Tuesday, 13 May 2014

Andai Cinta itu Ada
Bab 4

Najwan Naqib masih lagi termenung mengadap keluar bangunan memerhati arus kenderaan yang tak pernah putus dari bilik pejabatnya di tingkat 15. Kedatangan papanya masih tidak disedari. Dato Seri Syed Kadir menggeleng-gelengkan kepalanya. Tak pernah anaknya bersikap demikian sebelum ini kecuali kejadian tiga tahun yang lalu dimana dia jatuh hati kepada seorang wanita yang telah menjadi tunangan orang. Kerana itu, Najwan Naqib membawa rasa cintanya merantau ke Dubai dan menyibukkan diri dengan cawangan pejabat mereka disana. Dato Seri Syed Kadir merasa hairan. Apa yang difikirkan sangat oleh Najwan Naqib sampaikan salam yang diberi masih tidak bersambut. Kedengaran keluhan kasar dari Najwan Naqib sebelum lelaki itu kembali kemeja kerjanya.

“Papa?! Err..bila papa masuk bilik Aqib?” soalnya terkejut. Wajahnya sudah merona kemerahan bila menerima tenungan tajam dari Dato Seri Syed Kadir. Dia terus menuju kearah papanya sebelum melabuhkan punggungnya disofa yang terdapat di bilik itu.
“Masalah apa yang berat sangat tu sampai papa beri salam pun tak berjawab?” soal Syed Kadir menyindir. Matanya seperti helang, tajam memerhati perubahan airmuka anak kesayangannya itu.
“Masalah biasa jer papa…pasal kerja.” Najwan Naqib cuba mengelak. Pandangan matanya dilarikan dari membalas renungan Dato’Seri Syed Kadir.
“Ialah tu…kalau masalah kerja papa rasa dah banyak yang kamu lalui tapi tak pernahlah sampai macam hari ni. Ini mesti masalah perempuankan?” tebak Syed Kadir lagi.
“Eh mana adalah papa. Ni masalah resort yang kita ambil di Desa Ru tu. Pekerja lama seperti tak suka dengan pentadbiran baru, so banyak yang kurang beri kerjasama dengan orang-orang kita.”  dalih Najwan Naqib lagi. Wajahnya cuba dilarikan dari pandangan lelaki yang amat di hormatinya itu. Syed Kadir tersenyum
“Aqib,Aqib. Ini papalah Aqib, jangan nak kelentong boleh? Kalau Aqib tak mahu beritahu papa sekarang tak apa, tapi papa nak beritahu Aqib satu perkara, jika Aqib perlukan bantuan papa dalam soal “hati”ni, jangan segan, papa ada telinga yang besar ini untuk mendengarnya.” Janji Dato Seri Syed Kadir sambil mengenyitkan mata.
Thank you Pa, Aqib tak akan lupa. Buat masa ni tak ada apa yang perlu dibincangkan, sebab tak ada apa-apa.” Masih cuba mengelak walaupun hatinya sudah berat menanggung rindu pada gadis itu. Namun rasa segan dan hormat pada papanya, dia hanya mampu menyembunyikan rahsia hatinya saja.
“Err..Papa nak jumpa Aqib ni ada apa? Selalunya Kak Fina yang cari Aqib.” Dato Seri Syed Kadir mendengus perlahan. Teringatkan anak perempuannya yang satu. Cuma tua tiga tahun saja dari Naqib, tapi sikap mengongkong tu saling tak tumpah macam nendanya, ibu kepada Dato Seri Syed Kadir.
“Emm..ialah tu. Ni papa dapat lari dari cengkaman kakak kamulah baru papa dapat kemari. Takut benar kakak kamu kalau papa main mata dengan mana-mana sekretari yang seksi-seksi di aras 15 ni. Macamlah papa kamu ni tak ada iman. Cinta hati papa tu nak letak kat mana .?” panjang lebar Dato Seri Syed Kadir bercerita disambut dengan ketawa besar oleh anak terunanya. Papa dan mamanya memang sweet couple. Perkahwinan atas dasar cinta walaupun penuh tentangan dari nenda mereka kerana tidak sekufu, tidak menghalang untuk kedua ibubapanya mencari kebahagian sendiri. Mamanya seorang wanita Eurasia berlainan agama sedangkan papanya pula merupakan anak lelaki tunggal nenda berketurunan syed yang kaya dan berharta. Perkenalan mereka ketika sama-sama belajar di luar negeri menarik minat mamanya mengenali Islam lalu menjadikan agama itu sebagai pegangan hidupnya sebelum dia menerima lamaran dari  Syed Kadir. Najqwan Naqib bersyukur kerana mamanya mengenali islam terlebih dahulu sebelum berkahwin dengan papanya.
“Ha ni nenda kamu bising kenapa dah lama tak nampak kamu pulang kerumah. Dia pesan suruh kamu pulang makan malam. Ada sesuatu yang hendak dibincangkan dirumah” amanat disampaikan kepada cucu kesayangan Sharifah Masitah itu. Najwan Naqib menjadi resah. Direnung wajah papanya meminta penjelasan.
“Papa tahu apa-apa ke?” soalnya bimbang. Wajah tenang papanya ditatap lama. Lelaki itu hanya tersenyum. Ini masanya dia nak kenakan anak terunanya.
“Kalau nak tahu baliklah..mungkin nenda dah jumpa calun cucu menantunya, siapa tahu..”
“Papaaaaa…” lirih suara Najwan Naqib kedengaran.” Kalau betul, apa yang perlu Qib buat? Tolonglah Pa?” risau dia bila mendengar kata-kata yang diluahkan oleh papanya.
“Hai apa salahnya. Kamu pun bukan muda lagi. Calun isteri pun tak ada.”sengaja Dato Seri Syed Kadir mengusik. Itu sebabnya dia tergesa-gesa berjumpa dengan Najwan Naqib sebaik dia terdengar perbualan sepupunya Sharifah Aliya dengan anak daranya Sharifah Shahira tengahari tadi. Kedua beranak itu tidak menyedari dia berada di cafeteria CLK kerana terselindung di sebalik suratkhabar yang dibacanya. Nasib baik Alif datang lewat, kalau tidak pasti information begini tidak sampai ketelinganya. Ibunya tidak habis-habis ingin mengatur hidup mereka, dulu dirinya sekarang cucu lelakinya pula.
“Qib tak baliklah malam ni. Cakap aje, Qib outstation. Malas Qib nak layan kerenah nenda yang tak habis-habis nak jodohkan Qib dengan perempuan yang entah apa-apa je.’ bebelnya sambil menarik muka masam. Wajahnya diraup beberapa kali.
“Dah jangan nak tarik muka. Buruk. Apa kata esok pagi Aqib ke Desa Ru, tak payah masuk ofis. Pergi check masalah yang dihadapi disana dan cari culpritnya. Duduk dua tiga hari. Any news Papa akan call.”cadang Dato Seri Syed Kadir pada anaknya.
“Dinner malam ni macamana pula Pa? Apa pula kata nenda?” Naqib masih teragak-agak. Bimbang juga jika kedua orang tuannya dipersalahkan.
“Ish, itu pun tak kanlah Papa nak ajar. Papa cakaplah kamu dah bertolak petang ni…so shoooh…pergi balik dan beritahu sekretari kamu supaya nampak real sikit. Dah Papa nak balik. Kejap lagi Fina cari Papa.Okay good luck son.Kirim salam pada Pak Karim bila kamu dah sampai sana nanti.”pesan Dato Syed pada anaknya. Najwan Naqib segera menyalami papanya sebelum memeluk erat lelaki itu.
Thanks Pa. You are the best father any child  will wish for.”kedengaran lirih suara itu.
“I know. Papa pun pernah muda juga. Okay hati-hati jalan. Bila sampai call Papa. Nanti mama kamu tak senang duduknya.” Nasihat Syed Kadir sebelum langkahnya hilang disebalik pintu. Najwan Naqib menarik nafas lega. Bertuah dia mempunya ayah yang sangat mengambil berat kebahagiaan anak-anaknya.


Meja kerjanya dikemas pantas. Interkom ditekan. Selepas memberi beberapa informasi kepada sekretarinya, Naqib segera meninggalkan bangunan CLK untuk ke Desa Ru. Kondominium miliknya yang terletak di Mont Kiara segera dituju. BMW hitamnya yang meluncur laju di bawa memasuki Sprint Highway. Hatinya tiba-tiba berkocak. Keinginan untuk melihat wajah itu semakin memuncak. BMW hitamnya memasuki arah ke  Kiara Medical Centre. Doanya semoga dipertemukan dirinya dengan gadis itu sebelum dia berangkat ke Desa Ru malam ini.
Andai Cinta Itu Ada
Bab 3

Saiful melangkah perlahan menuju ke wad yang menempatkan ibunya. Namun langkah nya terhenti apabila melihat  kelibat seorang lelaki berdiri di depan pintu wad tersebut. Wajah lelaki itu nampak masam dan bengis.
“Kau baru sampai ke angah?” soal Saiful Bahri sebaik langkahnya berhenti didepan pintu wad yang menempatkan ibu mereka berdua. Lelaki yang dipanggil angah itu mengangguk. Mukanya tajam memandang abangnya.
“Adik dengan siapa tu ?” soalnya keras. “Adik jangan buat hal pulak…majlis dah dekat ni. Jangan nak malukan keluarga.” Bebelnya geram. Saiful Bahri hanya membisu. Biarkan suasana sejuk sedikit.
“Kau tak mahu masuk tengok ibu ke angah?” soalnya lagi. Malas nak melayan kerenah adik lelaki yang muda dua tahun darinya.
“Along ni…angah tanya siapa lelaki yang bersama dengan adik kat dalam tu?” suara Saiful Nizam sudah mula meninggi. Adakah lelaki ini yang di katakan oleh Razif tadi yang memaksa Sazuana memutuskan pertunangan mereka.

“Nantilah along cerita….tapi lebih baik jika angah dengar sendiri dari mulut adik.” Katanya sambil menolak pintu wad kelas satu yang di pilih oleh Najwan Naqib merangkap bos tempat dia dan Sazuana bekerja. Sazuana yang sedang khusyuk menatap wajah ibunya yang sedang lena pantas bangun dan meluru kearah abang sulungnya.
“Doktor cakap apa along? Ibu tak  apa-apakan?” seperti peluru soalan di hamburkan. Saiful Bahri segera menenangkan adiknya dengan lembut.
“Ibu tak apa-apa. Kan Dr.Joshua dah beritahu tadi…adik jangan risau yer..”pujuknya perlahan.
“Adik…” Saiful Nizam pula bersuara. Wajahnya tegang. Matanya meleret kepada lelaki disebelah adiknya.
“Oh. Angah, ini bos along, Encik Najwan Naqib. Dia yang tolong bawakan ibu kehospital tadi.” Terang Saiful Bahri tanpa mengambil hirau wajah kelat adiknya.
“Emm..okaylah saya perlu beransur kepejabat sekarang. Kalau ada apa-apa hal nanti call saja Arif.” Naqib minta diri sebaik bersalam dengan Saiful Nizam. Namun sebaik lankahnya hampir kepintu dia kembali bersuara.
“Saiful, bawa adik awak makan. Dia belum makan apa-apa dari tadi. Assalamualaikum” bayangnya hilang disebalik pintu yang tertutup rapat. Wajah Sazuana merona kemerahan apabila pandangan tajam dari kedua abangnya ditala kearahnya.

“Apa  semua ni dik? Kenapa abang nampak adik begitu rapat pula dengan lelaki lain. Adik jangan nak buat gila ye, majlis tak sampai dua minggu lagi.” Jerkah siangah geram. Suaranya yang sedikit tinggi mengundang airmata diwajah polos adik perempuannya.
“Angah, please slow down your voice. Jangan nak meninggikan suara disini. Kita bincang dirumah nanti” tegur Saiful Bahri sebagai abang sulung.
“Tapi..” Saiful Bahri menggeleng-gelengkan kepalanya. Jam ditangan dipandang sepintas lalu. Waktu Zohor pun sudah lama masuk waktu, bermakna masa makan tengahari pun sudah nak hampir kepenghujungnya.
“Kau tunggu disini sebentar. Aku dengan adik nak ke cafeteria. Kau tunggu sampai ayah sampai. Jom adik” pantas dia meleraikan pertengkaran yang hampir meletus. Tangan Sazuana di tarik pantas lalu dibawa keluar. Saiful Nizam tak sempat menghalang abang dan adiknya yang sudah menghilang di sebalik pintu wad.
Dia mengeluh panjang sebelum bergerak menghampiri ibunya yang sedang lena di katil hospital. Kerusi ditarik perlahan sebelum melabuhkan punggungnya. Tangan ibunya digenggam erat. Dia tak mahu kehilangan wanita yang paling disayangi didunia ini selain adik perempuannya itu. 
Getaran dari telefon bimbit mengejutkan Saiful Nizam yang hampir terlena disisi ibunya yang masih belum sedarkan diri. Dengan perlahan di lepaskan tangan ibunya dan meletakkan di atas katil sebelum menjauhkah diri bagi menjawab panggilan telefon.
“Assalamualaikum…ha kau kenapa Razif?” soalnya perlahan bila menyedari pemanggil itu sahabat merangkap bakal adik iparnya,
“Kau dah pujuk Wana?” soal pemanggil itu pula. Saiful Nizam menarik nafas panjang.
“Jawab salam aku dulu. Apalah kau ni. ”
“Ialah..ialah…waalaikumussalam. Ha apa kata Wana?” soalnya lagi.
“Belum…dia bersama along. Sabarlah. Aku tengah risau ni. Ibu aku masuk hospital?”
“Kenapa? Kenapa dengan ibu?” soal Razif bimbang.
“Aku tak tahu lagi. Along belum cerita. Nanti apa-apa hal aku call. Ayah aku dah sampai  ni. Assalamualaikum” segera Saiful Nizam memutuskan panggilan . Tahap bimbangnya kini lebih tertumpu kepada wanita yang sedang terbaring di katil pesakit. Kisah Razif dan adiknya dia perlu berlaku adil untuk mendengari dari kedua belah pihak. Dia perlu mendengar cerita dari Wana pula. Setelah apa yang diterima dari Razif sebelum ini.

Saiful Nizam melihat ayahnya, Encik Solihin meluru kearah isterinya yang sedang lena di katil pesakit. Dilihat lelaki itu duduk mengadap wajah wanita didepannya dengan penuh kasih. Tiba-tiba sebak rasa hati Saiful Nizam melihat tingkah ayahnya. Dia beruntung mempunyai orang tua yang masih hidup dengan kasih sayang walau pun usia perkahwinan mereka telah melebihi tiga puluh tahun.
“Ayah…”tegur Saiful Nizam sambil menyauk tangan lelaki itu lantas dicium tanda hormat. Lelaki itu seperti terkejut bila melihat anak keduanya ada disitu.
“Kenapa dengan ibu angah?” soal Encik Solihin perlahan. Tidak mahu mengganggu lena isterinya. Pandangannya segera kembali berkalih kearah  wajah wanita yang dicintainya sejak tiga puluh tahun dahulu. Walaupun perkahwinan tanpa cinta, tapi restu ibu bapa banyak memainkan peranan dalam mengekalkan kerukunan rumahtangga mereka malah telah membuahkan cinta saat akad telah termeterai.
“Angah tak tahu ayah. Along yang call beritahu ibu dihospital” jawabnya lemah. Dia sebenarnya keliru. Adakah pergaduhan Wana dengan Razif punca ibu mereka sakit atau ada cerita lain. Rasa cuak dihatinya mula menerpa. Namun dia akan cuba mendapatkan jawabannya dari Sazuana nanti.
“Along dan adik kemana?” soal Encik Solihin lagi. Tangannya asyik mengelus jari jemari isterinya denagan lembut. Bimbang melihat keadaan isteri yang telah banyak berkorban untuk dirinya dan anak-anak mereka.
“Along dan adik ke cafeteria. Kejap lagi naiklah tu..”belum habis ayat yang dituturkan orang yang disebut sudah berada didepan pintu.
“Ayah..” airmata Sazuana kembali membasahi pipinya. Diterpa tubuh ayahnya dan di peluk erat sambil melampiaskan deraian airmata di baju kemeja bercorak batik yang dipakai oleh Encik Solihin.
“Syyyy,,,adik sudah-sudahlah tu…ibu tak apa-apakan. Kalau ibu tengok adik asyik menangis aje nanti lagi ibu rasa susah hati. Sudah jangan nangis. Kita sama-sama berdoa agar ibu cepat sembuh. Adik dah solat belum? Ni dah pukul berapa?” tegur Encik Solihin tegas dalam kelembutan alunan suaranya.
“Adik dengan along dari surau tadi. Itu sebab lambat sikit. Ayah dah makan.Angah?” lemah saja suara Sazuana sambil mengesat airmatanya sambil menoleh kearah abang keduanya yang sedang berdiri  disisi katil ibu mereka.
 “Angah pergi bawa ayah makan dulu dan kemudia solat. Lepas ni along nak bincang dengan angah dan ayah”  tegas suara Saiful Bahri mengarah.
“Ayah tak ada seleralah. Ayah cuma nak pergi solat dulu.” Encik Solihin menolak perlahan.
“Ayah, temankan angah makan dulu. Nanti kita pergi solat sama-sama.” Pujuk si angah pula. Dia tahu ayahnya sedang gelisah bimbangkan isteri tersayang. Tapi kalau tak dipaksa pasti ayahnya tidak akan makan selagi isterinya masih belum sedar.
“Ialah ayah, pergilah temankan angah makan. Adik dangan along akan jaga ibu. Apa-apa hal nanti adik akan beritahu pada ayah.” Janji Sazuana lembut. Diusap-usap lengan ayahnya separuh memujuk. Wajah lelaki itu nampak sugul. Bimbang untuk meninggalkan isterinya.
“Ialah..ayah pergi dulu. Kalau ada apa-apa hal cepat beritahu ayah dan angah” katanya sambil melangkah berat keluar dari bilik yang menepatkan isterinya. Sazuana dan abangnya menarik nafas lega. Kesihatan Encik Solihin juga perlu diambil perhatian. Lelaki itu mengidap gastric yang teruk juga jika tidak dijaga makan dan minumnya. Ini memang sudah diketahui oleh ahli keluarganya yang lain. Itu sebab  Puan Safiah dan anak-anaknya cukup berhati-hati dalam menjaga pemakanan Encik Solihin.
“Along, malam ni biar adik jaga ibu.”kata Sazuana sebaik dia mengambil tempat yang ditinggalkan oleh ayahnya tadi. Tangan pantas meraih tangan ibunya lalu di ramas perlahan. Saiful Bahri hanya membisu. Perasaannya berbelah bagi. Kesian melihat keadaan adik dan ibunya. Perasaan marah kembali meruap-ruap didadanya. Selepas mendengar cerita dari Sazuana, dia pun tidak menginginkan Razif sebagai adik iparnya. Jika lelaki itu ada didepan mata sudah pasti lunyai dikerjakannya. Jika sebelum ini bila dia mendengar cerita sikap playboy bakal iparnya tidak pernah diendahkan. Dia hanya menganggap itu sebagai gossip biasa saja kerana Razif memang tergolong antara jejaka tampan di syarikat itu. Dengan kedudukannya yang agak tinggi di syarikat tersebut dia merupakan calun terbaik untuk dijadikan pasangan hidup atau pun kekasih.  Saiful Bahri kurang bercampur dengan bakal adik ipar tak jadinya itu disebabkan dia berlainan cawangan. Mereka hanya bertemu jika ada mesyuarat penting di HQ, manakala Sazuana pula berkerja satu tempat dengan Razif cuma berlainan aras saja.

Pertunangan terjadi adalah kehendak Razif yang kononnya telah jatuh cinta dengan Sazuana bila kali pertama melihat gadis itu di majlis makan malam yang dianjurkan oleh syarikat mereka pada dua tahun lepas. Walaupun pada mulanya dia membantah, namun atas desakkan angah yang sangat akrab dengan Razif dan keluarganya, risikan dan permintaan Razif mereka terima. Puas Razif dan angah melobi untuk menarik hati ayah dan ibu. Sikap Sazuana yang sangat menurut kata kedua ibu bapa mereka juga tidak banyak membantu. Dia memang tidak akan menyalahkan adik perempuannya itu kerana sikap polos dan sangat mendengar kata, namun ada ketika dia teringin mendengar adiknya membantah setiap permintaan mereka. Kekadang dia sendiri terfikir, kemana pergi hati dan perasaan adiknya itu.


Ditatap lama wajah adiknya yang lembut itu. Dengan alisnya yang cantik terbentuk dan hidungnya yang comel terletak, Sazuana memang seorang gadis yang dianugerahkan Allah cukup pakejnya untuk menjadi idaman lelaki. Kecantikkan yang diwarisi dari arwah nenek mereka itu kadangkala menjadikan mereka resah, bimbang satu-satunya adik perempuan mereka kecundang dalam mengharungi dunia yang penuh dugaan dan cabaran ini.Dan dia tiba-tiba teringatkan Najwan Naqib.  Hatinya bertambah gundah.

Thursday, 8 May 2014

Milik Siapa Hatimu
Bab 15
Junaidah masih tidur semasa Adura meninggalkan rumah. Hari ini Abang Dzul akan menghantarnya ke tempat kerja memandangkan kereta Junaidah ditinggalkan disana. Lelaki itu tersenyum bila memandang wajah cemberut Adura. Mesti bimbang akan kejadian semalam. Si Adura ni pun satu, suka sangat buat hal. Dah tahu diri itu dalam perhatian, masih juga buat perangai kurang matangnya, ngomel Dzulkarnain dalam hati.
“Ini Dura, Kak Nurul kirim buat sarapan.” Abang Dzul menyua tupperware berisi kuih serimuka kepada Adura. Adura bagi Dzulkarnain sudah seperti adiknya sendiri. Hubungan Adura dan keluarganya semakin akrab bila gadis ini juga secara tidak langsung pernah memberi bantuan kepada  isteri dan anaknya yang mendapat kemalangan kecil semasa beriadah di Hutan bandar. Sikap ramah Nurul Asyikin isteri Dzulkarnain dan Dzamiri anak mereka yang manja, menjadikan Adura cepat mesra dengan keluarga abang angkatnya ini..
“Sedapnya…rajin Kak Nurul. Abang, nanti beritahu pada kakak Dura kata terima kasih daun keladi. bekasnya Dura bagi nanti.” sempat Adura berpantun bila melihat kuih kegemarannya dibekalkan oleh keluarga angkatnya itu. Dzulkarnain tersenyum gelihati melihat telatah Adura yang mencuit hati. Gadis comel merangkap adik angkat dia suami isteri itu memang gemar memakan kuih seri muka .
“Yalah. Hah. kerja baik-baik. Jangan buat hal lari dari office pulak. Tengku Haikal baik orangnya. Dia bukan pendendam, dan abang rasalah dia tu sebenarnya  suka  dengan Dura..” usik Dzulkarnain bila teksinya berhenti di pintu masuk bangunan Bersatu Maju. Adura mencebik.
“Apalah Abang Dzul ni…ada ke cakap macam tu. Dura ni siapa, cantik tidak, kaya pun tidak, mana layak dengan orang macam tu” sangkal Adura bengang. Kulitnya yang putih telah berona merah. Marah ke malu? Dzulkarnain ketawa.
“Ok bang ni duit teksinya..” Adura menghulur tambang teksi kepada Dzulkarnain tapi lelaki itu menolaknya.
Kan abang dah kata, Dura sekarang dah jadi adik abang dan menjadi tanggungjawab abang membantu Dura jika diperlukan. Simpan duit tu. Nanti kalau Tengku Haikal buli, jangan nak lari lagi. Dia saja mengusik aje tu.” Tegas suara Dzulkarnain mengingati Adura yang berdiri tercegat di sisi teksinya. Mata yang bundar itu digenangi air. Tersentuh hatinya bila ada orang lain ingin menganggap dirinya yang yatim piatu itu sebagai saudara.
“Ek eleh..baru tinggi suara sikit dah nak nangis. Cengengnya dia..” usik Dzulkarnain sambil tersenyum. Adura segera menyeka airmata yang hampir tumpah.
“Terima kasih bang. Terima kasih kerana menganggap Dura sebagai adik abang..Dura..”
“Dah jangan buat drama sedih kat sini. Pergi masuk cepat dan makan. Petang nanti Dura balik sendirikan?” soal Dzulkarnain mematikan percakapan Adura yang penuh drama tadi. Gadis itu mengangguk.
“Ok, kalau gitu abang pergi dulu. Jaga diri dan kalau ada masalah call abang. Assalamualaikum” Dzulkarnain terus meninggalkan Adura yang masih berdiri termanggu. Kalau duduk lama, pasti drama airmata itu akan jadi lebih panjang. Walaupun baru beberapa bulan mengenali gadis itu, dia sudah cukup masak dengan sikap cengeng Adura. Tak boleh di layan . Teksi dipandu perlahan menyusuri jalan yang mula sesak untuk mencari rezeki buat keluarga tercinta.

Adura hanya memerhati teksi merah milik Abang Dzul yang mula hilang dari pandangannya.Bunyi hon kereta mengejutkan dia dari lamunan. Kereta BMW milik Tengku Haikal melungsur laju memasuki pengkarangan bangunan Bersatu Maju Holdings . Melihat Tengku Haikal yang keluar dari perut kereta mewah itu menjadikan gadis itu mengelabah. Dia yang baru hendak menapak ke bangunan milik MBH, sengaja memperlambatkan langkah, lebih-lebih lagi bila dilihat Tengku Haikal berdiri disisi kereta sambil memerhatinya dengan senyuman terukir dibibir. Kenapalah mamat ni tak terus masuk. Dia tunggu siapa pulak ni. Takkanlah tunggu aku. Parah…parah aku,bisik Adura didalam hati. Gerun hati Adura melihat panahan mata Tengku Haikal yang tajam memandangnya.
“Good mornig Adura.” Tegur Tengku Haikal mesra sebaik gadis itu menghampirinya. Adura yang jalan menunduk terkejut. Wajahnya yang kemerahan kerana simbahan matahari pagi bertambah merah bila melihat renungan redup dari Tengku Haikal.
“Err…assalamualaikum Tengku, awal sampai?” perli Adura pula dengan selamba. Tengku Haikal tersenyum. Oohh, dah pandai perli orang yer.
“Waalaikumussalam…saja. Nak pastikan orang tu datang kerja atau masih cuba nak melarikan diri” balas Tengku Haikal mengusik. Langkah Adura terhenti. Bibirnya diketap. Matanya bulat memandang wajah Tengku Haikal. Perli akulah tu,hati Adura berbisik bengang.
“Shall we…” sambungnya cepat bila dilihat gadis itu seperti mahu memperkatakan sesuatu sambil menarik lengan Adura menuju ke lif. Maya yang berada di sebalik kaunter terkedu melihat gelagat Tengku Haikal dan PA barunya . Matanya tajam memerhatikan gelagat orang-orang penting ditingkat lima itu. Eh mereka berdua ni ada apa-apa ker? Sweet gitu bila melihat Tengku Haikal yang mendahulukan Adura memasuki perut lif.  Kelihatan Tengku Haikal membisik sesuatu rapat ke telinga gadis itu dan si gadis pula nampak malu-malu. Ah pasti kecuh satu bangunan jika ianya benar. Tentu Tengku Emelda akan mengamuk jika melihat adengan pagi ni. Lebih parah lagi jika dia tahu gadis cantik  yang berduaan dengan lelaki terhangat dibangunan itu adalah PA nya yang baru. Maya tersenyum sendiri. Seronok juga kalau dapat kenakan perempuan sombong itu.
Wajah Adura kelihatan kelat bila memasuki ruang pejabat di tingkat lima itu. Usikan Tengku Haikal didalam lif tadi benar-benar mengacau jiwanya dipagi hari. Ada pulak dikatanya sengaja pakai cantik hanya untuk menggoda lelaki itu. Eiii…kirim salam. Baju kurung warna merah jambu ni dah berapa kali dipakai sejak dia mula bekerja di MBH. Saja je cari pasal. Tengku Haikal yang berjalan seiringan dengannya tiba-tiba berhenti.
“Awak dah breakfast belum?” soalnya tiba-tiba. Mata Tengku Haikal redup memandang wajah comel gadis disisinya. Sengaja dia datang awal dengan tujuan untuk mengajak gadis ini breakfast dengannya.
“Belum” pantas saja dia menjawab. Langkahnya hampir diayun bila Tengku Haikal menyambung kata.
“Lepas ini kita pergi bawah, breakfast sekali” arah Tengku Haikal. Bimbang jika kejadian seperti semalam berulang lagi. Adura terkebil-kebil memandang Tengku Haikal dengan rasa pelik.
“Err..tak apalah Tengku, ada orang kirim bekal. Nanti saya makan kat pantri je lah” Adura menolak sopan. Nak mampus makan dengan bos depan orang ramai. Tak pasal aku kena gosip lagi macam hari tu. Tengok jelah sekarang , pasal selalu breakfast dengan Encik Farid, dia dengan Cik Hani sudah bermusuh.
“Siapa kirim? Boy friend awak si pemandu teksi tu ke?” tiba-tiba keras saja suara Tengku Haikal. Wajahnya kelihatan tegang. Adura yang baru nak menghayun langkah terhenti. Dipandang wajah Tengku Haikal yang sedang merenungnya tajam. Eh kenapa pulak mamat ni. Takkan cemburu kut.
“Abang angkat saya bagi tadi, wife dia kirim…”balasnya malas sambil menghayun langkah meninggalkan Tengku Haikal yang masih berdiri didepan pintu biliknya.  Tengku Haikal menarik nafas lega. Wajahnya kembali ceria. Dengan langkah yang penuh karisma,Tengku Haikal melangkah menuju bilik Pengurus Syarikat.
“Adura, buatkan saya secawan nescafe, jangan manis “ arah Tengku Haikal sambil memulas tombol pintu biliknya. Adura termanggu-manggu. Tadi kata nak breakfast di cafeteria syarikat, tapi kenapa minta air pulak ni, gumam hati Adura kehairanan.
“Eh bukan tadi Tengku kata nak breakfast di cafeteria ke?” soal Adura pelik.
“Tak jadi..tak ada orang nak teman..” selamba dia menjawab sambil melangkah masuk kedalam ofisnya. Adura  mencebik geram, namun dia bingkas juga bangun menuju kepantri sebaik meyimpan tas tangannya dan mengambil bekalan yang diberi oleh abang Dzul tadi .  Dia membancuh  minuman yang diminta dan meletakkan dua potong kuih seri muka kedalam piring dan kemudian dengan menggunakan dulang kecil yang terdapat di pantry, Adura menatang nescafe dan piring kuih kebilik Tengku Haikal. Sebaik mendengar arahan masuk, Adura terus memulas pintu bilik Tengku Haikal dan berdiri mengadap lelaki itu dari depan pintu. Kejadian semalam masih segar dalam ingatan. Namun dia harus berani menghadapi situasi ini. Adura berjalan pantas menuju meja kerja Tengku Haikal. Diletak air dan kuih di sudut meja agar tidak mengganggu jika lelaki itu bekerja. Tengku Haikal menjeling kearah Adura dan dijungkitkan keningnya bila melihat kuih seri muka didalam piring.
“Bekal yang kakak angkat saya kirim tadi, mereka tahu kuih ni kegemaran saya”terang Adura tanpa dipinta. Tengku Haikal tersenyum. Hendak juga dia berkongsi bekal dengan aku. Tak payahlah turun ke cafĂ© untuk breakfast, cukuplah dengan dua keping kuih dan secawan nescafe buat pengalas perut, bisik hati kecil Tengku Haikal. Bau harum daun pandan dari kuih seri muka itu membuatkan dia menelan air liur. Segera dicapai piring kuih tadi dan menyudu sedikit kuih tersebut terus kemulutnya. Memang sedap. Sekejap aje dua keping kuih itu hanyut kedalam perutnya yang memang tengah lapar. Adura yang memandang gelagat Tengku Haikal terkedu. Lapar benar ke lelaki ini?
“Dura…ada lagi tak?”soalnya berharap. Matanya redup memandang Adura minta kesian. Macam anak kucing kelaparanlah pulak. Comel. Rasa macam nak gosok-gosok pulak kepala Tengku Haikal. Ish, mulalah nak mengarut. Adura menelan air liur.
“Adura?” tegur Tengku Haikal bila dilihat gadis itu memandangnya tanpa berkelip-kelip. Adura terkejut. Bulat matanya membalas renungan Tengku Haikal.
“Comel sangat ke saya ni?” Matanya di kelip-kelipkan beberapa kali sambil senyuman manis menghiasi bibirnya. Adura mencebik walaupun wajahnya telah merona kemerahan. Kantoi tertangkap merenung anak teruna orang.
“Tak ada maknanya….” Bebelnya geram sambil melangkah keluar menuju ke pantri. Kedengaran suara tawa Tengku Haikal mengiringi langkahnya.Tak sampai hati pulak bila melihat lelaki ini kelaparan. Sekembalinya dia ke bilik Tengku Haikal, di lihat lelaki itu sudah kembali khusyuk mengadap lap topnya. Adura  menambah lagi dua keping kuih seri muka kedalam piring Tengku haikal dan meletak sebotol air mineral disisi cawan Nescafe tadi. Tengku Haikal menjungkitkan keningnnya biila melihat botol air mineral itu.
“Kuih dah manis, jangan nak minum dengan air manis pulak…nanti kena kencing manis baru padan muka” perlahan Adura membebel namun didengari oleh Tengku Haikal. Dia ketawa kecil. Kalaulah Adura tahu dia tak boleh makan pulut. Apa agaknya akan di lakukan. Tapi kuih seri muka tu memang sedap dan perutnya lapar. Tak sempat nak breakfast dirumah.. Tak kisahlah, ubat allergi tu dia sentiasa bawa.
“Belum kahwin lagi dah pandai nak membebel..nanti kalau dah kahwin, naik tuli telinga suami awak tau!” Usik Tengku Haikal spontan. Merona kemerahan wajah gadis itu bila diusik.
“Suami saya…tak kisahlah. Pandailah saya jaga nanti…bukan nyusahkan Tengku pun…”balas gadis itu selamba. Entah mengapa pagi itu mulut Adura begitu ringan saja membalas setiap buah butir bicara Tengku Haikal. Perasaan cuak dan gementarnya yang sebelum ini kuat mencengkam perasaannya seperti telah hilang entah kemana.
“Kalau saya yang jadi suami awak pun saya pun tahu macamana nak kasi awak senyap….” Tengku Haikal seperti tidak mahu mengalah. Seronok pulak dapat mengusik Adura, lebih-lebih lagi bila dilihat wajah gadis itu sudah semakin merah menahan malu atau marah?
“Emm…tak de maknanya…” mengelabah Adura menjawab.
“Belum cuba belum tahu…” Tengku Haikal masih belum puas mengusik bersuara selamba. Adura seperti cacing kepanasan menjeling kearah Tengku Haikal dengan geram. Ada aje jawaban dia.Dengan pantas tangannya mencapai dulang dan melangkah keluar dari bilik Tengku Haikal dengan perasaan malu bila dilihat Tengku Haikal mengangkat keningnya seperti mencabar. Kedengaran  tawa Tengku Haikal meletus mengiringi langkah Adura yang sedikit kelam kabut itu.
Adura separuh berlari menuju ke pantry. Debaran didadanya tak payah cakap. Seperti orang baru habis berlari naik tangga. Apalah agenda Tengku Haikal sebenarnya. Adura menarik nafas panjang sebelum melangkah semula kemeja kerjanya.
‘Eh,Kak Farah, kata ada check up pagi ni…”tegur Adura. Terkejut dia bila melihat wanita itu sedang duduk sambil mengipas-ngipas badannya.
“Che Abang tak dapat nak hantar pagi ni. Tengahari nanti baru dia free. Tiba-tiba aje ada mesyuarat tergempar. Akak kena ambil half day leave hari ni. So macamana dengan yang kat dalam?” soal Farah sambil mengangkatkan keningnya. Adura kembali menarik muka. Tangannya pantas menekan punat ON di CPU untuk menaktifkan computernya. Malas nak layan usikkan Farah. Tahu sangat dengan perangai rakan sekerjanya itu. Kaki korek rahsia.
“Hello Cik Adik…ada apa-apa yang berlaku ke diawal pagi tadi ker sampai muncung kat depan tu boleh digantung hanger?’usik Farah lagi sambil tersengih.
“Akak ni…agak-agaklah. Carilah tempat lain nak gantung hanger…” rungut Adura manja.
“Yalah kalau muncung tu dah panjang sangat..tak yah lah susah-suasah cari tempat lain  lagi…pakai aje yang depan mata ”balas Farah sambil ketawa. Makin panjang muncung si gadis manis itu dan terus  mengundang ketawa dari ibu muda itu.
“Amboi Farah…ketawa tak agak-agak. Nanti terberanak kat sini macamana? Saya belum lulus lagi untuk jadi bidan…Kalau Adura lagilah awak jangan harap. Mau dia keras kat sini sebab terkejut.” Tiba-tiba suara lelaki yang jadi topik perbualan mereka menegur. Adura yang  sedang mengadap Farah menjadi kejung . Pantas dia memusingkan badan mengadap PC didepannya. Matanya dijeling kearah Tengku Haikal yang sedang bersandar dimuka pintu. Bibirnya mencebik geram.
“Ha jeling,jeling..nanti juling baru tahu. Tapi I tak kisah…”tegur Tengku Haikal lagi sambil mengusik penuh bermakna. Redup pandangannya jatuh diwajah Adura yang sudah merona kemerahan. Farah yang mendengar terus terdiam. Dipandang lama kearah dua insan yang nampak sepadan didepannya. Erk? Ada apa-apa kes yang aku tak tahu ke tentang budak berdua ni, bisiknya didalam hati. Nampak semacam jer ayat-ayat yang dikeluarkan. Wajahnya penuh tandatanya.
“Ha Farah, jangan buat-buat confius pulak. Tolong call Adam dan Chong jumpa saya sekarang. Dura, masuk dan bawa sekali file Projek Resort di Sabah. Time to work girls..dah jam 9 pagi ni…” serius suara Tengku Haikal. Nampak penuh karisma. Kali pertama Adura mendengar nada suara Tengku Haikal sebegitu. Dia jadi tergamam dan teruja.
Pantas dia mencapai file yang dikehendaki dan bergegas untuk menuju masuk kebilik bakal CEO MBH itu .  
“Dura…” panggilan Farah mematikan langkah Adura. Pantas dia menoleh kearah wanita itu sambil menjungkitkan keningnya.
Be careful girl…” serius suaranya. Adura kebingungan. Wajah Farah direnung minta pencerahan.

He already taken..” sambung Farah  sebelum mencapai ganggang telefon didepannya dan membuat panggilan seperti yang disuruh, membelakangkan Adura yang masih berdiri terpaku di sisi mejanya. Hati mula terasa ketat. Jika tadi dia seperti teruja,kenapa perasaan itu hilang dengan tiba-tiba. Kata-kata Farah seperti menyedarkan dia tentang sesuatu. Kita tidak sekufu.