kita berempat saja ke?"soal Farid pula. Adura yang bercadang hendak
membawa mereka makan di Restoran Serambi milik Kak Yati mengangguk.
"Dura
cadang nak belanja makan di kedai sepupu Dura,Restoren Serambi, ok
tak?"soalnya meminta pendapat.
"Eh ok
jugak tu. Kak Farah datang dengan hubby boleh tak. Bahagian hubby nanti akak
bayar"Farah meminta izin. Suaminya pernah menyatakan keinginannya untuk
makan disitu, tapi tidak kesempatan kerana kengkangan kerja.
"Eh tak
apalah Kak, Dura tak kisah. Dura pun nak bawa teman serumah Dura, nanti boleh
kenal. Encik Farid kalau nak bawa girlfriend pun tak apa. Tapi sorang jer
ye" usik Adura nakal. Farah ketawa mengekek. Ish budak ni tak sedar ke orang
didepannya ni sedang kemaruk angau dengan dia sibuk pulak bertanyakan girlfriend
yang lain pula. Tak sensitif langsung.
"Saya ni
mana ada girlfriend, siapa yang nak,rupa tak ada harta tak ada,setakat
motor buruk untuk pergi kerja tu jelah yang mampu."keluh Farid merendah
diri.
"Eh hari tu
yang Encik Farid bawa tu kereta siapa
punya? Bila masa pula bawa motor?"soal Adura blurr. Farah sudah ketawa
mengekek.
"Kau ni
Dura,Tak kan
tak tahu, kereta bila hari hujan,motor ,bila lewat bangun. Lagipun motor yang
Encik Farid bawa pun bukan yang murah macam ayah-ayah kita pakai, motor ducati
tu...puluh ribu juga harganya. Sudahlah Red, kau kalau berkenan cakap aje,
jangan simpan dalam hati. Nanti orang lain ngap kau juga yang melepas. Aku dah
tak larat asyik menyampaikan salam romeo-romeo dari department lain
untuk si Dura ni."ngomel Farah. Adura yang mendengar merona merah wajahnya
kerana malu. Farid pula agak terkejut. Ish Farah ni cakap tak reti bertapis.
Kalau tahu dek Tengku Haikal, teruk budak-budak tu dikerjakan, termasuk aku
sekali. Bukan dia tak ingat pesan Tengku Haikal supaya menjaga Adura sementara
dia tak ada di Malaysia .
"Ah kau ni
Farah, niat hati memang begitu, tapi orangnya sudah berpunya.Nak buat
macamana" keluh Farid separuh merajuk. Farah yang melihat wajah mendung
Farid terkedu. Eh biar betul Adura ni sudah berpunya. Kalau betul tak pernah
pula dia bercerita. Pulangnya berambil perginya berantar ,itupun dengan roomatenya
yang bekerja diarea berdekatan. Tak pernah lagi dia terjumpa lelaki lain yang
menumpangkan Adura ketempat kerja kecualilah pemandu teksi.
"Eh betul
ke Dura, akak tak tahu pun…" tanya
Farah cuba
mencungkil rahsia. Adura yang tadi menundukkan segera mengangkat kepala dan
merenung lelaki yang berada didepannya.
"Pandai aje
Encik Farid ni. Dura ni baru habis belajar, mana ada masa nak berpacaran. Kat
tempat kerja ni pun Dura mana ada kawan dengan sesiapa pun kecuali Kak Farah
dan Encik Farid jer." Sangkalnya laju. Tersengih si Farid bila mendengar
jawaban Adura. Gadis ini sebenarnya tidak tahu tujuan perlantikkan dia di
syarikat ini. Walaupun kelayakkan lain-lain candidate adalah lebih
kurang sama, kelebihan yang terdapat pada Adura adalah kerana permintaan Tengku
Haikal. Namun tidak dapat dinafikan pilihan Tengku Haikal tetap tepat kerana
gadis ini memang layak untuk menjawat jawatan ini. Sikap bertanggungjawab serta
ketelitiannya dalam setiap tugasan yang diberi telah terbukti apabila syarikat berjaya
memenangi tender untuk Projet J-PO di Jerman
baru-baru ini.
"So bila
awak nak belanja kami semua ni makan Adura? Boleh saya kosongkan jadual orang bujang saya khas untuk
awak nanti"usik Farid lagi sengaja menukar topic perbualan mereka.
"Esok kan Tengku Haikal balik,
nanti Dura jemput sendiri bos . Tanya dulu kut-kutlah dia ada appointment
lain" Farah mengingatkan Adura.
"Hah…bos
balik esok?" berderau darah Adura terkejut. Walau pun dia memang teringin
untuk bertemu dengan Tengku Haikal, tapi bila hari yang ditunggu tiba, dia masih
merasa bimbang. Degupan jantungnya menjadi laju. Bagaimanakah penerimaan Tengku
Haikal terhadap dirinya nanti?.
No comments:
Post a Comment