Tuesday, 13 May 2014

Andai Cinta itu Ada
Bab 4

Najwan Naqib masih lagi termenung mengadap keluar bangunan memerhati arus kenderaan yang tak pernah putus dari bilik pejabatnya di tingkat 15. Kedatangan papanya masih tidak disedari. Dato Seri Syed Kadir menggeleng-gelengkan kepalanya. Tak pernah anaknya bersikap demikian sebelum ini kecuali kejadian tiga tahun yang lalu dimana dia jatuh hati kepada seorang wanita yang telah menjadi tunangan orang. Kerana itu, Najwan Naqib membawa rasa cintanya merantau ke Dubai dan menyibukkan diri dengan cawangan pejabat mereka disana. Dato Seri Syed Kadir merasa hairan. Apa yang difikirkan sangat oleh Najwan Naqib sampaikan salam yang diberi masih tidak bersambut. Kedengaran keluhan kasar dari Najwan Naqib sebelum lelaki itu kembali kemeja kerjanya.

“Papa?! Err..bila papa masuk bilik Aqib?” soalnya terkejut. Wajahnya sudah merona kemerahan bila menerima tenungan tajam dari Dato Seri Syed Kadir. Dia terus menuju kearah papanya sebelum melabuhkan punggungnya disofa yang terdapat di bilik itu.
“Masalah apa yang berat sangat tu sampai papa beri salam pun tak berjawab?” soal Syed Kadir menyindir. Matanya seperti helang, tajam memerhati perubahan airmuka anak kesayangannya itu.
“Masalah biasa jer papa…pasal kerja.” Najwan Naqib cuba mengelak. Pandangan matanya dilarikan dari membalas renungan Dato’Seri Syed Kadir.
“Ialah tu…kalau masalah kerja papa rasa dah banyak yang kamu lalui tapi tak pernahlah sampai macam hari ni. Ini mesti masalah perempuankan?” tebak Syed Kadir lagi.
“Eh mana adalah papa. Ni masalah resort yang kita ambil di Desa Ru tu. Pekerja lama seperti tak suka dengan pentadbiran baru, so banyak yang kurang beri kerjasama dengan orang-orang kita.”  dalih Najwan Naqib lagi. Wajahnya cuba dilarikan dari pandangan lelaki yang amat di hormatinya itu. Syed Kadir tersenyum
“Aqib,Aqib. Ini papalah Aqib, jangan nak kelentong boleh? Kalau Aqib tak mahu beritahu papa sekarang tak apa, tapi papa nak beritahu Aqib satu perkara, jika Aqib perlukan bantuan papa dalam soal “hati”ni, jangan segan, papa ada telinga yang besar ini untuk mendengarnya.” Janji Dato Seri Syed Kadir sambil mengenyitkan mata.
Thank you Pa, Aqib tak akan lupa. Buat masa ni tak ada apa yang perlu dibincangkan, sebab tak ada apa-apa.” Masih cuba mengelak walaupun hatinya sudah berat menanggung rindu pada gadis itu. Namun rasa segan dan hormat pada papanya, dia hanya mampu menyembunyikan rahsia hatinya saja.
“Err..Papa nak jumpa Aqib ni ada apa? Selalunya Kak Fina yang cari Aqib.” Dato Seri Syed Kadir mendengus perlahan. Teringatkan anak perempuannya yang satu. Cuma tua tiga tahun saja dari Naqib, tapi sikap mengongkong tu saling tak tumpah macam nendanya, ibu kepada Dato Seri Syed Kadir.
“Emm..ialah tu. Ni papa dapat lari dari cengkaman kakak kamulah baru papa dapat kemari. Takut benar kakak kamu kalau papa main mata dengan mana-mana sekretari yang seksi-seksi di aras 15 ni. Macamlah papa kamu ni tak ada iman. Cinta hati papa tu nak letak kat mana .?” panjang lebar Dato Seri Syed Kadir bercerita disambut dengan ketawa besar oleh anak terunanya. Papa dan mamanya memang sweet couple. Perkahwinan atas dasar cinta walaupun penuh tentangan dari nenda mereka kerana tidak sekufu, tidak menghalang untuk kedua ibubapanya mencari kebahagian sendiri. Mamanya seorang wanita Eurasia berlainan agama sedangkan papanya pula merupakan anak lelaki tunggal nenda berketurunan syed yang kaya dan berharta. Perkenalan mereka ketika sama-sama belajar di luar negeri menarik minat mamanya mengenali Islam lalu menjadikan agama itu sebagai pegangan hidupnya sebelum dia menerima lamaran dari  Syed Kadir. Najqwan Naqib bersyukur kerana mamanya mengenali islam terlebih dahulu sebelum berkahwin dengan papanya.
“Ha ni nenda kamu bising kenapa dah lama tak nampak kamu pulang kerumah. Dia pesan suruh kamu pulang makan malam. Ada sesuatu yang hendak dibincangkan dirumah” amanat disampaikan kepada cucu kesayangan Sharifah Masitah itu. Najwan Naqib menjadi resah. Direnung wajah papanya meminta penjelasan.
“Papa tahu apa-apa ke?” soalnya bimbang. Wajah tenang papanya ditatap lama. Lelaki itu hanya tersenyum. Ini masanya dia nak kenakan anak terunanya.
“Kalau nak tahu baliklah..mungkin nenda dah jumpa calun cucu menantunya, siapa tahu..”
“Papaaaaa…” lirih suara Najwan Naqib kedengaran.” Kalau betul, apa yang perlu Qib buat? Tolonglah Pa?” risau dia bila mendengar kata-kata yang diluahkan oleh papanya.
“Hai apa salahnya. Kamu pun bukan muda lagi. Calun isteri pun tak ada.”sengaja Dato Seri Syed Kadir mengusik. Itu sebabnya dia tergesa-gesa berjumpa dengan Najwan Naqib sebaik dia terdengar perbualan sepupunya Sharifah Aliya dengan anak daranya Sharifah Shahira tengahari tadi. Kedua beranak itu tidak menyedari dia berada di cafeteria CLK kerana terselindung di sebalik suratkhabar yang dibacanya. Nasib baik Alif datang lewat, kalau tidak pasti information begini tidak sampai ketelinganya. Ibunya tidak habis-habis ingin mengatur hidup mereka, dulu dirinya sekarang cucu lelakinya pula.
“Qib tak baliklah malam ni. Cakap aje, Qib outstation. Malas Qib nak layan kerenah nenda yang tak habis-habis nak jodohkan Qib dengan perempuan yang entah apa-apa je.’ bebelnya sambil menarik muka masam. Wajahnya diraup beberapa kali.
“Dah jangan nak tarik muka. Buruk. Apa kata esok pagi Aqib ke Desa Ru, tak payah masuk ofis. Pergi check masalah yang dihadapi disana dan cari culpritnya. Duduk dua tiga hari. Any news Papa akan call.”cadang Dato Seri Syed Kadir pada anaknya.
“Dinner malam ni macamana pula Pa? Apa pula kata nenda?” Naqib masih teragak-agak. Bimbang juga jika kedua orang tuannya dipersalahkan.
“Ish, itu pun tak kanlah Papa nak ajar. Papa cakaplah kamu dah bertolak petang ni…so shoooh…pergi balik dan beritahu sekretari kamu supaya nampak real sikit. Dah Papa nak balik. Kejap lagi Fina cari Papa.Okay good luck son.Kirim salam pada Pak Karim bila kamu dah sampai sana nanti.”pesan Dato Syed pada anaknya. Najwan Naqib segera menyalami papanya sebelum memeluk erat lelaki itu.
Thanks Pa. You are the best father any child  will wish for.”kedengaran lirih suara itu.
“I know. Papa pun pernah muda juga. Okay hati-hati jalan. Bila sampai call Papa. Nanti mama kamu tak senang duduknya.” Nasihat Syed Kadir sebelum langkahnya hilang disebalik pintu. Najwan Naqib menarik nafas lega. Bertuah dia mempunya ayah yang sangat mengambil berat kebahagiaan anak-anaknya.


Meja kerjanya dikemas pantas. Interkom ditekan. Selepas memberi beberapa informasi kepada sekretarinya, Naqib segera meninggalkan bangunan CLK untuk ke Desa Ru. Kondominium miliknya yang terletak di Mont Kiara segera dituju. BMW hitamnya yang meluncur laju di bawa memasuki Sprint Highway. Hatinya tiba-tiba berkocak. Keinginan untuk melihat wajah itu semakin memuncak. BMW hitamnya memasuki arah ke  Kiara Medical Centre. Doanya semoga dipertemukan dirinya dengan gadis itu sebelum dia berangkat ke Desa Ru malam ini.