Wednesday, 23 October 2013


Milik siapa hatimu?
BAB 4

Adura segera meletakkan kek dimeja kecil didepan kedua puteri yang ditinggalkan tadi. Wajahnya kemerahan akibat kepanasan. Itulah jalan dekat ada tak mahu guna .Terpaksa berjalan jauh sedikit hanya untuk mengelakkan dari bertembung dengan Tengku Haikal. Salah seorang pekerja kak Yati yang menjadi penjaga sementara kedua kanak-kanak itu segera meninggalkan Adura sebaik gadis itu tiba.
"Kenapa Kak Dura lambat? Uncle Ekal tunggu lama tau..dia dah lapar" Puteri Intan merungut. Wajah polos kanak-kanak itu direnung lembut. Alahai comelnya dengan bibir yang dimuncungkan kedepan.
"Maafkan patik tuan puteri…tadi ada lanun yang cuba merampas kek kegemaran tengku puteri berdua. Patik terpaksa beradu tenaga. Itu sebabnya patik lambat sikit." Adura mengusik kedua anak saudara Tengku Haikal bersahaja. Mengekek-ngekek mereka ketawa.
"Wah pandai betul awak layan anak saudara saya." Tegur satu suara dari belakang. Adura yang sedang duduk bertinggung terjelepuk kelantai kerana terkejut. Tengku Haikal ketawa gelihati. Adura segera bangun dan menunduk malu.
Habislah aku….mana aku nak lari lagi keluh Adura didalam hati. Tengku Haikal yang membawa dulang berisi air dan sepiring kek dijelingya  dan dia kemudia merasa terkejut.
"Eh…tengku, kenapa angkat sendiri? Kenapa tak suruh pekerja Serambi Catering saja yang hantar?" soal Adura,terlupa akan dilema dirinya sendiri. Dicapainya dulang dari Tengku Haikal dan disusun air minuman dan kek tadi diatas meja. Tengku Haikal pula terkebil-kebil melihat perilaku Adura.Pelik,tadi tersipu-sipu malu, sekarang selamba jer.
"Ialah tuu..kalau nak tunggukan kek yang orang tu janji nak bawa,kempunanlah jawabnya" perli Tengku Haikal pula. Adura membatu. Terasa berbahang wajahnya menahan malu.
"Uncle Ekal ni…bukan Kak Dura sengajalah…dia kena lawan lanun dan orang jahat yang nak makan kek nilah…itu sebab lambat…kan Intan" Tengku Dayana back up baik. Adura tersengih memandang Tengku Dayana. Thanks love. Adura berbisik perlahan. Namun Tengku Haikal dapat menangkap bisikan itu. Direnung wajah Adura yang nampak sedikit kepenatan.
"OOhh..gitu. Kuat sungguh Panglima Adura yer…tengku puteri tidak menghadiahkan apa-apa pada Panglima Adura yang telah banyak berjasa ke?" usik Tengku Haikal menyambung lakonan yang di mainkan oleh Adura dan anak-anak saudaranya. Dayana dan Intan ketawa mengekek-ngekek.
"Apalah Uncle Ekal…Kak Dura tu perempuan, mana boleh jadi panglima…Intan nak bagi gelaran Puteri Adura…emmm..bolehkan Uncle Ekal?"
Tengku Haikal yang berpura-pura berfikir,mengangguk-anggukkan kepalanya melayan kerenah kedua anak saudaranya yang manja.
"…dan Uncle Ekal pula sebagai Putera Ekal" sambung Tengku Dayana pula.
"Patik sokong dengan cadangan tengku puteri berdua…"  Tengku Haikal tergelak melihat karenah anak saudaranya. Direnung wajah Adura yang mula kemerahan. Gadis itu mengigit bibirnya seperti menahan tawa.Eii…rasa macam nak gigit jer bibir tu. Geram bila mengingatkan betapa celuparnya mulut itu petang tadi.
"Yang awak berdiri disitu kenapa Adura. Duduk. Saya belum nak rekrut guard baru lagi" sengaja dikeraskan suaranya kepada Adura sambil menarik kerusi dari meja yang kosong.
"Emm…tak apalah tengku,saya banyak kerja lagi ni…Nanti bos marah,saya pergi dulu.." Adura berdalih dan cuba melarikan diri. Kalau dia masih disini pasti teruk di buli oleh Tengku Haikal.
"Tak payah, duduk layan kami ajer…tak ada siapa nak marah awak. Saya akan settlekan dengan Puan Haryati nanti."pantas Tengku Haikal membantah. Dia sedar gadis ini cuba melarikan diri darinya dan dia pula telah bersedia untuk memprotes apa saja alasan yang akan diberikan oleh gadis ini. Gadis didepannya mengelisah. Tengku Haikal tersenyum. Dia segera bangun dan berdiri rapat menghampiri Adura. Namun dengan pantas Adura menarik kerusi lalu duduk  dengan bengang. Kedengaran Tengku Haikal ketawa kecil.
"Emm…tak ada lain nak membulilah ni.." ngomel Adura perlahan namun didengari oleh Tengku Haikal jelas. Dia kembali duduk mengadap Adura. Badanya dirapatkan kedepan.
 " Ini baru permulaan…yang lain akan menyusul kemudian Cik Adura. The games has just begun" suara Tengku Haikal lembut menggoda penuh ancaman menyusup ketelinga Adura. Wajah gadis itu merona kemerahan. Dia merasa malu dan bengang. Tak kanlah kisah petang tadi dibawa sampai ke malam ini, bisik hati kecilnya. Hatinya panas tiba-tiba.Tekaknya merasa kering. Disauk aje gelas fresh orange yang terletak didepannya dan di teguk separuh dengan niat untuk menyejukkan hatinya. Tengku Haikal menjongketkan keningnya. Diperhatikan saja gelagat gadis didepannya sambil tersenyum.
"Kak Dura, kenapa minum air Uncle Ekal?" soal Intan pelik. Tersembur fresh orange yang disedut Adura kemuka Tengku Haikal kerana terkejut. Berubah muka Tengku Haikal . Adura menjadi panik. Tengku Dayana dan Tengku Intan ketawa mengekek-ngekek. Tengku Haikal tergamam.
"Oh Tengku…maaf.Tak sengaja terminum air tengku. Nanti saya pergi ambil yang baru…" Adura mula kelam kabut bila melihat wajah Tengku Haikal sudah berubah warna. Dia segera bangun dan cuba melarikan diri.
"Adura!" pekik Tengku Haikal bengang. Adura yang baru hendak melangkah terhenti kerana terkejut. Menggigil kepala lututnya bila mendengar suara Tengku Haikal yang telah naik beberapa oktah. Deraian ketawa dari Tengku Dayana dan Tengku Intan juga tidak kedengaran lagi. Adura memandang muka Tengku Haikal dengan perasaan gementar. Mata lelaki itu yang tertutup sedikit mungkin sedang menahan pedih akibat  percikan fresh orange yang tersembur dari mulut Adura tadi. Dia menjadi lebih takut. Sekiranya lelaki ini tiba-tiba buta akibat kejadian ini, pasti dia akan dipersalahkan.
"Whats the heck…oh my God…what's happen to you bro?" tiba-tiba satu suara menegur Tengku Haikal. Adura yang sedang mencari alasan untuk melarikan diri terus mencari tuan empunya suara. Dia kenal lelaki itu. Anak kedua Datin Alia dan papa kepada Tengku Intan semasa dikenalkan oleh Kak Yati tadi
"Ah..Tengku Danish….minta maaf…saya tak sengaja…errrr…tolong tengokkan Tengku Haikal…saya nak ambilkan air yang baru.." dengan cepat Adura memberi alasan. Tengku Haikal yang mendengar kata-kata dari Adura sedar itu taktik gadis itu untuk melarikan diri…
"Adura…don't you dare.." belum habis Tengku Haikal menghabiskan ayatnya, Adura sudah hilang dari pandangan.
"Damn" gumamnya.
"Hello bro. Watch up your language. Anak-anak saudara kau disini…and lagi satu control your volume Kesian budak dua orang ni dah terkulat-kulat macam nak menangis." tegur Tengku Danish perlahan. Tengku Haikal yang sedang membersihkan mukanya dengan kain napkin terhenti. Dilihat wajah polos kedua anak saudaranya dengan  wajah bersalah.
"Sorry girls. Muka Uncle Ekal dah tak handsome kena sembur dengan orange juice tadi. Dah tak boleh jadi Putera raja." bisiknya perlahan memujuk. Kedua anak kecil itu merenung muka Tengku Haikal tajam.
"Kenapa uncle Ekal marah Kak Dura?" soal mereka pula. Tengku Haikal terpinga-pinga. Ah sudah. Adura dah pasang kroni didalam keluarga aku pula ker? Wajah anak saudaranya di pandang sekilas lalu. Susah juga kalau ada anak saudara yang terlebih bijak.
"Uncle tak marahlah…geram jer…" lelaki itu cuba berdalih. Tengku Danish yang sedang mendengar perbualan itu mencelah.
"Kenapa pulak kau geram?" soalnya sambil melabuhkan punggung dikerusi yang dikosongkan oleh Adura sebentar tadi.
"Mau aku tak geram…bukan dia nak tolong bersihkan muka aku ker…atau bersihkan baju aku… Hei dia tak sedar ke apa yang dia dah buat kat aku.. Mana aku tak bengang. Kalau perempuan lain siap bukakan baju lagi.." ngomel Tengku Haikal meluahkan perasaan tidak puas hatinya.Tengku Danish yang mendengar penjelasan dari  abangnya tidak dapat menahan ketawa lagi. Suaranya bergema melangkaui musik yang menjadi halwa telinga para tetamu malam itu.
"Hoiii…tolong kawal suara kau tu Danish…kalau ketawa tak tau nak agak..malu semua orang tengoklah"gumam abangnya. Dahlah wajah dan bajunya kotor dan melekit akibat kejadian itu ditambah pula perangai adik yang kalau ketawa boleh retak dinding rumah dibuatnya.
"Sorry…sorry..You and that girl are funnylah bro...kau punya "tolong" dan dia punya "tolong" ada sikit berbezalah bro. kau nak dia tolong bersihkan badan kau yang dah lenjung dan aku rasa tak manislah dan dia pula still nak tolong...tapi tolong ambil minuman yang barulah, itukan kerja dia.." Tengku Danish kembali menyambung tawanya sambil mengesat airmata kerana terlalu gelihati.
"Amboi abang…gembira sakan sampai suara boleh dengar dari dalam."tegur Tengku Suhana isterinya yang anggun ber kebaya nyonya.
"Hello dear…dah habis borak dengan mother in law kesayangan awak tu?"perli sang suami sambil menahan tawa. Tangannya pantas mencapai tangan sang isteri yang telah dinikahi hampir lima tahun itu.
"Alahai…dengan emak sendiri pun nak cemburu. Anak manja!"usik sang isteri pula mesra. Tengku Danish ketawa. Hati suami mana tidak bahagia bila hubungan kedua wanita yang paling disayangi itu mesra dan akrab sekali.
"Eh..kenapa dengan muka along?" soal Tengku Suhana pelik bila di lihat wajah Tengku Haikal seperti baru lepas mandi. Tawa si suami berderai sekali lagi.
"Abang ni dah kenapa?" Tengku Suhana melihat pula muka suaminya kehairanan. Laki aku ni dah kena sawan ketawa ke? Bisik hati kecilnya.
"Mummy…Uncle Ekal kena oren jus" cepat Tengku Intan menyampaikan maklumat pada ibunya.
"Intan kasi tumpah air ye?" soal siibu sambil menghampiri anak gadisnya.
"Bukanlah Mak Ngah..Kak Dura.."cepat Tengku Dayana memotong.
"Siapa Kak Dura?" soal Tengku Suhana bertambah pelik.
"Budak perempuan tu tersedak lalu tersembur kemuka along…" terang Tengku Danish pada isterinya.
"Tak kanlah tersedak sampai tersembur air kemuka along pulak…"ngomel isterinya masih tak faham. Tengku Danish juga terfikir benda yang sama.
"Ha'ah along….kenapa tersedak begitu teruk sekali?" soal Tengku Danish pula.
"Hey rimaslah aku dengan soalan korang berdua…dah macam polis pencen.." bebel Tengku Haikal bengang sambil mengesat rambutnya yang sudah serupa jerami basah .
"Kenapa Kak Dura tersedak Intan?" soal si ibu pada anak tunggalnya pula.
"Tak tau..Intan tegur Kak Dura kenapa minum air Uncle Ekal, tiba-tiba air keluar dari mulut Kak Dura pulak macam air pancut…" selamba jer sicomel itu bertutur sambil tersengih. Termanggu Tengku Suhana sebentar. Dipandang wajah suaminya yang terkedu dan wajah abang iparnya yang sudah kemerah-merahan.
"Encik…ini air orange juice yang diminta" seorang kakitangan Serambi Catering menghantar minuman mematikan perbualan mereka. Wajah Tengku Haikal bertambah kelat. Tengku Danish pula cuba menahan tawa.
"Mana Adura?" soal Tengku Haikal sambil mengetap bibir.
"Dia dah balik. Katanya sakit perut." Jawab pelayan itu jujur.
"Dia sakit perut ke kecut perut?!" jerkah Tengku Haikal geram. Terkejut pelayan tersebut. Apalah malang nasib aku hantar air kemari,bisik hati kecilnya. Bahu Tengku Danish sudah terhinjut-hinjut menahan tawanya dari meledak keluar. Tengku Suhana pula menjeling suaminya geram.
"Dah lah dik terima kasih. Awak boleh pergi." tegur Tengku Suhana lembut dan dengan pantas pelayan itu berlalu dari situ dan kemudian berpatah balik. Tengku Suhana dan Tengku Danish terkejut. Tengku Haikal menjungkitkan keningnya. Pelayan lelaki yang dalam belasan tahun usianya itu menelan air liur.
" Err..encik..Kak Adura ada pesan tadi suruh tanya,,,mata encik Ok ke tidak?" terkulat-kulat suaranya menahan ketar. Tengku Haikal merenung budak lelaki didepannya tajam. Polos benar budak ni. Mungkin masih bersekolah.
"Cakap dengan dia…mata saya masih boleh lihat dan Malaysia ini kecil …Johor ni dibelakang tapak tangan saya aje" tutur kata-katanya satu persatu namun penuh dengan maksud yang tersirat. Budak lelaki itu mengangguk-anggukkan kepalanya dan terus berlalu dari situ laju.
"Damn it…She just got away again…" bebel Tengku Haikal geram.
"Along!!!!!" serentak Tengku Danish dan isterinya menegur sikap Tengku Haikal yang dirasakan mereka kurang sesuai dilakukan didepan kanak-kanak.
"Sorryyy…dah along nak naik atas..nak mandi. Melekit dah ni" alasannya.
"Nak mandi ke sebab buah hati dah balik….?" Usik Tengku Danish nakal. Tengku Haikal buat-buat tak dengar dan berlalu pantas meninggalkan pasangan suami isteri itu. Tengku Suhana pula memandang suaminya inginkan kepastian.
"Abang kenal ke si Adura tu?" soal isterinya cuba mengorek rahsia.
"Kenal gitu je"
"Habis tu…mana abang tahu itu buah hati dia?"
"Saja mengusik” balas suaminya sambil tersenyum.
“Intan…Kak Dura cantik tak?" soal siibu kepada puteri kesayangannya .
"Cantikkkk…macam puteri…" jawab Tengku Dayana mendahului sepupunya.
"Siapa lagi cantik…kak Dura ke mummy?" tanya si ibu pada anak gadisnya lagi. Terkebil-kebil anak kecil itu berfifkir. Sibapa sudah tersenyum. Tahu sangat hati siibu di pagut rasa cemburu.
"Mummy cantik…kak Dura pun cantik juga…susahlah mummy nak pilihh…" lirih suara anak comel itu merungut.
"Tak kisahlah….yang penting daddy sayang mummy…." Tukas Tengku Danish mematikan perbualan dua beranak itu sambil memeluk bahu isterinya mesra. Sang isteri tersenyum lebar sambil membalas pelukkan sang suami.




Friday, 18 October 2013


Milik siapa hatimu?
BAB  3

Teratak Bonda,banglo tiga tingkat milik keluarga Tengku Haikal di sirami cahaya. Riuh suara para tetamu dan background music menambah bosan dihatinya. Dia masih terperap dibilik. Malas untuk turun bercampur dengan tetamu yang hadir. Terkenangkan sikap rakan-rakan Tengku Maisarah yang gedik dan dicampur pula anak-anak rakan niaga ayahandanya Tengku Badiozaman yang sibuk menawarkan diri untuk menjadi calun isteri. Boleh kena migraine dibuatnya. Fikirannya masih melayang keperistiwa siang tadi. Wajah gadis dan pemandu teksi yang berani membuahkan senyuman di wajah tampan miliknya. Ahhh..perasaan seronok dan teruja dia mengejar teksi yang membawa gadis itu menghilangkan kebosanan dihatinya.Wajah gadis itu mengintainya dari cermin belakang teksi menyebabkan dia tergelak sendirian. Pucat,takut dan teruja, itu yang boleh dia gambarkan. Sebaik dia mengenyit mata padanya, gadis itu terus melorotkan badannya bersembunyi. Ah dia mesti cari gadis itu. Ada perkara yang perlu di settlekan. Pemandu teksi itu bukan susah untuk dicari. Dari no pendaftarannya dia boleh dijejaki dengan mudah. Ini untungnya kalau banyak kenalan, apa kerja pun tidak akan menjadi susah.Tekan butang saja,pasti rakan-rakannya akan membantu. Esok dia akan memulakan operasi mencari gadis itu. Diari comel warna biru milik gadis itu ditenung lagi. Apa isi kandungannya. Hatinya teruja untuk mengetahui isi kandungan diari tersebut. Namun dia perlu akur kepada sifat amanah yang dituntut dalam Islam. Dia cuma membaca bioagrafi gadis itu yang sangat simple dengan tujuan untuk mendapatkan contact number.  Namun tiada. Dia membaca lagi sambil mengamati bait-bait tulisan yang nampak kemas dan teratur pada mukasurat pertama diari biru itu.

Nama: Nur Adura Ishak
Umur : 22 tahun
D.O.B: 25th August 1990
Status : Single and available 
Disini Tengkul Haikal ketawa gelihati. Emm..so sekarang 2012 means gadis ini telah berumur 24 tahun. Dan adakah dia masih single and available? Soal Tengku Haikal dalam hati.
Falsafah hidup : No body is perfect!
Tengku Haikal ketawa lagi. Apa-apa jer budak ni. Tulis pun macam budak-budak. Comel, bisik hati kecilnya.
 Diari biru itu di tutup semula dan disimpan didalam laci. Kakinya mengorak langkah kebalkoni. Pandangannya dibuang kearah tetamu yang berada dibawah canopy yang terdapat di tepi kolam renang. Masing-masing nampak santai dan gembira. Pandangannya jatuh pula kepada dua orang anak saudaranya Tengku Dayana dan Tengku Intan. Masing-masing yang baru berumur 3 tahun terkedek-kedek dikejar oleh papa dan mama mereka yang sentiasa berada disisi mengawasi mereka. Mengekek-ngekek suara mereka ketawa keseronokkan. Pasti bila dewasa kelak mereka berdua akan menjadi teman karib. Tengku Haikal menarik nafas lagi. Bila agakknya dia sendiri akan dapat merasa keseronokkan untuk mengejar anak sendiri seperti kedua orang adiknya tadi. Ah..dia mengeluh sendiri.matanya terus menjalar memerhati para tetamu yang hadir. Kaum lelaki mesti tak habis-habis mengenai bussiness ataupun golf dan perempuan pula sibuk bercerita suami siapa lebih hebat.
"Dura..tolong akak jaga cucu Datin Alia sekejap. Akak nak uruskan kek yang perlu diagihkan kepada tetamu" suara salah seorang pekerja catering kedengaran dari bawah balkoni. Tengku Haikal tersentak. Dura.? Adakah nama itu milik gadis yang sedang bermain dimindanya?
"Oh...ok..jom Yana,Intan..ikut akak kita makan kek nak?" suara manja itu menyentap hati Tengku Haikal. Sah itu suara gadis yang dijumpainya petang tadi. Dia masih ingat lagi lentuk suara itu semasa gadis itu berbicara dengan seseorang yang dipanggil Kak Yati.  Tengku Haikal mengintai dari balkoni untuk melihat gadis itu . Sah, memang dia. Tengku Haikal tersenyum sendiri. Takdir, tiada siapa boleh menduga.
" Yana nak yang ada coklat rice" petah sicomel itu bercakap.
" Intan nak yang ada strawberry bolehkan Kak Dura?”sopan si Intan pula bersuara. Adura yang tidak perasan dirinya diperhatikan segera memeluk kedua kanak- kanak comel didepannya.
"Boleh sayang...tapi Kak Dura kena ambik kat depan tu. Yana dengan Intan kena tunggu akak kat sini tau,jangan lari kemana-mana akak pergi ambik kek sekejap" soal Adura perlahan namun dapat di dengar oleh Tengku Haikal dengan jelas. Ish.biar betul budak ni...tak kanlah dia berani nak tinggalkan kanak-kanak sendirian tanpa pengawasan orang dewasa. Hei itu cucu Datin Alia,anak saudara aku.Kalau terjadi apa-apa nanti niaya jer.
"Ok...tapi kita takut kak.."suara Yana kedengaran seperti hendak menangis. Ah dia ni memang cengeng sikit,bisik hati Tengku Haikal. Namun Tengku Haikal masih menunggu tindakan seterusnya dari gadis  ini.
"Alaa..sayang...tak kanlah akak nak tinggalkan two beautiful princess here tanpa pengawal.Nanti kalau kena kidnap habislah semua putera raja dalam negeri ni menangis tak berhenti,banjir negeri Johor tau..."usik Adura. Mengekek-ngekek kedua kanak-kanak itu ketawa Tengku Haikal yang turut mendengar perbualan itu menarik nafas lega lalu tersenyum. Pandai juga budak ni melayan kanak-kanak. Dah boleh jadi emak budak dah ni. Beruntung siapa yang dapat memperisterikan gadis ini,bisik hati kecilnya. Tak mau cuba ker cik Haikal oii.." hati kecilnya menyapa. Senyuman Tengku Haikal makin lebar.
"Emmm...siapakah yang layak menjadi pengawal tuan puteri berdua yer sementara patik mengambil manisan buat buat santapan tuanku" keluh Adura separuh mengusik.
"Panggil Uncle Ekal jer"Tengku Intan pula bersuara perlahan sambil menyikat rambut anak patung barbie miliknya. Suka betul dia dengan anak patung berambut perang itu.
"Uncle Ekal?" soal Adura terkebil-kebil sambil memandang wajah Tengku Intan yang masih lagi dengan anak patungnya.
"Tu kat atas" sambungnya sambil menjuihkan mulutnya keatas. Adura yang tidak sedar dirinya diperhatikan dari tadi segera mendongak dan hampir tersungkur bila  apabila pandangannya jatuh kepada sesusuk tubuh yang sedang memerhatikan mereka dari balkoni tingkat dua banglow tersebut.Tengku Dayana yang juga baru sedar kehadiran Tengku Haikal segera menjerit gembira.
"Uncle Ekal...Uncle Ekal...jom turun..jom turun..Kak Dura nak makan kek" Adura keresahan. Wajahnya pucat.Tengku Haikal yang menyedari perubahan airmuka Adura tergelak.Ha ha ha..penat aje ko lari dari aku dan penat aje aku kejar ko petang tadi,tak sangka rupanya disini kita bertemu semula. Ah…what a fate.bisiknya didalam hati.
"Tunggu...jap lagi uncle turun...jangan bergerak kemana-mana. Tunggu dengan Kak Dura" pesan Tengku Haikal tegas kepada kedua anak saudaranya dan Adura. Pantas Tengku Haikal meninggalkan kamar tidurnya Senyuman manis terus menghiasi bibirnya. Malam yang membosankan baginya telah bertukar suasana. Apakah alasan yang akan diberikan oleh gadis ini untuk melepaskan diri. Tiada teksi, tiada bas untuk membawanya lari. Di kepalanya mula merancang untuk mengenakan gadis ini. Langkahnya kini lebih bertenaga.
" Abang Ekal, what a surprise. Ingatkan tak mahu turun langsung dari  menara istana." tegur Tengku Maisarah geram. Di hampiri abangnya sambil bercekak pinggang. Tengku Haikal terpempan sebentar. Dia menoleh kepada adiknya Tengku Maisarah sambil tersengih. Gadis itu kelihatan cantik dengan gaun labuh berwarna ungu dan rambut nya yang separas bahu dibiarkan  mengurai cantik.
"You look beautiful sis." pujinya ikhlas sambil tersenyum namun tiada response dari Tengku Maisarah. Muncungnya panjang merajuk.
"Sorrylah dik...abang memang tak ada mood tadi. Penat sangat. Lagipun adik kan tahu kalau abang join sekali, perhatian orang akan lebih tertumpu pada abang bukan pada birthday girl" usik Tengku Haikal seperti memujuk.
"Ahhh...perasan lebih aje abang. Memang abang tak sayangkan Sarah" rajuk siadik.Tengku Haikal segera memeluk bahu adiknya seraya memujuk.
"Sarah cuba fikir, kawan-kawan perempuan adik semua sibuk nak tackle abang.Kalaulah abang berada disisi adik tadi,pasti mereka lebih teruja pandang abang dari pandang adik Ingat tak tahun lepas. Siapa yang bengang? Adik jugak. So tahun ini abang tak mahulah kacau " Tengku Haikal memberi alasan. Mengingatkan kejadian pada tahun lepas Tengku Maisarah mencebik. Memang tak dinafikan, kebanyakkan rakan-rakannya hadir lebih banyak teruja untuk mendekati abangnya daripada meraikan sambutan hari lahirnya. Akhirnya dia yang makan hati. Hari ini sendiri ramai rakan-rakannya bertanyakan tentang Tengku Haikal dan dia hanya mengangkat bahu. Tak kuasa dia nak melayan. Sehingga hari ini tiada seorang  perempuan yang boleh menidakkan diri mereka daripada jatuh hati pada abangnya yang tampan ini dan dia pula menunggu tika dan saat itu untuk melihat Tengku Haikal bertemu his other half . Tengku Maisarah tersenyum sendiri.
" Adik dah maafkan abang?" soal Tengku Haikal bila dilihat adiknya tersenyum.
" Belum lagi"cepat Tengku Maisarah memotong. Senyuman dibibir dimatikan segera.
" Apa lagi dik.."
" Abang belum wish adik lagi and I havent received any present from you yet my dear brother. Apa ni...mentang-mentang tak join the crowd doesnt means you can escape without giving me a birthday present!" ngomel Tengku Maisarah. Tengku Haikal segera memaut rapat adiknya dan dicium umbun-umbun adiknya lembut.
"Selamat ulang tahun dik. Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan jodoh. Abang sayang adik" ucap Tengku Haikal penuh perasaan. Memang dia sangat menyayangi adik bongsunya ini,satu-satunya adik perempuan yang dia ada. Tengku Maisarah mendongak memandang abangnya. Tersentuh perasaan hatinya mendengar ucapan ikhlas dari abang sulungnya itu. Airmata yang bergenang ditubir matanya dikesat lembut oleh Tengku Haikal.
"Eh birthday girl mana boleh menangis, rosak make up tu" usik Tengku Haikal nakal.
"Mana ada nangis" dalih adiknya manja. Tengku Haikal tergelak.
" Ok lah dik,abang ada temu janji ni...dah lambat ni. Nanti hadiah adik pilih,abang
belikan" Tengku Haikal meleraikan pautan manja Tengku Maisarah dari lengannya.
"Haaaa..cewek mana yang abang nak jumpa ni? Kenalkanlah dengan Sarah..." usik adiknya manja. Tengku Haikal ketawa.
"Adik dah kenal pun dengan dia..." Tengku Haikal menyakat. Buntang mata Tengku Maisarah melihat abangnya.
" Intan dan Yana..."bisiknya perlahan disambut ketawa kecil dari Tengku Maisarah.
"Emmm...hampeh. Dah pergilah.." ditolak abangnya perlahan. Suara ketawa Tengku Haikal mengundang pandangan dari beberapa tetamu yang hadir disitu. Beberapa wanita yang turut sama berada disitu sudah mula melemparkan senyuman menggoda kepada Tengku Haikal namun dia selamba melangkah mencari wajah gadis yang diburunya dari petang tadi. Kedengaran suara comel dari kedua anak saudaranya bercerita dengan riang pada seseorang. Degub hati Tengku Haikal semakin laju. Tak sabarnya ingin menatap wajah comel milik gadis itu.
"Uncle Ekal...uncle Ekal..kat sini" kedengaran suara manja Yana menyapa. Langkah kaki Tengku Haikal segera menghala kearah anak saudaranya yang menunggu.Pandangannya di halakan kearah gadis yang berdiri disisi Yana dan dia terkejut.
"Selamat malam Tengku."sapa gadis itu hormat. Wajah Tengku Haikal berkerut. Adakah dia bermimpi saja sedangkan memang tadi dia ada melihat dengan matanya sendiri gadis yang bernama Adura bersama dengan anak saudaranya.
"Eh bukan tadi orang lain ke yang bersama dengan anak saudara saya, kenapa sekarang orang lain pula?" soal Tengku Haikal kehairanan.
"Orang lain macamana Tengku.?" soal gadis itu gugup. Takut juga dia jika tiba-tiba Tengku Haikal mengamuk. Lelaki ni bukan boleh dibuat main, kalau dah mengamuk bisa telinga mendengar bebelannya.
"Bukan tadi Adura ker yang jaga my nieces ni...? soal Tengku Haikal tegas. Bengang juga dia jika berjumpa dengan orang yang mengambil ringan tentang keselamatan anak-anak kecil dengan melepaskan tanggungjawab kepada orang lain sesuka hati.
"Kak Dura pergi ambil kek. Itulah Uncle Ekal lambat sangat,Yana dah lapar..Kak Dura panggillah kawan dia temankan kitakan Intan"ngomel Tengku Dayana petah.
"Err...ya..ya..Adura pergi ambil kek...kejap lagi dia datang balik.." tergagap-gagap gadis itu mengiakan kata-kata Tengku Dayana. Seram sejuk dibuatnya bila melihat kening lebat Tengku Haikal bertaut. Wajah Tengku Haikal kembali jernih. Bimbang juga dia jika apa yang dinampak tadi hanyalah khayalan sahaja. Macam orang angau pula aku ni, bisik hati kecil Tengku Haikal. Senyuman nakal kembali menghiasi bibir lelaki lelaki itu.
"Emm..kalau gitu tak apalah. Biar saya tunggu budak-budak ni dulu. Awak boleh balik buat kerja awak semula. Terima kasih" selamba Tengku Haikal seperti menghalau.
"Eh tak apa Tengku...saya boleh tunggu sini sampai Adura sampai. Nanti marah pulak dia" gadis itu membantah. Inilah peluang dia nak berkenalan dengan lebih rapat lagi tentang Tengku Haikal. Bukan senang nak jumpa lelaki paling handsome dan seksi di wilayah selatan ni.
"Nama saya Shiela..sepupu Adura merangkap adik kepada Kak Yati owner Serambi Catering."dia memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan. Tengku Haikal hanya mengangguk tanpa menyambut tangan yang dihulur. Merah padam muka Sheila menahan malu. Namun dia masih tidak berganjak dari situ .
" Kenapa Uncle Ekal lambat..Kak Dura macam nak nangis tadi. Nasib baik ada Kak Sheila...kan Intan" ngomel Tengku Dayana lagi. Kening Tengku Haikal terjongkit
"Kenapa Kak Dura nak nangis?"soal Tengku Haikal sambil melabuhkan punggungnya dibangku bersebelahan anak saudaranya. Dia mula nak mengorek cerita. Walaupun anak saudaranya baru berumur empat tahun , tapi mereka petah bertutur.
"Muka Kak Dura sama macam muka mama bila papa marah mama tak mau makan ubat"cerita si Intan selamba sambil menyikat rambut anak patungnya. Tengku Haikal tersenyum. Adik iparnya Suhana ,memang takut ubat. Jenuh si Danish memujuk baru nak makan,itupun bila Danish sudah mula meninggikan suara.
"Lamanya Kak Dura, Ambil kek ke buat kek" gerutu Tengku Haikal. Shiela yang dari tadi mendengar perbualan antara Tengku Haikal dan anak saudaranya mula merasa gelisah.
"Err..Tengku..tak apa ke kalau Tengku tunggu sini dulu. Saya pergi susul Adura sekejap." terketar-ketar Shiela meminta izin. Lagi lama dia disini, lagi lama lah dia terpaksa mendengar bebelan Tengku Haikal. Niat mulanya nak mengayat, tapi bila dilihat wajah handsome lelaki didepannya sudah kelat,baik dia segera beredar. Pantas kakinya melangkah meninggalkan Tengku Haikal sebaik dia melihat anggukkan lelaki idaman semelaya itu.
"Dura..ko buat apa? Mana kek yang ko kata nak ambik?" soal Sheila sebaik ternampak kelibat Adura yang sedang menyusun cawan dan piring bersih.
"Aku tak sempatlah…ko pergilah ambil dan hantar kat budak-budak tu…aku banyak kerja ni…" Adura pula mengarah. Ceh wah…macam catering ni milik dia pula. Padahal dia pun makan gaji jer. Sheila lebih berhak untuk mengarah bukan dia.
"Ko jangan ngada-ngada…itu Tengku Haikal dah naik angin membebelkan ko lambat. Kejap lagi kalau ko tak antar pasti dia datang kemari dan komplen dengan Kakak aku. Ko nak ker?"ngomel Sheila pula.
"Ko hantar tak boleh ker…kan sama ajer…"tukas Adura lagi. Bukan sibuk sangat sebenarnya,cuma tak mahu bertembung dengan Tengku Haikal. Haru.
"Hah…kan aku dah kata pasti dia akan datang kemari cari kita…" bisik Sheila perlahan. Adura yang sedang mengelap cawan terus berhenti. Matanya melirik kearah Tengku Haikal yang sedang berjalan menuju kearah mereka. Dia menjadi tidak tentu hala. Segera dicampak kain pengelap kepada sepupunya dan mencapai dua piring kek yang telah  tersedia.
"Ok…aku hantar kek ni pada tuan puteri dulu…ko ambil alih kerja aku kat sini"pantas ajer dia mengarah dan meninggalkan Sheila termanggu-manggu . Adura menggunakan jalan lain agar tidak bertembung dengan Tengku Haikal dan perkara ini disedari oleh empunya diri apabila dia berhenti dan memerhatikan gelagat Adura sambil tersenyum.
"Ahhh…cuba nak lari yerrr….lets see, you do like play cat and mouse don't you Adura…Ok, I will be the cat and you will be my little white mouse,nyamm,nyamm,nyamm" bisik hati kecil nya sambil tersenyum. Langkahnya terus ke meja buffet yang dihias cantik. Diambilnya sepiring kek dan tiga gelas jus oren apabila dia perasan Adura tidak membawa air minuman untuk anak saudaranya.Pasti tercekik budak-budak tu lepas makan kek. Semuanya diletakkan diatas dulang dan ditatang dengan penuh gaya.
Beberapa orang tetamu yang hadir terkejut melihat kelakuan Tengku Haikal lalu mengundang beberapa  usikan nakal .Ada juga gadis-gadis yang volunteer untuk menolong tetapi di tolak dengan baik oleh Tengku Haikal.
"Err…Tengku..biar kami tolong bawakan. Itukan kerja kami"Kak Yati sebagai pengurus Serambi Catering menegur bila dilihat Tengku Haikal mengangkat sendiri hidangan. Dia yang ke dapur sebentar tadi merasa kurang selesa dengan tindak tanduk anak muda yang cukup merendah diri ini.
"Tak apalah Kak..saya boleh buat sendiri.Akak pun sibuk." Tengku Haikal menolak lembut.
"Tak manislah Tengku ,tuan rumah kena buat sendiri,nampak sangat pekerja akak tak buat kerja dengan baik." Kak Yati seperti merajuk.Perasaannya tidak tenteram . Tengku Haikal tersenyum.
"Tak apa kak…nanti kalau sesiapa duk mengata, let me know malah saya sendiri akan recommended  akak pada majlis-majlis akan datang" balas Tengku Haikal tegas sambil berlalu meniggalkan Kak Yati dan Sheila terpinga-pinga.
"Apa kes tu Sheila?" Kak Yati bertanya kepada adiknya. Sheila hanya mengangkat bahu sambil memerhatikan gelagat Tengku Haikal. Apakah hubungan Adura dengan lelaki ini? Perasaan cemburu mula meresap dihatinya.