Milik siapa hatimu?
Bab 1
Bab 1
Langkah
kaki gadis itu laju menuju ke perhentian bas. Dia dah terlambat. Mesti Kak Yati
dan Mak Yah mengamuk. Hari ini rumah Datin Alia akan mengadakan majlis hari
jadi anak gadis mereka. Tentu sibuk nak menguruskan banyak perkara. Dia dah
janji untuk membantu Kak Yati pada hari ini kerana mereka kekurangan kakitangan
.Salah seorang pekerja pula terpaksa mengambil cuti kecemasan. Dalam keadaan
kepala berserabut dengan kelewatannya, tiba-tiba dia terdengar bunyi deringan
talipon. Gadis itu merasa pelik. Deringan talipon dia tidaklah berbunyi seperti
ini.Bila pulak dia ada menukar ring tone hanphonenya. Gadis itu segera
menyelongkar beg galas yang dibawa untuk mendapatkan handphone miliknya namun
apabila dia memeriksa tiada pulak ada apa-apa panggilan. Perasaannya mula cuak.
Deringan talipon itu berbunyi sekali lagi. Berderau jantungnya. Matanya liar
mencari dari mana punca bunyi deringan itu sehinggalah dia nampak kelipan
cahaya dihujung perhentian bas itu.
Segera didekati cahaya itu dan barulah kelihatan handphone canggih yang agak
tersorok didalam gumpalan rumput .Ish..buat seram aku ajerlah. Dahlah duduk
sorang-sorang disini. Segera dicapai handphone tadi.namun hampir mencapaknya
semula kerana terkejut apabila talipon itu berdering lagi. Dipandang skrin talipon
itu. Ditenung lama handphone ditangan. Nampak macam canggih, tau tak aku nak
gunakan, bisik hati kecil gadis itu. Nak tekan apa ek bila nak jawab talipon
canggih ni? Dia tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Ditekan-tekan butang
hijau di skrin talipon itu,namun tiada tindak balas .Ish, macamana nak guna
talipon ni.Dia mula meleretkan jarinya diatas
skrin handphone tanpa sengaja dan bunyi deringan itu berhenti. Amboi
canggihnya talipon ni…main belay-belai pulak baru nak on, atau aku yang dah
ketinggalan zaman? Gelihati Adura mengingatkan dirinya yang masih memakai
talipon nokia zaman persekolahannya lagi. Antik woi…hadiah arwah ayah yang
terakhir. Kata orang “sensitive value” dia terlalu besar. Boleh tangkap leleh
bila mengenangkannya.
"Hello,
hello..tolong jawablah talipon ni…" dengus suara yang keluar dari corong
talipon canggih itu. Adura terkejut. Hilang terbang kemana kenangan “sensitive
valuenya” tadi Nasib baik tidak terlepas handphone itu dari tangannya. Kalau
tidak mau berderai di atas simen tempat dia berdiri.
"Assalamualaikum.."
tergagap-gagap dia memberi salam pada
pemanggilnya.
"ha…ada
orang pun…kenapa lambat jawab talipon ni…ada hati nak curi yer?" jerkah
pemanggil tu. Gadis itu merenung semula handphone di tangannya. Nak mampos ke
orang ni suka-suka tuduh orang curi talipon dia,bisiknya dalam hati,geram.
"hello..hello…'
pemanggil talipon itu menjerit lagi.
"Encik..kalau
saya nak curi saya tak jawab talipon nilah…berdosa tau kalau menuduh orang
tanpa bukti.Dah tu orang beri salam pun tak reti nak jawab…" Marah gadis
itu selamba..
"Waalaikumusalam.."
jawab lelaki itu bengang. "Habis tu kenapa baru sekarang nak jawab talipon
dan tak reti-reti nak call pulangkan talipon ni balik." sambung pemanggil
itu bengis. Gadis itu menggeleng-geleng kepalanya geram. Bodoh betullah tuan
punya handphone ni, aku nak call camana…phone ini pun aku baru jumpa
kutuk gadis itu lagi didalam hati.
"Encik..saya
ni baru jer jumpa handphone encik . Rasanya ini perhentian baslah encik…tak adalah
pulak tulis Lost and Found Counter disini untuk saya buat pengumuman..so maaflah
encik kalau saya tak dapat nak buat
panggilan…' nah, sebijik aku bagi,kalau tak faham juga,memang tak reti
bahasalah mamat ni,gerutu gadis comel itu didalam hati. Berkerut-kerut wajahnya
menahan geram.
"Berani
awak perli saya, dah tu macamana awak boleh jumpa handphone saya?'soal
pemanggil itu bengang. Bengang kena kutuk dari seorang perempuan pulak tu.
Terdengar suara gadis itu mengeluh.
‘Tentulah
bila dia berdering…encik ingat kerja saya mengutip barang-barang tepi jalan
ker? Dengar bunyi talipon berdering itu pun dah buat saya cuak inikan pulak
sibuk nak mengutip barang tepi jalan…eeiii tak kuasa sayalah
encik.."ngomel gadis itu. Terdengar bunyi ketawa dihujung talian.
"Maaflah..er
awak dimana ni? Boleh awak hantar talipon saya ke pejabat saya sekarang ni
tak?" suara lelaki di talian itu telah kembali kendur tidak lagi tegang
seperti mulanya. Lembut dan menggoda.
"Saya
di perhentian bas depan Pulai Perdana. Maaflah encik…saya tak dapat nak tolong.
Saya ada kerja nak buat. Kalau cik nak juga,esok saja saya hantar..beri
alamatnya nanti saya hantarkan.' Tiba-tiba bunyi deringan lagu boulevard dari
talipon milik gadis itu berbunyi.
"Tak
boleh…"pantas lelaki itu menjawab,namun tidak dihiraukan oleh gadis itu.
"Maaf
encik tunggu sebentar yer..saya nak jawab panggilan talipon saya pulak…"gadis itu mula mencapai handphone miliknya yang asyik berdering.
"Eh..nanti
dulu.." pemanggil itu cuba
menghalang tapi dia menarik nafas lega kerana panggilannya tidak dimatikan
malah dia dapat mendengar perbualan antara perempuan yang menyimpan taliponnya
dengan pemanggil ditalian talipon yang lain.
"Assalamualaikum…maaflah
kak Yati..bas lambat…Dura dah tunggu lama ni.Bas tak ada lagi." Keluh
gadis yang bernama Dura. Manja suara itu.
"Ko
naik teksi jer lah Dura.Tinggal dua jam lagi jamuan dah nak mula.Akak tak cukup
orang ni.banyak lagi kerja nak dibuat ni" keluh Kak Yati pula.
"Ialah
nanti Dura naik teksi,akak cover tambangnya ok?' pujuk gadis itu manja. Kak
yati mengeluh.dia memang kalah kalau si Dura gunakan tone suara seperti itu.
"Ialah,nanti
Akak ganti balik…dah cepat datang sini." bebelnya lagi.
"Ialah
kak..assalamualaikum" gadis tu tersengih dan mematikan talian.
"Hello…hello…"
kedengaran pula suara dari pemanggil pertama. Gadis yang bernama Dura itu
mengeluh. Pening kepala bila mengendalikan dua panggilan serentak. Bagaimana
agaknya bagi mereka yang bekerja sebagai telefonis ni yer atau mereka yang
mempunyai dua atau lebih talipon. Tak tersilap ker apabila membuat atau
menerima panggilan bisik hati kecilnya.
"Ia
encik..tolong beri alamat encik..nanti saya hantar esok…saya nak
cepat.ni.."bising Dura lagi.Hilang suara manja yang digunakan ketika
memujuk Kak Yati tadi.
"Cik
Dura…" lembut suara pemanggilnya.
"Eh
mana encik tau nama saya?" terchengang pula sigadis bernama Dura bila sipemanggil menyebut
namanya dengan lembut dan…ehem seksi. Lelaki dihujung talian itu ketawa kecil.
"Ialah
kalau dah bersembang suara macam nak mengejutkan orang pekak. saya yang duduk
30km dari tempat awak pun boleh dengar."perli lelaki itu pula. Dura atau
nama penuhnya Adura terkebil-kebil blurr. Jauh tu 30km dah boleh dengar. Kuat
sangat ker suara aku ni ? bisik hati Adura. Setahu dia, suaranya tidaklah kuat
mana malah lembut lagi bila bercakap dengan Kak Yati tadi. Kemudian dia kembali
perasan talipon ditangannya. Chaiiittt…terkena aku. Talipon di tangan masih on bermaksud dia dapat mendengarlah
perbualannya dengan kak Yati.
"Emm…ialah
tu. Bagus juga encik dah dengar dan tahu saya sangat sibuk so sila beri alamat
rumah atau pejabat esok saya hantarkan atau saya tinggalkan ajelah talipon
encik kat sini, encik datang ambik sendiri.." bebel Adura lagi separuh
mengugut.
"Ehhh
jangan. Nanti hilang pulak handphone saya.Banyak benda penting dalam tu.Baiklah
awak tunggu situ,saya datang sekarang.Awak jangan kemana-mana.Tunggu sampai
saya tiba."pesan lelaki itu sebelum talian diputuskan.
"Encik..encik!"
Adura kelam kabut. Takkanlah dia kena tunggu disini. Nanti kalau bas atau teksi
yang lalu takkan nak dibiarkan. Lambatlah dia untuk ke function yang dikendalikan oleh kakak sepupunya itu.
Alahai,menyesal dia menjawab panggilan talipon dari handphone yang dijumpainya
tadi.
No comments:
Post a Comment