Wednesday, 23 October 2013


Milik siapa hatimu?
BAB 4

Adura segera meletakkan kek dimeja kecil didepan kedua puteri yang ditinggalkan tadi. Wajahnya kemerahan akibat kepanasan. Itulah jalan dekat ada tak mahu guna .Terpaksa berjalan jauh sedikit hanya untuk mengelakkan dari bertembung dengan Tengku Haikal. Salah seorang pekerja kak Yati yang menjadi penjaga sementara kedua kanak-kanak itu segera meninggalkan Adura sebaik gadis itu tiba.
"Kenapa Kak Dura lambat? Uncle Ekal tunggu lama tau..dia dah lapar" Puteri Intan merungut. Wajah polos kanak-kanak itu direnung lembut. Alahai comelnya dengan bibir yang dimuncungkan kedepan.
"Maafkan patik tuan puteri…tadi ada lanun yang cuba merampas kek kegemaran tengku puteri berdua. Patik terpaksa beradu tenaga. Itu sebabnya patik lambat sikit." Adura mengusik kedua anak saudara Tengku Haikal bersahaja. Mengekek-ngekek mereka ketawa.
"Wah pandai betul awak layan anak saudara saya." Tegur satu suara dari belakang. Adura yang sedang duduk bertinggung terjelepuk kelantai kerana terkejut. Tengku Haikal ketawa gelihati. Adura segera bangun dan menunduk malu.
Habislah aku….mana aku nak lari lagi keluh Adura didalam hati. Tengku Haikal yang membawa dulang berisi air dan sepiring kek dijelingya  dan dia kemudia merasa terkejut.
"Eh…tengku, kenapa angkat sendiri? Kenapa tak suruh pekerja Serambi Catering saja yang hantar?" soal Adura,terlupa akan dilema dirinya sendiri. Dicapainya dulang dari Tengku Haikal dan disusun air minuman dan kek tadi diatas meja. Tengku Haikal pula terkebil-kebil melihat perilaku Adura.Pelik,tadi tersipu-sipu malu, sekarang selamba jer.
"Ialah tuu..kalau nak tunggukan kek yang orang tu janji nak bawa,kempunanlah jawabnya" perli Tengku Haikal pula. Adura membatu. Terasa berbahang wajahnya menahan malu.
"Uncle Ekal ni…bukan Kak Dura sengajalah…dia kena lawan lanun dan orang jahat yang nak makan kek nilah…itu sebab lambat…kan Intan" Tengku Dayana back up baik. Adura tersengih memandang Tengku Dayana. Thanks love. Adura berbisik perlahan. Namun Tengku Haikal dapat menangkap bisikan itu. Direnung wajah Adura yang nampak sedikit kepenatan.
"OOhh..gitu. Kuat sungguh Panglima Adura yer…tengku puteri tidak menghadiahkan apa-apa pada Panglima Adura yang telah banyak berjasa ke?" usik Tengku Haikal menyambung lakonan yang di mainkan oleh Adura dan anak-anak saudaranya. Dayana dan Intan ketawa mengekek-ngekek.
"Apalah Uncle Ekal…Kak Dura tu perempuan, mana boleh jadi panglima…Intan nak bagi gelaran Puteri Adura…emmm..bolehkan Uncle Ekal?"
Tengku Haikal yang berpura-pura berfikir,mengangguk-anggukkan kepalanya melayan kerenah kedua anak saudaranya yang manja.
"…dan Uncle Ekal pula sebagai Putera Ekal" sambung Tengku Dayana pula.
"Patik sokong dengan cadangan tengku puteri berdua…"  Tengku Haikal tergelak melihat karenah anak saudaranya. Direnung wajah Adura yang mula kemerahan. Gadis itu mengigit bibirnya seperti menahan tawa.Eii…rasa macam nak gigit jer bibir tu. Geram bila mengingatkan betapa celuparnya mulut itu petang tadi.
"Yang awak berdiri disitu kenapa Adura. Duduk. Saya belum nak rekrut guard baru lagi" sengaja dikeraskan suaranya kepada Adura sambil menarik kerusi dari meja yang kosong.
"Emm…tak apalah tengku,saya banyak kerja lagi ni…Nanti bos marah,saya pergi dulu.." Adura berdalih dan cuba melarikan diri. Kalau dia masih disini pasti teruk di buli oleh Tengku Haikal.
"Tak payah, duduk layan kami ajer…tak ada siapa nak marah awak. Saya akan settlekan dengan Puan Haryati nanti."pantas Tengku Haikal membantah. Dia sedar gadis ini cuba melarikan diri darinya dan dia pula telah bersedia untuk memprotes apa saja alasan yang akan diberikan oleh gadis ini. Gadis didepannya mengelisah. Tengku Haikal tersenyum. Dia segera bangun dan berdiri rapat menghampiri Adura. Namun dengan pantas Adura menarik kerusi lalu duduk  dengan bengang. Kedengaran Tengku Haikal ketawa kecil.
"Emm…tak ada lain nak membulilah ni.." ngomel Adura perlahan namun didengari oleh Tengku Haikal jelas. Dia kembali duduk mengadap Adura. Badanya dirapatkan kedepan.
 " Ini baru permulaan…yang lain akan menyusul kemudian Cik Adura. The games has just begun" suara Tengku Haikal lembut menggoda penuh ancaman menyusup ketelinga Adura. Wajah gadis itu merona kemerahan. Dia merasa malu dan bengang. Tak kanlah kisah petang tadi dibawa sampai ke malam ini, bisik hati kecilnya. Hatinya panas tiba-tiba.Tekaknya merasa kering. Disauk aje gelas fresh orange yang terletak didepannya dan di teguk separuh dengan niat untuk menyejukkan hatinya. Tengku Haikal menjongketkan keningnya. Diperhatikan saja gelagat gadis didepannya sambil tersenyum.
"Kak Dura, kenapa minum air Uncle Ekal?" soal Intan pelik. Tersembur fresh orange yang disedut Adura kemuka Tengku Haikal kerana terkejut. Berubah muka Tengku Haikal . Adura menjadi panik. Tengku Dayana dan Tengku Intan ketawa mengekek-ngekek. Tengku Haikal tergamam.
"Oh Tengku…maaf.Tak sengaja terminum air tengku. Nanti saya pergi ambil yang baru…" Adura mula kelam kabut bila melihat wajah Tengku Haikal sudah berubah warna. Dia segera bangun dan cuba melarikan diri.
"Adura!" pekik Tengku Haikal bengang. Adura yang baru hendak melangkah terhenti kerana terkejut. Menggigil kepala lututnya bila mendengar suara Tengku Haikal yang telah naik beberapa oktah. Deraian ketawa dari Tengku Dayana dan Tengku Intan juga tidak kedengaran lagi. Adura memandang muka Tengku Haikal dengan perasaan gementar. Mata lelaki itu yang tertutup sedikit mungkin sedang menahan pedih akibat  percikan fresh orange yang tersembur dari mulut Adura tadi. Dia menjadi lebih takut. Sekiranya lelaki ini tiba-tiba buta akibat kejadian ini, pasti dia akan dipersalahkan.
"Whats the heck…oh my God…what's happen to you bro?" tiba-tiba satu suara menegur Tengku Haikal. Adura yang sedang mencari alasan untuk melarikan diri terus mencari tuan empunya suara. Dia kenal lelaki itu. Anak kedua Datin Alia dan papa kepada Tengku Intan semasa dikenalkan oleh Kak Yati tadi
"Ah..Tengku Danish….minta maaf…saya tak sengaja…errrr…tolong tengokkan Tengku Haikal…saya nak ambilkan air yang baru.." dengan cepat Adura memberi alasan. Tengku Haikal yang mendengar kata-kata dari Adura sedar itu taktik gadis itu untuk melarikan diri…
"Adura…don't you dare.." belum habis Tengku Haikal menghabiskan ayatnya, Adura sudah hilang dari pandangan.
"Damn" gumamnya.
"Hello bro. Watch up your language. Anak-anak saudara kau disini…and lagi satu control your volume Kesian budak dua orang ni dah terkulat-kulat macam nak menangis." tegur Tengku Danish perlahan. Tengku Haikal yang sedang membersihkan mukanya dengan kain napkin terhenti. Dilihat wajah polos kedua anak saudaranya dengan  wajah bersalah.
"Sorry girls. Muka Uncle Ekal dah tak handsome kena sembur dengan orange juice tadi. Dah tak boleh jadi Putera raja." bisiknya perlahan memujuk. Kedua anak kecil itu merenung muka Tengku Haikal tajam.
"Kenapa uncle Ekal marah Kak Dura?" soal mereka pula. Tengku Haikal terpinga-pinga. Ah sudah. Adura dah pasang kroni didalam keluarga aku pula ker? Wajah anak saudaranya di pandang sekilas lalu. Susah juga kalau ada anak saudara yang terlebih bijak.
"Uncle tak marahlah…geram jer…" lelaki itu cuba berdalih. Tengku Danish yang sedang mendengar perbualan itu mencelah.
"Kenapa pulak kau geram?" soalnya sambil melabuhkan punggung dikerusi yang dikosongkan oleh Adura sebentar tadi.
"Mau aku tak geram…bukan dia nak tolong bersihkan muka aku ker…atau bersihkan baju aku… Hei dia tak sedar ke apa yang dia dah buat kat aku.. Mana aku tak bengang. Kalau perempuan lain siap bukakan baju lagi.." ngomel Tengku Haikal meluahkan perasaan tidak puas hatinya.Tengku Danish yang mendengar penjelasan dari  abangnya tidak dapat menahan ketawa lagi. Suaranya bergema melangkaui musik yang menjadi halwa telinga para tetamu malam itu.
"Hoiii…tolong kawal suara kau tu Danish…kalau ketawa tak tau nak agak..malu semua orang tengoklah"gumam abangnya. Dahlah wajah dan bajunya kotor dan melekit akibat kejadian itu ditambah pula perangai adik yang kalau ketawa boleh retak dinding rumah dibuatnya.
"Sorry…sorry..You and that girl are funnylah bro...kau punya "tolong" dan dia punya "tolong" ada sikit berbezalah bro. kau nak dia tolong bersihkan badan kau yang dah lenjung dan aku rasa tak manislah dan dia pula still nak tolong...tapi tolong ambil minuman yang barulah, itukan kerja dia.." Tengku Danish kembali menyambung tawanya sambil mengesat airmata kerana terlalu gelihati.
"Amboi abang…gembira sakan sampai suara boleh dengar dari dalam."tegur Tengku Suhana isterinya yang anggun ber kebaya nyonya.
"Hello dear…dah habis borak dengan mother in law kesayangan awak tu?"perli sang suami sambil menahan tawa. Tangannya pantas mencapai tangan sang isteri yang telah dinikahi hampir lima tahun itu.
"Alahai…dengan emak sendiri pun nak cemburu. Anak manja!"usik sang isteri pula mesra. Tengku Danish ketawa. Hati suami mana tidak bahagia bila hubungan kedua wanita yang paling disayangi itu mesra dan akrab sekali.
"Eh..kenapa dengan muka along?" soal Tengku Suhana pelik bila di lihat wajah Tengku Haikal seperti baru lepas mandi. Tawa si suami berderai sekali lagi.
"Abang ni dah kenapa?" Tengku Suhana melihat pula muka suaminya kehairanan. Laki aku ni dah kena sawan ketawa ke? Bisik hati kecilnya.
"Mummy…Uncle Ekal kena oren jus" cepat Tengku Intan menyampaikan maklumat pada ibunya.
"Intan kasi tumpah air ye?" soal siibu sambil menghampiri anak gadisnya.
"Bukanlah Mak Ngah..Kak Dura.."cepat Tengku Dayana memotong.
"Siapa Kak Dura?" soal Tengku Suhana bertambah pelik.
"Budak perempuan tu tersedak lalu tersembur kemuka along…" terang Tengku Danish pada isterinya.
"Tak kanlah tersedak sampai tersembur air kemuka along pulak…"ngomel isterinya masih tak faham. Tengku Danish juga terfikir benda yang sama.
"Ha'ah along….kenapa tersedak begitu teruk sekali?" soal Tengku Danish pula.
"Hey rimaslah aku dengan soalan korang berdua…dah macam polis pencen.." bebel Tengku Haikal bengang sambil mengesat rambutnya yang sudah serupa jerami basah .
"Kenapa Kak Dura tersedak Intan?" soal si ibu pada anak tunggalnya pula.
"Tak tau..Intan tegur Kak Dura kenapa minum air Uncle Ekal, tiba-tiba air keluar dari mulut Kak Dura pulak macam air pancut…" selamba jer sicomel itu bertutur sambil tersengih. Termanggu Tengku Suhana sebentar. Dipandang wajah suaminya yang terkedu dan wajah abang iparnya yang sudah kemerah-merahan.
"Encik…ini air orange juice yang diminta" seorang kakitangan Serambi Catering menghantar minuman mematikan perbualan mereka. Wajah Tengku Haikal bertambah kelat. Tengku Danish pula cuba menahan tawa.
"Mana Adura?" soal Tengku Haikal sambil mengetap bibir.
"Dia dah balik. Katanya sakit perut." Jawab pelayan itu jujur.
"Dia sakit perut ke kecut perut?!" jerkah Tengku Haikal geram. Terkejut pelayan tersebut. Apalah malang nasib aku hantar air kemari,bisik hati kecilnya. Bahu Tengku Danish sudah terhinjut-hinjut menahan tawanya dari meledak keluar. Tengku Suhana pula menjeling suaminya geram.
"Dah lah dik terima kasih. Awak boleh pergi." tegur Tengku Suhana lembut dan dengan pantas pelayan itu berlalu dari situ dan kemudian berpatah balik. Tengku Suhana dan Tengku Danish terkejut. Tengku Haikal menjungkitkan keningnya. Pelayan lelaki yang dalam belasan tahun usianya itu menelan air liur.
" Err..encik..Kak Adura ada pesan tadi suruh tanya,,,mata encik Ok ke tidak?" terkulat-kulat suaranya menahan ketar. Tengku Haikal merenung budak lelaki didepannya tajam. Polos benar budak ni. Mungkin masih bersekolah.
"Cakap dengan dia…mata saya masih boleh lihat dan Malaysia ini kecil …Johor ni dibelakang tapak tangan saya aje" tutur kata-katanya satu persatu namun penuh dengan maksud yang tersirat. Budak lelaki itu mengangguk-anggukkan kepalanya dan terus berlalu dari situ laju.
"Damn it…She just got away again…" bebel Tengku Haikal geram.
"Along!!!!!" serentak Tengku Danish dan isterinya menegur sikap Tengku Haikal yang dirasakan mereka kurang sesuai dilakukan didepan kanak-kanak.
"Sorryyy…dah along nak naik atas..nak mandi. Melekit dah ni" alasannya.
"Nak mandi ke sebab buah hati dah balik….?" Usik Tengku Danish nakal. Tengku Haikal buat-buat tak dengar dan berlalu pantas meninggalkan pasangan suami isteri itu. Tengku Suhana pula memandang suaminya inginkan kepastian.
"Abang kenal ke si Adura tu?" soal isterinya cuba mengorek rahsia.
"Kenal gitu je"
"Habis tu…mana abang tahu itu buah hati dia?"
"Saja mengusik” balas suaminya sambil tersenyum.
“Intan…Kak Dura cantik tak?" soal siibu kepada puteri kesayangannya .
"Cantikkkk…macam puteri…" jawab Tengku Dayana mendahului sepupunya.
"Siapa lagi cantik…kak Dura ke mummy?" tanya si ibu pada anak gadisnya lagi. Terkebil-kebil anak kecil itu berfifkir. Sibapa sudah tersenyum. Tahu sangat hati siibu di pagut rasa cemburu.
"Mummy cantik…kak Dura pun cantik juga…susahlah mummy nak pilihh…" lirih suara anak comel itu merungut.
"Tak kisahlah….yang penting daddy sayang mummy…." Tukas Tengku Danish mematikan perbualan dua beranak itu sambil memeluk bahu isterinya mesra. Sang isteri tersenyum lebar sambil membalas pelukkan sang suami.




Friday, 18 October 2013


Milik siapa hatimu?
BAB  3

Teratak Bonda,banglo tiga tingkat milik keluarga Tengku Haikal di sirami cahaya. Riuh suara para tetamu dan background music menambah bosan dihatinya. Dia masih terperap dibilik. Malas untuk turun bercampur dengan tetamu yang hadir. Terkenangkan sikap rakan-rakan Tengku Maisarah yang gedik dan dicampur pula anak-anak rakan niaga ayahandanya Tengku Badiozaman yang sibuk menawarkan diri untuk menjadi calun isteri. Boleh kena migraine dibuatnya. Fikirannya masih melayang keperistiwa siang tadi. Wajah gadis dan pemandu teksi yang berani membuahkan senyuman di wajah tampan miliknya. Ahhh..perasaan seronok dan teruja dia mengejar teksi yang membawa gadis itu menghilangkan kebosanan dihatinya.Wajah gadis itu mengintainya dari cermin belakang teksi menyebabkan dia tergelak sendirian. Pucat,takut dan teruja, itu yang boleh dia gambarkan. Sebaik dia mengenyit mata padanya, gadis itu terus melorotkan badannya bersembunyi. Ah dia mesti cari gadis itu. Ada perkara yang perlu di settlekan. Pemandu teksi itu bukan susah untuk dicari. Dari no pendaftarannya dia boleh dijejaki dengan mudah. Ini untungnya kalau banyak kenalan, apa kerja pun tidak akan menjadi susah.Tekan butang saja,pasti rakan-rakannya akan membantu. Esok dia akan memulakan operasi mencari gadis itu. Diari comel warna biru milik gadis itu ditenung lagi. Apa isi kandungannya. Hatinya teruja untuk mengetahui isi kandungan diari tersebut. Namun dia perlu akur kepada sifat amanah yang dituntut dalam Islam. Dia cuma membaca bioagrafi gadis itu yang sangat simple dengan tujuan untuk mendapatkan contact number.  Namun tiada. Dia membaca lagi sambil mengamati bait-bait tulisan yang nampak kemas dan teratur pada mukasurat pertama diari biru itu.

Nama: Nur Adura Ishak
Umur : 22 tahun
D.O.B: 25th August 1990
Status : Single and available 
Disini Tengkul Haikal ketawa gelihati. Emm..so sekarang 2012 means gadis ini telah berumur 24 tahun. Dan adakah dia masih single and available? Soal Tengku Haikal dalam hati.
Falsafah hidup : No body is perfect!
Tengku Haikal ketawa lagi. Apa-apa jer budak ni. Tulis pun macam budak-budak. Comel, bisik hati kecilnya.
 Diari biru itu di tutup semula dan disimpan didalam laci. Kakinya mengorak langkah kebalkoni. Pandangannya dibuang kearah tetamu yang berada dibawah canopy yang terdapat di tepi kolam renang. Masing-masing nampak santai dan gembira. Pandangannya jatuh pula kepada dua orang anak saudaranya Tengku Dayana dan Tengku Intan. Masing-masing yang baru berumur 3 tahun terkedek-kedek dikejar oleh papa dan mama mereka yang sentiasa berada disisi mengawasi mereka. Mengekek-ngekek suara mereka ketawa keseronokkan. Pasti bila dewasa kelak mereka berdua akan menjadi teman karib. Tengku Haikal menarik nafas lagi. Bila agakknya dia sendiri akan dapat merasa keseronokkan untuk mengejar anak sendiri seperti kedua orang adiknya tadi. Ah..dia mengeluh sendiri.matanya terus menjalar memerhati para tetamu yang hadir. Kaum lelaki mesti tak habis-habis mengenai bussiness ataupun golf dan perempuan pula sibuk bercerita suami siapa lebih hebat.
"Dura..tolong akak jaga cucu Datin Alia sekejap. Akak nak uruskan kek yang perlu diagihkan kepada tetamu" suara salah seorang pekerja catering kedengaran dari bawah balkoni. Tengku Haikal tersentak. Dura.? Adakah nama itu milik gadis yang sedang bermain dimindanya?
"Oh...ok..jom Yana,Intan..ikut akak kita makan kek nak?" suara manja itu menyentap hati Tengku Haikal. Sah itu suara gadis yang dijumpainya petang tadi. Dia masih ingat lagi lentuk suara itu semasa gadis itu berbicara dengan seseorang yang dipanggil Kak Yati.  Tengku Haikal mengintai dari balkoni untuk melihat gadis itu . Sah, memang dia. Tengku Haikal tersenyum sendiri. Takdir, tiada siapa boleh menduga.
" Yana nak yang ada coklat rice" petah sicomel itu bercakap.
" Intan nak yang ada strawberry bolehkan Kak Dura?”sopan si Intan pula bersuara. Adura yang tidak perasan dirinya diperhatikan segera memeluk kedua kanak- kanak comel didepannya.
"Boleh sayang...tapi Kak Dura kena ambik kat depan tu. Yana dengan Intan kena tunggu akak kat sini tau,jangan lari kemana-mana akak pergi ambik kek sekejap" soal Adura perlahan namun dapat di dengar oleh Tengku Haikal dengan jelas. Ish.biar betul budak ni...tak kanlah dia berani nak tinggalkan kanak-kanak sendirian tanpa pengawasan orang dewasa. Hei itu cucu Datin Alia,anak saudara aku.Kalau terjadi apa-apa nanti niaya jer.
"Ok...tapi kita takut kak.."suara Yana kedengaran seperti hendak menangis. Ah dia ni memang cengeng sikit,bisik hati Tengku Haikal. Namun Tengku Haikal masih menunggu tindakan seterusnya dari gadis  ini.
"Alaa..sayang...tak kanlah akak nak tinggalkan two beautiful princess here tanpa pengawal.Nanti kalau kena kidnap habislah semua putera raja dalam negeri ni menangis tak berhenti,banjir negeri Johor tau..."usik Adura. Mengekek-ngekek kedua kanak-kanak itu ketawa Tengku Haikal yang turut mendengar perbualan itu menarik nafas lega lalu tersenyum. Pandai juga budak ni melayan kanak-kanak. Dah boleh jadi emak budak dah ni. Beruntung siapa yang dapat memperisterikan gadis ini,bisik hati kecilnya. Tak mau cuba ker cik Haikal oii.." hati kecilnya menyapa. Senyuman Tengku Haikal makin lebar.
"Emmm...siapakah yang layak menjadi pengawal tuan puteri berdua yer sementara patik mengambil manisan buat buat santapan tuanku" keluh Adura separuh mengusik.
"Panggil Uncle Ekal jer"Tengku Intan pula bersuara perlahan sambil menyikat rambut anak patung barbie miliknya. Suka betul dia dengan anak patung berambut perang itu.
"Uncle Ekal?" soal Adura terkebil-kebil sambil memandang wajah Tengku Intan yang masih lagi dengan anak patungnya.
"Tu kat atas" sambungnya sambil menjuihkan mulutnya keatas. Adura yang tidak sedar dirinya diperhatikan dari tadi segera mendongak dan hampir tersungkur bila  apabila pandangannya jatuh kepada sesusuk tubuh yang sedang memerhatikan mereka dari balkoni tingkat dua banglow tersebut.Tengku Dayana yang juga baru sedar kehadiran Tengku Haikal segera menjerit gembira.
"Uncle Ekal...Uncle Ekal...jom turun..jom turun..Kak Dura nak makan kek" Adura keresahan. Wajahnya pucat.Tengku Haikal yang menyedari perubahan airmuka Adura tergelak.Ha ha ha..penat aje ko lari dari aku dan penat aje aku kejar ko petang tadi,tak sangka rupanya disini kita bertemu semula. Ah…what a fate.bisiknya didalam hati.
"Tunggu...jap lagi uncle turun...jangan bergerak kemana-mana. Tunggu dengan Kak Dura" pesan Tengku Haikal tegas kepada kedua anak saudaranya dan Adura. Pantas Tengku Haikal meninggalkan kamar tidurnya Senyuman manis terus menghiasi bibirnya. Malam yang membosankan baginya telah bertukar suasana. Apakah alasan yang akan diberikan oleh gadis ini untuk melepaskan diri. Tiada teksi, tiada bas untuk membawanya lari. Di kepalanya mula merancang untuk mengenakan gadis ini. Langkahnya kini lebih bertenaga.
" Abang Ekal, what a surprise. Ingatkan tak mahu turun langsung dari  menara istana." tegur Tengku Maisarah geram. Di hampiri abangnya sambil bercekak pinggang. Tengku Haikal terpempan sebentar. Dia menoleh kepada adiknya Tengku Maisarah sambil tersengih. Gadis itu kelihatan cantik dengan gaun labuh berwarna ungu dan rambut nya yang separas bahu dibiarkan  mengurai cantik.
"You look beautiful sis." pujinya ikhlas sambil tersenyum namun tiada response dari Tengku Maisarah. Muncungnya panjang merajuk.
"Sorrylah dik...abang memang tak ada mood tadi. Penat sangat. Lagipun adik kan tahu kalau abang join sekali, perhatian orang akan lebih tertumpu pada abang bukan pada birthday girl" usik Tengku Haikal seperti memujuk.
"Ahhh...perasan lebih aje abang. Memang abang tak sayangkan Sarah" rajuk siadik.Tengku Haikal segera memeluk bahu adiknya seraya memujuk.
"Sarah cuba fikir, kawan-kawan perempuan adik semua sibuk nak tackle abang.Kalaulah abang berada disisi adik tadi,pasti mereka lebih teruja pandang abang dari pandang adik Ingat tak tahun lepas. Siapa yang bengang? Adik jugak. So tahun ini abang tak mahulah kacau " Tengku Haikal memberi alasan. Mengingatkan kejadian pada tahun lepas Tengku Maisarah mencebik. Memang tak dinafikan, kebanyakkan rakan-rakannya hadir lebih banyak teruja untuk mendekati abangnya daripada meraikan sambutan hari lahirnya. Akhirnya dia yang makan hati. Hari ini sendiri ramai rakan-rakannya bertanyakan tentang Tengku Haikal dan dia hanya mengangkat bahu. Tak kuasa dia nak melayan. Sehingga hari ini tiada seorang  perempuan yang boleh menidakkan diri mereka daripada jatuh hati pada abangnya yang tampan ini dan dia pula menunggu tika dan saat itu untuk melihat Tengku Haikal bertemu his other half . Tengku Maisarah tersenyum sendiri.
" Adik dah maafkan abang?" soal Tengku Haikal bila dilihat adiknya tersenyum.
" Belum lagi"cepat Tengku Maisarah memotong. Senyuman dibibir dimatikan segera.
" Apa lagi dik.."
" Abang belum wish adik lagi and I havent received any present from you yet my dear brother. Apa ni...mentang-mentang tak join the crowd doesnt means you can escape without giving me a birthday present!" ngomel Tengku Maisarah. Tengku Haikal segera memaut rapat adiknya dan dicium umbun-umbun adiknya lembut.
"Selamat ulang tahun dik. Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan jodoh. Abang sayang adik" ucap Tengku Haikal penuh perasaan. Memang dia sangat menyayangi adik bongsunya ini,satu-satunya adik perempuan yang dia ada. Tengku Maisarah mendongak memandang abangnya. Tersentuh perasaan hatinya mendengar ucapan ikhlas dari abang sulungnya itu. Airmata yang bergenang ditubir matanya dikesat lembut oleh Tengku Haikal.
"Eh birthday girl mana boleh menangis, rosak make up tu" usik Tengku Haikal nakal.
"Mana ada nangis" dalih adiknya manja. Tengku Haikal tergelak.
" Ok lah dik,abang ada temu janji ni...dah lambat ni. Nanti hadiah adik pilih,abang
belikan" Tengku Haikal meleraikan pautan manja Tengku Maisarah dari lengannya.
"Haaaa..cewek mana yang abang nak jumpa ni? Kenalkanlah dengan Sarah..." usik adiknya manja. Tengku Haikal ketawa.
"Adik dah kenal pun dengan dia..." Tengku Haikal menyakat. Buntang mata Tengku Maisarah melihat abangnya.
" Intan dan Yana..."bisiknya perlahan disambut ketawa kecil dari Tengku Maisarah.
"Emmm...hampeh. Dah pergilah.." ditolak abangnya perlahan. Suara ketawa Tengku Haikal mengundang pandangan dari beberapa tetamu yang hadir disitu. Beberapa wanita yang turut sama berada disitu sudah mula melemparkan senyuman menggoda kepada Tengku Haikal namun dia selamba melangkah mencari wajah gadis yang diburunya dari petang tadi. Kedengaran suara comel dari kedua anak saudaranya bercerita dengan riang pada seseorang. Degub hati Tengku Haikal semakin laju. Tak sabarnya ingin menatap wajah comel milik gadis itu.
"Uncle Ekal...uncle Ekal..kat sini" kedengaran suara manja Yana menyapa. Langkah kaki Tengku Haikal segera menghala kearah anak saudaranya yang menunggu.Pandangannya di halakan kearah gadis yang berdiri disisi Yana dan dia terkejut.
"Selamat malam Tengku."sapa gadis itu hormat. Wajah Tengku Haikal berkerut. Adakah dia bermimpi saja sedangkan memang tadi dia ada melihat dengan matanya sendiri gadis yang bernama Adura bersama dengan anak saudaranya.
"Eh bukan tadi orang lain ke yang bersama dengan anak saudara saya, kenapa sekarang orang lain pula?" soal Tengku Haikal kehairanan.
"Orang lain macamana Tengku.?" soal gadis itu gugup. Takut juga dia jika tiba-tiba Tengku Haikal mengamuk. Lelaki ni bukan boleh dibuat main, kalau dah mengamuk bisa telinga mendengar bebelannya.
"Bukan tadi Adura ker yang jaga my nieces ni...? soal Tengku Haikal tegas. Bengang juga dia jika berjumpa dengan orang yang mengambil ringan tentang keselamatan anak-anak kecil dengan melepaskan tanggungjawab kepada orang lain sesuka hati.
"Kak Dura pergi ambil kek. Itulah Uncle Ekal lambat sangat,Yana dah lapar..Kak Dura panggillah kawan dia temankan kitakan Intan"ngomel Tengku Dayana petah.
"Err...ya..ya..Adura pergi ambil kek...kejap lagi dia datang balik.." tergagap-gagap gadis itu mengiakan kata-kata Tengku Dayana. Seram sejuk dibuatnya bila melihat kening lebat Tengku Haikal bertaut. Wajah Tengku Haikal kembali jernih. Bimbang juga dia jika apa yang dinampak tadi hanyalah khayalan sahaja. Macam orang angau pula aku ni, bisik hati kecil Tengku Haikal. Senyuman nakal kembali menghiasi bibir lelaki lelaki itu.
"Emm..kalau gitu tak apalah. Biar saya tunggu budak-budak ni dulu. Awak boleh balik buat kerja awak semula. Terima kasih" selamba Tengku Haikal seperti menghalau.
"Eh tak apa Tengku...saya boleh tunggu sini sampai Adura sampai. Nanti marah pulak dia" gadis itu membantah. Inilah peluang dia nak berkenalan dengan lebih rapat lagi tentang Tengku Haikal. Bukan senang nak jumpa lelaki paling handsome dan seksi di wilayah selatan ni.
"Nama saya Shiela..sepupu Adura merangkap adik kepada Kak Yati owner Serambi Catering."dia memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan. Tengku Haikal hanya mengangguk tanpa menyambut tangan yang dihulur. Merah padam muka Sheila menahan malu. Namun dia masih tidak berganjak dari situ .
" Kenapa Uncle Ekal lambat..Kak Dura macam nak nangis tadi. Nasib baik ada Kak Sheila...kan Intan" ngomel Tengku Dayana lagi. Kening Tengku Haikal terjongkit
"Kenapa Kak Dura nak nangis?"soal Tengku Haikal sambil melabuhkan punggungnya dibangku bersebelahan anak saudaranya. Dia mula nak mengorek cerita. Walaupun anak saudaranya baru berumur empat tahun , tapi mereka petah bertutur.
"Muka Kak Dura sama macam muka mama bila papa marah mama tak mau makan ubat"cerita si Intan selamba sambil menyikat rambut anak patungnya. Tengku Haikal tersenyum. Adik iparnya Suhana ,memang takut ubat. Jenuh si Danish memujuk baru nak makan,itupun bila Danish sudah mula meninggikan suara.
"Lamanya Kak Dura, Ambil kek ke buat kek" gerutu Tengku Haikal. Shiela yang dari tadi mendengar perbualan antara Tengku Haikal dan anak saudaranya mula merasa gelisah.
"Err..Tengku..tak apa ke kalau Tengku tunggu sini dulu. Saya pergi susul Adura sekejap." terketar-ketar Shiela meminta izin. Lagi lama dia disini, lagi lama lah dia terpaksa mendengar bebelan Tengku Haikal. Niat mulanya nak mengayat, tapi bila dilihat wajah handsome lelaki didepannya sudah kelat,baik dia segera beredar. Pantas kakinya melangkah meninggalkan Tengku Haikal sebaik dia melihat anggukkan lelaki idaman semelaya itu.
"Dura..ko buat apa? Mana kek yang ko kata nak ambik?" soal Sheila sebaik ternampak kelibat Adura yang sedang menyusun cawan dan piring bersih.
"Aku tak sempatlah…ko pergilah ambil dan hantar kat budak-budak tu…aku banyak kerja ni…" Adura pula mengarah. Ceh wah…macam catering ni milik dia pula. Padahal dia pun makan gaji jer. Sheila lebih berhak untuk mengarah bukan dia.
"Ko jangan ngada-ngada…itu Tengku Haikal dah naik angin membebelkan ko lambat. Kejap lagi kalau ko tak antar pasti dia datang kemari dan komplen dengan Kakak aku. Ko nak ker?"ngomel Sheila pula.
"Ko hantar tak boleh ker…kan sama ajer…"tukas Adura lagi. Bukan sibuk sangat sebenarnya,cuma tak mahu bertembung dengan Tengku Haikal. Haru.
"Hah…kan aku dah kata pasti dia akan datang kemari cari kita…" bisik Sheila perlahan. Adura yang sedang mengelap cawan terus berhenti. Matanya melirik kearah Tengku Haikal yang sedang berjalan menuju kearah mereka. Dia menjadi tidak tentu hala. Segera dicampak kain pengelap kepada sepupunya dan mencapai dua piring kek yang telah  tersedia.
"Ok…aku hantar kek ni pada tuan puteri dulu…ko ambil alih kerja aku kat sini"pantas ajer dia mengarah dan meninggalkan Sheila termanggu-manggu . Adura menggunakan jalan lain agar tidak bertembung dengan Tengku Haikal dan perkara ini disedari oleh empunya diri apabila dia berhenti dan memerhatikan gelagat Adura sambil tersenyum.
"Ahhh…cuba nak lari yerrr….lets see, you do like play cat and mouse don't you Adura…Ok, I will be the cat and you will be my little white mouse,nyamm,nyamm,nyamm" bisik hati kecil nya sambil tersenyum. Langkahnya terus ke meja buffet yang dihias cantik. Diambilnya sepiring kek dan tiga gelas jus oren apabila dia perasan Adura tidak membawa air minuman untuk anak saudaranya.Pasti tercekik budak-budak tu lepas makan kek. Semuanya diletakkan diatas dulang dan ditatang dengan penuh gaya.
Beberapa orang tetamu yang hadir terkejut melihat kelakuan Tengku Haikal lalu mengundang beberapa  usikan nakal .Ada juga gadis-gadis yang volunteer untuk menolong tetapi di tolak dengan baik oleh Tengku Haikal.
"Err…Tengku..biar kami tolong bawakan. Itukan kerja kami"Kak Yati sebagai pengurus Serambi Catering menegur bila dilihat Tengku Haikal mengangkat sendiri hidangan. Dia yang ke dapur sebentar tadi merasa kurang selesa dengan tindak tanduk anak muda yang cukup merendah diri ini.
"Tak apalah Kak..saya boleh buat sendiri.Akak pun sibuk." Tengku Haikal menolak lembut.
"Tak manislah Tengku ,tuan rumah kena buat sendiri,nampak sangat pekerja akak tak buat kerja dengan baik." Kak Yati seperti merajuk.Perasaannya tidak tenteram . Tengku Haikal tersenyum.
"Tak apa kak…nanti kalau sesiapa duk mengata, let me know malah saya sendiri akan recommended  akak pada majlis-majlis akan datang" balas Tengku Haikal tegas sambil berlalu meniggalkan Kak Yati dan Sheila terpinga-pinga.
"Apa kes tu Sheila?" Kak Yati bertanya kepada adiknya. Sheila hanya mengangkat bahu sambil memerhatikan gelagat Tengku Haikal. Apakah hubungan Adura dengan lelaki ini? Perasaan cemburu mula meresap dihatinya.

Tuesday, 24 September 2013


Milik siapa hatimu?
BAB 2

Tengku Muhamad Daniel Haikal memecut laju kereta BMW5 seriesnya menuju ke Sri Pulai. Dia perlu cepat bimbang gadis yang menyimpan handphonenya melarikan diri. Handphone yang penuh dengan contact numbers client penting syarikat dan juga beberapa personal information yang sangat confidential. Walaupun ada password tersendiri dia tak harap sangat. Ada saja malaun yang pandai nak godam lagi-lagi jika ia jatuh kepada tangan pesaingnya. Ah salah dia juga,cuai.Macamana handphone merangkap organizernya boleh jatuh disitu pun dia kurang pasti. Mungkin semasa dia memeriksa tayar kereta yang sedikit flat semasa dia menghantar ibunya ke Pulai Spring Resort pagi tadi.

Nasib baik gadis yang bernama Dura, menjawab panggilan talipon yang hampir setiap selang sepuluh minit dia lakukan. Emm..Dura..suara gadis itu cukup lunak dan manja bila bercakap dengan wanita yang dipanggil kak Yati tadi. Hatinya sedikit bergetar bila mendengar suara gadis itu tapi bila bercakap dengannya kelembutan itu hilang,asyik nak mengugut dan memaksa saja.Isshh…perempuan,kalau nak sesuatu mesti lembut gigi dari lidah.
Haikal terus menekan pedal. Dia perlu cepat. Malam ini ada keramaian yang perlu dihadiri. Majlis hari lahir adiknya Tengku Maisarah pasti disambut besar-besaran,maklumlah anak perempuan tunggal bagi keluarga Tengku Badiozaman dan Sharifah Alia . Sudah pasti ramai tetamu terhormat yang merupakan rakanniaga keluarga mereka turut hadir dalam jamuan kali ini.

Tengku Haikal menarik nafas bosan. Bosan untuk menghadiri majlis seperti ini yang baginya hanya membazirkan waktu dan ruang rehatnya. Sudah pasti majlis ini akan berlarutan sehingga dua tiga pagi dan sudah pasti mamanya akan cuba memperkenalkan dia dengan beberapa perempuan yang akan dijadikan calon isteri. Arrrgh..susahnya hidup sebagai waris empayar hartanah yang cukup terkenal di wilayah selatan ini . Namun dia bersyukur kerana mama sangat penyayang dan sentiasa bersifat terbuka. Tidak pernah memaksa tetapi sangat bijak menggunakan bahasa. Itu memang diakui oleh setiap ahli keluarganya . Tengku Haikal tersenyum sendiri. Adik-adik lelakinya yang lain sikembar Danish dan Danial sudah pun berumahtangga dengan pasangan masing-masing dan mempunyai cahaya mata. Dua orang puteri pelengkap hidup kedua nenda menjadikan keluarga Tengku Haikal lebih besar dan meriah sekali. Kini giliran Tengku Haikal pula perlu mencari pasangan hidupnya. Umur hampir menjangkau tigapuluh tahun tapi masih lagi solo menjadikan dia lelaki paling dikehendaki oleh para ibu yang mempunyai anak gadis untuk dijodohkan. Nasib engkaulah Haikal.

                   *********************************************

Adura masih termenung di bangku perhentian bas yang didatangi tadi. Hatinya panas bila melihat bas yang ditunggu telah sampai sedangkan pemanggil talipon tadi masih belum kelihatan. Sudah tiga puluh minit masa berlalu. Dia cuma ada satu jam setengah lagi sebelum majlis bermula. Bibirnya terkumat kamit membebel. Wajahnya merah memendam api kemarahan. Dia bangun dan duduk beberpa kali. Sebuah teksi yang baru berlalu menambahkan lagi kemarahannya. Sesal dan bebal,itulah perasaannya sekarang ini. Namun disebabkan janji dan amanah orang, terpaksalah dia menjadi penunggu di perhentian bas itu.

Sebuah kereta mewah  tiba-tiba berhenti dibahu jalan. Adura mengerling sepintas lalu. Dia masih lagi mundar mandir kedepan dan kebelakang seperti cacing kepanasan. Memang panas pun. Jadi pak sanggup memegang amanah orang yang akhirnya memakan dirinya sendiri.
" Excuse me.." tegur satu suara dibelakangnya.
"Ooh mak kau!!" Adura  melatah terkejut. Wajahnya pucat seketika dan nafasnya bagai terhenti. Dia menoleh mencari empunya suara. Dihadapannya seorang jejaka yang cukup tampan dan bergaya sedang memandangnya. Berkulit cerah, hidung yang mancung dengan bibir yang merah dan seksi. Orang mana ni, Iran ker..Belanda ker..mungkin Pakistan? Memang kawasan Sri Pulai ramai dengan warga asing yang menjadi student di UTM ni handsome-handsome belaka. Adura membalas renungan pemuda didepannya dengan menjungkitkan kening sebelahnya dan pemuda itu bagai terpana melihat wajah comel dengan sepasang mata yang bundar milik Adura. Namun apabila dilihat kening terjungkit ala-ala Ziana Zain  dia menelan air liur. Mesti garang perempuan ini, bisiknya dalam hati.
"Awak Cik Dura ker?" soalnya keras untuk menutupi perasaan malu bila dia agak kurang sopan merenung gadis itu lama.
"Ia saya. Kenapa?' Adura sengaja ingin mempermainkan mamat didepanya.Dia tahu mesti lelaki ini adalah pemilik handphone itu. Dengan gaya dan penampilan yang nampak kelas gitu, pastilah talipon yang digunakan itu juga bergaya seperti tuannya.Lelaki itu tersenyum. Senyuman manis yang boleh mencairkan mana-mana wanita yang nipis imannya. Adura mula mengelabah. Matanya membalas renungan pemuda didepannya dengan berani walhal hatinya berkocak gelisah namun dia tidak mahu mengalah.
"Saya rasa awak ada menyimpan barang milik saya?" soal lelaki itu lagi,masih lagi dengan senyuman menggodanya. Matanya yangbening itu tajam merenung wajah gadis didepannya yang kini sudah berona merah menahan malu. Ahh..seronok sekali dia melihat masih ada lagi gadis yang mempunyai sifat pemalu semula jadi.
" Barang apa?” soal Adura pura-pura tidak mengerti. Dilarikan pandangan matanya dari lelaki itu dan berpura-pura memerhatikan kenderaan yang lalu lalang. Lelaki itu menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia masih lagi tersenyum. Ingin juga dilihat sejauh mana gadis didepannya cuba berlakon. Adura yang perasan lelaki itu masih merenung kearahnya mula merasa cuak,.namun dikuatkan semangat. Perasaan marah masih ada lagi kerana dia ketinggalan bas dan teksi. Ingin memarahi lelaki ini terang-terangan rasa macam tak berbaloi pulak.
   ‘Eii…mana pulak mamat sengal ni…cakap  dua puluh minit, ni dah lebih setengah jam tak sampai-sampai. Tau tengok jam ketidak ni?!' bentak Adura geram dengan  niat menyindir. Tengku Haikal yang dari tadi tersenyum tersentak. Memang tadi dia minta gadis ini beri dia masa dua puluh minit, tapi siapa sangka jalan menjadi sesak di sebabkan  kereta rosak ditengah jalan memaksa dia mengambil lebih dari tiga puluh minit untuk sampai.
"Dia ingat dia sorang jer sibuk orang lain tidak ke?. Eiii..belajarlah menepati masa sengal oiii." kutuk Adura terang-terang. Muka Tengku Haikal berubah kelat. Merah menahan marah. Suka hati dia ajer nak panggil aku sengal. Tapi dia kena sabar. Handphone miliknya masih didalam simpanan gadis ni. Dia tak mahu menjadi satu pertengkaran pula. Bukan susah nak dapatkan balik, cuma dia masih berasa terhutang budi kerana gadis ini sedia menjaga handphone nya dari terlepas ketangan orang lain.
"Cik Dura ni tunggu siapa lagi?" soal Tengku Haikal sambil menarik nafas mengawal perasaan bengangnya bila dia lihat gadis itu seperti tidak memperdulikannya.
"Saya  tengah tunggu oranglah…takkan tunggu hujan pulak…'saja Adura menyindir lagi. Tengku Haikal tersenyum. Memang nak kena minah sorang ni.
"Ooohh..saya ingatkan tunggu bas tadi."'perli Tengku Haikal pula. Bulat mata Adura membalas renungan Tengku Haikal.
"Ialah..sini kan perhentian bas,dah tentu sesiapa yang singgah disini pasti sedang menunggu bas"usik Tengku Haikal nakal.Wajah gadis itu merona merah kembali. Matanya bersinar menahan malu dan marah. Oh pandai mengutuk yer. Tengku Haikal makin terpegun dengan gadis didepannya. Comel, bisik hati kecil Tengku Haikal dan naluri lelakinya bergetar bila melihat Adura mengetap bibir. Bibir yang munggil dengan sapuan lip gloss berwarna light pink.
"Emm..tau tak apa. Kerana mamat sengal nilah saya terlepas bas. Janji macam nak rak.." Adura sengaja menyindir sambil mengutuk terang-terangan. Sengaja hendak memabals dendam ditinggal bas.
"Yes..yes..I know I'm late.Sorrylah jalan jammed tadi,nak buat macamana.Kalau Cik Dura asyik membebel jer, nanti ada lagi bas yang terlepas.Sekarang mana handphone saya?' keras suara Tengku Haikal mematikan bebelan Adura. Bengang dia asyik dipanggil sengal. Kata orang kalau 44 kali dipanggil dengan nama yang sama, nanti betul-betul jadi sengal. Hish…dijauhi Allah hendaknya.
  "Oo..handphone tu awak punya ker?" soal Adura pura-pura terkejut.
          "Ialah…mamat yang awak panggil sengal tu sayalah…"Tengku Haikal mengomel bengang. Adura                  tersenyum. Wajahnya yang masam bertukar ceria kerana gelihati. Meledak tawa dari bibir mungilnya            tanpa disangka. Jujur juga mamat handsome depan aku ni bisik hati kecil Adura. Tengku Haikal yang            pada mulanya seperti jauh hati terpegun bila mendengar ketawa keanak-anakan  gadis didepannya.                Ya Allah, dia asyik terpegun dari tadi dengan keindahan ciptaan Allah didepannya.                                        Comelnya.Getaran dihatinya bertambah galak. Matanya tanpa berkelip merenungi bibir mungil milik               Adura yang cuba dilindungi dengan tapak tanganya ketika menahan gelak.
    "Apa bukti handphone ini milik encik?" soal Adura bila dia mula tidak menyenangi renungan tajam dari mata milik pemuda didepannya. Nak kena cucuk ke mata tu cik abang oiii. Tapi sayanglah mata yang cantik itu jika diapa-apakan. Warna hazel dari sepasang mata yang redup milik pemuda didepannya ditenung balas. Tak kanlah dia boleh sesuka hati menyerahkan handphone ini kepada sesiapa saja yang mengakuinya. Tengku Haikal menarik nafas menahan geram. Perempuan depan aku ni waras ke tidak,soalnya dalam hati.
   "Bukan ker tadi saya yang panggil nama awak “ Cik Dura,.." soalnya sambil mengerutkan keningnya. Adura tersenyum. Matanya mengerling kearah beg galas yang terlukis namanya ‘DURA’. Lelaki itu turut sama melihat beg galas yang terdapat di atas bangku diperhentian bas itu. Lelaki itu mengeluh lagi. Ada aje idea gadis ini nak bertingkah dengannya.
   "So?" potong Adura cepat. Tengku Haikal memicit kepalanya bingung. Dah kenapa pulak dengan minah cute didepannya ni. Kata sibuk ,tapi masih nak main tarik tali dengannya pulak. Dia segera mengeluarkan talipon  dan mula mendail talipon yang ada pada gadis itu. Bunyi deringan talipon mengejutkan Adura yang sedang ralit memandang Tengku Haikal.
   "Assalamualaikum"  dia menjawab panggilan talipon.
    "Cik Dura bila nak pulangkan handphone saya?" suara pemanggil yang seperti orang menyindir itu terasa dekat sangat menyebabkan Adura terpinga-pinga. Dia mencari pemanggil itu dan telahannya tepat.
    "Nak pulangkan lah ni…err…lain kali jawab salam dulu yer…" Adura tidak mahu mengalah. Dia tersipu-sipu menahan malu. Dia memang dah agak pemuda ini pemilik sebenar handphone itu namun dia tetap berharap panggilan itu menidakkannya. Senang sikit dia nak mengutuk .
     Segera dia matikan talian  dan ingin menyerahkan pada tuan empunya talipon. Pada masa yang sama sebuah teksi berhenti menurunkan penumpang.Adura segera menahan teksi tersebut . Tengku Haikal merasa cuak . Pada fikirannya Adura cuba melarikan diri bersama handphonenya.
  "Cik Dura, awak jangan nak lari. Pulangkan dulu handphone saya itu." jerit Tengku Haikal pantas. Adura yang baru memberitahu pemandu teksi itu destinasinya terpempan sebentar. Mabuk apa, dia ingat aku nak sangat ker handphone tu. Nak guna pun tak reti,buat apa nak simpan. Tak berbaloi.Dosa lagi adalah.Ngomel Adura didalam hati.Mukanya masam mencuka. Kedua pipinya merona  merah menahan malu kerana dituduh begitu.
"Oklah awak…nah ambil talipon  ni balik. Ia tak berguna pada saya pun. Bukannya saya tahu pakai pun." Segera dia letakkannya diatas bangku di perhentian bas itu dan terus mencapai beg galasnya lalu menaiki teksi yang sedang menunggu.
" Cik Dura, nanti dulu..ni.." panggilan tengku haikal tidak dilayan. Teksi yang membawa Adura meninggalkan Tengku Haikal yang terpinga-pinga. Dia segera mencapai handphone yang ditinggalkan bersama buku biru yang mungkin milik gadis itu dan berlalu kekeretanya dengan tujuan untuk mengekori teksi tadi.
"Dik..tanya sikit boleh?' soal pemandu teksi yang membawa Adura apabila teksi bergerak 10km dari perhentian bas tadi.
"Kenapa bang?"
"Adik gaduh dengan boyfriend adik ker?" soal pemandu teksi itu lagi..
"Hah?"Adura terchengang. Pemandu teksi itu ketawa.
"Kalau tidak kenapa kereta BMW tadi asyik mengekori kita dari tadi?' kata pemandu teksi itu sambil menunjukkan cermin pandang belakangnya pada Adura. Dia menoleh kebelakang. Ditelannya air liur gugup.
"Mana abang tau itu kereta yang sama?" cuak pula perasaan Adura.
"Kereta idaman abang tu dek oiii…mestilah tau.Sekali pandang terus melekat kat kepala. Lagi pun abang ingat no plate kereta tu. Orang kaya jer yang pakai no begitu" terang abang teksi tu panjang lebar sambil tersengih. Namun dihatinya dia memang tahu siapa pemiliknya namun dia mendiamkan diri dan sengaja mengusik gadis didalam teksinya itu. Alamak.Apa lagi mamat ni nak.Adura mula rasa tak senang duduk.
"Bukan boyfriend sayalah bang. Saya cuma pegangkan talipon dia yang saya jumpa di perhentian bas tu saja" tungkas Adura cepat.
"Ooohh…tapi pelik juga kan kenapa dia panggil adik tadi. Nak berkenalan kut…"usik abang teksi tu lagi. Ialah budak lawa, rugi kalau tak di keneng.lagi-lagilah dengan lelaki tampan dan kaya seperti pemandu BMW tadi, temanita bertukar ganti seperti orang menukar baju.
"Isshh…tak kuasa sayalah bang.Mamat sengal tu ada ajer nak complained. Dah untung saya tolong jagakan handphone dia, kalau saya biarkan saja,memang dah lama hilang."rungut Adura bengang.Abang teksi ketawa lagi. Gelihatinya bila dia dengar Adura memanggil Tengku Haikal, the most eligible bachelor in town dengan nama mamat sengal. Mungkin dia tidak mengenali siapa lelaki yang dijumpai tadi kut bisik hati abang teksi lagi.
"Bang laju sikit boleh. Kalau boleh lari dari kereta tu." Pinta Adura cemas bila di lihat kereta BMW dibelakang masih lagi rapat mengekori. Abang teksi ketawa kecil Dah macam dalam  drama tv pulak.
" Boleh ker ni…teksi abang saga biasa jer dek…dia BMW. Senang jer dia nak kejar kalau nak."
"Alaa bang. Orang teksi kan terrer-terer belaka expecially bak cilok mencilok ni.Bila lagi nak  show off " Adura membodek. Abang teksi ketawa lagi.
"Awak ni…kalau nak sesuatu pandai bodek ek…ok abang cuba.Pakai talipinggang dan pegang seat tu kuat-kuat."abang teksi itu mengusik lagi dan adengan melepaskan diri pun bermula. Teksi bergerak pantas.Kekiri kekanan abang teksi mencilok.Jantung Adura bagai nak tercabut. Menyesal pulak dia menyuruh abang teksi itu melakukan adengan cilok mencilok ni. Kepala pun dah rasa senoning macam nak pitam
"Wah boleh tahan Pak We awak tu.Biasa drift ker?" usik abang teksi lagi. Adura menoleh kebelakang. Kereta Tengku Haikal agak rapat juga dan dia boleh nampak senyum sinis dari bibir seksi  lelaki itu dan tiba-tiba dia perasan lelaki itu mengeyitkan matanya pada Adura. Adura mengelabah. Segera dia palingkan mukanya dan melorotkan badanya kebawah.
"Dia bukan Pak We sayalah bang.dan dia makin dekatlah bang…macamana ni…takut saya.." ngongoi Adura  bimbang. Abang teksi itu tersenyum gelihati melihat penumpangnya yang comel itu cuba menyembunyikan diri. Kalau dia masih bujang mau juga dia tackle gadis ini. Tapi dikenangkan isteri dan anaknya dirumah dan tujuan dia hanya untuk mencari rezeki, dia perlu bersifat gentleman. Anggap aje gadis ini seperti adik dia.
"Jangan risau dik…abang akan cuba trick yang lain pula" abang teksi itu memujuk. Kali ini dia mula masuk kelorong paling kanan dan dia nampak lorong yang perlu diambil untuk kedestinasi gadis ini dan memerlukan dia untuk kelorong paling kiri semula. Ada bas dan lori diantara nya. Dengan mengucap bismillah, abang teksi itu masuk semula ke lorong kiri dengan menyelit diantara lori dan bas seterusnya kejalan yang di perlukan. Walau rapat macamana pun BMW itu, dia tetap tidak dapat masuk mencelah. Kalau dipaksa , pasti akan dibaham oleh lori dan bas yang berada dilaluan itu. Itu pun kuat juga hon lori yang dibunyikan oleh pemandunya. Adura mengurut dada dan abang teksi tersengih panjang. BMW terlajak kedepan. Hilang dalam adengan kejar mengejar.
"Phuiiiiih…Bang…BMW dah hilang…wahhhh..kan saya dah kata abang teksi memang terrreerrrr dalam bab cilok mencilok ni.." Adura memuji dalam nafas yang tercungap-cungap kerana ketakutan disamping mengucap kesyukuran diatas keselamatan mereka.
"He he he…tengok kakilah…" abang teksi ketawa. Adura tersengih.
"Tapi bang…jangan buat lagi yer….kesian anak isteri kat rumah jika apa-apa berlaku pada abang. Dura minta maaf yer jika menyusahkan abang." Adura meminta maaf. Mukanya masih nampak pucat  dengan adengan tadi tapi di kuntumkan juga sebuah senyuman tanda terima kasih.
"Takut?" abang teksi masih tersenyum. “Terima kasih kerana nasihat…tapi sekala sekali seronok juga …dah lama tak buat kerja cam ni. Eh mana awak tahu saya dah kahwin?"soal abang teksi pulak.
"Tuuuu…" panjang muncung Adura menjuih ka gambar seorang wanita bersama anak kecil yang terpapar pada dashboard teksi tersebut. Cantik sungguh isteri abang teksi ni begitu juga dengan wajah anaknya yang comel. Sesuai sangat dengan abang teksi yang handsome ni bisik hati Adura. Abang teksi tersenyum memandang gambar  keluarganya.Dari wajahnya Adura dapat melihat betapa kuat perasaan kasih dan sayang abang teksi itu pada isteri dan anaknya.
"Mereka inilah kekuatan dan nyawa abang" perlahan abang teksi itu bersuara seperti menyimpan satu cerita yang sedih sehingga sinar ceria yang terdapat di matanya tadi hilang begitu saja. Perjalanan menjadi sepi sehingga ke destinasinya.
Alamat yang diberi oleh Kak Yati kepada Adura membawanya ke sebuah rumah banglow 3 tingkat yang tersergam indah. Adura terkedu. Abang teksi pula mengelisah.
"Adik duduk sini ke?"soal abang teksi tiba-tiba. Adura yang asyik memerhatikan pintu panggar rumah itu tersentak.
"Eh tak lah bang…saya tolong kakak sepupu  yang buat catering kat sini. Besarnya rumah..mana nak cari ni?' keluh Adura kuat.Matanya bulat memandang kearah rumah itu.
"Masuk jer kedalam,Kalau nak kedapur dari pintu depan ni awak beluk kiri,.." kata-kata itu mati disitu bila dia terperasan Adura memandangnya dengan pelik. Abang teksi itu tersengih.
"Agak-agak jer, pernah hantar pembantu rumah ni beli barang dapur" abang teksi cuba berdalih. Adura mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Berapa tambang teksinya bang?" soal Adura pula. Nak harap kakYati tolong bayar,kelibat pun tak nampak.Nanti dia claim ajer dari Kak Yati. Setelah mambayar tambang Adura segera mencapai beg galas nya dan turun dari teksi.
"Terima kasih bang kerana bantu saya dan sampaikan salam pada isteri abang" ucap Adura ramah. Kad nama abang teksi diambil, senang jika memerlukan perkhidmatan jika dalam keadaan terdesak.
 "Dan awak dik, semoga berjaya." balasnya sambil tersenyum.Adura merasa pelik. Berjaya apa? Oh mungkin pasal cari dapur tu ker. Eh lantak kaulah. Adura bergegas menuju masuk ke dalam pagar banglo mewah itu. Matanya melilau mencari Kak Yati dan dia menuruti pesan abang teksi, masuk dan belok kiri…

Monday, 23 September 2013


Milik siapa hatimu?
Bab 1
Langkah kaki gadis itu laju menuju ke perhentian bas. Dia dah terlambat. Mesti Kak Yati dan Mak Yah mengamuk. Hari ini rumah Datin Alia akan mengadakan majlis hari jadi anak gadis mereka. Tentu sibuk nak menguruskan banyak perkara. Dia dah janji untuk membantu Kak Yati pada hari ini kerana mereka kekurangan kakitangan .Salah seorang pekerja pula terpaksa mengambil cuti kecemasan. Dalam keadaan kepala berserabut dengan kelewatannya, tiba-tiba dia terdengar bunyi deringan talipon. Gadis itu merasa pelik. Deringan talipon dia tidaklah berbunyi seperti ini.Bila pulak dia ada menukar ring tone hanphonenya. Gadis itu segera menyelongkar beg galas yang dibawa untuk mendapatkan handphone miliknya namun apabila dia memeriksa tiada pulak ada apa-apa panggilan. Perasaannya mula cuak. Deringan talipon itu berbunyi sekali lagi. Berderau jantungnya. Matanya liar mencari dari mana punca bunyi deringan itu sehinggalah dia nampak kelipan cahaya dihujung perhentian  bas itu. Segera didekati cahaya itu dan barulah kelihatan handphone canggih yang agak tersorok didalam gumpalan rumput .Ish..buat seram aku ajerlah. Dahlah duduk sorang-sorang disini. Segera dicapai handphone tadi.namun hampir mencapaknya semula kerana terkejut apabila talipon itu berdering lagi. Dipandang skrin talipon itu. Ditenung lama handphone ditangan. Nampak macam canggih, tau tak aku nak gunakan, bisik hati kecil gadis itu. Nak tekan apa ek bila nak jawab talipon canggih ni? Dia tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Ditekan-tekan butang hijau di skrin talipon itu,namun tiada tindak balas .Ish, macamana nak guna talipon ni.Dia mula meleretkan jarinya diatas  skrin handphone tanpa sengaja dan bunyi deringan itu berhenti. Amboi canggihnya talipon ni…main belay-belai pulak baru nak on, atau aku yang dah ketinggalan zaman? Gelihati Adura mengingatkan dirinya yang masih memakai talipon nokia zaman persekolahannya lagi. Antik woi…hadiah arwah ayah yang terakhir. Kata orang “sensitive value” dia terlalu besar. Boleh tangkap leleh bila mengenangkannya.
"Hello, hello..tolong jawablah talipon ni…" dengus suara yang keluar dari corong talipon canggih itu. Adura terkejut. Hilang terbang kemana kenangan “sensitive valuenya” tadi Nasib baik tidak terlepas handphone itu dari tangannya. Kalau tidak mau berderai di atas simen tempat dia berdiri.
"Assalamualaikum.." tergagap-gagap dia memberi salam pada  pemanggilnya.
"ha…ada orang pun…kenapa lambat jawab talipon ni…ada hati nak curi yer?" jerkah pemanggil tu. Gadis itu merenung semula handphone di tangannya. Nak mampos ke orang ni suka-suka tuduh orang curi talipon dia,bisiknya dalam hati,geram.
"hello..hello…' pemanggil talipon itu menjerit lagi.
"Encik..kalau saya nak curi saya tak jawab talipon nilah…berdosa tau kalau menuduh orang tanpa bukti.Dah tu orang beri salam pun tak reti nak jawab…" Marah gadis itu selamba..
"Waalaikumusalam.." jawab lelaki itu bengang. "Habis tu kenapa baru sekarang nak jawab talipon dan tak reti-reti nak call pulangkan talipon ni balik." sambung pemanggil itu bengis. Gadis itu menggeleng-geleng kepalanya geram. Bodoh betullah tuan punya handphone ni, aku nak call camanaphone ini pun aku baru  jumpa kutuk gadis itu lagi didalam hati.
"Encik..saya ni baru jer jumpa handphone encik . Rasanya ini perhentian baslah encik…tak adalah pulak tulis Lost and Found Counter disini untuk saya buat pengumuman..so maaflah encik  kalau saya tak dapat nak buat panggilan…' nah, sebijik aku bagi,kalau tak faham juga,memang tak reti bahasalah mamat ni,gerutu gadis comel itu didalam hati. Berkerut-kerut wajahnya menahan geram.
"Berani awak perli saya, dah tu macamana awak boleh jumpa handphone saya?'soal pemanggil itu bengang. Bengang kena kutuk dari seorang perempuan pulak tu. Terdengar suara gadis itu mengeluh.
‘Tentulah bila dia berdering…encik ingat kerja saya mengutip barang-barang tepi jalan ker? Dengar bunyi talipon berdering itu pun dah buat saya cuak inikan pulak sibuk nak mengutip barang tepi jalan…eeiii tak kuasa sayalah encik.."ngomel gadis itu. Terdengar bunyi ketawa dihujung talian.
"Maaflah..er awak dimana ni? Boleh awak hantar talipon saya ke pejabat saya sekarang ni tak?" suara lelaki di talian itu telah kembali kendur tidak lagi tegang seperti mulanya. Lembut dan menggoda.
"Saya di perhentian bas depan Pulai Perdana. Maaflah encik…saya tak dapat nak tolong. Saya ada kerja nak buat. Kalau cik nak juga,esok saja saya hantar..beri alamatnya nanti saya hantarkan.' Tiba-tiba bunyi deringan lagu boulevard dari talipon milik gadis itu berbunyi.
"Tak boleh…"pantas lelaki itu menjawab,namun tidak dihiraukan oleh gadis itu.
"Maaf encik tunggu sebentar yer..saya nak jawab panggilan talipon saya pulak…"gadis itu mula mencapai handphone miliknya yang asyik berdering.
"Eh..nanti dulu.." pemanggil itu cuba menghalang tapi dia menarik nafas lega kerana panggilannya tidak dimatikan malah dia dapat mendengar perbualan antara perempuan yang menyimpan taliponnya dengan pemanggil ditalian talipon yang lain.
"Assalamualaikum…maaflah kak Yati..bas lambat…Dura dah tunggu lama ni.Bas tak ada lagi." Keluh gadis yang bernama Dura. Manja suara itu.
"Ko naik teksi jer lah Dura.Tinggal dua jam lagi jamuan dah nak mula.Akak tak cukup orang ni.banyak lagi kerja nak dibuat ni" keluh Kak Yati pula.
"Ialah nanti Dura naik teksi,akak cover tambangnya ok?' pujuk gadis itu manja. Kak yati mengeluh.dia memang kalah kalau si Dura gunakan tone suara seperti itu.
"Ialah,nanti Akak ganti balik…dah cepat datang sini." bebelnya lagi.
"Ialah kak..assalamualaikum" gadis tu tersengih dan mematikan talian.
"Hello…hello…" kedengaran pula suara dari pemanggil pertama. Gadis yang bernama Dura itu mengeluh. Pening kepala bila mengendalikan dua panggilan serentak. Bagaimana agaknya bagi mereka yang bekerja sebagai telefonis ni yer atau mereka yang mempunyai dua atau lebih talipon. Tak tersilap ker apabila membuat atau menerima panggilan bisik hati kecilnya.
"Ia encik..tolong beri alamat encik..nanti saya hantar esok…saya nak cepat.ni.."bising Dura lagi.Hilang suara manja yang digunakan ketika memujuk Kak Yati tadi.
"Cik Dura…" lembut suara pemanggilnya.
"Eh mana encik tau nama saya?" terchengang pula sigadis bernama Dura bila sipemanggil menyebut namanya dengan lembut dan…ehem seksi. Lelaki dihujung talian itu ketawa kecil.
"Ialah kalau dah bersembang suara macam nak mengejutkan orang pekak. saya yang duduk 30km dari tempat awak pun boleh dengar."perli lelaki itu pula. Dura atau nama penuhnya Adura terkebil-kebil blurr. Jauh tu 30km dah boleh dengar. Kuat sangat ker suara aku ni ? bisik hati Adura. Setahu dia, suaranya tidaklah kuat mana malah lembut lagi bila bercakap dengan Kak Yati tadi. Kemudian dia kembali perasan talipon ditangannya. Chaiiittt…terkena aku. Talipon di tangan masih on bermaksud dia dapat mendengarlah perbualannya dengan kak Yati.
"Emm…ialah tu. Bagus juga encik dah dengar dan tahu saya sangat sibuk so sila beri alamat rumah atau pejabat esok saya hantarkan atau saya tinggalkan ajelah talipon encik kat sini, encik datang ambik sendiri.." bebel Adura lagi separuh mengugut.
"Ehhh jangan. Nanti hilang pulak handphone saya.Banyak benda penting dalam tu.Baiklah awak tunggu situ,saya datang sekarang.Awak jangan kemana-mana.Tunggu sampai saya tiba."pesan lelaki itu sebelum talian diputuskan.
"Encik..encik!" Adura kelam kabut. Takkanlah dia kena tunggu disini. Nanti kalau bas atau teksi yang lalu takkan nak dibiarkan. Lambatlah dia untuk ke function yang dikendalikan oleh kakak sepupunya itu. Alahai,menyesal dia menjawab panggilan talipon dari handphone yang dijumpainya tadi.