Milik siapa hatimu?
BAB 4
BAB 4
Adura
segera meletakkan kek dimeja kecil didepan kedua puteri yang ditinggalkan tadi.
Wajahnya kemerahan akibat kepanasan. Itulah jalan dekat ada tak mahu guna .Terpaksa
berjalan jauh sedikit hanya untuk mengelakkan dari bertembung dengan Tengku
Haikal. Salah seorang pekerja kak Yati yang menjadi penjaga sementara kedua
kanak-kanak itu segera meninggalkan Adura sebaik gadis itu tiba.
"Kenapa
Kak Dura lambat? Uncle Ekal tunggu lama tau..dia dah lapar" Puteri Intan
merungut. Wajah polos kanak-kanak itu direnung lembut. Alahai comelnya dengan
bibir yang dimuncungkan kedepan.
"Maafkan
patik tuan puteri…tadi ada lanun yang cuba merampas kek kegemaran tengku
puteri berdua. Patik terpaksa beradu tenaga. Itu sebabnya patik lambat
sikit." Adura mengusik kedua anak saudara Tengku Haikal bersahaja.
Mengekek-ngekek mereka ketawa.
"Wah
pandai betul awak layan anak saudara saya." Tegur satu suara dari
belakang. Adura yang sedang duduk bertinggung terjelepuk kelantai kerana terkejut.
Tengku Haikal ketawa gelihati. Adura segera bangun dan menunduk malu.
Habislah
aku….mana aku nak lari lagi keluh Adura didalam hati. Tengku Haikal yang
membawa dulang berisi air dan sepiring kek dijelingya dan dia kemudia merasa terkejut.
"Eh…tengku,
kenapa angkat sendiri? Kenapa tak suruh pekerja Serambi Catering saja yang
hantar?" soal Adura,terlupa akan dilema dirinya sendiri. Dicapainya dulang
dari Tengku Haikal dan disusun air minuman dan kek tadi diatas meja. Tengku
Haikal pula terkebil-kebil melihat perilaku Adura.Pelik,tadi tersipu-sipu malu,
sekarang selamba jer.
"Ialah
tuu..kalau nak tunggukan kek yang orang tu janji nak bawa,kempunanlah
jawabnya" perli Tengku Haikal pula. Adura membatu. Terasa berbahang
wajahnya menahan malu.
"Uncle
Ekal ni…bukan Kak Dura sengajalah…dia kena lawan lanun dan orang jahat yang nak
makan kek nilah…itu sebab lambat…kan
Intan" Tengku Dayana back up
baik. Adura tersengih memandang Tengku Dayana. Thanks love. Adura berbisik
perlahan. Namun Tengku Haikal dapat menangkap bisikan itu. Direnung wajah Adura
yang nampak sedikit kepenatan.
"OOhh..gitu.
Kuat sungguh Panglima Adura yer…tengku puteri tidak menghadiahkan apa-apa pada
Panglima Adura yang telah banyak berjasa ke?" usik Tengku Haikal
menyambung lakonan yang di mainkan oleh Adura dan anak-anak saudaranya. Dayana
dan Intan ketawa mengekek-ngekek.
"Apalah
Uncle Ekal…Kak Dura tu perempuan, mana boleh jadi panglima…Intan nak bagi
gelaran Puteri Adura…emmm..bolehkan Uncle Ekal?"
Tengku
Haikal yang berpura-pura berfikir,mengangguk-anggukkan kepalanya melayan
kerenah kedua anak saudaranya yang manja.
"…dan
Uncle Ekal pula sebagai Putera Ekal" sambung Tengku Dayana pula.
"Patik
sokong dengan cadangan tengku puteri berdua…" Tengku Haikal tergelak melihat karenah anak
saudaranya. Direnung wajah Adura yang mula kemerahan. Gadis itu mengigit
bibirnya seperti menahan tawa.Eii…rasa macam nak gigit jer bibir tu. Geram bila
mengingatkan betapa celuparnya mulut itu petang tadi.
"Yang
awak berdiri disitu kenapa Adura. Duduk. Saya belum nak rekrut guard baru lagi"
sengaja dikeraskan suaranya kepada Adura sambil menarik kerusi dari meja yang
kosong.
"Emm…tak
apalah tengku,saya banyak kerja lagi ni…Nanti bos marah,saya pergi dulu.."
Adura berdalih dan cuba
melarikan diri. Kalau dia masih disini pasti teruk di buli oleh Tengku Haikal.
"Tak
payah, duduk layan kami ajer…tak ada siapa nak marah awak. Saya akan settlekan dengan Puan Haryati nanti."pantas
Tengku Haikal membantah. Dia sedar gadis ini cuba melarikan diri darinya dan dia
pula telah bersedia untuk memprotes apa saja alasan yang akan diberikan oleh
gadis ini. Gadis didepannya mengelisah. Tengku Haikal tersenyum. Dia segera
bangun dan berdiri rapat menghampiri Adura. Namun dengan pantas Adura menarik
kerusi lalu duduk dengan bengang. Kedengaran
Tengku Haikal ketawa kecil.
"Emm…tak
ada lain nak membulilah ni.." ngomel Adura perlahan namun didengari oleh
Tengku Haikal jelas. Dia kembali duduk mengadap Adura. Badanya dirapatkan
kedepan.
" Ini baru permulaan…yang lain akan
menyusul kemudian Cik Adura. The games
has just begun" suara Tengku Haikal lembut menggoda penuh ancaman
menyusup ketelinga Adura. Wajah gadis itu merona kemerahan. Dia merasa malu dan
bengang. Tak kanlah kisah petang tadi dibawa sampai ke malam ini, bisik hati
kecilnya. Hatinya panas tiba-tiba.Tekaknya merasa kering. Disauk aje gelas fresh orange yang terletak didepannya
dan di teguk separuh dengan niat untuk menyejukkan hatinya. Tengku Haikal
menjongketkan keningnya. Diperhatikan saja gelagat gadis didepannya sambil tersenyum.
"Kak
Dura, kenapa minum air Uncle Ekal?" soal Intan pelik. Tersembur fresh
orange yang disedut Adura kemuka Tengku Haikal kerana terkejut. Berubah muka
Tengku Haikal . Adura menjadi panik. Tengku Dayana dan Tengku Intan ketawa
mengekek-ngekek. Tengku Haikal tergamam.
"Oh
Tengku…maaf.Tak sengaja terminum air tengku. Nanti saya pergi ambil yang
baru…" Adura mula kelam kabut bila melihat wajah Tengku Haikal sudah
berubah warna. Dia segera bangun dan cuba melarikan diri.
"Adura!"
pekik Tengku Haikal bengang. Adura yang baru hendak melangkah terhenti kerana
terkejut. Menggigil kepala lututnya bila mendengar suara Tengku Haikal yang
telah naik beberapa oktah. Deraian ketawa dari Tengku Dayana dan Tengku Intan
juga tidak kedengaran lagi. Adura memandang muka Tengku Haikal dengan perasaan
gementar. Mata lelaki itu yang tertutup sedikit mungkin sedang menahan pedih
akibat percikan fresh orange yang tersembur dari mulut Adura tadi. Dia
menjadi lebih takut. Sekiranya lelaki ini tiba-tiba buta akibat kejadian ini,
pasti dia akan dipersalahkan.
"Whats
the heck…oh my God…what's happen to you bro?" tiba-tiba satu suara menegur
Tengku Haikal. Adura yang sedang mencari alasan untuk melarikan diri terus
mencari tuan empunya suara. Dia kenal lelaki itu. Anak kedua Datin Alia dan
papa kepada Tengku Intan semasa dikenalkan oleh Kak Yati tadi
"Ah..Tengku Danish….minta maaf…saya tak
sengaja…errrr…tolong tengokkan Tengku Haikal…saya nak ambilkan air yang
baru.." dengan cepat Adura memberi alasan. Tengku Haikal yang mendengar
kata-kata dari Adura sedar itu taktik gadis itu untuk melarikan diri…
"Adura…don't
you dare.." belum habis Tengku Haikal menghabiskan ayatnya, Adura sudah
hilang dari pandangan.
"Damn"
gumamnya.
"Hello
bro. Watch up your language.
Anak-anak saudara kau disini…and lagi satu control
your volume Kesian budak dua orang ni dah terkulat-kulat macam nak
menangis." tegur Tengku Danish perlahan. Tengku Haikal yang sedang
membersihkan mukanya dengan kain napkin terhenti. Dilihat wajah polos kedua
anak saudaranya dengan wajah bersalah.
"Sorry girls. Muka Uncle Ekal dah tak handsome kena sembur dengan orange juice tadi. Dah tak boleh jadi
Putera raja." bisiknya perlahan memujuk. Kedua anak kecil itu merenung
muka Tengku Haikal tajam.
"Kenapa
uncle Ekal marah Kak Dura?" soal mereka pula. Tengku Haikal
terpinga-pinga. Ah sudah. Adura dah pasang kroni didalam keluarga aku pula ker?
Wajah anak saudaranya di pandang sekilas lalu. Susah
juga kalau ada anak saudara yang terlebih bijak.
"Uncle
tak marahlah…geram jer…" lelaki itu cuba berdalih. Tengku Danish yang
sedang mendengar perbualan itu mencelah.
"Kenapa
pulak kau geram?" soalnya sambil melabuhkan punggung dikerusi yang
dikosongkan oleh Adura sebentar tadi.
"Mau
aku tak geram…bukan dia nak tolong bersihkan muka aku ker…atau bersihkan baju
aku… Hei dia tak sedar ke apa yang dia dah buat kat aku.. Mana aku tak
bengang. Kalau perempuan lain siap bukakan baju lagi.." ngomel Tengku
Haikal meluahkan perasaan tidak puas hatinya.Tengku Danish yang mendengar
penjelasan dari abangnya tidak dapat
menahan ketawa lagi. Suaranya bergema melangkaui musik yang menjadi halwa
telinga para tetamu malam itu.
"Hoiii…tolong
kawal suara kau tu Danish…kalau ketawa tak tau nak agak..malu semua orang
tengoklah"gumam abangnya. Dahlah wajah dan bajunya kotor dan melekit
akibat kejadian itu ditambah pula perangai adik yang kalau ketawa boleh retak
dinding rumah dibuatnya.
"Sorry…sorry..You and that girl are funnylah bro...kau punya "tolong" dan dia punya "tolong" ada sikit berbezalah bro. kau nak dia tolong bersihkan badan kau yang dah lenjung dan aku rasa tak manislah dan dia pula still nak tolong...tapi tolong ambil minuman yang barulah, itukan kerja dia.."
Tengku Danish kembali menyambung tawanya sambil mengesat airmata kerana terlalu
gelihati.
"Amboi
abang…gembira sakan sampai suara boleh dengar dari dalam."tegur Tengku Suhana
isterinya yang anggun ber kebaya nyonya.
"Hello
dear…dah habis borak dengan mother in law
kesayangan awak tu?"perli sang suami sambil menahan tawa. Tangannya pantas
mencapai tangan sang isteri yang telah dinikahi hampir lima tahun itu.
"Alahai…dengan
emak sendiri pun nak cemburu. Anak manja!"usik sang isteri pula mesra.
Tengku Danish ketawa. Hati suami mana tidak bahagia bila hubungan kedua wanita
yang paling disayangi itu mesra dan akrab sekali.
"Eh..kenapa
dengan muka along?" soal Tengku Suhana pelik bila di lihat wajah Tengku
Haikal seperti baru lepas mandi. Tawa si suami berderai sekali lagi.
"Abang
ni dah kenapa?" Tengku Suhana melihat pula muka suaminya kehairanan. Laki
aku ni dah kena sawan ketawa ke? Bisik hati kecilnya.
"Mummy…Uncle
Ekal kena oren jus" cepat Tengku Intan menyampaikan maklumat pada ibunya.
"Intan
kasi tumpah air ye?" soal siibu sambil menghampiri anak gadisnya.
"Bukanlah
Mak Ngah..Kak Dura.."cepat Tengku Dayana memotong.
"Siapa
Kak Dura?" soal Tengku Suhana bertambah pelik.
"Budak
perempuan tu tersedak lalu tersembur kemuka along…" terang Tengku Danish
pada isterinya.
"Tak
kanlah tersedak sampai tersembur air kemuka along pulak…"ngomel isterinya
masih tak faham. Tengku Danish juga terfikir benda yang sama.
"Ha'ah
along….kenapa tersedak begitu teruk sekali?" soal Tengku Danish pula.
"Hey
rimaslah aku dengan soalan korang berdua…dah macam polis pencen.." bebel
Tengku Haikal bengang sambil mengesat rambutnya yang sudah serupa jerami basah
.
"Kenapa
Kak Dura tersedak Intan?" soal si ibu pada anak tunggalnya pula.
"Tak
tau..Intan tegur Kak Dura kenapa minum air Uncle Ekal, tiba-tiba air keluar
dari mulut Kak Dura pulak macam air pancut…" selamba jer sicomel itu
bertutur sambil tersengih. Termanggu Tengku Suhana sebentar. Dipandang wajah
suaminya yang terkedu dan wajah abang iparnya yang sudah kemerah-merahan.
"Encik…ini
air orange juice yang diminta" seorang kakitangan Serambi Catering
menghantar minuman mematikan perbualan mereka. Wajah Tengku Haikal bertambah
kelat. Tengku Danish pula cuba
menahan tawa.
"Mana
Adura?" soal Tengku Haikal sambil mengetap bibir.
"Dia
dah balik. Katanya sakit perut." Jawab pelayan itu jujur.
"Dia
sakit perut ke kecut perut?!" jerkah Tengku Haikal geram. Terkejut pelayan
tersebut. Apalah malang
nasib aku hantar air kemari,bisik hati kecilnya. Bahu Tengku Danish sudah
terhinjut-hinjut menahan tawanya dari meledak keluar. Tengku Suhana pula menjeling
suaminya geram.
"Dah
lah dik terima kasih. Awak boleh pergi." tegur Tengku Suhana lembut dan
dengan pantas pelayan itu berlalu dari situ dan kemudian berpatah balik. Tengku
Suhana dan Tengku Danish terkejut. Tengku Haikal menjungkitkan keningnya.
Pelayan lelaki yang dalam belasan tahun usianya itu menelan air liur.
"
Err..encik..Kak Adura ada pesan tadi suruh tanya,,,mata encik Ok ke
tidak?" terkulat-kulat suaranya menahan ketar. Tengku Haikal merenung
budak lelaki didepannya tajam. Polos benar budak ni. Mungkin masih bersekolah.
"Cakap
dengan dia…mata saya masih boleh lihat dan Malaysia ini kecil …Johor ni
dibelakang tapak tangan saya aje" tutur kata-katanya satu persatu namun
penuh dengan maksud yang tersirat. Budak lelaki itu mengangguk-anggukkan
kepalanya dan terus berlalu dari situ laju.
"Damn
it…She just got away again…" bebel Tengku Haikal geram.
"Along!!!!!"
serentak Tengku Danish dan isterinya menegur sikap Tengku Haikal yang dirasakan
mereka kurang sesuai dilakukan didepan kanak-kanak.
"Sorryyy…dah
along nak naik atas..nak mandi. Melekit dah ni" alasannya.
"Nak
mandi ke sebab buah hati dah balik….?" Usik Tengku Danish nakal. Tengku
Haikal buat-buat tak dengar dan berlalu pantas meninggalkan pasangan suami
isteri itu. Tengku Suhana pula memandang suaminya inginkan kepastian.
"Abang
kenal ke si Adura tu?" soal isterinya cuba mengorek rahsia.
"Kenal
gitu je"
"Habis
tu…mana abang tahu itu buah hati dia?"
"Saja
mengusik” balas suaminya sambil tersenyum.
“Intan…Kak
Dura cantik tak?" soal siibu kepada puteri kesayangannya .
"Cantikkkk…macam
puteri…" jawab Tengku Dayana mendahului sepupunya.
"Siapa
lagi cantik…kak Dura ke mummy?" tanya si ibu pada anak gadisnya lagi.
Terkebil-kebil anak kecil itu berfifkir. Sibapa sudah tersenyum. Tahu sangat
hati siibu di pagut rasa cemburu.
"Mummy
cantik…kak Dura pun cantik juga…susahlah mummy nak pilihh…" lirih suara
anak comel itu merungut.
"Tak
kisahlah….yang penting daddy sayang mummy…." Tukas Tengku Danish mematikan
perbualan dua beranak itu sambil memeluk bahu isterinya mesra. Sang isteri
tersenyum lebar sambil membalas pelukkan sang suami.
No comments:
Post a Comment