Thursday, 20 March 2014

Milik Siapa hatimu 
BAB 7

 Adura membelek wajahnya di cermin.  Rambutnya beralun lebat di tocang satu. Bibirnya yang semula jadi merah di oles dengan pelembab bibir. Bedak compact yang di sapu nipis tiada nampak cela. Baju kurung warna biru nampak cantik dibadan pemakainya. Sangat bersesuaian dengan kulitnya yang putih bersih. Hari ini dia perlu kelihatan kemas dan elegan bersesuaian dengan jawatan yang dipegangnya sebagai PA kepada salah seorang ahli pengarah Syarikat Maju Bersatu Holdings. Hari ini merupakan hari pertama dia bekerja, sudah tentu perasaan berdebar dan bimbang menguasai diri.
"Wei Dura, hang dah siap ke belum. Ni dah dekat jam 7.30 pagi ,sat lagi jalan jammed, hang bebel." jerit Junaidah dari luar. Terkocoh-kocoh Adura mencapai handbag  hadiah hari lahirnya yang ke 21 dari atuknya yang kini menetap di Muar.  Langkahnya pantas menuju kearah Junaidah yang sedang menanti didalam kereta Viva putih didepan rumah. Adura mengunci pitu rumah dan pagar serta membaca doa menaiki kenderaan sebelum melangkah masuk kedalam kereta.
"Wah..cantiknya hang Dura. Ini nak pergi lapur diri ke nak pergi mengurat?" soal Junaidah mengusik.
"Ah..biasa jer lah.." gadis itu memalingkan mukanya malu. Nak jadi PA mestilah nampak kemas dan elegan. Maklumlah kerja ini memerlukan dia bertemu ramai klien syarikat. Imej syarikat perlu dijaga. Jika selekeh dan serabai, bukan saja klien lari, kepercayaan pun hilang.
Namun hakikatnya memang betul. Adura memang cantik dan comel. Cuma kalau datang perasaan gementarnya, dia akan berubah menjadi kalut. Itu yang menampakkan dia comel. Bagaimana agaknya nanti bila dia mula bekerja. Berbagai ragam manusia akan ditemui dan bagaimana agaknya gadis ini akan menanganinya kelak,keluh Junaidah perlahan.
"Kau ni pagi-pagi dah mengeluh, kenapa?" soal Adura sambil memakai talipinggang keledar.
"Aku bimbangkan hang, suka kalut semacam." Luah hati Junaidah sambil menggerakkan kenderaannya keluar dari kawasan perumahan itu. Pemanduannya teratur.
"Insya Allah, aku yakin masa kerja nanti aku  boleh menangani masalah yang ada dengan baik. Kau ingat tak lagi masa kita buat practical di Nusa Jaya dulu, apa kata Encik Rustam pasal kes Encik Jefri yang hilangkan kontrak rumah murah antara Nusa Bersatu dengan Lim Constructions. Bukankah aku yang tolong settlekan masalah itu. Mana ada aku kalut macam orang tu." Perli Adura selamba. Kerana kesilapan Encik Jefri kontrak mereka hampir di terminate oleh syarikat induk kerana kelewatan penyerahan bangunan tidak mengikuti masa yang ditetapkan sedangkan didalam clause yang tertulis didalam kontrak ada menyatakan kelewatan disebabkan faktor kelulusan  boleh diambil kira dan diguna pakai. Adura yang bekerja dibawah penyeliaan Encik Rustam telah membaca semula kontrak yang dibuat sepanjang malam untuk mencari sebarang loop hole yang boleh dijadikan alasan kerana kelewatan itu melalui soft copy yang disimpan didalam server syarikat dan dia juga mendapat tahu dalang disebalik kerumitan yang timbul adalah dari kecuaian Encik Jefri sendiri.
"Ialah…Encik Rustam tu dulu puji hang  sebab dia memang suka dengan hang pun, bukan semua orang tak tahu.." perli Junaidah pula. Muka Adura menjadi merah. Dia merasa malu bila mengingatkan kejadian itu dan merasa serba salah bila Encik Rustam meluahkan perasaannya di hari terakhir dia bekerja disana. Kesudahannya jamuan perpisahan yang diadakan untuk mereka tidak dihadiri oleh Adura kerana mendapat tahu Encik Rustam ingin melamarnya pada malam itu. Adura melarikan diri ke Perak, kerumah orang tua Junaidah atas nasihat sahabatnya dan Junaidah terpaksa seorang diri kejamuan tersebut kerana ingin mengucapkan terima kasih atas tunjuk ajar dan sokongan mereka selama mereka membuat praktikal disitu. Encik Rustam yang kecewa bila melihat Adura tiada cuba menyembunyikan kekecewaanya dengan menghilangkan diri sebaik majlis bermula. Junaidah agak terkejut bila mengetahui rupanya Encik Rustam terus mencari Adura dirumah sewa mereka kerana tidak percaya Adura sudah tiada. Lelaki itu agak terkilan kerana tidak dapat berjumpa kekasih hatinya untuk kali terakhir. Apa yang mereka tahu,sejak kejadian itu, Encik Rustam sudah berhenti kerja dan menyambungkan pelajarannya keluar negara.
"Eh Dura, Encik Farid yang interview kita hari tu dah berpunya belum. Aku tengoklah dia tu dok usha hang banyak kali masa kita  minum di kafeteria kelmarin" soal Junaidah mengejutkan Adura dari lamunannya. Dia yang tidak berjaya dalam interview pertama bersama Adura tempoh hari sedikit pun tidak merasa cemburu diatas kejayaan sahabatnya yang berjaya mendapat kerja di syarikat hartanah yang terkenal di wilayah selatan itu.. Namun dia masih ingat semasa mereka sama-sama membasahkan tekak di kafeteria syarikat itu, Encik Farid yang merupakan Pengurus di bahagian HR, ada memberitahu Adura tentang saringan kedua yang akan diberitahu kelak sekiranya dia terpilih. Hairan, orang lain tidaklah pulak dia sibuk nak beritahu, cuma Adura saja. Bukan sekali, tapi tiga kali,siap bagi semangat lagi. Hai untung jadi orang cantik ni, Junaidah mengeluh lagi.
"Manalah aku tahu. Nanti aku tolong tanyakan. Kenapa, kau nak apply jawatan tu ker?"usik Adura sambil tersenyum bila melihat Junaidah mencebik "..sebab Encik Farid adalah orang yang akan aku temui dulu untuk melapur diri" sambungnya lagi. Junaidah menjeling penuh teruja.
"Ok jugak tu…kau kirim salam kat Abang Farid tu yerrr…" mengekeh gadis itu ketawa. Adura hanya menggelengkan kepalanya. Layan ajelah perangai si Junaidah ni. Bangunan yang dicari telah jelas kelihatan. Junaidah memberhentikan keretanya ditepi jalan.
"Hang nak aku ambik ke petang ni?" soal Junaidah bila melihat sahabatnya sudah membuka pintu untuk turun. Adura menoleh. Duduk baju kurungnya diperbetulkan
"Tak tahu balik pukul berapa. Apa-apa hal aku telefon kau nanti. Aku gerak dulu, terima kasih kerana jadi driver aku .Assalamualaikum" Adura menutup pintu dan melangkah masuk kebangunan lima tingkat itu dengan hati yang penuh debaran. Ruang lobi yang berlantaikan jubin bewarna hijau lumut nampak  elegan  seperti memasuki lobi hotel bertaraf lima bintang. Ruang menantinya menempatkan sofa dan TV LCD serta beberapa replika bangunan dan kawasan perumahan yang dibangunkan. Adura hanya memandang sepintas lalu. Langkahnya laju menuju laju kearah seorang gadis yang baru saja sampai di bahagian penyambut tetamu. Gadis yang mempunyai rupa paras yang menawan serta senyuman mesra melegakan sedikit kocakan didadanya yang baru saja hendak memulakan kerja. Jam didinding sudah menunjukkan jam 8.45pagi, bermakna, 15 minit lagi waktu bekerja akan bermula.
"Assalamualaikum. Saya Adura dan hari ini .." sebelum dia dapat menghabiskan kata-katanya satu suara telah menegurnya dari belakang
" Adura…dah lama awak sampai?" tegur lelaki itu mesra. Gadis yang berada di kaunter penyambut tetamu itu terpinga-pinga. Adura menoleh kearah seorang lelaki berkemeja biru laut yang memberinya senyuman mesra. Gadis yang merangkap penyambut tetamu di belakangnya berdehem.
"Amboi Encik Farid, galak semacam nampak. Saya baru saja nak berkenalan dengan orang baru ni, Encik Farid dah potong jalan" usik gadis itu sambil tersenyum manis. Lelaki bernama Farid itu ketawa kecil.
"Mari saya kenalkan, Maya, ini Adura our boss new PA  dan Adura, ini Maya our receptionist merangkap company CNN" usik Farid . Maya mencebik.
"Amboi tak sayang mulut  yer Encik Farid” ngomel Maya sambil terherot-herot mulutnyan, namun apabila pandangannya kembali kearah Adura dia terenyum mesra
“Oklah Cik Adura, selamat datang ke Maju Bersatu Holdings,sekiranya memerlukan bantuan, jangan segan, Maya cuba bantu jika mampu." ramah gadis itu menegur.       
"Terima kasih Cik Maya" balas Adura ikhlas. Lega dia melihat keramahan gadis ini.
"Ah..tak payah panggil cik..ciklahhh..tak mesra. Panggil Maya jer cukup. Err..nanti kalau tak ada kawan teman makan, boleh ajak Maya" pelawanya mesra. Adura tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Senyuman manis di berikan kepada Maya. Gembira rasa hatinya bila dirinya dapat diterima baik oleh salah seorang pekerja disitu.
"Dah…jom kita naik keatas. Kalau dilayan sangat si Maya ni, sampai esok kita kat sini. Banyak benda yang awak kena belajar ni Adura." Selamba Farid memutuskan perbualan dua wanita didepannya. Pesanan Tengku Haikal sebelum dia ke Jerman masih segar diingatannya. Oleh itu dia perlu menyediakan Adura secara mental dan fizikal sebelum Tengku Haikal pulang ke Malaysia.
"Adura, sebelum itu saya ingin mengucapkan selamat datang ke Maju Bersatu Holdings. Di harap awak dapat bekerja dengan gembira disini. Saya telah menyediakan training schedule awak selama dua minggu ini. Awak akan dibimbing oleh Puan Farah dan saya tentang selok belok jawatan yang awak pegang."terang Farid panjang lebar. Dikerlingnya gadis yang berjalan disisinya. Manisnya dia dengan baju kurung warna biru, eh sedondong pulak dengan aku bisik hati kecil Farid sambil  tersenyum senang.
"Sebelum itu kita pergi ke department saya dulu. I'm going to brief you on company rules,procedure and your job scope." Sambungnya lagi. Adura mengangguk faham dan menurut saja tanpa kerenah. Setelah hampir sejam berada di HR department, Farid membawa dia melawat pula department  lain yang ada didalam bangunan itu sekali gus memperkenalkannya dengan beberapa orang ketua jabatan. Response yang diterima cukup baik dari setiap bahagian mengurangkan rasa takut pada diri Adura, tak kurang juga usikan yang diterima dari beberapa pekerja lelaki menyebabkan dirinya yang berkulit cerah itu berona kemerahan.. Merah padam wajahnya bila diusik secara terang-terangan dan ini mengundang siulan dari pekerja lelaki yang berada disitu sehingga Farid terpaksa bersikap tegas menghentikan perbuatan mereka.
"Sudah-sudahlah tu Amir, tunang kau tu nak letak kat mana?  Cik Adura perlu memberi tumpuan lebih pada latihan yang akan diberi sebelum boss balik. Harap awak semua dapat memberi kerjasama padanya bila diperlukan."  Tegas suara Farid memberi arahan seraya keluar dari jabatan terakhir yang dilawatinya.
"Jom kita ketingkat lima. Saya akan perkenalkan awak dengan Farah, PA boss. Dia yang akan mengajar awak selok belok kerja-kerja yang bakal awak ambil alih darinya nanti" Farid dan Adura melangkah kedalam lif yang terus membawa mereka ketingkat lima.Perasaan Adura bertambah  gemuruh. Bagaimanakah penerimaan Puan Farah terhadap dia nanti. Dengan lafaz bismillah, Adura menapak masuk ke tingkat lima dengan tenang.
"Morning Farah," ucap Farid kepada seorang wanita anggun berbaju hijau lumut. Perutnya yang membuyut menyekat sedikit pergerakkannya.
"Assalamualaikum…morning" jawab wanita itu sambil sempat memerli Encik Farid. Wajah lelaki itu merona kemerahan.
"Waalaikumusalam..I bawakan anak murid you. Adura ini Farah,PA Tengku Haikal dan Farah ini Adura" Farid  perkenalkan secara ringkas. Wanita itu memandang Adura dengan senyuman. Tenang hati Adura bila melihat wajah lembut pada wajah wanita yang sedang mengandung itu.
"Apa khabar Dura, Kak Farah harap kita tak terlalu formal disini ye. Tak mengapa ke kalau akak panggil Adura dengan nama Dura saja?" soalnya meminta kepastian. Adura tersenyum menampakkan lekuk dikedua pipinya yang mulus. Cantik dan manis orangnya, bisik hati kecil Farah. Diharap perangai pun secantik orangnya bisik hati kecil Farah.
 "Dura tak kisah. Ia lebih mesra" balas gadis itu lembut sambil meyambut tangan yang dihulur oleh Farah dengan sopan. Farid yang memerhati gelagat dua wanita cantik didepannya tersengih. Beruntung kau Haikal..dapat PA yang cantik-cantik belaka  bisik hatinya sedikit cemburu.
‘Oklah girls, I got other things to do. Farah, I leave Adura into your hand, please take a good care of her and Adura , good luck and  see you later." Farid berkata sedikit laju sambil melihat jam tangannya sebelum dia berlalu pergi dengan pantas. Farah ketawa kecil
"Terlewatlah tu nak attend meeting." Terang Farah bila melihat Adura terpinga-pinga.
"Selalu ke dia macam tu Kak?" soal Adura pula.
"Tidak juga…sekarang kita sedikit sibuk dengan pelancaran projek Pontian yang akan bermula pada hujung tahun ni. Banyak perkara yang perlu dibuat bagi memastikan ianya berjalan mengikut masa." Terang Farah panjang lebar. Adura hanya mengangguk.
"Akak dah go through training schedule yang Encik Farid sediakan untuk Dura dan akak rasa ianya cukup lengkap. Kalau Dura tak faham jangan segan untuk bertanya. Bos kita tu sangat teliti dan cerewet orangnya. Kalau hantar report pastikan setiap lapuran dan data mestilah tepat dan paling latest. Semua benda yang kita buat mesti lengkap dan tersusun.Kalau tidak…" Terang Farah serba sedikit mengenai bos yang belum lagi diketahui orangnya.
“Kalau tidak,kenapa kak?” soal Adura polos. Farah menatap wajah gadis manis didepannya sambil tersengih.
“ baik jari terhiris luka dari dengar ayat yang dikeluarkan oleh bos yang penuh berbisa…” Farah ketawa. Lucu pula bila dengar ayat skemanya seperti pantun.. Kecut juga perut Adura bila mendengar kata-kata Farah. Namun dia perlu kuatkan azam. Bukan calang-calang orang boleh dapat jawatan ini kata Encik Farid. Oleh itu dia akan gunakan semua pengalaman yang dia ada untuk memastikan Encik Farid tidak salah memilih dia untuk kerja disini disamping memanjatkan doa pada siDIA agar setiap ilmu yang ditimba dapat dimanafaatkan sebaik mungkin

"Insya ALLAH ,Dura akan belajar betul-betul dan tidak akan menghampakan ajaran akak dan Encik Farid" janjinya sambil tersenyum. Alahai,mampu ke aku ni? Dengar cerita jer dah rasa macam nak terkucil pulak….

No comments:

Post a Comment