Milik siapa hatimu?
BAB 3
BAB 3
Teratak
Bonda,banglo tiga tingkat milik keluarga Tengku Haikal di sirami cahaya. Riuh
suara para tetamu dan background music
menambah bosan dihatinya. Dia masih terperap dibilik. Malas untuk turun bercampur
dengan tetamu yang hadir. Terkenangkan sikap rakan-rakan Tengku Maisarah yang
gedik dan dicampur pula anak-anak rakan niaga ayahandanya Tengku Badiozaman
yang sibuk menawarkan diri untuk menjadi calun isteri. Boleh kena migraine
dibuatnya. Fikirannya masih melayang keperistiwa siang tadi. Wajah gadis dan
pemandu teksi yang berani membuahkan senyuman di wajah tampan miliknya.
Ahhh..perasaan seronok dan teruja dia mengejar teksi yang membawa gadis itu
menghilangkan kebosanan dihatinya.Wajah gadis itu mengintainya dari cermin
belakang teksi menyebabkan dia tergelak sendirian. Pucat,takut dan teruja, itu
yang boleh dia gambarkan. Sebaik dia mengenyit mata padanya, gadis itu terus
melorotkan badannya bersembunyi. Ah dia mesti cari gadis itu. Ada perkara yang
perlu di settlekan. Pemandu teksi itu
bukan susah untuk dicari. Dari no pendaftarannya dia boleh dijejaki dengan
mudah. Ini untungnya kalau banyak kenalan, apa kerja pun tidak akan menjadi
susah.Tekan butang saja,pasti rakan-rakannya akan membantu. Esok dia akan
memulakan operasi mencari gadis itu. Diari comel warna biru milik gadis itu
ditenung lagi. Apa isi kandungannya. Hatinya teruja untuk mengetahui isi
kandungan diari tersebut. Namun dia perlu akur kepada sifat amanah yang
dituntut dalam Islam. Dia cuma membaca bioagrafi gadis itu yang sangat simple
dengan tujuan untuk mendapatkan contact number.
Namun tiada. Dia membaca lagi sambil mengamati bait-bait tulisan yang
nampak kemas dan teratur pada mukasurat pertama diari biru itu.
Nama:
Nur Adura Ishak
Umur
: 22 tahun
D.O.B:
25th August 1990
Status
: Single and available
Disini
Tengkul Haikal ketawa gelihati. Emm..so sekarang 2012 means gadis ini telah berumur 24 tahun. Dan adakah dia masih single and available? Soal Tengku Haikal
dalam hati.
Falsafah
hidup : No body is perfect!
Tengku
Haikal ketawa lagi. Apa-apa jer budak ni. Tulis pun macam budak-budak. Comel,
bisik hati kecilnya.
Diari biru itu di tutup semula dan disimpan
didalam laci. Kakinya mengorak langkah kebalkoni. Pandangannya dibuang kearah
tetamu yang berada dibawah canopy
yang terdapat di tepi kolam renang. Masing-masing nampak santai dan gembira.
Pandangannya jatuh pula kepada dua orang anak saudaranya Tengku Dayana dan
Tengku Intan. Masing-masing yang baru berumur 3 tahun terkedek-kedek dikejar
oleh papa dan mama mereka yang sentiasa berada disisi mengawasi mereka.
Mengekek-ngekek suara mereka ketawa keseronokkan. Pasti bila dewasa kelak
mereka berdua akan menjadi teman karib. Tengku Haikal menarik nafas lagi. Bila
agakknya dia sendiri akan dapat merasa keseronokkan untuk mengejar anak sendiri
seperti kedua orang adiknya tadi. Ah..dia mengeluh sendiri.matanya terus
menjalar memerhati para tetamu yang hadir. Kaum lelaki mesti tak habis-habis
mengenai bussiness ataupun golf dan perempuan pula sibuk bercerita suami siapa
lebih hebat.
"Dura..tolong
akak jaga cucu Datin Alia sekejap. Akak nak uruskan kek yang perlu diagihkan
kepada tetamu" suara salah seorang pekerja catering kedengaran dari bawah
balkoni. Tengku Haikal tersentak. Dura.? Adakah nama itu milik gadis yang
sedang bermain dimindanya?
"Oh...ok..jom
Yana,Intan..ikut akak kita makan kek nak?" suara manja itu menyentap hati
Tengku Haikal. Sah itu suara gadis yang dijumpainya petang tadi. Dia masih
ingat lagi lentuk suara itu semasa gadis itu berbicara dengan seseorang yang
dipanggil Kak Yati. Tengku Haikal
mengintai dari balkoni untuk melihat gadis itu . Sah, memang dia. Tengku Haikal
tersenyum sendiri. Takdir, tiada siapa boleh menduga.
"
Yana nak yang ada coklat rice" petah sicomel itu bercakap.
"
Intan nak yang ada strawberry bolehkan Kak Dura?”sopan si Intan pula bersuara.
Adura yang tidak perasan dirinya diperhatikan segera memeluk kedua kanak- kanak
comel didepannya.
"Boleh
sayang...tapi Kak Dura kena ambik kat depan tu. Yana dengan Intan kena tunggu
akak kat sini tau,jangan lari kemana-mana akak pergi ambik kek sekejap"
soal Adura perlahan namun dapat di dengar oleh Tengku Haikal dengan jelas.
Ish.biar betul budak ni...tak kanlah dia berani nak tinggalkan kanak-kanak
sendirian tanpa pengawasan orang dewasa. Hei itu cucu Datin Alia,anak saudara
aku.Kalau terjadi apa-apa nanti niaya jer.
"Ok...tapi
kita takut kak.."suara Yana kedengaran seperti hendak menangis. Ah dia ni
memang cengeng sikit,bisik hati Tengku Haikal. Namun Tengku Haikal masih
menunggu tindakan seterusnya dari gadis
ini.
"Alaa..sayang...tak
kanlah akak nak tinggalkan two beautiful princess here tanpa pengawal.Nanti
kalau kena kidnap habislah semua putera raja dalam negeri ni menangis tak
berhenti,banjir negeri Johor tau..."usik Adura. Mengekek-ngekek kedua
kanak-kanak itu ketawa Tengku Haikal yang turut mendengar perbualan itu menarik
nafas lega lalu tersenyum. Pandai juga budak ni melayan kanak-kanak. Dah boleh
jadi emak budak dah ni. Beruntung siapa yang dapat memperisterikan gadis
ini,bisik hati kecilnya. Tak mau cuba ker cik Haikal oii.." hati kecilnya
menyapa. Senyuman Tengku Haikal makin lebar.
"Emmm...siapakah
yang layak menjadi pengawal tuan puteri berdua yer sementara patik mengambil
manisan buat buat santapan tuanku" keluh Adura separuh mengusik.
"Panggil
Uncle Ekal jer"Tengku Intan pula bersuara perlahan sambil menyikat rambut
anak patung barbie miliknya. Suka betul dia dengan anak patung berambut perang
itu.
"Uncle
Ekal?" soal Adura terkebil-kebil sambil memandang wajah Tengku Intan yang
masih lagi dengan anak patungnya.
"Tu
kat atas" sambungnya sambil menjuihkan mulutnya keatas. Adura yang tidak
sedar dirinya diperhatikan dari tadi segera mendongak dan hampir tersungkur
bila apabila pandangannya jatuh kepada
sesusuk tubuh yang sedang memerhatikan mereka dari balkoni tingkat dua banglow
tersebut.Tengku Dayana yang juga baru sedar kehadiran Tengku Haikal segera
menjerit gembira.
"Uncle
Ekal...Uncle Ekal...jom turun..jom turun..Kak Dura nak makan kek" Adura
keresahan. Wajahnya pucat.Tengku Haikal yang menyedari perubahan airmuka Adura
tergelak.Ha ha ha..penat aje ko lari dari aku dan penat aje aku kejar ko petang
tadi,tak sangka rupanya disini kita bertemu semula. Ah…what a fate.bisiknya didalam hati.
"Tunggu...jap
lagi uncle turun...jangan bergerak kemana-mana. Tunggu dengan Kak Dura"
pesan Tengku Haikal tegas kepada kedua anak saudaranya dan Adura. Pantas Tengku
Haikal meninggalkan kamar tidurnya Senyuman manis terus menghiasi bibirnya.
Malam yang membosankan baginya telah bertukar suasana. Apakah alasan yang akan
diberikan oleh gadis ini untuk melepaskan diri. Tiada teksi, tiada bas untuk
membawanya lari. Di kepalanya mula merancang untuk mengenakan gadis ini.
Langkahnya kini lebih bertenaga.
"
Abang Ekal, what a surprise. Ingatkan
tak mahu turun langsung dari menara
istana." tegur Tengku Maisarah geram. Di hampiri abangnya sambil bercekak
pinggang. Tengku Haikal terpempan sebentar. Dia menoleh kepada adiknya Tengku
Maisarah sambil tersengih. Gadis itu kelihatan cantik dengan gaun labuh
berwarna ungu dan rambut nya yang separas bahu dibiarkan mengurai cantik.
"You look beautiful sis." pujinya
ikhlas sambil tersenyum namun tiada response
dari Tengku Maisarah. Muncungnya panjang merajuk.
"Sorrylah
dik...abang memang tak ada mood tadi. Penat sangat. Lagipun adik kan tahu kalau
abang join sekali, perhatian orang akan lebih tertumpu pada abang bukan pada
birthday girl" usik Tengku Haikal seperti memujuk.
"Ahhh...perasan
lebih aje abang. Memang abang tak sayangkan Sarah" rajuk siadik.Tengku
Haikal segera memeluk bahu adiknya seraya memujuk.
"Sarah
cuba fikir, kawan-kawan perempuan adik semua sibuk nak tackle abang.Kalaulah abang berada disisi adik tadi,pasti mereka
lebih teruja pandang abang dari pandang adik Ingat tak tahun lepas. Siapa yang
bengang? Adik jugak. So tahun ini abang tak mahulah kacau " Tengku Haikal
memberi alasan. Mengingatkan kejadian pada tahun lepas Tengku Maisarah
mencebik. Memang tak dinafikan, kebanyakkan rakan-rakannya hadir lebih banyak
teruja untuk mendekati abangnya daripada meraikan sambutan hari lahirnya.
Akhirnya dia yang makan hati. Hari ini sendiri ramai rakan-rakannya bertanyakan
tentang Tengku Haikal dan dia hanya mengangkat bahu. Tak kuasa dia nak melayan.
Sehingga hari ini tiada seorang
perempuan yang boleh menidakkan diri mereka daripada jatuh hati pada
abangnya yang tampan ini dan dia pula menunggu tika dan saat itu untuk melihat
Tengku Haikal bertemu his other half
. Tengku Maisarah tersenyum sendiri.
"
Adik dah maafkan abang?" soal Tengku Haikal bila dilihat adiknya
tersenyum.
"
Belum lagi"cepat Tengku Maisarah memotong. Senyuman dibibir dimatikan
segera.
"
Apa lagi dik.."
"
Abang belum wish adik lagi and I havent
received any present from you yet my dear brother. Apa ni...mentang-mentang tak join the crowd doesnt means you can escape without giving me a birthday present!" ngomel Tengku Maisarah.
Tengku Haikal segera memaut rapat adiknya dan dicium umbun-umbun adiknya
lembut.
"Selamat
ulang tahun dik. Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki dan
dipermudahkan jodoh. Abang sayang adik" ucap Tengku Haikal penuh perasaan.
Memang dia sangat menyayangi adik bongsunya ini,satu-satunya adik perempuan
yang dia ada. Tengku Maisarah mendongak memandang abangnya. Tersentuh perasaan
hatinya mendengar ucapan ikhlas dari abang sulungnya itu. Airmata yang
bergenang ditubir matanya dikesat lembut oleh Tengku Haikal.
"Eh
birthday girl mana boleh menangis, rosak make up tu" usik Tengku Haikal
nakal.
"Mana
ada nangis" dalih adiknya manja. Tengku Haikal tergelak.
"
Ok lah dik,abang ada temu janji ni...dah lambat ni. Nanti hadiah adik
pilih,abang
belikan"
Tengku Haikal meleraikan pautan manja Tengku Maisarah dari lengannya.
"Haaaa..cewek
mana yang abang nak jumpa ni? Kenalkanlah dengan Sarah..." usik adiknya
manja. Tengku Haikal ketawa.
"Adik
dah kenal pun dengan dia..." Tengku Haikal menyakat. Buntang mata Tengku
Maisarah melihat abangnya.
"
Intan dan Yana..."bisiknya perlahan disambut ketawa kecil dari Tengku
Maisarah.
"Emmm...hampeh.
Dah pergilah.." ditolak abangnya perlahan. Suara ketawa Tengku Haikal
mengundang pandangan dari beberapa tetamu yang hadir disitu. Beberapa wanita
yang turut sama berada disitu sudah mula melemparkan senyuman menggoda kepada
Tengku Haikal namun dia selamba melangkah mencari wajah gadis yang diburunya
dari petang tadi. Kedengaran suara comel dari kedua anak saudaranya bercerita
dengan riang pada seseorang. Degub hati Tengku Haikal semakin laju. Tak
sabarnya ingin menatap wajah comel milik gadis itu.
"Uncle
Ekal...uncle Ekal..kat sini" kedengaran suara manja Yana menyapa. Langkah
kaki Tengku Haikal segera menghala kearah anak saudaranya yang
menunggu.Pandangannya di halakan kearah gadis yang berdiri disisi Yana dan dia
terkejut.
"Selamat
malam Tengku."sapa gadis itu hormat. Wajah Tengku Haikal berkerut. Adakah
dia bermimpi saja sedangkan memang tadi dia ada melihat dengan matanya sendiri
gadis yang bernama Adura bersama dengan anak saudaranya.
"Eh
bukan tadi orang lain ke yang bersama dengan anak saudara saya, kenapa sekarang
orang lain pula?" soal Tengku Haikal kehairanan.
"Orang
lain macamana Tengku.?" soal gadis itu gugup. Takut juga dia jika
tiba-tiba Tengku Haikal mengamuk. Lelaki ni bukan boleh dibuat main, kalau dah
mengamuk bisa telinga mendengar bebelannya.
"Bukan
tadi Adura ker yang jaga my nieces ni...? soal Tengku Haikal tegas. Bengang
juga dia jika berjumpa dengan orang yang mengambil ringan tentang keselamatan
anak-anak kecil dengan melepaskan tanggungjawab kepada orang lain sesuka hati.
"Kak
Dura pergi ambil kek. Itulah Uncle Ekal lambat sangat,Yana dah lapar..Kak Dura
panggillah kawan dia temankan kitakan Intan"ngomel Tengku Dayana petah.
"Err...ya..ya..Adura
pergi ambil kek...kejap lagi dia datang balik.." tergagap-gagap gadis itu
mengiakan kata-kata Tengku Dayana. Seram sejuk dibuatnya bila melihat kening
lebat Tengku Haikal bertaut. Wajah Tengku Haikal kembali jernih. Bimbang juga
dia jika apa yang dinampak tadi hanyalah khayalan sahaja. Macam orang angau
pula aku ni, bisik hati kecil Tengku Haikal. Senyuman nakal kembali menghiasi
bibir lelaki lelaki itu.
"Emm..kalau
gitu tak apalah. Biar saya tunggu budak-budak ni dulu. Awak boleh balik buat
kerja awak semula. Terima kasih" selamba Tengku Haikal seperti menghalau.
"Eh
tak apa Tengku...saya boleh tunggu sini sampai Adura sampai. Nanti marah pulak
dia" gadis itu membantah. Inilah peluang dia nak berkenalan dengan lebih
rapat lagi tentang Tengku Haikal. Bukan senang nak jumpa lelaki paling handsome
dan seksi di wilayah selatan ni.
"Nama
saya Shiela..sepupu Adura merangkap adik kepada Kak Yati owner Serambi
Catering."dia memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan. Tengku
Haikal hanya mengangguk tanpa menyambut tangan yang dihulur. Merah padam muka
Sheila menahan malu. Namun dia masih tidak berganjak dari situ .
"
Kenapa Uncle Ekal lambat..Kak Dura macam nak nangis tadi. Nasib baik ada Kak
Sheila...kan Intan" ngomel Tengku Dayana lagi. Kening Tengku Haikal
terjongkit
"Kenapa
Kak Dura nak nangis?"soal Tengku Haikal sambil melabuhkan punggungnya dibangku
bersebelahan anak saudaranya. Dia mula nak mengorek cerita. Walaupun anak
saudaranya baru berumur empat tahun , tapi mereka petah bertutur.
"Muka
Kak Dura sama macam muka mama bila papa marah mama tak mau makan
ubat"cerita si Intan selamba sambil menyikat rambut anak patungnya. Tengku
Haikal tersenyum. Adik iparnya Suhana ,memang takut ubat. Jenuh si Danish
memujuk baru nak makan,itupun bila Danish sudah mula meninggikan suara.
"Lamanya
Kak Dura, Ambil kek ke buat kek" gerutu Tengku Haikal. Shiela yang dari
tadi mendengar perbualan antara Tengku Haikal dan anak saudaranya mula merasa
gelisah.
"Err..Tengku..tak
apa ke kalau Tengku tunggu sini dulu. Saya pergi susul Adura sekejap."
terketar-ketar Shiela meminta izin. Lagi lama dia disini, lagi lama lah dia
terpaksa mendengar bebelan Tengku Haikal. Niat mulanya nak mengayat, tapi bila
dilihat wajah handsome lelaki didepannya sudah kelat,baik dia segera beredar.
Pantas kakinya melangkah meninggalkan Tengku Haikal sebaik dia melihat
anggukkan lelaki idaman semelaya itu.
"Dura..ko
buat apa? Mana kek yang ko kata nak ambik?" soal Sheila sebaik ternampak
kelibat Adura yang sedang menyusun cawan dan piring bersih.
"Aku
tak sempatlah…ko pergilah ambil dan hantar kat budak-budak tu…aku banyak kerja
ni…" Adura pula mengarah. Ceh wah…macam catering ni milik dia pula.
Padahal dia pun makan gaji jer. Sheila lebih berhak untuk mengarah bukan dia.
"Ko
jangan ngada-ngada…itu Tengku Haikal dah naik angin membebelkan ko lambat.
Kejap lagi kalau ko tak antar pasti
dia datang kemari dan komplen dengan Kakak aku. Ko nak ker?"ngomel Sheila
pula.
"Ko
hantar tak boleh ker…kan sama ajer…"tukas Adura lagi. Bukan sibuk sangat
sebenarnya,cuma tak mahu bertembung dengan Tengku Haikal. Haru.
"Hah…kan aku dah kata pasti
dia akan datang kemari cari kita…" bisik Sheila perlahan. Adura yang
sedang mengelap cawan terus berhenti. Matanya melirik kearah Tengku Haikal yang
sedang berjalan menuju kearah mereka. Dia menjadi tidak tentu hala. Segera
dicampak kain pengelap kepada sepupunya dan mencapai dua piring kek yang
telah tersedia.
"Ok…aku
hantar kek ni pada tuan puteri dulu…ko ambil alih kerja aku kat
sini"pantas ajer dia mengarah dan meninggalkan Sheila termanggu-manggu .
Adura menggunakan jalan lain agar tidak bertembung dengan Tengku Haikal dan
perkara ini disedari oleh empunya diri apabila dia berhenti dan memerhatikan
gelagat Adura sambil tersenyum.
"Ahhh…cuba nak lari
yerrr….lets see, you do like play cat and
mouse don't you Adura…Ok, I will be
the cat and you will be my little white mouse,nyamm,nyamm,nyamm" bisik hati kecil nya sambil tersenyum.
Langkahnya terus ke meja buffet yang dihias cantik. Diambilnya sepiring kek dan
tiga gelas jus oren apabila dia perasan Adura tidak membawa air minuman untuk
anak saudaranya.Pasti tercekik budak-budak tu lepas makan kek. Semuanya
diletakkan diatas dulang dan ditatang dengan penuh gaya .
Beberapa
orang tetamu yang hadir terkejut melihat kelakuan Tengku Haikal lalu mengundang
beberapa usikan nakal .Ada juga gadis-gadis yang volunteer untuk menolong tetapi di tolak dengan baik oleh Tengku Haikal.
"Err…Tengku..biar
kami tolong bawakan. Itukan kerja kami"Kak Yati sebagai pengurus Serambi
Catering menegur bila dilihat Tengku Haikal mengangkat sendiri hidangan. Dia yang ke dapur sebentar tadi merasa kurang selesa dengan tindak tanduk anak muda yang cukup merendah diri ini.
"Tak
apalah Kak..saya boleh buat sendiri.Akak pun sibuk." Tengku Haikal menolak
lembut.
"Tak
manislah Tengku ,tuan rumah kena buat sendiri,nampak sangat pekerja akak tak
buat kerja dengan baik." Kak Yati seperti merajuk.Perasaannya tidak
tenteram . Tengku Haikal tersenyum.
"Tak
apa kak…nanti kalau sesiapa duk mengata, let
me know malah saya sendiri akan recommended akak pada majlis-majlis akan
datang" balas Tengku Haikal tegas sambil berlalu meniggalkan Kak Yati dan
Sheila terpinga-pinga.
"Apa
kes tu Sheila?" Kak Yati bertanya kepada adiknya. Sheila hanya mengangkat
bahu sambil memerhatikan gelagat Tengku Haikal. Apakah hubungan Adura dengan
lelaki ini? Perasaan cemburu mula meresap dihatinya.
No comments:
Post a Comment