Milik siapa hatimu?
BAB 2
BAB 2
Tengku
Muhamad Daniel Haikal memecut laju kereta BMW5 seriesnya menuju ke Sri Pulai.
Dia perlu cepat bimbang gadis yang menyimpan handphonenya melarikan diri.
Handphone yang penuh dengan contact numbers client penting syarikat dan juga
beberapa personal information yang sangat confidential. Walaupun ada password
tersendiri dia tak harap sangat. Ada
saja malaun yang pandai nak godam lagi-lagi jika ia jatuh kepada tangan
pesaingnya. Ah salah dia juga,cuai.Macamana handphone merangkap organizernya
boleh jatuh disitu pun dia kurang pasti. Mungkin semasa dia memeriksa tayar
kereta yang sedikit flat semasa dia
menghantar ibunya ke Pulai Spring Resort pagi tadi.
Nasib
baik gadis yang bernama Dura, menjawab panggilan talipon yang hampir setiap
selang sepuluh minit dia lakukan. Emm..Dura..suara gadis itu cukup lunak dan
manja bila bercakap dengan wanita yang dipanggil kak Yati tadi. Hatinya sedikit
bergetar bila mendengar suara gadis itu tapi bila bercakap dengannya kelembutan
itu hilang,asyik nak mengugut dan memaksa saja.Isshh…perempuan,kalau nak
sesuatu mesti lembut gigi dari lidah.
Haikal
terus menekan pedal. Dia perlu cepat. Malam ini ada keramaian yang perlu
dihadiri. Majlis hari lahir adiknya Tengku Maisarah pasti disambut
besar-besaran,maklumlah anak perempuan tunggal bagi keluarga Tengku Badiozaman
dan Sharifah Alia . Sudah pasti ramai tetamu terhormat yang merupakan
rakanniaga keluarga mereka turut hadir dalam jamuan kali ini.
Tengku
Haikal menarik nafas bosan. Bosan untuk menghadiri majlis seperti ini yang
baginya hanya membazirkan waktu dan ruang rehatnya. Sudah pasti majlis ini akan
berlarutan sehingga dua tiga pagi dan sudah pasti mamanya akan cuba
memperkenalkan dia dengan beberapa perempuan yang akan dijadikan calon isteri.
Arrrgh..susahnya hidup sebagai waris empayar hartanah yang cukup terkenal di
wilayah selatan ini . Namun dia bersyukur kerana mama sangat penyayang dan
sentiasa bersifat terbuka. Tidak pernah memaksa tetapi sangat bijak menggunakan
bahasa. Itu memang diakui oleh setiap ahli keluarganya . Tengku Haikal
tersenyum sendiri. Adik-adik lelakinya yang lain sikembar Danish dan Danial
sudah pun berumahtangga dengan pasangan masing-masing dan mempunyai cahaya
mata. Dua orang puteri pelengkap hidup kedua nenda menjadikan keluarga Tengku
Haikal lebih besar dan meriah sekali. Kini giliran Tengku Haikal pula perlu
mencari pasangan hidupnya. Umur hampir menjangkau tigapuluh tahun tapi masih
lagi solo menjadikan dia lelaki paling dikehendaki oleh para ibu yang mempunyai
anak gadis untuk dijodohkan. Nasib engkaulah Haikal.
*********************************************
Adura
masih termenung di bangku perhentian bas yang didatangi tadi. Hatinya panas
bila melihat bas yang ditunggu telah sampai sedangkan pemanggil talipon tadi
masih belum kelihatan. Sudah tiga puluh minit masa berlalu. Dia cuma ada satu
jam setengah lagi sebelum majlis bermula. Bibirnya terkumat kamit membebel.
Wajahnya merah memendam api kemarahan. Dia bangun dan duduk beberpa kali.
Sebuah teksi yang baru berlalu menambahkan lagi kemarahannya. Sesal dan
bebal,itulah perasaannya sekarang ini. Namun disebabkan janji dan amanah orang,
terpaksalah dia menjadi penunggu di perhentian bas itu.
Sebuah
kereta mewah tiba-tiba berhenti dibahu
jalan. Adura mengerling sepintas lalu. Dia masih lagi mundar mandir kedepan dan
kebelakang seperti cacing kepanasan. Memang panas pun. Jadi pak sanggup
memegang amanah orang yang akhirnya memakan dirinya sendiri.
"
Excuse me.." tegur satu suara dibelakangnya.
"Ooh
mak kau!!" Adura melatah terkejut.
Wajahnya pucat seketika dan nafasnya bagai terhenti. Dia menoleh mencari
empunya suara. Dihadapannya seorang jejaka yang cukup tampan dan bergaya sedang
memandangnya. Berkulit cerah, hidung yang mancung dengan bibir yang merah dan
seksi. Orang mana ni, Iran
ker..Belanda ker..mungkin Pakistan ?
Memang kawasan Sri Pulai ramai dengan warga asing yang menjadi student di UTM
ni handsome-handsome belaka. Adura membalas renungan pemuda didepannya dengan
menjungkitkan kening sebelahnya dan pemuda itu bagai terpana melihat wajah
comel dengan sepasang mata yang bundar milik Adura. Namun apabila dilihat
kening terjungkit ala-ala Ziana Zain dia
menelan air liur. Mesti garang perempuan ini, bisiknya dalam hati.
"Awak
Cik Dura ker?" soalnya keras untuk menutupi perasaan malu bila dia agak
kurang sopan merenung gadis itu lama.
"Ia
saya. Kenapa?' Adura sengaja ingin mempermainkan mamat didepanya.Dia tahu mesti
lelaki ini adalah pemilik handphone itu. Dengan gaya dan penampilan yang nampak kelas gitu,
pastilah talipon yang digunakan itu juga bergaya seperti tuannya.Lelaki itu
tersenyum. Senyuman manis yang boleh mencairkan mana-mana wanita yang nipis
imannya. Adura mula mengelabah. Matanya membalas renungan pemuda didepannya
dengan berani walhal hatinya berkocak gelisah namun dia tidak mahu mengalah.
"Saya
rasa awak ada menyimpan barang milik saya?" soal lelaki itu lagi,masih
lagi dengan senyuman menggodanya. Matanya yangbening itu tajam merenung wajah
gadis didepannya yang kini sudah berona merah menahan malu. Ahh..seronok sekali
dia melihat masih ada lagi gadis yang mempunyai sifat pemalu semula jadi.
"
Barang apa?” soal Adura pura-pura tidak mengerti. Dilarikan pandangan matanya
dari lelaki itu dan berpura-pura memerhatikan kenderaan yang lalu lalang.
Lelaki itu menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia masih lagi tersenyum. Ingin juga
dilihat sejauh mana gadis didepannya cuba berlakon. Adura yang perasan
lelaki itu masih merenung kearahnya mula merasa cuak,.namun dikuatkan semangat.
Perasaan marah masih ada lagi kerana dia ketinggalan bas dan teksi. Ingin
memarahi lelaki ini terang-terangan rasa macam tak berbaloi pulak.
‘Eii…mana pulak
mamat sengal ni…cakap dua puluh minit,
ni dah lebih setengah jam tak sampai-sampai. Tau tengok jam ketidak ni?!'
bentak Adura geram dengan niat
menyindir. Tengku Haikal yang dari tadi tersenyum tersentak. Memang tadi dia
minta gadis ini beri dia masa dua puluh minit, tapi siapa sangka jalan menjadi
sesak di sebabkan kereta rosak ditengah
jalan memaksa dia mengambil lebih dari tiga puluh minit untuk sampai.
"Dia
ingat dia sorang jer sibuk orang lain tidak ke?. Eiii..belajarlah menepati masa
sengal oiii." kutuk Adura terang-terang. Muka Tengku Haikal berubah kelat.
Merah menahan marah. Suka hati dia ajer nak panggil aku sengal. Tapi dia kena
sabar. Handphone miliknya masih didalam simpanan gadis ni. Dia tak mahu menjadi
satu pertengkaran pula. Bukan susah nak dapatkan balik, cuma dia masih berasa
terhutang budi kerana gadis ini sedia menjaga handphone nya dari terlepas
ketangan orang lain.
"Cik
Dura ni tunggu siapa lagi?" soal Tengku Haikal sambil menarik nafas
mengawal perasaan bengangnya bila dia lihat gadis itu seperti tidak
memperdulikannya.
"Saya tengah tunggu oranglah…takkan tunggu hujan
pulak…'saja Adura menyindir lagi. Tengku Haikal tersenyum. Memang nak kena
minah sorang ni.
"Ooohh..saya
ingatkan tunggu bas tadi."'perli Tengku Haikal pula. Bulat mata Adura
membalas renungan Tengku Haikal.
"Ialah..sini
kan
perhentian bas,dah tentu sesiapa yang singgah disini pasti sedang menunggu
bas"usik Tengku Haikal nakal.Wajah gadis itu merona merah kembali. Matanya
bersinar menahan malu dan marah. Oh pandai mengutuk yer. Tengku Haikal makin
terpegun dengan gadis didepannya. Comel, bisik hati kecil Tengku Haikal dan
naluri lelakinya bergetar bila melihat Adura mengetap bibir. Bibir yang munggil
dengan sapuan lip gloss berwarna light pink.
"Emm..tau
tak apa. Kerana mamat sengal nilah saya terlepas bas. Janji macam nak
rak.." Adura sengaja menyindir sambil mengutuk terang-terangan. Sengaja
hendak memabals dendam ditinggal bas.
"Yes..yes..I know I'm late.Sorrylah jalan
jammed tadi,nak buat macamana.Kalau
Cik Dura asyik membebel jer, nanti ada lagi bas yang terlepas.Sekarang mana
handphone saya?' keras suara Tengku Haikal mematikan bebelan Adura. Bengang dia
asyik dipanggil sengal. Kata orang kalau 44 kali dipanggil dengan nama yang
sama, nanti betul-betul jadi sengal. Hish…dijauhi Allah hendaknya.
"Oo..handphone
tu awak punya ker?" soal Adura pura-pura terkejut.
"Ialah…mamat yang awak panggil sengal tu sayalah…"Tengku
Haikal mengomel bengang. Adura tersenyum. Wajahnya yang masam bertukar ceria
kerana gelihati. Meledak tawa dari bibir mungilnya tanpa disangka. Jujur juga
mamat handsome depan aku ni bisik hati kecil Adura. Tengku Haikal yang pada
mulanya seperti jauh hati terpegun bila mendengar ketawa keanak-anakan gadis didepannya. Ya Allah, dia asyik
terpegun dari tadi dengan keindahan ciptaan Allah didepannya. Comelnya.Getaran
dihatinya bertambah galak. Matanya tanpa berkelip merenungi bibir mungil milik Adura yang cuba
dilindungi dengan tapak tanganya ketika menahan gelak.
"Apa bukti
handphone ini milik encik?" soal Adura bila dia mula tidak menyenangi
renungan tajam dari mata milik pemuda didepannya. Nak kena cucuk ke mata tu cik
abang oiii. Tapi sayanglah mata yang cantik itu jika diapa-apakan. Warna hazel
dari sepasang mata yang redup milik pemuda didepannya ditenung balas. Tak
kanlah dia boleh sesuka hati menyerahkan handphone ini kepada sesiapa saja yang
mengakuinya. Tengku Haikal menarik nafas menahan geram. Perempuan depan aku ni
waras ke tidak,soalnya dalam hati.
"Bukan ker
tadi saya yang panggil nama awak “ Cik Dura,.." soalnya sambil mengerutkan
keningnya. Adura tersenyum. Matanya mengerling kearah beg galas yang terlukis
namanya ‘DURA’. Lelaki itu turut sama melihat beg galas yang terdapat di atas
bangku diperhentian bas itu. Lelaki itu mengeluh lagi. Ada aje idea gadis ini nak bertingkah
dengannya.
"So?"
potong Adura cepat. Tengku Haikal memicit kepalanya bingung. Dah kenapa pulak
dengan minah cute didepannya ni. Kata sibuk ,tapi masih nak main tarik tali
dengannya pulak. Dia segera mengeluarkan talipon dan mula mendail talipon yang ada pada gadis
itu. Bunyi deringan talipon mengejutkan Adura yang sedang ralit memandang
Tengku Haikal.
"Assalamualaikum" dia
menjawab panggilan talipon.
"Cik Dura
bila nak pulangkan handphone saya?" suara pemanggil yang seperti orang
menyindir itu terasa dekat sangat menyebabkan Adura terpinga-pinga. Dia mencari
pemanggil itu dan telahannya tepat.
"Nak
pulangkan lah ni…err…lain kali jawab salam dulu yer…" Adura tidak mahu
mengalah. Dia tersipu-sipu menahan malu. Dia memang dah agak pemuda ini pemilik
sebenar handphone itu namun dia tetap berharap panggilan itu menidakkannya.
Senang sikit dia nak mengutuk .
Segera dia
matikan talian dan ingin menyerahkan
pada tuan empunya talipon. Pada masa yang sama sebuah teksi berhenti menurunkan
penumpang.Adura segera menahan teksi tersebut . Tengku Haikal merasa cuak .
Pada fikirannya Adura cuba
melarikan diri bersama handphonenya.
"Cik Dura, awak
jangan nak lari. Pulangkan dulu handphone saya itu." jerit Tengku Haikal
pantas. Adura yang baru memberitahu pemandu teksi itu destinasinya terpempan
sebentar. Mabuk apa, dia ingat aku nak sangat ker handphone tu. Nak guna pun
tak reti,buat apa nak simpan. Tak berbaloi.Dosa lagi adalah.Ngomel Adura
didalam hati.Mukanya masam mencuka. Kedua pipinya merona merah menahan malu kerana dituduh begitu.
"Oklah
awak…nah ambil talipon ni balik. Ia tak
berguna pada saya pun. Bukannya saya tahu pakai pun." Segera dia
letakkannya diatas bangku di perhentian bas itu dan terus mencapai beg galasnya
lalu menaiki teksi yang sedang menunggu.
"
Cik Dura, nanti dulu..ni.." panggilan tengku haikal tidak dilayan. Teksi
yang membawa Adura meninggalkan Tengku Haikal yang terpinga-pinga. Dia segera
mencapai handphone yang ditinggalkan bersama buku biru yang mungkin milik gadis
itu dan berlalu kekeretanya dengan tujuan untuk mengekori teksi tadi.
"Dik..tanya
sikit boleh?' soal pemandu teksi yang membawa Adura apabila teksi bergerak 10km
dari perhentian bas tadi.
"Kenapa
bang?"
"Adik
gaduh dengan boyfriend adik ker?" soal pemandu teksi itu lagi..
"Hah?"Adura
terchengang. Pemandu teksi itu ketawa.
"Kalau tidak kenapa
kereta BMW tadi asyik mengekori kita dari tadi?' kata pemandu teksi itu sambil
menunjukkan cermin pandang belakangnya pada Adura. Dia menoleh kebelakang.
Ditelannya air liur gugup.
"Mana
abang tau itu kereta yang sama?" cuak pula perasaan Adura.
"Kereta
idaman abang tu dek oiii…mestilah tau.Sekali pandang terus melekat kat kepala.
Lagi pun abang ingat no plate kereta tu. Orang kaya jer yang pakai no
begitu" terang abang teksi tu panjang lebar sambil tersengih. Namun dihatinya
dia memang tahu siapa pemiliknya namun dia mendiamkan diri dan sengaja mengusik
gadis didalam teksinya itu. Alamak.Apa lagi mamat ni nak.Adura mula rasa tak
senang duduk.
"Bukan
boyfriend sayalah bang. Saya cuma pegangkan talipon dia yang saya jumpa di
perhentian bas tu saja" tungkas Adura cepat.
"Ooohh…tapi
pelik juga kan
kenapa dia panggil adik tadi. Nak berkenalan kut…"usik abang teksi tu
lagi. Ialah budak lawa, rugi kalau tak di keneng.lagi-lagilah dengan lelaki
tampan dan kaya seperti pemandu BMW tadi, temanita bertukar ganti seperti orang
menukar baju.
"Isshh…tak
kuasa sayalah bang.Mamat sengal tu ada ajer nak complained. Dah untung saya tolong jagakan handphone dia, kalau
saya biarkan saja,memang dah lama hilang."rungut Adura bengang.Abang teksi
ketawa lagi. Gelihatinya bila dia dengar Adura memanggil Tengku Haikal, the most eligible bachelor in town
dengan nama mamat sengal. Mungkin dia tidak mengenali siapa lelaki yang
dijumpai tadi kut bisik hati abang teksi lagi.
"Bang
laju sikit boleh. Kalau boleh lari dari kereta tu." Pinta Adura cemas bila
di lihat kereta BMW dibelakang masih lagi rapat mengekori. Abang teksi ketawa
kecil Dah macam dalam drama tv pulak.
"
Boleh ker ni…teksi abang saga biasa jer dek…dia BMW. Senang jer dia nak kejar
kalau nak."
"Alaa
bang. Orang teksi kan
terrer-terer belaka expecially bak cilok mencilok ni.Bila
lagi nak show off " Adura membodek. Abang
teksi ketawa lagi.
"Awak
ni…kalau nak sesuatu pandai bodek ek…ok abang cuba.Pakai talipinggang dan
pegang seat tu kuat-kuat."abang
teksi itu mengusik lagi dan adengan melepaskan diri pun bermula. Teksi bergerak
pantas.Kekiri kekanan abang teksi mencilok.Jantung Adura bagai nak tercabut.
Menyesal pulak dia menyuruh abang teksi itu melakukan adengan cilok mencilok ni.
Kepala pun dah rasa senoning macam
nak pitam
"Wah
boleh tahan Pak We awak tu.Biasa drift ker?" usik abang teksi lagi. Adura
menoleh kebelakang. Kereta Tengku Haikal agak rapat juga dan dia boleh nampak
senyum sinis dari bibir seksi lelaki itu
dan tiba-tiba dia perasan lelaki itu mengeyitkan matanya pada Adura. Adura
mengelabah. Segera dia palingkan mukanya dan melorotkan badanya kebawah.
"Dia
bukan Pak We sayalah bang.dan dia makin dekatlah bang…macamana ni…takut
saya.." ngongoi Adura bimbang.
Abang teksi itu tersenyum gelihati melihat penumpangnya yang comel itu cuba
menyembunyikan diri. Kalau dia masih bujang mau juga dia tackle gadis ini. Tapi dikenangkan isteri dan anaknya dirumah dan
tujuan dia hanya untuk mencari rezeki, dia perlu bersifat gentleman. Anggap aje gadis ini seperti adik dia.
"Jangan
risau dik…abang akan cuba
trick yang lain pula" abang
teksi itu memujuk. Kali ini dia mula masuk kelorong paling kanan dan dia nampak
lorong yang perlu diambil untuk kedestinasi gadis ini dan memerlukan dia untuk
kelorong paling kiri semula. Ada
bas dan lori diantara nya. Dengan mengucap bismillah, abang teksi itu masuk
semula ke lorong kiri dengan menyelit diantara lori dan bas seterusnya kejalan
yang di perlukan. Walau rapat macamana pun BMW itu, dia tetap tidak dapat masuk
mencelah. Kalau dipaksa , pasti akan dibaham oleh lori dan bas yang berada
dilaluan itu. Itu pun kuat juga hon lori yang dibunyikan oleh pemandunya. Adura
mengurut dada dan abang teksi tersengih panjang. BMW terlajak kedepan. Hilang
dalam adengan kejar mengejar.
"Phuiiiiih…Bang…BMW
dah hilang…wahhhh..kan
saya dah kata abang teksi memang terrreerrrr dalam bab cilok mencilok
ni.." Adura memuji dalam nafas yang tercungap-cungap kerana ketakutan
disamping mengucap kesyukuran diatas keselamatan mereka.
"He
he he…tengok kakilah…" abang teksi ketawa. Adura tersengih.
"Tapi
bang…jangan buat lagi yer….kesian anak isteri kat rumah jika apa-apa berlaku
pada abang. Dura minta maaf yer jika menyusahkan abang." Adura meminta
maaf. Mukanya masih nampak pucat dengan
adengan tadi tapi di kuntumkan juga sebuah senyuman tanda terima kasih.
"Takut?"
abang teksi masih tersenyum. “Terima kasih kerana nasihat…tapi sekala sekali
seronok juga …dah lama tak buat kerja cam ni. Eh mana awak tahu saya dah
kahwin?"soal abang teksi pulak.
"Tuuuu…"
panjang muncung Adura menjuih ka gambar seorang wanita bersama anak kecil yang
terpapar pada dashboard teksi tersebut. Cantik sungguh isteri abang teksi ni
begitu juga dengan wajah anaknya yang comel. Sesuai sangat dengan abang teksi
yang handsome ni bisik hati Adura. Abang teksi tersenyum memandang gambar keluarganya.Dari wajahnya Adura dapat melihat
betapa kuat perasaan kasih dan sayang abang teksi itu pada isteri dan anaknya.
"Mereka
inilah kekuatan dan nyawa abang" perlahan abang teksi itu bersuara seperti
menyimpan satu cerita yang sedih sehingga sinar ceria yang terdapat di matanya
tadi hilang begitu saja. Perjalanan menjadi sepi sehingga ke destinasinya.
Alamat
yang diberi oleh Kak Yati kepada Adura membawanya ke sebuah rumah banglow 3
tingkat yang tersergam indah. Adura terkedu. Abang teksi pula mengelisah.
"Adik
duduk sini ke?"soal abang teksi tiba-tiba. Adura yang asyik memerhatikan
pintu panggar rumah itu tersentak.
"Eh
tak lah bang…saya tolong kakak sepupu
yang buat catering kat sini. Besarnya rumah..mana nak cari ni?' keluh
Adura kuat.Matanya bulat memandang kearah rumah itu.
"Masuk
jer kedalam,Kalau nak kedapur dari pintu depan ni awak beluk kiri,.."
kata-kata itu mati disitu bila dia terperasan Adura memandangnya dengan pelik.
Abang teksi itu tersengih.
"Agak-agak
jer, pernah hantar pembantu rumah ni beli barang dapur" abang teksi cuba berdalih.
Adura mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Berapa
tambang teksinya bang?" soal Adura pula. Nak harap kakYati tolong
bayar,kelibat pun tak nampak.Nanti dia claim ajer dari Kak Yati. Setelah
mambayar tambang Adura segera mencapai beg galas nya dan turun dari teksi.
"Terima
kasih bang kerana bantu saya dan sampaikan salam pada isteri abang" ucap
Adura ramah. Kad nama abang teksi diambil, senang jika memerlukan perkhidmatan
jika dalam keadaan terdesak.
"Dan awak dik, semoga berjaya."
balasnya sambil tersenyum.Adura merasa pelik. Berjaya apa? Oh mungkin pasal
cari dapur tu ker. Eh lantak kaulah. Adura bergegas menuju masuk ke dalam pagar
banglo mewah itu. Matanya melilau mencari Kak Yati dan dia menuruti pesan abang
teksi, masuk dan belok kiri…
No comments:
Post a Comment